You are on page 1of 2

NOTA

3.1.2 Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran

Peranan reka bentuk dalam pemasaran


1) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
– produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pengguna

Ciri-ciri produk
a) fungsi produk
b) reka bentuk produk
c) kekuatan dan kelemahan produk
d) nilai produk
e) trend

2) Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna


Komunikasi – proses untuk menyampaikan maklumat dan peihal mengenai
produk dan perkhidmatan

Pengenalan diri produk


a) Penjenamaan
– pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan
Jenis: bentuk nama, bentuk cap, bentuk cap dagangan, bentuk persendirian

b) Kesetiaan
– pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu

c) Boleh Diingat
– produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna

d) Dikenali
– produk telah lama berada dipasaran dan boleh dikenali walaupun hanya
melalui bentuk fizikalnya sahaja

e) Kebolehpercayaan kepada jenama


– pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh
dipercayai dan mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi,
jaminan keselamatan dan reka bentuk.

3) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk


– cara meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan adalah
dengan melibatkan kegiatan rakan strategik

a) Rakan perkongsian teknologi dan produk


– gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan
digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu

b) Rakan strategik perniagaan


– dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya
maju, berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak

You might also like