You are on page 1of 3

Faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan.

(Indikator Perniagaan untuk mengukur prestasi perniagaan)


Terangkan…
CONTOH JAWAPAN
Titik Pulang Modal
satu kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang
diperolehi bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.

Pertumbuhan Perniagaan
Hasil yang meningkat dari semasa ke semasa untuk mencapai maklamat perniagaan.

Untuk meningkatkan hasil jualan iaitu:


merancang membuka cawangan yang banyak
membesarkan perniagaan sedia ada

Pemaksimumkan Keuntungan

Perniagaan mendapat keuntungan yang tertinggi hasil daripada penggunaan sumber


perniagaan seperti bahan mentah / modal / teknologi / keusahawanan yang cekap/ modal
insan.

Untung = Jumlah hasil – Jumlah kos

Keuntungan akan digunakan sebagai modal pusingan untuk meneruskan operasi dalam
perniagaan.

Konsep kecekapan ialah memaksimumkan hasil dengan meminimumkan kos.

Daya Saing

Kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalakan operasi perniagaanya dalam industri.

Faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri:


>teknologi
>kewangan
>jaringan
>sumber manusia
>pemasaran
Syer Pasaran

Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing.

Perniagaan yang berjaya menguasai syer pasaran yang terbesar


>akan memperoleh pendapatan yang tinggi hasil daripada jualan
>menjadi pemimpin dalam pasaran
>perniagaan terus kekal dan meraih keuntungan yang besar

Jualan

aktiviti jual beli antara penjual dan pembeli dalam memenuhi keperluan dan kehendak pembeli.

Penjual mendapat keuntungan

Pembeli mendapat kepuasan apabila menggunakan barang atau perkhidmatan.

Strategi promosi jualan seperti diskaun harga/ jualan murah/ sampel percuma/ peraduan.

Penyediaan Perkhidmatan

Aktiviti ditawarkan oleh perniagaan kepada pelanggan

Bertujuan untuk menarik minat pengguna agar membeli barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan.

Contoh: pembelian atas talian/ penghantaran ke rumah/ kemudahan pembayaran/ membaik


pulih jika barang rosak

You might also like