You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Industri “Popia Cheese Viral” merupakan bidang yang semakin berkembang di Institut
Pengajian Tinggi bahagian Bintangor. Bermula dengan minat yang mendalam terhadap
pembuatan makanan serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada rakan
terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan
seterusnya bercadang untuk memulakan perniagaan. Selaras dengan hasrat kerajaan
untuk menghasilkan lebih ramai usahawan dalam memperluaskan produk makanan
halal, kami berharap dapat bersaing dan seterusnya dapat memperkembangkan lagi
perniagaan kami.
Popia Cheese Viral telah ditubuhkan pada 23 Januari 2019. Aktiviti utama
perniagaan ini ialah menjual Popia Chesee dengan skala pengeluaran ditahap yang
sederhana. Produk utama perniagaan ini ialah Popia Cheese yang semakin menjadi
pilihan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Rajang, Bintangor. Menurut Tam at.al (2014) perniagaan yang mempunyai pasaran
stabil akan mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Perniagaan ini ditubuhkan
bertujuan memberi pendedahan penting dalam aspek pengurusan perniagaan agar
budaya keusahawanan sosial dapat diterapkan dalam kalangan usahawan gologan
muda terutamanya siswa pendidik. Perniagaan ini merupakan perniagaan jenis
perkongsian. Berikut adalah maklumat am mengenai perniagaan kami :

Gambar 1: Maklumat am mengenai perniagaan

1
2.0 LATAR BELAKANG PEMILIK PERNIAGAAN

USAHAWAN 1

Nama : GABRIEL ANAK GURET

No. Kad Pengenalan : 940910-13-5845

Tarikh Lahir : 10 September 1994

Bangsa : Iban

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Taraf pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Agama : Kristian

Pengalaman kerja : Tukang masak

Kemahiran dan Kebolehan : Memasak, membuat air, mengurus kewangan

No telefon : 019-8789092

Jawatan : Pengarah Projek, Agen Pemasaran

2
USAHAWAN 2

Nama : Roslina anak Lulut

No Kad Pengenalan : 961006-13-6180

Tarikh Lahir : 06 Oktober 1996

Bangsa : Iban

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Taraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Agama : Kristian

Pengalaman Kerja : Cashier, pembuat air, pembantu operasi bahagian dapur,

Kerja sambilan di bar

Kemahiran dan Kebolehan : Memasak, membuat air, mengira keluar masuk duit

No Telefon : 013-8240755

Jawatan : Timbalan Pengarah Projek, Bendahari

3
3.0 LATAR BELAKANG PROJEK KEUSAHAWANAN

3.1 Lokasi Tapak Perniagaan

Lokasi sesebuah perniagaan merupakan faktor yang amat penting untuk diambil
kira oleh usahawan. Ini kerana lokasi yang strategik dapat mengaut keuntungan yang
tinggi. Lokasi sesebuah perniagaan dapat menjana daya tarikan untuk menjadikan
operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Kami memilih kawasan IPG kampus
Rajang, Bintangor. Faktor kami memilih kawasan tersebut kerana target pelanggan kami
adalah pelajar IPG dan pekerja yang bekerja di sekitar bangunan IPG. Kami akan
meletakkan produk yang ingin dijual di Kafeteria IPG Kampus Rajang dan boleh juga
didapati secara terus daripada kami iaitu pembekal produk Popia Cheese Viral. Sebagi
tambahan untuk menjana pendapatan, Popia Cheese Viral ini juga akan dijual kepada
masyarakat di kawasan rumah panjang iaitu Sungai Naman, Sibu.

