You are on page 1of 2

RUMUSAN EKSEKUTIF

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah bertujuan untuk dijadikan
sebagai garis panduan kepada pengurus Dr cookies untuk menjalankan perniagaannya.
Rancangan perniagaan ini dibuat adalah untuk menentukan matlamat dan hala tuju sesebuah
perniagaan. Sesebuah perniagaan mampu berkembang pesat sekiranya rancangan perniagaan
dirancang dengan baik. Rancangan perniagaan juga dibuat untuk memberi kemudahan kepada
orang ramai untuk membeli biskut keluaran Dr Cookies bagi menahan lapar disebabkan biskut
keluaran Dr Cookies terdapat dalam bentuk pek kecil. Seterusnya, dengan adanya produk
keluaran Dr Cookies, hal ini secara tidak langsung memudahkan bakal raja sehari untuk dibuat
sebagai doorgift di samping memudahkan orang ramai untuk dijadikan produk ini sebagai kuih
untuk dijamu pada hari raya, aktiviti riadah dan sebagainya. Rancangan perniagaan ini
menjelaskan lebih mendalam tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Dr Cookies kepada
orang ramai.
Noraida Munirah bt Rifin merupakan pemilik Dr Cookies. Beliau berumur 25 tahun dan
merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia,
Serdang Selangor. Beliau juga pernah bekerja sebagai pembuat biskut di bawah syarikat Jacobs
Enterprise disamping menjadi juruwang di syarikat julies Sdn. Bhd. Melalui pengalaman dalam
bidang pembuatan biskut dan juruwang, hal ini secara tidak langsung memberi keyakinan yang
tinggi buat pemilik Dr Cookies iaitu Noraida Munirah bt Rifin untuk membuka perniagaan
sendiri yang bermula daripada perniagaan secara kecil-kecilan sehingga menjadi sebuah
perniagaan yang terkenal di mata dunia. Pekerja Dr Cookies terdiri daripada 8 orang kakitangan
dengan dikelolakan oleh lima orang pengurus utama iaitu pemilik Dr Cookies, pengurus
pentadbiran, pengurus pemasaran, pengurus kewangan dan pengurus operasi. Lima pengurus
utama ini memainkan peranan penting untuk memastikan perniagaan Dr Cookies berjalan
dengan lancar.
Pengurus menggunakan wang sebanyak RM 100 000 sebagai modal permulaan bagi
perniagaan Dr Cookies. Dr Cookies sudah mempunyai wang simpanan sendiri iaitu sebanyak
RM 55 000 bersama aset yang lain seperti kenderaan di dalam banknya dan masih memerlukan
RM 45 000 melalui pinjaman daripada bank untuk mencukupkan modal keseluruhannya iaitu

RM 100 000. Beliau membuat pinjaman bank bagi membeli lengkapan dalam premis
perniagaannya.
Dr Cookies amat menitikberatkan layanan mesra pelanggan. Hal ini demikian kerana
melalui layanan yang mesra, maka Dr Cookies tidak pernah kehilangan para pelanggannya.
Selain itu, perniagaan Dr Cookies mempunyai slogan tersendiri iaitu ingat Dr Cookies pastinya
produk halal, bersih lagi berkualiti. Slogan ini amat berketepatan dan bersesuaian dengan
perniagaan Dr Cookies kerana Dr Cookies menjadikan orang islam khususnya sebagai pembeli
utama dan pelanggan tetap yang setia dengan produknya.
Perniagaan Dr Cookies telah beroperasi selama 1 tahun. Sepanjang 1 tahun
pengoperasian, perniagaan Dr Cookies, perniagaan telah mengaut keuntungan yang amat
maksimum. Hal ini demikian kerana Dr Cookies sering kali mengadakan promosi, pengiklanan
produk keluarannya, penyebaran tentang prouk Dr Cookies di media sosial di facebook, blog,
instagram dan sebagainya. Melalui cara ini, produk keluaran Dr Cookies amat berpotensi besar
untuk laku dan mampu pergi jauh di samping memperkenalkan produk tersebut di peringkat
antarabangsa.

You might also like