You are on page 1of 21

1.

PELAKSANAAN E-DAGANG BAGI PERNIAGAAN BERSKALA KECIL

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya


Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak
menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih
sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri
daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.
Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk
mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak
ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh
dipercayai.
Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan
beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan
perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda
mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem
dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun
demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat,
walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih
meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh
dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara
tradisional perdagangan.
Integrasi Perniagaan
E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di
negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an.

Malah e-dagang

sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran


sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan
menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke
peringkat antarabangsa.

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah
perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik
sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan
cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip
mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang
kertas dan birokrasi.
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang
terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian
(incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak
serupa.

Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol

telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu
piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling
berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah.

Pengguna Web juga dapat

berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah
perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan
lain-lain lagi.
Penggunaan

e-dagang

oleh

sesebuah

syarikat

itu

juga

dapat

membantu

mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah


transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi edagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa
bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan
bahagian pembuatan.

Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi

pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.


E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri
dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau
Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang
digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain
lagi.

Jenis-jenis E-dagang
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan
perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang
yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara
dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan
syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap
akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan
membayar pesanan botol-botol kicap.Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara
perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu
produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna
terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu
transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi
kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara
perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan
pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai
pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti
kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah
mesyarakat itu.
Saiz E-dagang
Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide
Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan Edagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu
potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Malah menurut
sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta
perniagaan

yang

berkomputer

seluruh

dunia

menggunakan

E-dagang

untuk

menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.Menurut


perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta
pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus.

Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah
melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang
menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri
daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak
RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahunDengan kesedaran yang semakin
meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan
melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan
jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan Edagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain
seperti TV interaktif dan telefon berskrin.Pada tahun 1998, jualan produk komputer
merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang.
Skop E-dagang
Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan,
kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini
telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam
bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah
meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima
manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998.
Terdapat 6 (enam) komponen dalam Electronic Commerce Transaction (Kontrak
Dagang Elektronik):

E- Commerce (electronic commerce) merupakan cara untuk menjual produk secara on


line

melalui

fasilitas

internet.E-

Commerce

merupakan

bidang

multidisipliner

(multidisciplinary field) yang mencakupi. Bidang teknik, jaringan, telekomunikasi,


pengamanan, penyimpanan dan pengambilan data dari multimedia. E-dagang pada
masa kini adalah satu cara yang paling popular jika anda ingin menjalankan perniagaan
secara dimana ianya mampu mengurangkan kos anda, membantu anda mendapatkan
target pemasaranyang luas, berkomunikasi secara online bersama pelanggan dan
pelbagai lagi.

Secara ringkasnya, e-dagang merupakan satu sistem website yang membolehkan


pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggannya.E-commerce
juga merupakan website yang mempunyai akses kepada sistem transaksi tanpa
batasan seperti bank tempatan, paypal dan ipay88.

Selalunya, website seperti ini

mempunyai produk yang ingin dijual dengan banyak dan mempunyai sistem katalong
bagi produk yang berlainan. Website e-dagang juga membolehkan pemiliknya
meletakkan harga bagi setiap barangan, harga pos (mengikut berat), jenis size dan
warna dan macam2 lain yang melibatkan produk yang ingin dijual.
1.1 SISTEM PEMESANAN
Entri pesanan adalah matlamat akhir perniagaan; ia adalah bermulanya daripada satu
rantaian peristiwa-peristiwa yang kompleks yang mencapai puncaknya dengan
penyerahan produk atau perkhidmatan kepada pembeli. Sistem entri pesanan adalah
satu ruang antara muka (interface) kepada komponen-komponen lain bagi interaksi
sistem pemprosesan, serta antara muka antara perniagaan dan pelangganpelanggannya.
Kebanyakan gedung Internet cuba menjadikan aktiviti belian dalam talian sebagai
sesuatu yang biasa dan seberapa mudah yang mungkin. Produk fizikal yang tersusun di
rak-rak digantikan dengan katalog-katalog elektronik yang memuatkan gambar-gambar
foto, huraian terperinci tentang produk, dan maklumat harga serta saiz. Pandangan
daripada pihak ketiga boleh disediakan bagi membantu pembeli dalam memilih antara
jenama atau model yang berbeza.
Apabila pelanggan sudah bersedia untuk membeli, pelanggan tersebut hanya klik
kepada produk dan ia dimasukkan ke dalam troli belian maya pengguna, dan aktiviti
belian diteruskan kepada semak habis (checkout). Semak habis bermaksud membuat
pembayaran dan urusan penghantaran, sama ada dilakukan secara dalam talian atau di
luar talian.Sistem-sistem entri pesanan yang lain adalah kurang jelas kelihatan. Mereka
boleh mengambil input daripada syarikat lain dalam bentuk mesej EDI, di mana ia telah
diproses berdasarkan perjanjian sebelumnya antara rakan perniagaan.

