You are on page 1of 4

PETA KONSEP

UNIT 1: PROMOSI

PROMOSI

DEFINISI

PERANAN
PROMOSI

STRATEGI Memberikan maklumat


PROMOSI Memujuk dan mempengaruhi
CAMPURAN pengguna
DALAM
PASARAN PEMASARAN Mewujudkan pasaran baru
Mengekalkan pasaran sedia ada
pemasaran Memantapkan imej barangan
produk dan syarikat.
Sasaran Menangani pesaing.
harga pemasaran meningkatkan jualan dan
keuntungan.
promosi Campuran
pemasaran:
agihan
Produk
Harga
Promosi
Agihan
-agihan
1
NOTA ILMIAH
UNIT 1: PROMOSI

1. Maksud promosi
Promosi ialah memberitahu atau mengumunkan kepada orang ramai tentang wujudnya
sesuatu jenama barang dan perkhidmatan di pasaran serta menggalakkan jenama atau
perkhidmatan tersebut.

2. Peranan promosi:
a. Memperkenalkan barang dan perkhidmatan baru: promosi memperkenalkan
barangan baru kepada orang ramai di samping mengingatkan mereka tentang
wujudnya barangan lama. Menerusi promosi, maklumat tentang ciri, harga, jenama,
kualiti, cara menggunakan sesuatu keluaran atau perkhidmatan dapat disampaikan
kepada pengguna.
a) Memujuk dan mempengaruhi pengguna- promosi mempengaruhi pengguna
membeli sesuatu barangan dengan cara memuji dan menonjolkan ciri keistimewaan,
kelebihan serta faedah menggunakan barangan itu.
b) Mewujudkan permintaan atau pasaran untuk keluaran baru: pengguna-
pengguna diberitahu tentang wujudnya sesuatu jenama dan perkhidmatan yang baru.
c) Mengekalkan permintaan atau pasaran yang sedia ada: promosi yang dijalankan
secara berulangan dapat mengekalkan pasaran yang sedia ada bagi barangan tersebut.
Dengan ini jualan dapat ditingkat dan dikekalkan.
d) Meningkatkan imej keluaran dan syarikat: promosi dapat meningkatkan imej dan
mewujudkan nama baik bagi sesuatu barangan atau syarikat yang mengeluarkannya.
Imej dan reputasi yang baik akan mewujudkan pengguna yang setia dan taat kepada
barangan atau syarikat itu.
e) Menyaingi pesaing- promosi membolehkan pengeluar dan peniaga menangani
persaingan di pasaran. Pesaing yang mempunyai keluaran yang sama akan
melancarkan usaha promosi masing-masing untuk mempertahankan kedudukan
sendiri atau mengatasi pesaing.

2
f) Meningkatkan jualan dan keuntungan - sungguhpun usaha promosi melibatkan
perbelanjaan, namun peningkatan jualan hasil daripada promosi itu bukan sahaja akan
membolehkan peniaga menebus balik belanja promosi yang dilakukan, malahan juga
menambahkan keuntungannya.

3. Promosi dalam pemasaran

a. Promosi merupakan unsur penting di dalam pemasaran. Pemasaran ialah strategi,


proses atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan
daripada pengeluar kepada pengguna.
b. Terdapat 2 konsep pemasaran iaitu:
i. Konsep berorentasikan keluaran
- Pengeluar mementingkan pengeluaran barang dan perkhidmatan
- Konsep ini mengandaikan bahawa barang dan perkhidmatan yang bermutu
tinggi akan lebih mudah dijual tanpa banyak promosi
- Pengeluar menentukan keluaran yang terbaik untuk pengguna
- Tertumpu pada penghasilan barang yang berkualiti tinggi.
ii. Konsep berorentasikan pengguna:
- Mengutamakan pengguna dalam aktiviti pemasaran
- Pengguna dianggap sebagai raja dan pengeluar harus mengetahui apa yang
dikehendaki pengguna
- Mewujudkan pelanggan dan kemudian mengadakan strategi campuran
untuk penuhi kehendak pengguna. Iaitu menghasilkan keluaran,
menetapkan harga yang berpatutan, mengadakan saluran agihan yang
sesuai, dan mengadakan promosi yang berkesan.

c. Strategi pemasaran melibatkan dua unsur iaitu sasaran pemasaran dan campuran
pemasaran.

3
4. Strategi campuran pemasaran

Campuran pemasaran melibatkan empat unsur:


a) produk yang terdiri daripada barang dan perkhidmatan. Strategi pemasaran
mengkehendaki produk yang dihasilkan itu, berkualiti, sempurna, dan dapat
memenuhi kehendak pengguna.

b) Harga adalah bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan. Harga seharusnya realistik,
berpatutan dan dapat menutup kos pengeluaran

c) Promosi ialah aktiviti yang dapat mewujud dan memperluaskan pasaran untuk
produk tersebut. Promosi meliputi pengiklanan, promosi jualan, jualan terus, dan
publisiti.

d) Agihan adalah perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan produk daripada


pengeluar kepada pengguna. Pemilihan saluran agihan yang sesuai akan
mempercepatkan proses pengagihan.

- Matlamat pemasaran ialah untuk memenuhi permintaan pengguna dan mendapatkan


keuntungan. Usaha pemasaran akan gagal tanpa promosi. Ini adalah kerana produk yang
baik, harga yang berpatutan, dan saluran agihan yang cekap tidak menjamin pasaran
untuk produk itu, melainkan promosi dijalankan secara rapi, teratur dan intensif.

- Peranan promosi dalam pemasaran mnejadi lebih penting lagi pada masa kini. Beribu-
ribu produk daripada pelbagai pengeluar membanjiri pasaran sehingga pengguna mudah
terpedaya dan hilang pertimbangan untuk membuat pilihan. Bagi menghadapi persaingan
ini, rancangan promosi yang teratur amat penting untuk menjamin maklumat yang betul
dan tepat disampaikan kepada pengguna.

You might also like