You are on page 1of 13

BENGKEL MAJU JAYA SDN BHD

Menawarkan Personal
perkhidmatan (Bersemuka) Semua pengguna
penyelengaraan Komuniti kenderaan
kereta yang cepat ( Platform/
dan berkualiti Chatting)

Menjual barang
alat ganti kereta
yang berkualiti

Bengkel sendiri

Promosi di media sosial

2
PENJANAAN
IDEA

Idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika berfikir. Perniagaan merupakan aktiviti jual beli
barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, idea
perniagaan bermaksud satu konsep perniagaan yang menghasilkan keuntungan sekiranya ia
ditukarkan kepada barangan atau perkhidmatan yang nyata.

Idea perniagaan boleh dijana melalui beberapa kaedah iaitu dengan mengenal pasti masalah sedia ada,
keperluan pelanggan, mengkaji selidik barang yang ada dan permintaan pasaran. Seorang usahawan
perlu sentiasa berfikiran ke hadapan dan bijak mengambil peluang yang ada untuk dijadikan sebagai
idea perniagaan.

Penjanaan idea bagi perniagaan kami adalah berdasarkan masalah sedia ada. Masalah yang
dimaksudkan adalah masalah penjagaan kereta bagi golongan wanita. Majoriti kereta di jalan raya kini
dimiliki oleh golongan wanita. Namun begitu, masyarakat beranggapan bahawa pengetahuan tentang
kereta oleh golongan wanita tidak setanding golongan lelaki. Oleh itu, perniagaan kami ingin
mengkhususkan kepada golongan wanita dengan memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan
servis kenderaan di samping memberi pendedahan dan pengetahuan tentang asas-asas penjagaan
kereta yang baik yang perlu diketahui oleh golongan wanita.

Selain itu, kami juga mengkaji selidik barang atau perkhidmatan yang ada di pasaran. Seorang
usahawan tidak semestinya menghasilkan satu produk atau perkhidmatan yang baru. Satu produk atau
perkhidmatan juga boleh diperkenalkan kepada pasaran sebagai produk atau perkhidmatan yang sedia
ada yang mempunyai ciri-ciri tambahan yang bernilai. Barang dan perkhidmatan yang ada sekarang
merupakan hasil ciptaan terdahulu. Sesuai dengan peredaran zaman, barangan dan perkhidmatan
tersebut perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan agar dapat menarik minat pelanggan. Oleh itu, kami
telah mengambil peluang perniagaan ini dengan menambah baik perkhidmatan yang sedia ada dengan
mengambil kira maklum balas dan ketidakpuasan hati golongan wanita yang sering berasa tertipu
dengan bengkel-bengkel yang sedia ada sebagai asas penghasilan perkhidmatan yang baru.
Mengambil kira faktor keselamatan wanita jika kereta mengalami kerosakan di kawasan terpencil atau
berbahaya, kami juga menyediakan perkhidmatan ke lokasi di mana mekanik kami akan ke tempat
pelanggan wanita yang mengalami kerosakan sebagai nilai tambah perkhidmatan yang sedia ada.

3
DESKRIPSI
SEGMEN PENGGUNA

Segmen pengguna merupakan individu atau organisasi yang akan menjadi sasaran kepada nilai yang
ditawarkan. Dalam erti kata lain, segmen pengguna merujuk kepada bagaimana sesebuah perniagaan
menetapkan kumpulan sasaran pelanggan (target customer).

Tiga objektif utama perniagaan adalah untuk membantu menyelesaikan masalah, memuaskan
kehendak pelanggan dan memberi nilai tambah kepada kumpulan sasaran pelanggan. Masalah,
kehendak dan penambahbaikan nilai ini tentunya adalah tidak sama dari satu dengan yang lain.
Walaupun tidak sama, ia boleh terdiri daripada kumpulan atau kelompok tertentu. Inilah yang akan
menentukan sasaran segmen pengguna perniagaan.

Penetapan kumpulan sasaran pelanggan bagi sesebuah perniagaan adalah berdasarkan lima jenis
segmen pengguna iaitu mass market, niche, segmented, diversified dan multi-sided. Perniagaan kami
telah memilih untuk mensasarkan semua pengguna kenderaan.

