You are on page 1of 6

______________________________________________________________________

JUS101

TERAS KEUSAHAWANAN

TOPIK 8: RINGKASAN EKSEKUTIF DAN RANCANGAN


PERNIAGAAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi ini, pelajar dapat:

• menerangkan kepentingan ringkasan eksekutif dan rancangan perniagaan


• mengenal pasti isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam penyediaan
dokumen rancangan perniagaan

______________________________________________________________________

8.0 PENGENALAN KEPADA RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan merupakan dokumen bertulis yang secara terperinci


menggambarkan visi dan misi sebuah entiti perniagaan, serta merangkumi strategi dan
taktik yang akan diterapkan untuk mencapai objektif perniagaan dalam tempoh yang
ditentukan. Rancangan perniagaan juga merupakan satu peta perjalanan perniagaan
dalam setahun atau satu tempoh masa tertentu kepada usahawan berhubung
dengan perniagaan yang akan diceburi dan matlamat yang akan dicapai.

Rancangan perniagaan disediakan bertujuan untuk memohon pinjaman baru atau


tambahan dan bagi individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan baru yang
biasanya diperlukan oleh pemilik/pengurus, pekerja, pelanggan, pembekal dan
pelabur/peminjam.

Rancangan perniagaan mempunyai banyak kegunaan kepada usahawan terutamanya


dalam membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal
atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan, ,menjadi blue
print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan, mebuat kajian pasaran serta
menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau
sebaliknya dan bertujuan untuk meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu
memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap.

8.1 KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RINGKASAN EKSEKUTIF DAN RANCANGAN


PERNIAGAAN

1. Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti

Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan kerana


rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju
pengurusan perniagaan. Rancangan perniagaan ini mengandungi maklumat mendalam
mengenai visi, misi, objektif, sasaran, jangkaan kewangan, dan ramalan masa depan
perniagaan.

2. Merancang keperluan sumber perniagaan

Keperluan sumber perniagaan adalah seperti sumber manusia, sumber fizikal dan
sumber pembiayaan. Perancangan yang teliti dalam merancang dan mengagihkan
keperluan sumber perniagaan dapat membantu perniagaan beroperasi dengan lebih
sistematik dan lebih jelas.

3. Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek


perniagaan

Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan
pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat dikurangkan. Semasa menyediakan
rancangan perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan masalah serta berusaha
menangani risiko dan masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar.

4. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak

Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu
menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau
pembiayaan.

5. Meyakinkan pihak pelabur atau bank

Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan


dengan melihat kos yang terlibat dan kadar keuntungan yang diperoleh.Tanggapan
positif pihak pelabur terhadap prestasi perniagaan dapat membantu perniagaan untuk
memperoleh sumber kewangan yang diperlukan.
6. Panduan Operasi Perniagaan

Rancangan perniagaan bertindak sebagai rujukan utama dalam menentukan hala tuju
dan fokus perniagaan.

7. Alat Analisis dan Penilaian

Melalui rancangan perniagaan, pemilik perniagaan dapat menilai kesesuaian objektif


perniagaan dengan realiti pasaran. Ia juga membantu dalam mengukur
potensi keuntungan serta mengidentifikasi risiko yang mungkin dihadapi.

8.2 FORMAT ISI KANDUNGAN DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN

Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah
seperti berikut:

1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam
sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk
mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.

2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis

Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba


sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan
rancangan perniagaan.

3. Pengenalan

Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya.


Maklumat yang perlu ialah: nama syarikat, jenis perniagaan yang diceburi,
barangan/perkhidmatan yang ditawarkan, lokasi premis, tarikh mula perniagaan, latar
belakang industri, trend pasaran kini dan masa hadapan.

4. Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan
tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak
tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan
perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan
perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon
yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan
utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran
syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah
pemegang saham syarikat/perniagaan?

6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham

Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan
akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

7. Maklumat Pengurusan dan Organisasi

Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan
carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung
dalam pengurusan syarikat dan perniagaan.

Untuk senarai kakitangan, maklumat tugas dan peranan, gaji dan imbuhan yang bakal
diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat
dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.

8. Rancangan dan Strategi Pemasaran

Rancangan dan Strategi Pemasaran antara kandungan yang amat penting dalam
sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan
unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran
yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan
pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi
pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).

Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita?
Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah
faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat
– adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula
dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau
pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam
proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal
dijalankan, dan bagaimana?

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam
tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses
pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi
penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?Bagaimanakah
penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja
yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan
operasi dibuat?

10. Rancangan Kewangan

Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam
penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian
andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah
realistik.

Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan,


sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau
lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata
pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-
even analysis).

AKTIVITI KENDIRI

Lakukan perbincangan bersama rakan anda tentang rancangan


perniagaan yang ingin jalankan dengan menjawab persoalan di bawah.

1. Apakah perniagaan dan idea yang produk dan perkhidmatan


yang dicadangkan ini berpotensi dan memenuhi permintaan
pasaran?
2. Apakah terdapat sesuatu yang unik tentang produk/ perkhidmat
an yang dicadangkan berbanding dengan apa yang ada di
pasaran pada masa kini?
3. Adakah pasaran perniagaan yang anda ingin
jalankan telah dikenal pasti?
8.3 RUMUSAN

Tujuan dan kepentingan penyediaan rancangan adalah sebagai garis panduan mencapai
matlamat perniagaan, menerangkan idea perniagaan agar dapat direalisasikan,
menerangkan bagaimana produk dihasilkan dan dipasarkan, menerangkan keperluan
kewangan, menerangkan latarbelakang dan kepakaran mereka yang terlibat dalam
perniagaan,sebagai satu alat untuk mengurus perniagaan, mengoptimumkan pengunaan
sumber, menilai prestasi dan kemajuan syarikat, mempengaruhi pihak yang
berkepentingan.

Secara ringkasnya, kita dapat rumuskan bahawa ,dokumen rancangan perniagaan


mestilah mengandungi: ringkasan eksekutif,matlamat perniagaan; apa yang akan
dihasilkan oleh syarikat, organisasi perniagaan, pengeluaran barangan atau
perkhidmatan, rancangan pengeluaran/operasi strategi pemasaran dan maklumat
kewangan perniagaan.

RUJUKAN

1. Zakaria, S. A. S. (2007). Rancangan perniagaan. PTS Professional.


2. Yusoff, M. N. H. B., & Zainol, F. A. (2020). Rancangan Perniagaan Untuk
Keusahawanan. Penerbit: UMK
3. https :/ / www.aca dem ia.edu/ 6813167/ RANCANGAN_PERNIAGAAN

You might also like