Perjanjian itu sendiri adalah hasil satu proses perundingan yang kompleks, dan
pelaksanaan sistem tersebut mungkin telah memerlukan pelaburan yang besar
daripada kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak menjangka sistem ini akan membawa
keuntungan di masa akan datang, melalui kos operasi yang lebih murah dan
kecekapannya yang lebih baik.
Dua sistem yang merupakan nadi bagi sesebuah perniagaan: kawalan inventori
(inventory control) dan lejar am (general ledger). Tumpuan kawalan inventori adalah
logistik produk, manakala lejar am pula merekod aliran dana. Satu bahagian yang
berkait rapat dengan ini, adalah merupakan entri pesanan pelanggan, bil dan akaun
belum terima, yang menyediakan sokongan transaksi untuk jualan. Satu bahagian yang
lain pula adalah pembelian, pengeluaran dan akaun perlu dibayar, bagi transaksitransaksi yang berkaitan untuk bekalan dan bahan mentah.Lazimnya, sistem kawalan
inventori menjejaki kuantiti barangan yang dimiliki, untuk menunjukkan bila produk perlu
dipesan semula dan mengira nilai bagi inventori tersebut. Input dalam sistem
mengandungi jualan, pengeluaran dan notis penerimaan data. Data jualan memberitahu
barang siap yang telah dijual dan menerima notis rekod penghantaran bekalan dan
bahan mentah. Apabila barang-barang telah dihantar, kuantiti barang yang dikeluarkan
daripada inventori dicatat. Ia dihubungkan kepada satu sistem pengeluaran yang
merekod penggunaan bekalan dan bahan apabila ia diubah menjadi produk untuk
pelanggan.
Pada dasarnya, sistem pembelian dan entri pesanan adalah saling melengkapi: sistem
pembelian sesebuah syarikat merupakan satu antara muka bagi sistem entri pesanan
sebuah syarikat lain. Apabila satu pesanan memasuki data telah disahkan dan
ketersediaan inventori dan kredit pelanggan tersebut disemak.
Sistem akan mencari unit harga bagi setiap butiran, dan menyediakan pesanan
pembelian.

Keluaran (output) tambahan mungkin merupakan satu laporan prestasi

vendor yang menunjukkan kemampuan seseorang vendor dapat menepati tarikh akhir
penghantaran dan matlamat kualiti/kuantiti.

Lejar am menghubungkan sistem-sistem ini bersama melalui data kewangan yang


digambarkan. Sistem itu menyelesaikan pesanan pembelian, invois pembekal dan
menerima notis bagi memastikan kuantiti yang dipesan sepadan dengan kuantiti yang
diterima dan kuantiti bagi pembekal yang terlibat. Jika terdapat sebarang kecelaruan,
peniaga akan menghubungi pembekal untuk menyelesaikannya. Sebagai tambahan,
sistem itu juga mengingatkan pelanggan invois yang terlewat dan menghantar rumusan
bagi caj invois dan bayaran kepada pelanggan.