4
DESKRIPSI PENAWARAN NILAI

Penawaran nilai merujuk kepada kelebihan dan keunikan (nilai) yang ditawarkan oleh sesuatu
perniagaan sesuai dengan wang yang diberikan apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan dijual.
Dalam erti kata lain, penawaran nilai merujuk kepada apa yang ingin ditawarkan kepada pelanggan
dan apa yang pelanggan dapat dengan wang mereka.

Jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan telah ada di pasaran, sesebuah perniagaan
hendaklah menawarkan kelainan dan penambahbaikan nilai yang akan membuatkan pelanggan
memberi keutamaan kepada perniagaan dan memilih perniagaan berbanding pesaing-pesaing
perniagaan. Apabila pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, itu
tandanya sesuatu perniagaan telah mencipta nilai buat pelanggannya. Oleh itu, jika nilai yang
ditawarkan tidak menepati kehendak pelanggan, maka pengubahsuaian tawaran nilai hendaklah
dilakukan.

Penawaran nilai bagi sesuatu produk atau perkhidmatan adalah berdasarkan pembaharuan (newness),
prestasi (performance), personalisasi (customization), penyelesaian tugas (getting the job done), reka
bentuk (design), status (jenama), harga (price), pengurangan kos (cost reduction), pengurangan risiko
(risk reduction), kebolehcapaian (accessibility), dan kemudahan (convenience).

Penawaran nilai bagi perniagaan kami adalah berdasarkan penyelesaian tugas (getting the job done)
dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan (servis) kereta. Selain itu, kami juga menjual alat
ganti kereta seperti minyak enjin (engine oil), bateri, enjin, palam pencucuh (spark plug), timing belt,
aircond belt, oil filter, air filter dan lain-lain yang akan dilakukan oleh pekerja yang berpengetahuan
dan berkemahiran untuk mengurangkan risiko kerosakan yang lebih teruk. Kemudian, kami juga
menawarkan harga upah yang lebih murah berbanding bengkel lain.

5
DESKRIPSI SALURAN

Saluran merujuk kepada bagaimana perniagaan memastikan produk atau perkhidmatan yang
mempunyai nilai yang tersendiri itu disampaikan kepada sasaran pelanggan. Saluran adalah jambatan
yang menghubungkan segmen pengguna dengan penawaran nilai. Dalam erti kata lain, saluran
merupakan medium untuk membawa nilai kepada pelanggan.

Perniagaan kami membuat promosi melalui media sosial seperti Instagram (IG), Facebook (FB),
Youtube, Twitter, Telegram, dan Whatapps bagi memberi kesedaran kepada pelanggan tentang
kewujudan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan. Kami membuat satu akaun khusus bagi
perniagaan dalam setiap platform tersebut. Kemudian, kami memastikan akaun tersebut sentiasa aktif
di media sosial dengan membuat perkongsian (post) dan status setiap hari.

Antara perkongsian yang dilakukan adalah video-video pendek yang berdurasi 1 minit bagi post IG,
video berdurasi 10 minit bagi IGTV, dan video berdurasi 30 minit bagi Youtube. Video- video tentang
penjagaan kereta mestilah mudah, ringkas, padat, menarik dan sesuai dengan golongan wanita serta
tidak melebihi 30 minit kerana kajian yang dibuat oleh Nielson mendapati bahawa post dan video
yang mempunyai maklumat yang jelas dan ringkas mampu mengekalkan tumpuan seseorang individu
dengan lebih lama.

Status di media sosial juga boleh digunakan untuk berkongsi kepakaran yang boleh membantu
menyelesaikan masalah pelanggan. Sebagai contoh, perniagaan boleh mencipta kesedaran dengan
berkongsi tips penjagaan kereta dan kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan wanita yang boleh
menyebabkan kerosakan kereta melalui status di FB, IG, Whatapps dan group di Telegram. Perniagaan
juga boleh mengedarkan risalah (pamphlet) dalam bentuk infografik untuk menarik minat pelanggan.
Iklan mestilah dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan kepercayaan pelanggan
terhadap perniagaan.

