You are on page 1of 2

TERHAD 3766/3 2022

RINGKASAN EKSEKUTIF

Halo’s Local Fruits Granola Bar merupakan milikan perkongsian yang dimiliki oleh
Cik Nur Asmah Sabli bersama dua orang rakan kongsi iaitu Cik Nor Mawaddah binti
Sharul Marzuki ( Aktif ) dan Nur Atiyyah Rafiqah binti Hamsah ( Lelap ) Yang telah
ditubuhkan pada 8 Ogos 2021 . Perniagaan ini menawarkan pengeluaran produk
makanan kesihatan yang tertumpu kepada buah buahan tempatan khususnya
kepada buah - buahan seperti mangga , tembikai , pisang dan lain lain . Selain
daripada itu , perniagaan ini juga mengeluarkan makanan yang berasaskan
penjagaan kesihatan iaitu makanan sarapan segera yang rendah kalori serta
menepati cita rasa rakyat Malaysia , Premis pernigaan ini terletak di Suria Inanam
88450 dengan no. Pendaftaran 202204651973 .
Perniagaan Halo’s Local Fruits Granola Bar menggunakan pelbagai teknik
pemasaran untuk mempromosikan perkhidmatan kepada masyarakat. Antaranya
mengedar risalah serta mencipta halaman web perniagaan pada platform – platform
yang sesuai seperti aplikasi dalam talian contonya Facebook, Twitter, Instagram dan
Youtube . Hal ini agar setiap perkembangan dan pengeluaran produk baharu berjaya
disampaikan kepada seluruh warga Malaysia pada semua peringkat umur.
Perniagaan mementingkan hasil perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin
kesetiaan pelanggan kepada perniagaan .
Pada peringkat awal penubuhan perniagaan, sebanyak RM 57,000.00 telah
disediakan sebgai modal perniagaan untuk membiayai kos perniagaan secara
keseluruhan yang merangkumi penyediaan bahan mentah bagi penghasilan produk,
peralatan dan mesin penghasilan produk , peralatan keperluan asas pejabat dan
pekerja serta keperluan operasi yang lain . Modal permulaan tersebut diperoleh
daripada simpanan rakan kongsi perniagaan.
Kebelakangan ini, perniagaan Halo’s Local Fruits Granola Bar mendapat permintaan
yang tinggi lalu menyebabkan peralatan sedia ada tidak dapat memenuhi kapasiti
yang dikehedaki oleh para pelanggan. Sasaran jualan kini adalah antara RM
5,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun perniagaan Halo’s Local Fruits Granola Bar
berhasrat untuk meningkatkan sasaran jualan kepada RM 10,000.00 sebulan pada
tahun hadapan. Maka, pembelian beberapa lagi peralatan pengurusan operasi
diperlukan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. Pada masa ini,
Perniagaan Halo’s Local Fruits Granola Bar tidak mempunyai sebarang tanggungan
kewangan dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia.

I
TERHAD 3766/3 2022

VISI , MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

VISI
Untuk menjadikan Halo’s Local Fruits Granola Bar sebagai sebuah organisasi
pengeluar makanan kesihatan yang memfokuskan kepada buah - buahan tempatan
yang terulung , dinamik serta berdaya saing menerusi Pakatan berpasukan yang
teguh dan mantap di peringkat global .

MISI
Mengeluarkan produk makanan sihat yang lengkap memenuhi kehendak pasaran
dan pelanggan dengan pantas , fleksibel dan kewangan yang mampan untuk
keperluan tertentu bagi mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.
Antara misi utama syarikat ialah :
- Memastikan makanan yang dikeluarkan diperbuat daripada bahan organik
tulen tanpa campuran bahan kimia yang tidak dibenarkan.

- Memenuhi dan sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia tanpa mengira
lapisan umur .

- Produk merupakan produk mesra alam dimana pembungkus produk mestilah


bahan mesra alam .

OBJEKTIF JANGKA PANJANG


- Mencapai sasaran hasil keluaran produk jualan berjumlah RM 50,000 pada
tahun 2025.

- Mencapai sasaran hasil untung pernigaan berjumlah melebihi RM 50,000


pada tahun 2025.

OBJEKTIF JANGKA PENDEK


- Meningkatkan hasil jualan produk pada kadar minimum 10 % setiap tahun .

- Meningkatkan kadar julat keuntungan pada kadar 15% hingga 25% setiap
tahun.

II

You might also like