You are on page 1of 1

-ekonomi

-persaingan dan jaringan


- sosiobudaya
Soalan 1 -politik dan perundangan
-teknologi
-prasarana TEALIVE
-antarabangsa
Minuman teh dan kopi adalah minuman kegemaran rakyat Malaysia dan juga Asia. Disebabkan faktor ini
terdapat hampir 45 syarikat yang menyediakan minuman bubble tea di Malaysia termasuklah The Alley,Tiger
Sugar, Chatto, Xing Fu Tang, Black Whale,Pin Tea, Daboba dan Tealive. Tealive adalah salah satu jenama
bubble tea terkenal di Malaysia dan mempunyai hampir 505 kedai di seluruh negara memenuhi citarasa hampir
2.5 juta pengguna setiap bulan. Tealive juga mempunyai cawangan di United Kingdom, Australia, Vietnam
dan China.
Lazimnya, rangkaian kedai Tealive terletak di pusat bandar, pasar raya hiper, R&R lebuhraya,stesyen
minyak dan stesyen LRT yang mempunyai akses mudah kepada pelbagai lapisan pengguna.Tealive
menyediakan pelbagai pilihan keluaran untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia termasuklah teh, kopi,
smoothies, sea salt cheese, Matcha, Fruit tea, sparkling juice, signature brown sugar pearl milk tea, dan lain-
lain. Tealive sentiasa melakukan inovasi untuk menghasilkan produk baharu seperti Mighty Mam mam, Durian
King Smoothie , Kit DIY bubble tea, Walls X aiskrim Tealive, Mamee X Tealive mee segera bubble tea serta
kopi Vietnam. Syarikat ini juga melancarkan Tealive truck yang membolehkan pengguna dari kawasan yang
tidak mempunyai kedai Tealive menikmati produknya. Produk Tealive juga boleh dipesan melalui Grabfood
dan Food Panda.
Semua kedai Tealive menggunakan kaedah pembayaran menggunakan teknologi terkini seperti bayaran
melalui ewallet, boost, kad debit yang menjadi pilihan pengguna masa kini. Menyedari kepentingan aspek halal
dan prihatin dengan keperluan masyarakat Islam, Tealive mengambil pendekatan menubuhkan jawatankuasa
halalnya sendiri dan memastikan bahan mentah yang diperoleh mempunyai sijil halal JAKIM atau badan
pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Tealive juga memperkenalkan cawan bubble tea guna semula
tanpa penyedut pertama di Malaysia sebagai tanda sokongan kepada dasar kerajaan untuk memastikan plastik
pakai buang sifar pada tahun 2030. Produk Tealive mampu dinikmati oleh semua lapisan pengguna kerana harga
yang ditawarkan dalam lingkungan RM5.55 hingga RM9.40. Tealive memastikan produknya sesuai mengikut
kemampuan pengguna dan harga yang ditawarkan juga hampir sama dengan harga yang ditawarkan oleh para
pesaing Tealive.
Untuk mewujudkan pelanggan setia, Tealive telah melancarkan kad loyalti di mana pemegang kad boleh
mengumpul mata serta membeli minuman dengan harga disakun. Tealive juga menyediakan sampel minuman
kepada pelanggan untuk merasa minuman terbaharu. Tealive menganjurkan kempen bersama dengan syarikat
telekomunikasi seperti Digi, Celcom dan MAXIS di mana pelanggan mereka boleh membeli produk Tealive
dengan harga yang rendah dan juga berpeluang memenangi baucar Tealive. Tealive juga sering memberi
insentif seperti pelanggan diberi diskaun 15% apabila membuat pesanan melalui aplikasi food Panda. Tealive
juga menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube untuk memperkenalkan
produknya kepada pengguna. Sebahagian besar syarikat bubble tea berhenti operasi disebabkan pelaksanaan
perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan
(PKPD) sepanjang tahun 2020 tetapi Tealive mampu beroperasi seperti biasa kerana usaha inovatif yang
dilakukan oleh pihak pengurusan seperti konsep pandu lalu dan DIY kit bubble tea.
(disesuaikan daripada www.bharian.com.my, www.themalaysianreserve.com, www.tealive.com,
www.businesstoday.com.my dan www.vulcanpost.com) -produk
- pengedaran
Berdasarkan kes di atas, -penetapan harga
(a) Jelaskan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Tealive [20] -promosi
(b) Jelaskan persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Tealive[15]

You might also like