Gambar 2: Peta Lokasi 1 IPG Kampus Rajang, Bintangor

4
3.2 Aspek Pengeluaran/ Rancangan Operasi

Tujuan rancangan operasi adalah untuk memastikan keberkesanan proses


keberkesanan. Menurut Raturi dan Evans (20050, rancangan operasi adalah aktiviti
perniagaan yang mereka bentuk, membangunkan serta menyelenggara system dan
proses yang mengubah sumber seperti bahan mentah, teknologi kepada barangan dan
perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna. Kesimpulannya, rancangan operasi
adalah perancangan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dirancang.
Terdapat aspek pengeluaran yang diberi penekanan dalam perniagaan kami iaitu Popia
Cheese Viral dari segi seperti yang berikut:

3.2.1 Ramalan jumlah jualan dalam tempoh sebulan

Dalam perniagaan Popia Cheese Viral ini kami hanya berbekalkan modal sendiri iaitu
sebanyak RM 100.00 perseorangan. Ini bermakna kami hanya ada RM 200.00 modal
bagi memulakan perniagaan Popia Cheese Viral ini. Berdasarkan perbincangaan yang
telah dilaksanakan ramalan jumlah jualan kami dalam tempoh sebulan adalah:

3.2.1.1 Pembelian Bahan Mentah

Bahan mentah yang diperlukan oleh perniagaan kami adalah bahan mentah kering.
Bahan mentah ini boleh diperolehi di kedai runcit seperti Everwin, Kim Hock dan Farley.

Bahan Kuantiti Harga (Seunit) Jumlah


Minyak Masak 2 botol besar RM 24.00 RM 48.00
Gas 1 tong RM 30.00 RM 30.00
Plastik 2 paket besar RM 5.00 RM 10.00
Pembungkusan
Kulit Popia 10 bungkus RM 4.00 RM 40.00
Serbuk Cheese 13 bungkus RM 4.00 RM 52.00
JUMLAH RM 180.00

Jadual 1: Modal pembelian bahan mentah

Berdasarkan jadual di atas, ini bermakna baki dari modal asal setelah ditolak dengan
harga keseluruhan pembelian bahan mentah ialah RM 20.00.

5
3.2.1.1.1 Cara Pengiraan Bahan Mentah Untuk Seplastik Popia Cheese Viral.

Kulit Popia 2 keping


Plastik 1 bungkus
Cheese 10 gram

Jadual 2: Menunjukkan cara pengiraan bahan mentah untuk seplastik Popia Cheese

Viral

3.2.1.1.2 Cara Pengiraan Bahan Mentah Untuk Sebulan iaitu dalam Bulan Februari.

Kulit Popia 500 keping


Plastik 250 bungkus
Cheese 2.6 Kg

Jadual 3: Menunjukkan cara pengiraan bahn mentah untuk sebulan iaitu dalam Bulan
Februari.

Berdasarkan Jadual 3 dapat disimpulkan kulit popia yang berjumlah 500 keping dapat
menghasilkan 250 bungkus produk akhir. Ini kerana seplastik Popia Cheese Viral
memerlukan 2 keping kulit popia. Maka 2.6 kilogram serbuk cheese diperlukan untuk
menghasilkan Popia Cheese Viral. Hal ini kerana hanya 100 gram cheese diperlukan
untuk menghasilkan seplastik produk akhir kami. Dengan itu, berdasarkan jadual
pengiraan bahan mentah untuk sebulan maka anggaran jualan produk kami selama
sebulan iaitu 250 bungkus.

6
3.3 PROSES PENGELUARAN

3.3.1 Proses pengeluaran untuk ‘Popia Cheese Viral’

Pengumpulan bahan mentah

Pemeriksaan Bahan Mentah

Pembuatan Produk Kuih Popia Cheese Viral

Pemeriksaan Produk Kuih Popia Cheese Viral


sebelum proses pembungkusan

Pembungkusan

Menjual

Carta 1: Menunjukkan aliran proses pengeluaran kuih Popia Cheese Viral

Dalam memulakan perniagaan kuih Popia Cheese Viral ini kami telah
mendapatkan bahan mentah yang diperlukan terlebih dahulu untuk menghasilkan
produk. Setelah bahan mentah didapati, pemeriksaan bahan mentah dilakukan
bagi menjaga kualiti seterusnya mengekalkan kuantiti kuih Popia Cheese Viral.
Selepas itu, baru pembuatan Popia Cheese Viral dihasilkan dan seterusnya
proses pemeriksaan sekali lagi dilakukan bagi mengelakkan ketidakbersihan
selaran dengan kehendak dan Hak-Hak Pengguna . Selepas itu, barulah proses
pembungkusan dan aktiviti melekatkan tanda harga dilakukan seperti yang telah
ditetapkan. Akhir sekali, barulah proses menjual dijalankan.