ENTRI PESANAN AUTOMATIK


Entri pesanan automatik bagi perdagangan elektronik merupakan penghubung antara
keputusan pembelian dari pihak pelanggan dengan sistem entri pesanan pembekal. Di
internet, sistem entri pesanan mestilah disepadukan dengan paparan produk supaya
pelanggan dapat memilih beberapa barang bagi sesuatu pembelian.
Asas-asas bagi three-tier client / model pelayan (server model) menjelaskan had
Jaringan Sejagat (World Wide Web) dan menawarkan wawasan kepada pelaksanaan
rangkaian yang menyokong perikatan elektronik. Rangkaian komputer dibahagikan
kepada dua bahagian: komputer, dimana kita boleh duduk di hadapannya dan menaip
atau

menggunakan

tetikus;

dan

rangkaian,

satu

sistem

yang

misteri

atau

interconnections yang membenarkan pengguna untuk mengakses komputer-komputer


lain. Kita dapat mengurangkan kerumitan dengan beranggapan bahawa rangkaian
melakukan

tugasnya

sendiri

dengan

membenarkan

komputer-komputer

untuk

berkomunikasi antara satu sama lain.


Jurutera-jurutera yang telah mereka sistem ini membahagikan peranan yang dimainkan
oleh komputer yang dihubungkan kepada rangkaian kepada tiga: penyampaian,
pemprosesan dan pengurusan data. Mereka telah menemui idea sangat berguna ini
yang mana ia telah disepadukan ke dalam hampir semua perisian yang kita gunakan.
Mereka memanggil ia three-tier client/serve) kerana terdapat tiga perkara yang perlu
dilakukan; secara rasminya, mereka menyebut ia lapisan persembahan (presentation

layer), lapisan penggunaan (application layer) dan lapisan pengurusan data (data
management layer).

SISTEM THREE-TIER CLIENT/SERVER DI TEMPAT KERJA


Mari kita mulakan dengan sebuah komputer biasa dalam sebuah pejabat. Ia adalah
mudah untuk mengenal pasti beberapa bahagian: skrin, papan kekunci, tetikus, sebuah
pencetak atau pengimbas dan sebuah kotak" dimana semua bahagian ini
disambungkan. Pada peringkat ini, kita dapat mengenal pasti tiga lapisan: (1)
penyampaian: skrin dan pencetak (output); (2) penggunaan: kotak" (pemprosesan
tidak bekerja melainkan jika ia digerakkan); dan pengurusan data: papan kekunci,
tetikus, pengimbas (input).
Memulakan komputer bermakna memulakan sistem pengendaliannya (operating
system). Secara teknikalnya, sistem pengendalian bertanggungjawab terhadap
komunikasi dengan semua bahagian komputer dan menggabungkan kesemua model
three-tier

client/server. Bagaimanapun,

tugasnya

yang

paling

penting

adalah

pengurusan data: setiap kali sebuah fail diminta, ia akan membuka sistem kerja untuk
mendapatkan fail dari tempat ia disimpan.
Memulakan program yang lain: sebagai contoh, satu pelayar web (web browser).
Sistem pengendalian itu mencari di mana program itu disimpan dan memberikan ia
kawalan sebuah tetingkap (mungkin keseluruhan skrin) yang boleh digunakan untuk
persembahan; dan beberapa sumber yang boleh digunakan untuk pemprosesan.
Lazimnya, pelayar itu disambungkan kepada satu rangkaian. Browser hanya
mementingkan persembahan; itulah had peranannya. Ia bergantung kepada sistem
pengendalian untuk mencari fail yang dinginkan, dan kemudian mempersembahkan ia.
Ia cuma membuat satu permintaan dan menunggu; apabila gerak balas diterima, ia
dipersembahkan. Ia adalah pelanggan yang membuat permintaan server. Apabila (dan
jika) server membalas, ada sesuatu yang perlu dilakukan; jika tidak, ia hanya
menunggu. Jika server tidak bergerak balas selepas tempoh masa tertentu, browser itu
akan mempamerkan satu mesej ralat (error message).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, mencari sebuah fail merupakan fungsi
pengurusan data. Jika permintaan adalah bagi sesuatu fail di rangkaian itu, sistem
pengendalian akan menghubungi server yang berkenaan merentasi rangkaian. Server
tersebut perlu mendengar permintaan fail, di mana ia adalah tugas webserver
(penggunaan) pada sistem itu. Tugas Webserver hanyalah untuk bergerak balas
terhadap permintaan untuk sebuah fail. Webserver menghabiskan kebanyakan
masanya dengan tidur; ia hanya bangun apabila satu permintaan diterima dan
menjawab terhadap permintaan yang masuk.
Webserver menganalisis permintaan dan memutuskan jika ia adalah satu permintaan
yang mudah atau satu permintaan yang kompleks. Jika ia adalah satu permintaan
mudah, webserver memanggil server sistem pengendalian untuk memberi ia sebuah fail
untuk dihantar semula kepada pelanggan (klien). Jika halaman yang diminta
memerlukan pemprosesan, sebagai contoh, pemeriksaan jumlah produk dalam stok,
server tersebut menyerahkan permintaan kepada sebuah program lain yang akan
menjana sebuah halaman web di mana server itu akan kembali. Dalam kedua-dua kes,
tugas webserver hanyalah menjawab permintaan dengan sebuah fail bagi sesuatu
browser.
Kebanyakan webservers boleh ditambah, melalui satu pengaturcara penggunaan
antara muka (application programmers interface - API). Pengaturcara-pengaturcara
(programmers) juga boleh mewujudkan halaman web khusus melalui get laluan
sepunya antara muka (common gateway interface - GCI).