6
DESKRIPSI HUBUNGAN PELANGGAN

Hubungan pelanggan merujuk kepada kaedah atau tahap perhubungan perniagaan dengan pelanggan.
Dalam erti kata lain, hubungan pelanggan merujuk kepada bagaimana perniagaan menjaga hubungan
dengan pelanggan sedia ada dan bagaimana perniagaan memastikan pelanggan tersebut terus
menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan inilah juga yang akan menjadi
ejen pemasaran secara tidak langsung untuk perniagaan. Mereka akan mencadangkan perniagaan
kepada kenalan mereka setelah berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kaedah hubungan pelanggan terbahagi kepada bantuan peribadi (personal assisstance), bantuan
peribadi khusus (dedicated personal assisstance), khidmat mandiri (self-service), sistem auto
(automated), komuniti (communities), dan co-creation.

Kaedah hubungan pelanggan yang dipilih oleh perniagaan kami adalah personal atau bantuan peribadi
iaitu melalui perkhidmatan ke lokasi di mana mekanik kami akan ke tempat pelanggan wanita yang
mengalami kerosakan dan membaiki kerosakan yang dialami di tempat kejadian sekiranya perlu.

Selain itu, perniagaan kami juga memilih kaedah komuniti melalui support group yang disediakan.
Pelanggan akan dapat berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang dihadapi. Kebanyakan pertanyaan-pertanyaan biasa akan dapat dijawab oleh pelanggan lain
selebihnya akan dijawab oleh wakil perniagaan. Perniagaan kami juga akan turut menyediakan senarai
soalan lazim atau lebih dikenali sebagai Frequently Asked Questions (FAQ) dalam support group
berkenaan agar pelanggan boleh merujuk soalan-soalan tersebut sebelum bertanya kepada pelanggan
lain atau wakil perniagaan.

7
DESKRIPSI ALIRAN PENDAPATAN

Aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh dijana daripada produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan kepada pelanggan. Dalam erti kata lain, aliran pendapatan merujuk kepada
bagaimana perniagaan mendapat pendapatan.

Tujuh saluran aliran pendapatan adalah jualan aset (asset sale), yuran penggunaan atau bayaran
perkhidmatan (usage fee), yuran langganan (subcription fee), sewaan (lending/renting/leasing),
perlesenan (licensing), komisen (brokerage fee), dan iklan (advertising).

Aliran pendapatan perniagaan kami adalah dari bayaran perkhidmatan iaitu pendapatan yang
diperoleh apabila pelanggan membuat pembayaran atas perkhidmatan yang diberikan iaitu pembaikan
atau penyelenggaraan kereta. Kami juga mendapat pendapata dari penjualan alat ganto kereta

Selain itu, perniagaan kami juga memperoleh pendapatan melalui pengiklanan melalui video yang
dimuat naik (upload) di Youtube. Pendapatan daripada iklan di diperoleh melalui sebuah program
pengiklanan yang sangat popular di Youtube yang dikenali sebagai Youtube Adsense berdasarkan
jumlah tontonan (views) video. Semakin banyak views, semakin tinggi pendapatan yang dapat dijana.
Oleh itu, video yang dihasilkan oleh perniagaan mestilah mampu menarik perhatian penonton

8
DESKRIPSI
SUMBER UTAMA

Sumber utama merujuk kepada bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan penawaran nilai.
Dalam erti kata lain, Sumber utama merujuk kepada aset penting atau sumber yang diperlukan untuk
memastikan aktiviti perniagaan boleh berjalan. Sumber ini membolehkan perniagaan untuk membina
dan menawarkan nilai, mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya memperoleh
pendapatan.

Empat jenis sumber utama adalah manusia (human), fizikal (physical), kewangan (financial) dan
intelek (intellectual). Sumber utama yang diperlukan oleh perniagaan kami adalah sumber manusia.
Pekerja merupakan aset terpenting dalam perniagaan yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan
menyelenggara kereta kerana pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran, berpengalaman dan
berdisiplin merupakan penggerak perniagaan. Pekerja yang dimaksudkan bukanlah hanya mekanik
yang bertugas membaiki dan menyelenggara kereta pelanggan, malah pekerja yang terlibat dalam
tugas-tugas perkeranian, penyeliaan, pengiklanan dan mengendalikan support group turut memainkan
peranan penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan baik.

