You are on page 1of 10

2

Bahagian A
[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Terangkan peranan bermaklumat [informational] seorang pengurus mengikut teori


Mintzberg. [6]
 Peranan bermaklumat [informational] seorang pengurus mengikut teori Mintzberg
ialah:
1. Pemantau (Monitor)
• Memantau, memerhati maklumat berkaitan organisasi dan persekitaran luar
organisasi. Dapatkan maklum balas berkaitan keputusan organisasi.
2. Penyampai (Disseminator)
• Menyebarkan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak dalaman dan
pihak berkepentingan tentang rancangan organisasi, sasaran pekerja dan arahan yang
tepat dan jelas melalui memo, ucapan, buletin dan sebagainya.
3. Jurucakap (Spokesperson)
• Menyampaikan maklumat kepada pihak di luar organisasi atau pihak berkepentingan.
• Maklumat berkaitan rancangan organisasi, polisi, tindakan dan keputusan yang
diambil melalui rundingan, mesyuarat, laporan tahunan dan sebagainya.

(b) Huraikan empat keperluan kemahiran teknikal kepada seorang penyelia pengeluaran. [4]

Keperluan kemahiran teknikal kepada penyelia pengeluaran ialah untuk:


1. Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian dan kerja rutin
2. Menunjuk ajar dan memberi penerangan kepada para pekerja
3. Mengenal pasti sebarang kekurangan kerosakan peralatan
4. Dapat memantau dengan berkesan pematuhan prosedur kerja yang dikuti pekerja
5. Bertanggungjawab secara langsung dengan operasi harian kilang
6. Menyediakan jadual bertugas pekerja supaya operasi kilang berjalan dengan lancar
7. Memastikan operasi pengeluaran dilaksanakan secara berterusan
8. Memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan menggunakan dan
mengaplikasikan kaedah pengeluaran dengan cekap dan berkesan

(c) Huraikan konsep jangkauan kawalan luas dan jangkauan kawalan sempit. [4]
Jangkauan Kawalan Luas
• Seorang ketua atau pengurus mengawas pekerja atau subordinat
• Hanya wujud apabila bilangan pekerja yang banyak diletakkan di bawah seorang
ketua atau pengurus.
Jangkauan Kawalan Sempit
• Seorang pengurus mengawal sedikit pekerja atau subordinat.
• Hanya wujud apabila bilangan pekerja yang sedikit diletakkan di bawah kawalan
seorang ketua atau pengurus.

(d) Terangkan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan


organisasi. [4]
Pengaruh positif:
(i) Membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah / konflik antara
pekerja dengan pekerja /pekerja dengan majikan. (1m)
(ii) Menjadi wakil kepada pekerja-pekerja. (1m)
(iii) Memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain. (1m)

STPM 946/2 [Lihat sebelah


3

(iv) Membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli


kumpulan kerjanya. (1m)
(v) Sumber maklumat/rujukan kepada pekerja dan juga majikan.
(vi) Meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja. (1m)

(e) Terangkan tiga contoh pelawaan tawaran. [6]


Contoh pelawaan tawaran:
1. Pameran di kedai layan diri (1)
 Mempelawa orang ramai untuk membuat tawaran membeli (1)
2. Lelongan (1)
 Pelelong mempelawa orang yang hadir untuk membuat tawaran, keputusan
menerima tawaran terserah kepada pelelong (1)
3. Edaran dan pengiklanan (1)
 Iklan di akhbar mengenai jawatan kosong mempelawa pembaca membuat tawaran
(1)
4. Jualan melalui katalog / circular (1)

[mana-mana 2 pertama, 1Fakta, 1huraian]


(f) Chee Ling telah membuat tawaran untuk menjual keretanya kepada Shamugan secara
tunai dengan harga RM50 000 walaupun nilai pasaran kereta sebenarnya RM 70 000.
Shamugan bersetuju dengan tawaran tersebut. Berdasarkan senario ini, terangkan tiga
elemen balasan dalam undang-undang kontrak. [6]
Elemen balasan dalam undang-undang kontrak:

