You are on page 1of 13

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.

Download artikel ini dalam PDF

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan
teliti, dan terperinci.

Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-


sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan
sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul
semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

Usahawan/Penternak

– Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

– Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

– Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.


Institusi Kewangan/pelabur

– Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

Pembekal

– Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

Kakitangan

– Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.

Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

– Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik

dan berterusan
Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

– Nama perniagaan/projek

– Tujuan rancangan perniagaan

– Nama syarikat, alamat dan lain-lain

– Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan
dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

Pengenalan & Ringkasan Eksekutif

Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

Latarbelakang perniagaan

Latarbelakang ahli kongsi

Kedudukan Projek

Objektif Projek

Rancangan Pentadbiran

Rancangan Operasi

Rancangan Pemasaran

Rancangan Kewangan

Penutup
Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 – Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan
diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan
spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu
memberikan maklumat-maklumat berikut:-

Nama Syarikat

Jenis perniagaan yang diceburi

Nama dan lokasi/alamat perniagaan

Status dan saiz projek

Produk

Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan

Anggaran kos projek.

Bahagian 2 – Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.

Merancang perlaksanaan projek.

Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan

Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.

Lain-lain.

Bahagian 3 – Latarbelakang Perniagaan


Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan
seperti:

1. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan
kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

2. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk
perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan
mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

4. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk
perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar
perniagaan.

5. Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan
dengan permohonan pembiayaan pinjaman.
Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

Nama penuh

No. kad pengenalan

Tarikh lahir

Umur

Alamat Tetap

No telefon

Taraf perkahwinan

Kelulusan akedemik

Kursus yang pernah dihadiri

Kemahiran

Pengalaman

Pekerjaan sekarang

Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek
dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 – Rancangan Pentadbiran

Pentadbiran

Carta Organisasi

Senarai jawatan dan bilangan Pekerja


Spesifikasi Tugas

Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

Senarai Keperluan Pejabat

Perbelanjaan Pentadbiran

Perbelanjaan aset

Perbelanjaan bulanan

Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 – Rancangan Operasi

Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan


berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini
berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk
kredit atau tunai dan pembekalnya.

Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

Mesin dan peralatan


Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan
pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai
dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses
operasi.

Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan
harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 – Rancangan Pemasaran

Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan
penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan
pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan
atau RM atau kedua-duanya sekali.

Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama
perniagaan mereka.

Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk
perniagaan yang dicadangkan.

Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan
tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

Strategi Pemasaran

Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej

Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.

Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 – Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

Penyata-penyata kewangan:

Aliran wang tunai

Penyata pendapatan

Kunci kira-kira

Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

Kos pelaksanaan Projek

Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga
kos ubah suai.
Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn
sebagainya)

2. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset
jika sumbangan adalah aset.

Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun
seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

Prestasi Penyata Pendapatan

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.

Prestasi Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

Analisis Daya Maju Kewangan

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.


Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

Nilai kini bersih

Kadar Pulangan dalaman

Nisbah faedah kos

Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan
jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah
bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih
bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini
jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya
tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.

Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 – Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-

Surat sebutharga

Sijil kursus

Surat sokongan pihak tertentu

Surat dapat tender

Sijil pendaftaran syarikat

Salinan permit/lesen

Surat-surat kepujian

Bukti modal sendiri

Salinan surat Cagaran

Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

You might also like