You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Produk makanan tempatan dipilih sebagai perusahaan kecil dan sederhana yang dilihat

mempunyai kreativiti tersendiri dalam produknya. Perusahaan ini memulakan operasi

perniagaannya dengan mengeluarkan Kicap dan Sos sahaja namun kini diperluaskan lagi

dengan penambahan produk barunya iaitu pelbagai kicap soya, kicap lemak manis dan cuka.

Perusahaan yang terletak di Kuala Ketil, Kedah ini dikenali sebagai Mohida Enterprise ini

merupakan perusahaan sektor makanan iaitu Kicap Soya dan Sos yang menjadi salah satu

makanan kegemaran ramai terutamanya bagi warga negara ini khususnya. Perusahaan ini

telah didaftarkan dibawah SME Corporations di Malaysia dimana ianya merupakan Badan

Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Disini juga akan disertakan latar belakang penubuhan perusahaan makanan ini, produk serta

aktiviti utama yang dijalankan oleh Mohida Enterprise ini. Tambahan lagi, melalui tugasan

ini juga dapat diketahui konsep kreativiti dan inovasi yang diaplikasikan oleh syarikat ini

dalam perniagaannya. Selain itu, diakhir tugasan ini turut diberikan beberapa cadangan

konsep atau kaedah-kaedah yang boleh meningkatkan daya kreativiti dan inovasi produk

kerepek ini dalam menjadikan produk ini mempunyai daya saing yang tinggi dalam pasaran.

Kajian inovasi produk atau servis seperti ini amat penting bagi mengetahui tahap kreativiti

dan inovasi yang dijalankan oleh seseorang usahawan itu serta perancangan juga persediaan

yang diambil sepanjang proses mencapai pembaharuan produk atau servis berkenaan.
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Pemilik atau pengasas Mohida Enterprise ini ialah Encik Husni bin Mohd Isa Jamal yang

memulakan perniagaan ini. Beliau berumur 46 tahun dan dilahirkan di Kuala Ketil, Kedah.

Beliau merupakan orang tempatan yang menetap di Kuala Ketil dan menjalankan perniagaan

di Kuala Ketil. Sejarah awal penjualan produk Mohida Enterprise ini ialah secara homemade

pada awal perniagaan dahulu. Encik Husni menjalankan perniagaan dengan meletakkan

produk tersebut di kedai-kedai berhampiran dan menjalankan aktiviti perniagaan di pasar

pagi setiap hari.

Syarikat Mohida Enterprise menerajui sektor makanan kerana pemiliknya mempunyai

kemahiran dalam sektor pembuatan makanan. Pada peringkat awal perniagaan, Encik Husni

memulakan perniagaan secara homemade kerana tidak mempunyai premis untuk beroperasi.

Kekurangan teknologi pembuatan juga menjadi penghalang kepada beliau kerana kekurangan

modal dan tempat untuk beroperasi. Syarikat Mohida Enterprise menerajui sektor makanan

kerana pemiliknya mempunyai kemahiran dalam sektor pembuatan makanan. Pada peringkat

awal perniagaan, Encik Husni memulakan perniagaan secara homemade kerana tidak

mempunyai premis untuk beroperasi. Kekurangan teknologi pembuatan juga menjadi

penghalang kepada beliau kerana kekurangan modal dan tempat untuk beroperasi.
2.1 POLISI SYARIKAT

Syarikat ini mempunyai beberapa polisi yang perlu dipatuhi:

1. Setiap produk yang akan dikeluarkan atau dihasilkan perlu kepada ujian makmal

supaya memenuhi kehendak peraturan atau Akta Makanan 1985.

2. Syarikat ini menggunakan bahan mentah yang berkualiti. Ini adalah penting untuk

memastikan barangan siap dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan semasa.

3. Syarikat ini mementingkan etika kerja yang baik dan mengikut peraturan yang

ditetapkan, terutamanya kepada perkara-perkara yang melibatkan kehendak

kerajaan.

4. Syarikat ini mengutamakan kualiti kerja yang tinggi.

5. Pembangunan barangan produk sentiasa dititikberatkan supaya ia menjadi satu

landasan untuk mengukuhkan lagi produk tersebut. Oleh itu, R&D menjadi

keutamaan dalam syarikat ini.


3.0 ULASAN TERHADAP PRODUK

Antara produk pertama keluaran Mohida Enterprise adalah Kicap Lembu Berlaga dan Sos

yang diperbuat daripada kacang soya dan cili. Encik Husni amat mementingkan kualiti dan

citarasa produk beliau supaya dapat diterima di masyarakat setempat dengan menjaga kualiti

dari segi teksturnya. Pada permulaannya, beliau hanya mengeluarkan kicap dan sos sahaja.

Akan tetapi, saban hari beliau sedar bahawa beliau mampu kembangkan lagi perniagaan

dengan mengahsilkan produk lain supaya dapat dijual dipasaran. Beliau berusaha

menghasilkan cuka buatan supaya dapat digunakan dalam masakan untuk masyarakat

setempat. Selain itu, beliau menghasilkan juga kicap pekat mee untuk kegunaan masakan di

kedai untuk menambahkan lagi rasa pada masakan. Beliau juga menghasilkan inovasi dengan

membuat kicap pekat manis, kicap soya dan kicap masin supaya keunikan produk beliau

supaya dapat berkembang dengan lebih jauh lagi. Di samping itu, beliau juga menghasilkan

saiz bungkusan yang berbeza supaya dapat dipasarkan dengan harga yang mengikut

kemampuan masyarakat setempat. Keunikan pada produk ini dapat diterima dengan hati

terbuka oleh masyarakat setempat.


4.0 ULASAN KONSEP INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PRODUK

You might also like