1. Balasan tidak semestinya berpadanan (1)


 Walaupun harga kereta tidak sepadan dengan harga pasaran tetapi apabila Chee
Ling dan Shamugan bersetuju, balasan sah. (1)
2. Balasan hendalah sah di sisi undang-undang (1)
 Kereta yang dijual adalah milik Chee Ling dan bukan kereta curi. (1)
3. Balasan hendaklah ada unsur timbal balik (1)
 Iaitu tawaran Chee Ling untuk menjual kereta mesti ada balasan menerima
bayaran daripada Shamugan(1)

Fakta : 1 markah Huraian : 1 markah . Perlu kaitkan dgn soalan atau 0 markah

(g) Huraikan dua kebaikan dan dua keburukan komunikasi lisan. [4]
Kebaikan komunikasi lisan ialah:
1. Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada
penerimanya
2. Alat bantuan komunikasi boleh digunakan seperti pita rakaman atau video di mana
pada masa yang sama boleh mendengar dan melihat bagi mendapatkan gambaran
yang lebih jelas
3. Maklum balas boleh diperolehi dengan cepat
4. Komunikasi lisan selalunya secara tidak formal dan kejujuran penghantar dapat
dirasakan
5. Berinteraksi sehingga meyakinkan
6. Dapat menggambarkan emosi dan sifat pengirim dan penghantar.

Lima keburukan komunikasi lisan ialah:


1. Penghantar yang tidak mahir berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat
menyampaikan mesej dengan baik
STPM 946/2 [Lihat sebelah
4

2. Tidak ada rekod bertulis kerana berbentuk tidak nyata iaitu bercakap
3. Bentuk komunikasi ini tidak selalunya menjimatkan masa iaitu masa yang diketahui
oleh pengurus yang menghadiri mesyuarat tanpa mencapai apa-apa hasil atau kata
sepakat
4. Mesej gagal disampaikan kerana pengaruh takut atau gugup dan emosi tertekan
5. Komunikasi lisan mengambil masa yang lama beri pendapat.

(h) Terangkan tiga kaedah mendengar secara berkesan . [6]


Kaedah mendengar secara berkesan ialah:
1. Mendengar secara empati dan objektif – Pendengar cuba memahami dan menyelami
perasaan seseorang apabila dia sedang cuba menyampaikan sesuatu.
2. Mendengar secara kritikal dan nonjudgemental - Mendengar secara kritis iaitu
pendengar cuba memahami secara tepat apa yang hendak disampaikan oleh
penyampai. Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat
menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.
3. Mendengar secara cetek dan mendalam – Mendengar secara cetek bermaksud
pendengar yang sekadar mendengar tanpa cuba memahami apakah maksud yang
hendak dinyatakan oleh penyampai. Pendengar yang mendengar secara mendalam
ialah pendengar yang akan cuba memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan
oleh penyampai sebelum membuat keputusan untuk mempercayai atau sebaliknya
bagi maklumat tersebut.

(i) Nyatakan empat tahap perundingan yang biasa digunakan dalam sesebuah organisasi. [4]
tahap perundingan yang biasa digunakan dalam sesebuah organisasi ialah:
1. Intrapersonal
2. Interpersonal
3. Intrajabatan
4. interjabatan
(j) Jelaskan bagaimana alat membuat keputusan secara sumbangsaran dilaksanakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah organisasi. [6]
 Satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.
 Dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.
 Peraturan sesi sumbang saran:
1. Semakin banyak idea, semakin baik keputusan
2. Semua idea perlu diterima, walaupun idea kelihatan tidak relevan
3. Gunakan idea ahli kumpulan yang lain untuk memperoleh lebih banyak idea.
4. Idea berbentuk kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.

STPM 946/2 [Lihat sebelah


5

Bahagian B
[50 markah]

Jawab semua soalan.