7
3.2.2 Kemudahan Asas

Faktor yang membantu operasi perniagaan kami berjalan dengan lancar adalah
kemudahan asas yang kami gunakan. Sebagai contoh kemudahan elektrik iaitu
untuk meamket (packing) Popia Cheese Viral yang kami jual. Selain itu,
kemudahan komputer riba untuk kami mencari maklumat dalam menghasilkan
produk yang inovasi dan kreatif. Kemudahan telefon pintar juga memainkan
peranan untuk kami berkomunikasi antara satu sama lain. Ini semua untuk
memastikan perniagaan kami berjalan dengan lancar.

3.3 Projek

Perniagaan yang kami usahakan ini adalah untuk menanamkan rasa minat
dalam diri untuk menjadi seorang usahawan yang pintar dalam meneroka dunia.
Bukan setakat dalam Malaysia tetapi seluruh negara agar usahawan negara kita
dapat bersaing dengan negara luar. Di samping itu, perniagaan ini bukan setakat
mengaut keuntungan sahaja. Malah keuntungan yang terhasil adalah untuk
membantu serba sedikit keperluan murid dalam pelajaran seperti buku latihan
dan pensil.

8
4.0 RANCANGAN ORGANISASI

Rancangan organisasi adalah perancangan menyeluruh sesebuah organisasi


perniagaan dan memerlukan penyelarasan. Perancangan yang dilakukan memerlukan
penyelarasan antara bahagian dan organisasi supaya matlamat organisasi dapat
dicapai. Maklumat yang diterangkan dalam rancangan organisasi berkenaan
pengurusan dan pentadbiran perniagaan secara menyeluruh.

Aspek tenaga kerja atau sumber manusia berdasarkan tanggungjawab dan


tugas diterangkan dalam bahagian ini. Aspek penting yang perlu diterangkan dalam
bahagian rancangan organisasi meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan
matlamat dan strategi organisasi, struktur organisasi, kakitangan pengurusan, butiran
jawatan, imbuhan dan insentif, dan belanjawan kos pentadbiran.

5.0 MATLAMAT ORGANISASI

5.1 Matlamat Perniagaan

Perniagaan ini bermatlamat untuk menjalankan aktiviti berjual sambil


memberikan sumbangan serba sedikit kepada murid yang memerlukan bantuan
selain untuk mengaut pendapatan sampingan.

5.2 Objektif Perniagaan

a) Perniagaan ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan pendapatan


sampingan.

b) Perniagaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran siswa siswi


terhadap amalan keusahawanan dalam menjamin kehidupan seharian.

5.3 Misi Perniagaan


a) Misi Perniagaan ini ialah untuk menghasilkan ‘Popia Cheese Viral’ yang enak
dan disukai ramai.

b) Pada masa yang sama, perniagaan juga turut menekan aspek membeli sambil
beramal.

9
5.4 Strategi Perniagaan
Dalam usaha untuk menjalankan perniagaan ini, perancangan dan
strategi yang berkesan amat diperlukan. Strategi merupakan kaedah yang
dirangka dan dilaksanakan oleh perniagaan untuk mencapai matlamat, objektif,
dan misi perniagaan.Terdapat satu tahap strategi perniagaan yang dirangka oleh
perniagaan ini.

5.4.1 Strategi Perniagaan

a) Strategi perniagaan dibentuk oleh pengurusan pengoperasian.

b) Strategi perniagaan ini berkaitan dengan pengurusan operasi yang diperlukan


dalam memajukan perniagaan ini.