1.2 SISTEM PENGHANTARAN


Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi
berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia
dengan mudah.
Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang
atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama
perniagaan, atau nama syarikat.
Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan
perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web
atau dalam pasar dalam talian.
Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai
dan apa-apa kos lain.
Kaedah pembayaran
Terma dan syarat-syarat
Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang
membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data
(nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

1.3 PEMBAYARAN (CLEARING)

Clearing merujuk kepada menghantar pembayaran kepada penjual dan barang


kepada pembeli. Perjalanan audit yang selari ini akan merekodkan butiran mengenai
penghantaran, untuk penyesuaian akaun dan laporan kewangan.
Barangan fizikal memerlukan penghantaran fizikal; perdagangan elektronik boleh
menguruskan pesanan, penghantaran pembayaran, permintaan pembayaran melalui
kad kredit dan penghantaran barang menggunakan servis penghantaran kepada
pelanggan. Perkembangan jejak audit ini melibatkan beberapa pihak: pihak penjual dan
pihak pembeli merekodkan pesanan; bank penjual, bank pembeli, dan syarikat kad
kredit yang merekodkan pembayaran; syarikat penghantaran merekodkan resit
mengenai barang dari penjual dan penghantran kepada pembeli.
Penghantaran barang mungkin lebih jelas, namun sistem pembayaran elektronik
adalah lebih kompleks. Kepelbagaian sistem pembayaran dan mekanismanya
memberikan banyak peluang kepada penghantaran elektronik untuk pembayaran dan
teknik untuk pengurusan akaun baru. Kepelbagaian sistem pembayaran adalah sangat
hebat dan ia akan diterangkan dalam bab yang khusus.

PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT


Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda
memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Anda boleh
menggunakannya di mana-mana kedai saudagar yang mempamerkan jenama kad
kredit anda, baik di dalam mahupun di luar negara.
Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat
pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu bagi pihak anda dan menghantar bil
kepada anda kemudian nanti. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, anda
dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum
tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa
faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas.

Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki
belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh.
Kad kredit juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesinmesin ATM ('Automated Teller Machine') dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit.
Walau bagaimanapun, selain daripada dikenakan caj kewangan, anda akan dikenakan
yuran pendahuluan wang tunai setiap kali anda berbuat demikian. Tidak ada tempoh
tanpa faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai. Caj kewangan akan dikira
bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat.
Pengeluar kad kredit akan menghantar kepada anda penyata bulanan kad kredit yang
mencatatkan butir-butir pembelian anda termasuk pendahuluan wang tunai (jika ada),
jumlah baki belum jelas, jumlah bayaran minimum dan tarikh akhir untuk membuat
pembayaran.
PEMBAYARAN MELALUI KAD DEBIT
Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat
pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad
debit merupakan wang tunai digital anda.
Di Malaysia hampir kesemua bank yang menyediakan fungsi kad ATM dilengkapi
dengan fungsi kad debit.
Kad debit hampir sama dengan kad kredit, cuma kad debit menolak wang yang terdapat
dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran, manakala kad kredit
menambah hutang yang perlu dilangsaikan selepas setiap pembayaran. Kad debit tidak
dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.
PEMBAYARAN CEK ELEKTRONIK
Cek elektronik (e-cek) mirip dengan pemeriksaan rutin. Mereka digunakan terutama
dalam B2B. Elektronik kartu kredit membuat mungkin untuk biaya pembayaran online
ke rekening kartu kredit. Membeli kartu, setara dengan B2B elektronik kartu kredit.
Uang elektronik (e-cash) muncul dalam tiga bentuk utama: kartu nilai tersimpan, smart

