You are on page 1of 4

ALIRAN PENDAPATAN

Revenue streams / aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh dijana daripada
produk dan perkhidmatan yang disasarkan kepada segmen pelanggan pilihan.
BMC mempunyai 2 kategori revenue streams iaitu:
 Pendapatan daripada pembayaran atas produk dan perkhidmatan dalam satu pembelian
atau urus niaga (Transaction revenues resulting from one-time customer payments).
 Pendapatan berulang dari satu pembelian produk atau perkhidmatan (Recurring
revenues from ongoing payments)
Menjana Revenue Streams
Terdapat pelbagai cara untuk menjana aliran pendapatan atau revenue streams ini:
(1) Asset sale / Penjualan Barangan – Jual apa jua barangan yang boleh dijual.  Aliran
pendapatan boleh dijana apabila pembelian dilakukan.
(2) Usage Fee / Bayaran perkhidmatan – Begitu juga dengan perkhidmatan, revenue streams
dijana berdasarkan bayaran terhadap perkhidmatan yang digunakan pelanggan.  Contoh,
bayaran per minit terhadap panggilan telefon.
(3) Subscription Fees / Langanan – Bayaran terhadap penggunaan perkhidmatan yang
berulang atau berterusan. Contoh, bayaran Astro setiap bulan, membership masuk gym angkat
besi, main game online dan macam-macam lagi.
(4) Leasing / Renting / Lending / Sewa – Sewakan apa juga aset seperti sewa rumah dan
kereta.  Sewa beli untuk gajet seperti model terkini iphone dan Samsung juga boleh termasuk
dalam kategori ini.
(5) Licensing / Perlesenan – Kita boleh juga jana revenue streams dengan melesenkan harta
intelek (intellectual property) kepada pihak lain.  Boleh lesenkan trademark dan patent kita
kepada pihak lain dengan bayaran tertentu.
(6) Brokerage fees – Revenue streams jenis ini selalunya dijana melalui bayaran komisyen.
Contoh, bayaran beberapa persen dari jualan rumah pihak lain kepada pembeli.
(7) Advertising / Pengiklanan – Pengiklanan boleh digunakan untuk menjana Revenue
Streams.  Buat blog, kumpul trafik banyak-banyak dan sediakan perkhidmatan pengiklanan
diblog kita.
Sumber utama

Sumber dan aset utama yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti bagi menjalankan
operasi perniagaan anda.

Senarai sumber utama berdasarkan keperluan untuk melakukan semua aktiviti utama dalam
semua komponen business model seperti tawaran nilai, saluran pengedaran, hubungan
pelangan dan aliran pendapatan.

1. Sumber intelektual (paten, hak cipta, data)

2. Sumber manusia (pengalaman, pengetahuan, kemahiran)

3. Sumber kewangan (modal tetap dan modal pusingan / kos operasi )

4. Sumber fizikal (mesin dan peralatan)

5. Sumber on line (untuk mengembangkan bisnes)


    5.1 Info untuk bina kumpulan wasap, sila klik >> www.wasap.my

6. Sumber baru (diluar jangkauan fikiran)


AKTIVITI UTAMA

Building block berikutnya iaitu  Key Activities pula menerangkan apa


bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model
bisnes mereka berjaya.

Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk


membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  Sama macam key
resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai,
membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan
seterusnya jana pendapatan (revenue).

Key activities ini bergantung kepada jenis model bisnes yang


dirancang.  Sebagai contoh:

 Key activities bagi Microsoft adalah pembangunan sistem atau


perisian (software development)
 Dell pula dengan peniagaan menjual peralatan komputer pula
memerlukan pengurusan supply chain (termasuklah pembuatan
peralatan komputer)
 McKinsey yang terkenal dalam bidang pakar runding
(consultancy) dengan key activities utamanya adalah menyelesaikan
masalah (problem solving).

Kategori Key Activities


Ianya boleh dikategorikan kepada tiga (‘3’) jenis kat bawah ni:

(1) Produksi (Production)

Aktiviti berkaitand engan mereka bentuk (design), membuat dan


menyampaikan produk dalam jumlah yang banyak dengan kualiti yang
tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan
bagi industi pembuatan dan perkilangan.

 (2) Menyelasaikan Masalah (Problem Solving)

Key activities bagi jenis ini biasanya bertujuan untuk menyelesaikan


masalah spesifik kepada setiap pelanggan.  Ia juga bertujuan untuk
membina penyelesaian masalah yang baru (‘new solutions‘) kepada
pelanggan mereka.

Biasanya merujuk kepada model bisnes bagi


perkhidmatan consultancy dan key activities utama memerlukan
kepada pengurusan  knowledge (knowledge management) dan latihan
berterusan kepada staff syarikat.

(3) Platform / Network

Platform boleh merujuk kepada rangkaian, match making platform,


software dan juga brand.  Contoh mudah bagi kategori ini adalah eBay
yang membina, mengekal dan menyengara laman web mereka sebagai
platform perniagaan.

Bagi Microsoft pula, perisian Microsoft Windows adalah platform


mereka dan model bisnes Microsoft memerlukan pengurusan
perhubungan dengan syarikat lain yang membina perisian berdasarkan
sistem pengoperasi ini.

Bagi pengeluar kad kredit Visa pula, key activities mereka lebih
kepada menyediakan rangkaian rangkaian yang membolehkan
transaksi kad kredit boleh dilaksanakan antara
pengguna, merchant,  bank dan pihak mereka sendiri.

You might also like