6.0 STRUKTUR ORGANISASI POPIA CHEESE VIRAl

Gambar 3: Struktur organisasi Popia Ceese Viral

10
6.1 BUTIRAN JAWATAN

Jawatan Tugas dan Tanggungjawab


Pengarah i. Memastikan ahli-ahli menjalankan tugasan.
ii. Memantau kerja-kerja ahli-ahli organisasi.
i. Membantu pengarah bagi memastikan ahli organisasi
Timbalan Pengarah melakukan kerja.
ii. Mengantikan tempat pengarah jika pengarah
mempunyai urusan penting.
i. Bertanggungjawab untuk memastikan kewangan
perniagaan berjalan lancar.
Bendahari ii. Merekodkan semua transaksi kewangan dengan cara
yang betul.
iii. Membuat bajet bagi setiap barangan yang dibeli bagi
perniagaan.
i. Bertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja
Setiausaha bagi setiap program yang dijalankan.
ii. Mencatatkan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat
yang dijalankan.
i. Memasarkan jualan
Pemasaran ii. Memastikan aktiviti jualan berjalan lancar.
iii. Mengutarakan idea bagi memasarkan jualan agar lebih
laris.

Jadual 4: Butiran Jawatan di perniagaan Popia Cheese Viral

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

7.1 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti sebagai sebahagian daripada


pelanggan kami ialah :

a) Kumpulan pelajar-pelajar dari IPG Kampus Rajang, Bintangor.

11
b) Kumpulan masyarakat di rumah panjang.

7.2 Kawasan Pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan ialah kawasan


sekitar kampus Rajang iaitu di kediaman pelajar dan cafeteria.

7.3 Saiz Pasaran

Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan


sasaran, dianggarkan daripada 20 orang pelanggan, 10 orang atau dengan kata
lain 50% daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.

7.4 Kuasa Beli Pelanggan

Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke kediaman dan rumah


panjang di mana terdapat kira-kira 100 hingga 200 orang pelajar termasuk
penduduk di rumah panjang. Sejumlah 50% angka tersebut adalah merupakan
saiz bagi kuasa membeli yang mengutungkan.

7.5 Persaingan
Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya mempunyai persaingan. Sesuatu
perniagaan yang tidak mempunyai pesaing pastinya akan berada pada prestasi
yang sama dan tidak maju ke hadapan. Popia Cheese Viral mempunyai ramai
pesaing yang menjual makanan segera di kawasan IPG. Oleh itu, perniagaan
kami sentiasa membuat penambahbaikan dari segi kualiti produk untuk
memajukan Popia Cheese Viral. Popia Cheese Viral juga menjadikan pesaing
sebagai pemangkin semangat kepada setiap ahli perniagaan supaya lebih gigih
dalam menjalankan tugas jualan dan aktiviti. Selain itu, persaingan yang dihadapi
juga melatih setiap ahli memainkan peranan dan tugas masing–masing
sepanjang operasi jualan dijalankan.

12
Persaingan Kelemahan Kekuatan

Kurang memberi
perkhidmatan yang yang Sudah beroperasi
Wawa Kafe
cepat dan pada masa lama.
yang tepat.
Christina Menyediakan
Harga produk yang
Kerepek Time layanan yang baik
mahal.
Sdn. Bhd terhadap pelanggan.

Jadual 5: Persaing perniagaan Popia Cheese Viral

7.6 Strategi Pemasaran

7.6.1 Produk
Popia Cheese Viral menjadikan produk makanan sebagai asas strategi
untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi
kepuasan untuk memberikan manfaat kepada warga IPG dan masyarakat
di rumah panjang. Berdasarkan manfaat tersebut, kami dapat memberi
gambaran kepada warga IPG dan masyarakat di rumah panjang
mengenai produk kreatif yang kami sediakan di mana ia dapat menarik
perhatian para pelanggan yang meminatinya. Setiap produk yang terjual
mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri untuk
menarik minat dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada
pelanggan.