card, dan pembayaran person-to-person. Elektronik penyajian tagihan dan pembayaran


memungkinkan pelanggan untuk membayar tagihan bulanan mereka berulang, seperti
telepon, utilitas, kartu kredit, dll secara online. E-dompet adalah mekanisme yang
memberikan langkah-langkah keamanan untuk EC pembelian.
Dompet menyimpan informasi keuangan pembeli, termasuk nomor kartu kredit,
informasi pengiriman, dan banyak lagi. Virtual kartu kredit adalah layanan yang
memungkinkan Anda untuk berbelanja dengan nomor ID dan password bukannya
dengan nomor kartu kredit.
KAD PINTAR
Peranan dan fungsi kad pintar adalah semakin penting hari iniIa bukan sekadar
sekeping objek kecil daripada bahan plastik yang boleh dimuatkan dengan mudah ke
dalam poket, sebaliknya ia mampu menyimpan maklumat kritikal secara elektronik di
dalamnya terus kekal, dilindungi dan boleh diakses pada bila-bila masa. Saiznya yang
hanya sebesar kad kredit itu, lazimnya dilengkapi dengan sebuah mikrocip elektronik
yang tertanam didalamnya.Cip tersebut adalah bertujuan untuk menyimpan data-data
elektronik dan program-program yang dilindungi dengan ciri-ciri keselamatan
Sesetengah piawaian pula akan mendefinisikan beberapa aplikasi khusus kad pintar
meliputi kad telefon selular digital, kad kredit (Mastercard) dan dompet elektronik
(Visacash). Satu lagi teknologi kad pintar yang bakal diperluaskan adalah penggunaan
teknologi 'biometrik' yang akan membolehkan seseorang individu itu dikenalpasti
identitinya menerusi pengenalpastian maklumat tangan, cap jari, retina mata atau
suara.
DIRECT DEBIT
'Direct Debit' adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun
anda untuk amaun yang tertentu
debit card (also known as a bank card or check card) is a plastic payment card that
provides the cardholder electronic access to their bank account(s) at a financial
institution. Some cards may bear a stored value with which a payment is made, while

most relay a message to the cardholder's bank to withdraw funds from a payer's
designated bank account. The card, where accepted, can be used instead of cash when
making purchases. In some cases, the primary account number is assigned exclusively
for use on the Internet and there is no physical card.
In many countries, the use of debit cards has become so widespread that their volume
has overtaken or entirely replaced cheques and, in some instances, cash transactions.
The development of debit cards, unlike credit cards and charge cards, has generally
been country specific resulting in a number of different systems around the world, which
were often incompatible. Since the mid-2000s, a number of initiatives have allowed
debit cards issued in one country to be used in other countries and allowed their use for
internet and phone purchases.
Unlike credit and charge cards, payments using a debit card are immediately
transferred from the cardholder's designated bank account, instead of them paying the
money back at a later date.Debit cards usually also allow for instant withdrawal of cash,
acting as the ATM card for withdrawing cash. Merchants may also offer cashback
facilities to customers, where a customer can withdraw cash along with their purchase.
SKIM PRABAYAR
rabayar merujuk kepada perkhidmatan yang dibayar dahulu sebelum digunakan.
Contoh prabayar termasuklah setem, tol lebuh raya, kad prabayar pengangkutan awam,
telefon bimbit prabayar serta kad debit. Akaun prabayar adalah satu bentuk aset, dan ia
akan meningkat dengan mengkreditkan akaun tersebut.

