You are on page 1of 49

TOPIK 3:

ASAS DAN
JENIS MILIKAN
PERNIAGAAN
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Menyatakan asas perancangan perniagaan

2. Menyenaraikan jenis-jenis perniagaan

3. Menyatakan format rancangan perniagaan Penubuhan

Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak


4. Menerangkan proses Penubuhan Pusat Pendidikan Awal

Kanak-kanak
3.1
Asas
perancangan
perniagaan
Rancangan Perniagaan

Secara asasnya, Rancangan Perniagaan adalah asas kepada


sesebuah perniagaan sebelum sejumlah wang dilaburkan.

Jika gagal merancang, seseorang usahawan itu perlu bersiap sedia


dengan kerugian di atas wang yang telah dilaburkan.
Asas Perancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan merujuk kepada dokumen bertulis


01 yang menerangkan cadangan perniagaan atau projek secara
terperinci.

Di dalam rancangan perniagaan, kesemua komponen


02 penting pengurusan diintegrasikan termasuk aspek
pemasaran, kewangan, pengeluaran dan sumber manusia.

Mengikut Bartholomew (1992), rancangan perniagaan boleh

03 dianggap sebagai satu strategi yang digunakan oleh seorang


usahawan untuk melihat kepada dua atau tiga tahun di masa
hadapan dan menerangkan langkah yang perlu diambil untuk pergi
dari satu tempat ke tempat yang lain.
Latar Belakang Perniagaan

§ Maklumat perniagaan diterangkan dengan jelas.


§ Kelulusan (Lesen dan kebenaran perniagaan daripada pihak berkuasa)
§ Lokasi (Sertakan pelan lokasi dengan maklumat keluasan tapak perniagaan,
serta tunjuk arah tapak projek untuk lebih mudah difahami)
§ Kedudukan Fizikal Perniagaan (Nyatakan lokasi pejabat perniagaan itu
beroperasi)
§ Bangunan dan Kemudahan Asas

- Pelan bangunan disediakan dengan menyatakan jenis, struktur, keadaan,


bentuk, ukuran dan nilai bangunan.
- Jika tapak perniagaan ini beroperasi atas tapak sewa, perlu nyatakan
kadar dan syarat sewaan.
- Menerangkan semua kemudahan asas yang ada seperti bekalan air dan
elektrik, telefon dan jalan raya.
Kepentingan Rancangan Perniagaan
● Terdapat lima kepentingan rancangan perniagaan iaitu:
a. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai idea
perniagaan atau projek pernigaannya dengan teliti, secara objektif
dan kritis.
b. Memberi gambaran sama ada projek yang dicadangkan berdaya
maju atau tidak.
c. Sebagai alat untuk mendapatkan modal luar bagi pembiayaan
pertumbuhan dan perkembangan syarikat
d. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian.
e. Membantu usahawan membuat anggaran keperluan dan
pengagihan sumber perniagaan dengan baik dan berkesan
3.2
Jenis-jenis
perniagaan
3.2.1 Milikan tunggal

§ Dimiliki oleh seorang individu


§ Modal daripada simpanan sendiri atau pinjaman
§ Diurus sendiri oleh pemilik
§ Ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
§ Liabiliti tidak terhad
§ Segala untung rugi ditanggung sendiri
§ Cukai dikenakan adalah cukai pendapatan perseorang
3.2.2 Perkongsian

§ Ahli terdiri daripada 2-20 orang


§ Modal diperolehi melalui sumbangan rakan kongsi
§ Diuruskan oleh rakan kongsi aktif
§ Ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian 1961
§ Semua rakan kongsi menanggung liabilit tidak terhad
§ Agihan keuntungan mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
§ Cukai pendapatan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan
3.2.3 Syarikat berhad
3.2.3.1 Syarikat Sdn.Bhd

§ Bilangan ahli terdiri dari 2-50 orang


§ Modal daripada jualan syer kepada ahli-ahlinya
§ Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965
§ Liabiliti terhad
§ Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
§ Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang
berasingan
§ Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen
§ Cukai berdasarkan cukai syarikat
3.2.3.1 Syarikat awam berhad

§ Bilangan ahli terdiri daripada 2 hingga tidak terhad


§ Modal daripada jualan syer kepada orang awam
§ Penubuhan tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 2016
§ Liabiliti terhad
§ Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
§ Syarikat dan pemegang syer merupakan entiti yang berasingan
§ Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen
§ Cukai berdasarkan cukai syarikat
§ Tertakluk kepada kawalan dan seliaan Pendaftaran Syarikat
3.3
Format Rancangan
Perniagaan Penubuhan
Institusi Pendidikan Awal
Kanak-kanak
Elemen dalam rancangan perniagaan :

Ringkasan eksekutif
1
Penerangan secara ringkas tentang perniagaan, peluang-
peluang pasaran, jangka masa keperluan kewangan dan
potensi perkembangan serta kejayaan syarikat
Elemen dalam rancangan perniagaan :