7.6.2 Produk dan Perkhidmatan

Syarikat kami akan melaksanakan jualan di sekitar kampus IPG iaitu di


kediaman pelajar. Di samping itu, jualan kami mempunyai pelbagai jenis
pilihan iaitu seperti Popia Cheese Biasa, Popia Cheese Pedas, Popia
Cheese Nestum, Popia Cheese Jagung.

13
7.6.3 Tempat

Kami akan menjalankan penjualan di setiap blok kediaman pelajar IPG


seperti kolej kediaman perempuan dan kolej kediaman lelaki serta sekitar
rumah panjang di daerah Julau iaitu secara COD. Ini akan memudahkan
para pelanggan atau pelajar untuk mendapatkan produk kami dengan
mudah dan segera. Selain itu, jualan secara atas talian juga membantu
kami untuk meningkatkan keuntungan bersih perniagaan.

Secara keseluruhannya, Popia Cheese Viral menetapkan satu


pembungkusan kualiti produk yang dihasilkan untuk dipasarkan
berlandaskan ciri-ciri berikut :

a) Harga : Perniagaan ini meletakkan harga yang berpatutan pada setiap


produk dengan keuntungan minimum. Harga yang berpatutan mampu
menarik minat pelanggan dan mendapat sambutan yang menggalakan.
b) Kualiti : Perniagaan ini memastikan produk yang dihasilkan terjamin
dan berkualiti.

7.6.4 Harga
Popia Cheese Viral menawarkan produk yang berkualiti dengan harga
yang berpatutan. Harga kos bagi setiap produk dijual mengikut
kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan merupakan nilai
sebenar yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk
atau perkhidmatan. Antara strategi penetapan dan penawaran harga yang
perlu dipertimbangkan ialah :

Membuat tinjauan harga pasaran


Tinjauan harga berasaskan jenis produk dan kualiti produk serta tarikan
produk serbaguna.
a) Tawaran harga daripada pesaing luar
Harga pasaran daripada para pesaing perlu diambil kira untuk melihat kos
pengangkutan pengguna (pelajar) agar produk kami boleh dikira sebagai
harga kos produk yang sebenar.

14
b) Tawaran harga daripada pembekal
Harga daripada pembekal yang paling minimum dipilih untuk menjadi
pembekal utama dalam penawaran produk jualan. Permintaan sebut
harga produk di minta terlebih dahulu sebelum pemilihan pembekal
dibuat. Penawaran harga daripada pembekal yang paling minimum
adalah pilihan utama perniagaan kami.

7.6.5 Promosi
Popia Cheese Viral menggunakan kaedah promosi yang berkesan seperti
kaedah berkomunikasi antara peniaga dan pengguna, menghebahkan di
laman sosial untuk memudahkan kami menyampaikan mesej kepada
pelanggan dan mengetahui maklum balas daripada pelanggan. Promosi
boleh merangkumi segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan yang
telah diberikan. Popia Cheese Viral juga akan menampal iklan di setiap
papan kenyataan untuk memberitahu kepada pelanggan mengenai
penjualan kami ini. Selain itu, kami akan mengiklankan produk Popia
Cheese Viral di group whatsapp pelajar.

Promosi adalah salah satu aspek penting dalam pasaran. Oleh itu,
kami juga menyampaikan maklumat promosi kepada seluruh warga IPG
dan penduduk di rumah panjang semasa penjualan dijalankan. Tambahan
pula, media massa contohnya laman sosial Facebook, Blogspot,
Instagram. Tidak lupa juga pensyarah di IPG, kami akan menyakinkan
mereka berkenaan produk dan promosi yang ditawarkan.