1.4 PERKIHDMATAN PELANGGAN


Perkhidmatan dan produk prabayar ada kalanya disasarkan kepada pengguna margin.
Pilihan prabayar boleh menyebabkan pengurangan kos berbanding pascabayar kerana
pengguna boleh memantau bajet mereka terlebih dahulu.Perkidmatan pelanggan yang
baik adalah satu kemestian kepada semua peniaga
1.Bersedia untuk melakukan perkhidmatan yang berkualiti. Setiap kakitangan di dalam
syarikat kita dikehendaki menumpukan perhatian untuk membina pengalaman
berurusan yang positif kepada pelanggan kita. Selalu cuba untuk melakukan
perkhidmatan pelanggan yang melampaui apa yang pelanggan harapkan.
2.Kenali produk atau perkhidmatan yang anda jual dengan baik sekali. Menyampaikan
maklumat produk atau perkhidmatan anda secara yang betul akan membantu anda
untuk memenangi keyakinan dan kepercayaan pelanggan anda. Kenali produk anda,
perkhidmatan, polisi, jaminan dari dalaman dan luaran.
3.Kenali siapa pelanggan anda. Cuba belajar segalanya semampu anda mengenai
latarbelakang pelanggan anda supaya anda boleh mengubahsuai pendekatan kempen
penjualan anda ke arah kehendak dan tingkah laku pembeli.Selalu bersembang dengan
pelanggan anda dan dengar masalah yang dihadapinya. Dengan ini anda akan
berupaya mendapatkan fakta mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap anda
atau produk anda dari akar umbi.

4. Layan pelanggan anda dengan hormat dan berbudi bahasa. Ingat setiap hubungan
anda dengan pelanggan samada melalui telefon, email, surat atau bersemuka,
tinggalkan mereka dengan ingatan yang mendalam tentang anda. Gunakan perkataan
"minta maaf kerana membuatkan anda menunggu," "terima kasih di atas pembelian
anda," "sila datang kembali," "saya hari ini amat berbangga membantu anda,"
5.Jangan bertengkar dengan pelanggan. Tentunya anda mengetahuinya bahawa
'pelanggan selalunya benar'. daripada anda cuba untuk bertengkar dengar pelanggan,
adalah lebih baik anda membetulkan keadaan yang salah itu.
6. Jangan biarkan pelangggan anda ternanti-nanti. Membaiki kerosakkan, mengganti
barangan rosak, panggilan balik, fax atau email perlulah disegerakan. Pelanggan
mahukan tindakkan segera dan jika anda berupaya memenuhi kehendak mereka, anda
berkemungkinan akan mendapat jualan ulangan.Kajian menyatakan bahawa 95%
daripada pelanggan yang tidak berpuas hati akan terus berurusan dengan syarikat
berkenaan jika aduan mereka dapat diselesaikan dengan segera.
7. Berikan apa yang anda janjikan.Gagal melakukan tugas ini anda akan kehilangan
kepercayaan dan pelanggan.Jika anda berjanji penghantaran produk dalam masa satu
hari, lakukan segera. Sekiranya anda gagal lakukan, segera memohon maaf dan
terangkan

masalah

kelewatan

yang

boleh

diterima

akal

kepada

pelanggan

anda.Berikan sedikit pemotongan harga ,cenderahati ataupun penghantaran secara


percuma.
8. Andaikan pelanggan anda selalu berkata benar. Walaupun kadang-kala pelanggan
bercakap bohong ataupun menyusahkan anda. Berikan apa yang mereka mahukan
tanpa banyak soal. Kebanyakkan pelanggan tidak suka membuat aduan sekiranya
mereka tidak puas hati dengan produk atau perkhidmatan anda. Mereka akan memilih
untuk membeli di tempat lain.
9.Fokus untuk membina pelanggan dari membina jualan. Kebanyakkan jurujual yang
berorientasikan komisyen akan memfokus kepada jualan semata-mata. Perlu diingat
bahawa menjaga perniagaaan sedia ada adalah lebih baik dari menbina jualan. Kajian

menyatakan bahawa kos mencari pelanggan baru adalah 6 kali lebih mahal dari
memperkembangkan pelanggan sedia ada.
10. Jadikan aktiviti pembelian pelanggan di syarikat anda mudah dan selesa. Samada
di kedai anda, website atau melalui katalog mestilah mudah dan senang dilakukan oleh
pelanggan. Tolong pelanggan memenuhi keperluan mereka tanpa bersusah payah,
terangkan bagaimana produk anda boleh membantu mereka dan juga bagaimana anda
boleh membantu mereka.