Muka surat pengenalan


2
- Latar belakang perniagaan
- Nama, alamat dan pelan lokasi perniagaan
- Nama dan alamat pemilik
- Jenis perniagaan
- Visi, misi, moto dan objektif
- Jumlah pembiayaan yang diperlukan
Elemen dalam rancangan perniagaan :

Deskripsi perniagaan
3
- Maklumat perkhidmatan
- Lakaran pelan lantai premis
- Saiz pasaran
- Peralatan pejabat
- Jumlah pekerja
- Jadual penggajian
Elemen dalam rancangan perniagaan :

Rancangan pentadbiran
4
- Bentuk pemilikan perniagaan
- Carta organisasi
- Peranan dan tanggungjawab ahli
- Bajet pentadbiran
Elemen dalam rancangan perniagaan :
Rancangan pemasaran
5 - Strategi perkhidmatan
- Strategi harga
- Strategi tempat
- Strategi promosi
- Analisis pesaing
- Syer pasaran
- Ramalan jualan
- Bajet pemasaran
Elemen dalam rancangan perniagaan :
Rancangan operasi
6
- Carta alir proses
- Senarai mesin dan peralatan
- Bajet operasi
Elemen dalam rancangan perniagaan :
Rancangan kewangan
7
- Kos pelaksanaan projek
- Sumber dana/pembiayaan
- Penyata aliran tunai
- Penyata untung rugi
- Penyata Kunci kira-kira
Elemen dalam rancangan perniagaan :
Kesimpulan
8
Mesti membuktikan mengapa projek/perniagaan berbaloi
untuk dibiayai
Lampiran
9 - Surat yang berkaitan
- Data kajian pasaran
- Kontrak perjanjian
- Senarai harga dari pembekal
- Lain-lain
3.4
Penubuhan Pusat
Pendidikan Awal Kanak-
kanak
Langkah-Langkah Persediaan

Proses Penubuhan Dan Pendaftaran:

§ Mengemukakan permohonan penubuhan kepada Jabatan Pelajaran


Negeri
§ Lawatan kesesuaian oleh Jabatan Pelajaran Negeri

§ Jabatan Pelajaran Negeri mendapatkan pandangan dan sokongan


daripada agensi-agensi
§ Surat kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dengan
syarat-syarat khas
§ Jabatan Pelajaran Negeri mengeluarkan Sijil Pendaftaran Sekolah
Permohonan kepada Jabatan Pelajaran Negeri :

§ Mengemukakan surat permohonan kepada Unit


Pendidikan Swasta, Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing
§ Pemohon perlu menyatakan dengan ringkas tujuan
penubuhan, kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap
lokasi yang dipilih.
Permohonan kepada Jabatan Pelajaran Negeri :

§ Lawatan Kesesuaian oleh Jabatan Pelajaran


§ Mengisi borang pendaftaran
§ Mendapat sokongan dari agensi berkaitan.
§ Surat kelulusan dan tawaran syarat
§ Sijil pendaftaran
Permohonan perlu disertakan:

(a)Pelan lokasi dengan lakaran lengkap kedudukan dan

pandu arah kawasan sekeliling.

(b) Pelan tapak bilik-bilik yang lengkap dengan ukuran (lakaran).

(c) Nama alamat penuh tadika merangkumi 3 km sekeliling

ataupun 300 buah rumah bagi kawasan perumahan.


(d)Surat persetujuan jiran-jiran terdekat

(e) Salinan surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy


agreement).
(f) Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)

(g) Kertas kerja (garis panduan disediakan).


Permohonan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan:

§ Mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.


- Pelan tapak / pelan lantai
- Lukisan keratan/ tapak

§ Urusan tanah ataupun percukaian:

- Salinan hak milik tanah (disahkan oleh Pejabat Tanah Daerah)


- Salinan cukai taksiran/ cukai tanah
§ Dokumen-dokumen lain:
- Gambar-gambar tapak
- Surat perjanjian/ kebenaran daripada pemilik bangunan (jika disewa)
- Surat sokongan daripada pemilik ataupun penghuni bangunan
ataupun lot bersebelahan

§ Kesesuaian tapak/ tanah

§ Kehendak pengiklanan / bangunan / pengudaraan dan


pengcahayaan / pintu dan tingkap / kegunaan ruang
Permohonan Kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat :

Peraturan bangunan :
- Keadaan bangunan yang dibenarkan
- Ciri keselamatan bangunan
- Kehendak teknikal dinding
- Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis

Operasi :
- Kehendak langkah keselamatan
Permohonan Kepada Jabatan Kesihatan:

- Persekitaran (operasi)
- Kehendak kemudahan kebersihan
- Komponen bangunan
- Peralatan, perabot dan kemudahan di dalam bangunan
- Kehendak perubatan dan kesihatan
- Penyediaan makanan
- Kehendak umum
Kesimpulan
Rancangan perniagaan amat penting kerana ia menjadi garis
panduan kepada pengurusan bagi memastikan kejayaan
syarikat dan menjadi alat untuk mendapatkan modal luar bagi
pembiayaan pertumbuhan dan perkembangan syarikat atau
perniagaan.
Terima kasih …

You might also like