Sumber fizikal seperti premis, peralatan dan mesin untuk membaiki dan menyelenggara kereta,
kenderaan untuk ke lokasi pelanggan, bahan mentah dan stok barang seperti minyak enjin (engine oil),
bateri, enjin, palam pencucuh (spark plug), timing belt, aircond belt, oil filter, air filter dan lain-lain,
perabot bagi ruang menunggu pelanggan serta beberapa peralatan dan keperluan pejabat yang ringkas
turut memainkan peranan penting untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.

Selain itu, perniagaan kami turut memerlukan sumber kewangan iaitu modal awalan bagi membeli
aset-aset perniagaan, membuat pengiklanan dan membeli stok barang.

9
DESKRIPSI
AKTIVITI UTAMA

Aktiviti utama merujuk kepada aktiviti-aktiviti penting dalam perniagaan untuk membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancar. Dalam erti kata lain, aktiviti utama merujuk kepada bahagian di
mana ‘kerja sebenar’ berlaku. Mempunyai bakat dan kemahiran dalam melakukan sesuatu kerja atau
menghasilkan sesuatu produk sebenarnya hanya membolehkan seseorang menjalankan aktiviti utama
dalam perniagaan.

Tiga aktiviti utama dalam perniagaan adalah pengeluaran (production), menyelesaikan masalah
(problem solving) dan platform atau rangkaian (rangkaian/platform).

Perniagaan kami melakukan aktiviti menyelesaikan masalah iaitu menyediakan perkhidmatan


membaiki dan menyelenggara kereta. Berbeza dengan pengeluaran produk, penyelesaian masalah
memerlukan penyelesaian yang berlainan dan spesifik bagi setiap pelanggan. Mekanik kami perlu
mendiagnos kerosakan melalui keadaan kereta yang digambarkan oleh pelanggan dan memeriksa
kereta untuk mengenal pasti kerosakan.

10
DESKRIPSI
RAKAN KONGSI STRATEGIK

Rakan kongsi strategik merujuk kepada individu atau organisasi yang membolehkan sesebuah
perniagaan beroperasi. Dalam erti kata lain, rakan kongsi strategik merujuk kepada rakan kerjasama
utama yang membantu dalam perniagaan.

Tiga motif perniagaan memerlukan rakan kongsi strategik adalah economy of scale, pengurangan
risiko (risk reduction), dan pemerolehan sumber dan aktiviti (acquisition of resources and activities).

Perniagaan kami memerlukan rakan kongsi bagi pemerolehan sumber dan aktiviti iaitu pembekal bagi
bahan mentah dan stok barang seperti minyak enjin (engine oil), bateri, enjin, palam pencucuh (spark
plug), timing belt, aircond belt, oil filter, air filter dan lain-lain.

11
DESKRIPSI
STRUKTUR KOS

Struktur kos merujuk kepada semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan berdasarkan
model bisnes yang dirancang. Kesemua aspek untuk membina dan menyampaikan tawaran nilai,
mengekalkan perhubungan dengan pelanggan dan seterusnya menjana pendapatan memerlukan kos-
kos yang perlu ditanggung. Perniagaan perlu memastikan kos perbelanjaan tidak keterlaluan bagi
memastikan perbelanjaan kos tidak melebihi keuntungan yang diperoleh.

Empat ciri-ciri kos adalah kos tetap (fixed cost), kos boleh ubah (variable cost), economies of scale
dan economies of scope.

Kos yang terlibat dalam perniagaan kami adalah kos tetap iaitu kos yang masih perlu dibayar
walaupun perniagaan tidak menawarkan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara kereta pada
bulan tersebut. Kos tetap bagi perniagaan kami adalah sewa premis, gaji pekerja dan ansuran
kenderaan. Manakala kos boleh ubah adalah kos yang bergantung pada jumlah perkhidmatan yang
ditawarkan. Semakin banyak perkhidmatan yang diberikan, semakin meningkat kos yang dikeluarkan
seperti kos utiliti, elaun kerja lebih masa, petrol dan kos pemasaran dan pengiklanan.

12
RUJUKAN

https://www.academia.edu/30283066/BMC_Made_Easy

https://mdxnazri.com/2017/01/business-model-canvas-bmc/

https://www.wyzowl.com/human-attention-span/

https://www.researchchoices.org/content/chapter/2/nielsen

http://incomeyoutubeadsense.blogspot.com/

13
14

You might also like