8.0 RANCANGAN OPERASI

Rancangan operasi atau pengeluaran selalu dimulakan dengan menerangkan senarai


aktiviti yang perlu dilakukan mengikut urutan sehingga produk terhasil atau
perkhidmatan kepada pelanggan telah dilaksanakan. Rancangan operasi juga
melibatkan perancangan bahan, tenaga kerja dan masa yang perlu dilakukan untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan berkenaan. Dengan itu, kami telah melakukan

15
langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjalankan operasi perniagaan. Perancangan
operasi sangat penting untuk memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan dapat berjalan
dengan lancar. Popia Cheese Viral telah menggariskan dan membuat perancangan
operasi ini untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan adalah
berkualiti dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

8.1 Proses Operasi

8.1.1 Analisa Pengurusan Operasi

Pengurusan operasi Popia Cheese Viral diterajui oleh pengurus operasinya


yang bertanggungjawab, bermula dari penempahan produk dari pembekal
sehingga produk dijual dan mendapat sambutan daripada pelanggan.
Popia Cheese Viral sendiri akan memilih jenis makanan yang ingin dijual
mengikut citarasa pelanggan. Popia Cheese Viral mendapatkan jenis-jenis
kerepek daripada Big Hypermarket dan Pasar Borong. Popia Cheese Viral
turut mengikuti perkembangan trend-trend terkini pilhan makanan yang
memenuhi cita rasa para pelanggan.

Apabila bekalan yang ditempah sampai, stok bekalan bahan akan


dikawal kualiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta
bagi memastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan
berkualiti agar dapat menjamin penghasilan produk yang baik. Peringkat
terakhir adalah memasarkan produk tersebut kepada orang ramai dan
membuat promosi produk di laman-laman sosial untuk mendapatkan
keuntungan yang maksimum. Keseluruhan proses ini akan dipastikan
berjalan dengan lancar oleh pengurus supaya tidak berlaku kekurangan
stok. Pengurusan inventori ini merupakan keutamaan yang dititikberatkan
oleh Popia Cheese Viral kerana ia adalah sebahagian daripada
perkhidmatan pelanggan sekaligus dapat menjamin keselesaan dan
kehendak para pelanggan.

16
8.2 Proses Pengeluaran

8.2.1 Proses pengeluaran untuk ‘Popia Cheese Biasa’

1. Popia Cheese Biasa akan di beli daripada pembekal.


2. Popia Cheese Biasa akan dipaket mengikut harga yang
ditetapkan.
3. Popia tersebut akan di jual di tempat seperti di dalam
perancangan.

8.2.2 Proses pengeluaran untuk ‘Popia Cheese Pedas’.

1. Popia Cheese Pedas akan di beli daripada pembekal.


2. Popia Cheese Pedas dipaket mengikut harga yang ditetapkan.
3. Popia tersebut akan di jual di tempat seperti di dalam
perancangan.

8.2.3 Proses pengeluaran untuk ‘Popia Cheese Nestum’.

1. Popia Cheese Nestum akan di beli daripada pembekal.


2. Popia Cheese Nestum akan dipaket mengikut harga yang
ditetapkan.
3. Popia tersebut akan di jual di tempat seperti di dalam
perancangan.

8.2.4 Proses pengeluaran untuk ‘Popia Cheese Jagung’

1. Popia Cheese Jagung akan di beli daripada pembekel.


2. Popia Cheese Jagung akan dipaket mengikut harga yang
ditetapkan.
3. Popia tersebut akan di jual di tempat seperti di dalam
perancangan.

17
8.4 Anggaran Modal

8.5 Anggaran Belanjawan Pengeluaran Kerepek Time

9.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kami yakin bahawa perniagaan kami ini mampu memberikan
impak yang besar kepada semua pihak yang terlibat. Perniagaan yang kami jalankan ini
mampu menarik minat orang ramai kerana perniagaan kami memasarkan barangan
yang sentiasa dicari oleh para pelanggan tanpa mengira faktor ekonomi semasa.
Dengan tenaga pakar daripada setiap ahli yang terlibat, kami yakin perniagaan kami
mampu untuk maju dan berkembang pesat.

Malah, perniagaan kami ini tidak memerlukan modal yang agak besar untuk
memulakannya. Oleh yang demikian, perniagaan ini dapat membantu kami untuk
menyediakan laporan kewangan perniagaan kami dengan lengkap dan lebih terampil
serta dapat mengumpul dana yang kami ingin berikan kepada kanak-kanak di sekolah
yang memerlukan serta memperolehi pendapatan sampingan.

18

You might also like