You are on page 1of 19

1.

2 PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
•PERSEKITARAN TUGAS

• Persekitaran tugas merupakan pihak-pihak yang sangat


berkepentingan bagi sesebuah organisasi perniagaan
yang akan memberi pengaruh secara langsung ke atas
semua aktiviti yang dilakukan oleh perniagaan tersebut
• ANTARA PIHAK-PIHAK KEPENTINGAN DALAM
PERSEKITARAN TUGAS IALAH:

PELANGGAN
PEMBEKAL
PESAING
PEMBIAYA

PEMODAL
PEKERJA
KERAJAAN MASYARAKA
T
PELANGGAN
• Merupakan individu / pihak yang membeli
produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh perniagaan
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Perubahan cita rasa yang mempengaruhi jenis keluaran/harga/kualiti produk
• Pelanggan menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang perlu ditawarkan
oleh perniagaan
• Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan
mempengaruhi keupayaan perniagaan untuk beroperasi
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Menawarkan barang mengikut cita rasa / kehendak pelanggan
• Mengenakan harga yang berpatutan kepada pelanggan
• Sentiasa memaklumkan maklumat yang benar tentang produk yang dijual
PEMBEKAL
• Pihak/perniagaan lain yang membekalkan input, bahan mentah/ barang
separuh siap kepada perniagaan
• Merupakan orang tengah antara peniaga dan pelanggan
• Hubungan yang baik antara peniaga denga pembekal adalah penting
untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang berpatutan
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN
• Bekalan yang berterusan dan cekap dapat mempengaruhi kejayaan perniagaan

• TANGGUNJAWAB PERNIAGAAN
• Membayar hutang pada masa yang ditetapkan
• Mematuhi perjanjian jual beli
• Operasi perniagaan yang lancer menjamin permintaan berterusan bagi bahan
mentah daripada pembekal
PESAING
• Penjual lain daripada industry yang sama akan
mengeluarkan/menjual produk yang sama dalam
pasaran yang sama
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Persaingan dari segi harga/kualiti produk yang menawarkan kepada
pelanggan

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Mengamalkan persaingan yang sihat atau baik
• Tidak mencemarkan nama pesaing yang bersaing sama
sekali
PEMBIAYA
• Menyediakan sumber kewangan atau memberi dana
• Merupakan pemberi pinjaman kepada sesebuah
perniagaan
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Memberikan sumbangan dana atau pinjaman yang tinggi secara berterusan kepada
perniagaan supaya ia menintis jalan kepada perkembangan perniagaan

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Menjelaskan hutang termasuk faedah dan
principal mengikut tempoh masa yang
ditetapkan
PEMODAL
• Pihak yang menyumbangkan modal kepada
perniagaan seperti pemegang saham
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Sumbangan modal yang tinggi dapat memastikan perniagaan terus
berkembang maju dan juga menggalakkan perniagaan terus kekal
dalam pasaran

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Kejayaan perniagaan akan meningkatkan kekayaan
pemodal melalui peningkatan nilai saham atau pembayaran
dividen kepada pemodal
PEKERJA
• Individu yang menyumbangkan tenaga secara fizikal dan
mental kepada pernigaan (tenaga buruh)
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Pekerja yang berkemahiran tinggi atau yang berbakat akan meningkatkan
produktiviti perniagaan
• Semangat kerjasama pekerja dan motivasi mereka akan membantu perniagaan
untuk mencapai matlamatnya dalam janka masa yang pendek

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Menyediakan suasana tempat kerja yang baik
• Menjaga kebajikan/adil dan juga menghormati idea pekerja
• Membayar pampasan mengikut kemampuan kewangan perniagaan
KERAJAAN
• Pihak yang menggubal dan menguatkuasakan peraturan dan
undang-undang untuk dipatuhi oleh perniagaan
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Kerajaan akan mengenakan cukai yang tinggi kepada perniagaan
• Keuntungan perniagaan akan berkurang

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Menjalankan perniagaan mengikut peraturan/ undang-undang yang ditetapkan
oleh kerajaan
• Membayar cukai kepada kerajaan
• Mendaftarkan perniagaan dan harus mempunyai lesen yang sah untuk
menjalankan perniagaan
• MASYARAKAT
• Komuniti yang mempunyai kepentingan
atau pengaruh secara langsung ke atas
perniagaan
PENGARUH KEPADA PERNIAGAAN:
• Perubahan cita rasa masyarakat
• Perubahan dalam pemilihan terhadap keperluan dan kehendak yang baharu
• Peningkatan kuasa beli masyarakat

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN:
• Membantu mengurankan beban masyarakat
• Menambah baik kemudahan masyarakat
• Melaksanakan tanggungjawab social
• Peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat

You might also like