1.5 ISU ISU DALAM PEMBAYARAN SECARA ONLINE


6.1. Keselamatan
Perkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan dibuat tidak dipintas
dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat
perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah kepada risiko
pengubahan alamat penghantaran barangan.
6.2. Percukaian
Sistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan. Jika hendak
dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau
dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan
penyumbang kepada hasil negara.
6.3. Penipuan
Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan di mana 20% pelanggan telah
membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan,1999). Kad kredit
merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat
penghantaran sebelum memastikan kad sebenarnya?
Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang dihantar
melalui eletronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang

membabitkan penipuan urusniaga di internet dunia bernilai AS$3.2 bilion(RM12.16


bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000)
6.4. Syarikat Tiada Mempunyai E-Dagang
Mengikut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat oleh Ellis Booker terdapat 65%
daripada syarikat perniagaan tidak mempunyai e-dagang. Daripada jumlah itu juga
tiada mempunyai strategi e-dagang secara menyeluruh dan hampir satu per empat
daripadanya tidak mempunyai asas perniagaan dan perancangan perlaksanaan bagi edagang. Kajian itu juga mendapati kesukaran bagi mengenalpasti hubungan di antara
perniagaan dengan teknologi maklumat
1.6 PROMOSI DALAM E-DAGANG
Jika anda menjalankan sebuah laman web e-dagang yang besar atau hanya menjual
produk dalam talian dalam masa lapang anda di rumah, ada tidak pernah bilangan yang
lebih besar tempat untuk mempromosikan atau menjual produk anda dalam talian.
Antara platform ini bekerja dengan baik bersama laman web utama anda, beberapa
telah menggantikan keperluan untuk laman e-dagang sepenuhnya dan bekerja sebagai
penyelesaian yang berdiri sendiri untuk jualan dan promosi berasaskan Internet.
WEB SOSIAL
Facebook
Facebook adalah laman web yang ramai daripada anda perlu biasa dengan . Salah
satu cara yang paling berkesan untuk menjual produk jika anda boleh membuat ia
berfungsi adalah untuk menjadi aktif di Facebook. Berkongsi berita, berhubung dengan
peminat , membuang pertandingan dan memujuk peminat anda untuk berkongsi
maklumat yang besar untuk mendapatkan produk anda di depan mata yang betul. Ini
memakan umumnya lebih banyak masa , anda perlu menyimpan sekurang- ia untuk
melihat peningkatan yang ketara dalam jualan tetapi ia boleh berfungsi jika anda
meletakkan masa masuk.
Twitter

Twitter adalah satu lagi laman web yang popular sosial yang boleh digunakan untuk
meningkatkan jualan dan mempromosikan produk. Sebaik sahaja anda mempunyai
beberapa pengikut, anda mempunyai orang-orang yang berminat untuk jenama anda
atau produk anda dan anda boleh mempromosikan produk atau maklumat baru kepada
penonton ini. Jika mereka suka apa yang mereka lihat kemudian ada peluang baik
bahawa mereka akan berkongsi maklumat anda tweet berserta pengikut yang lain .
Sama seperti Facebook , Twitter memerlukan banyak masa yang diperuntukan untuk itu
mempunyai kesan ketara ke atas jualan . Anda juga perlu pastikan anda mengelakkan
terlalu promosi diri supaya tidak menyakitkan hati pengikut anda.
Pinterest
Pinterest adalah platform yang agak baru yang telah meletup ke tempat kejadian sejak
kebelakangan ini. Platform keseluruhan membolehkan pengguna untuk mencipta tema
papan yang mereka dapat pin imej untuk dari seluruh web fokus. Memandangkan
kemudahan mewujudkan pin baru dan bilangan orang yang menggunakan dan bersedia
untuk perkara yang mereka suka semula pin , ia boleh menjadi besar untuk
mendedahkan produk anda dan laman web kepada orang ramai yang baru. Platform ini
adalah percuma dan mudah untuk menubuhkan yang bermaksud bahawa ia adalah
bernilai kerap menghantar ; walaupun anda tidak melihat banyak daripada ini pada
mulanya, ia hanya mengambil masa beberapa orang semula menyematkan pin anda
untuk mendapatkan tahap yang baik.
Tawaran harian
Terdapat agak beberapa tapak berurusan harian sekitar pada masa ini, yang paling
ketara ialah Groupon dan Hidup Sosial. Laman-laman ini tertumpu kepada menawarkan
pengguna tawaran hebat pada produk , hadiah dan cuti berdasarkan sebilangan orang
membeli . Jika syarikat-syarikat memilih untuk menggunakan platform untuk promosi,
mereka boleh membuat banyak jualan dalam tempoh yang agak singkat dan juga
meningkatkan kesedaran jenama. Terdapat peluang yang baik bahawa orang-orang ini
boleh kembali ke membeli lagi selepas pembelian perjanjian harian awal. Perlu diingat
bahawa terdapat masa-masa di mana orang ramai telah diperkecilkan bilangan jualan

yang boleh dicapai melalui jenis platform dan telah mendapati diri mereka dalam
kedudukan di mana mereka tidak dapat memenuhi pesanan.
Video produk
Kuasa video masih sebahagian besarnya dipandang ringan. Ada penonton yang besar
di laman seperti YouTube dan platform lain yang serupa di mana orang mungkin
mencari produk dan ulasan yang berkaitan. Jika anda membuat beberapa berfikiran
baik , video bermaklumat dan kualiti yang baik, anda mungkin boleh menarik perhatian
penonton yang sebelum ini tidak mungkin telah menemui anda.
Video juga muncul dalam hasil carian dalam Google dan enjin carian lain. Mereka
biasanya mendapatkan yang dipaparkan di laman pertama yang boleh menjadi cara
yang baik untuk mendapatkan penonton untuk kata kunci yang lebih berdaya saing atau
hanya mendominasi laman tersebut jika anda sudah kedudukan untuk kata kunci
tersebut.
Ulasan
Ulasan boleh membantu menghantar lalu lintas ke laman web anda , mereka juga boleh
memujuk seseorang untuk membuat pembelian sekali mereka tiba. Terdapat pelbagai
cara di mana ulasan boleh digunakan untuk faedah anda . Pertama anda boleh
pastikan anda disenaraikan di banyak tapak kajian luar supaya pelanggan senang
boleh mencari anda jika mereka ingin memberi komen tentang pengalaman yang baik,
beberapa contoh termasuk Pusat Kajian dan Sebaik- . Ini boleh membantu menghantar
pengunjung ke laman web anda jika orang yang menggunakan direktori ini.
Anda juga boleh memaparkan ulasan di laman web anda sendiri untuk membantu
meningkatkan bilangan jualan anda mungkin terima. Orang lebih cenderung untuk
membeli jika mereka dapat melihat bahawa orang lain telah digunakan sebelum ini
laman web ini dan telah berpuas hati dengan pengalaman atau produk mereka. Jika
anda mempunyai beberapa ulasan yang baik di laman web anda atau laman web luar
yang lain , anda boleh menarik perhatian kepada ini dengan menggunakan Coretan

Kaya. Ini akan memaparkan purata penilaian dalam hasil carian dan membantu
menggalakkan pencari klik melalui ke laman web anda.
Ebay
Ebay masih merupakan cara terbaik untuk menjual produk secara online. Anda boleh
menjalankan sebuah kedai Ebay bersama laman web lain anda dan kaedah menjual
produk. Ia akan kos anda sedikit lebih untuk keistimewaan menggunakan platform Ebay
, tetapi ia akan membantu mendapatkan produk anda di hadapan lebih ramai orang,
terutamanya kerana ia mempunyai berjuta-juta pengguna.

Belum habis edit lagi ;)

You might also like