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal

2. Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam
jurusan Sejarah pada tahun 1970. Beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di
Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan
Pesuruhjaya Tanah dan Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah
dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan,
pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau berjaya
menubuh dan memajukan perniagaan sendiri iaitu Kumpulan Syarikat Emkay yang kini dikenali sebagai
MK Land Holdings Berhad pada tahun 1983. Pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri
pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi
Eksekutif yang aktif dan praktikal serta dihormati dalam kalangan pekerja, rakan dan pesaing
perniagaannya. Sepanjang kariernya menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan
syarikatnya dengan merangka wawasan serta matlamat yang jelas, pada masa yang sama, beliau
mencurahkan pengetahuan luas yang dimiliki dalam industri kepada kakitangannya.
Asalnya MK Land Holding Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd yang
melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di
Melaka. Namun pada 2003, beliau menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Industries dan beberapa
anak syarikat lain kerana mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan
pelaburan.
Akhirnya beliau berjaya membawa status MKLand selaku syarikat pengurusan hartanah yang
berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian
kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti
kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen,
makanan dan hiburan dengan pusat beli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay
Cineleisure. MKLand juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah
Laketown Resort dan Langkawi Lagoon. Beliau berani memulakan sesuatu yang baru dengan
mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan
perumahan di bawah syarikat MKLand.
Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah
temapatan dan antarabangsa. Antaranya, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad
(MASSCORP), ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan
Penyelaras Negara bagi Afrika. Atas sumbangan besar ini, beliau telah diberi beberapa anugerah sebagai
penghargaan terhadap sumbangan besar yang dicurahkan sepanjang kariernya. Antaranya Anugerah
Usahawan Cemerlang Selangor pada 1995, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta
Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001. Pada 2002, beliau menerima
Anugerah Fellowship DPMMKL, Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 dan mendapat pengiktirafan
“Professor Adjung” dari Universiti Utara Malaysia pada 2004.
http://malaysiantopusahawanproperty.html yang dicapai pada 24 Feb 2017.

STPM 946/2 [Lihat sebelah


6

Berdasarkan kes di muka surat 3,


a) Jelaskan jenis kuasa yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal. [9]
b) Jelaskan bagaimana ciri kepimpinan berwawasan beliau membantu kejayaan MKLand Holding
Berhad. [12]
c) Terangkan jenis-jenis kemahiran yang dimiliki Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal.[9]

3 (a) Jelaskan proses pengorganisasian perniagaan peruncitan yang menjual barang keperluan. [20]

ATAU

(b) (i) Huraikan proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. [12]
(ii) Pn Liza adalah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pengeluar beras.
Sejak kebelakangan ini, syarikat tersebut telah mengalami kerugian. Pn Liza telah diminta oleh lembaga
pengarah syarikat untuk mengenal pasti punca kerugian tersebut. Jelaskan bagaimana Pn Liza boleh
mengenal pasti masalah tersebut dengan menggunakan analisis tulang ikan. [8]

STPM 946/2 [Lihat sebelah


7

JAWAPAN KES

a) Jelaskan jenis kuasa yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal dalam
menguruskan MKLand Holding Berhad. [12]
Bil Kuasa [1] Huraian [1] Kaitan kes [6m maksima]
1 Kuasa Sah Kedudukan atau  Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal
jawatan yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif
formal yang dilantik dan merupakan pemegang
saham. [2]
2 Kuasa Pengetahuan dan  Mempunyai pelbagai kemahiran,
Kepakaran kemahiran yang pengetahuan, pengalaman dan kecekapan
dimiliki dalam pembangunan hartanah sepanjang
peringkat kerjayanya.[2]
 Pengalaman selama 21 tahun dalam
industri pembangunan hartanah.
 Beliau mencurahkan pengetahuan
luasnya kepada kakitangannya.
 Beliau banyak memberi sumbangan
kepada industri hartanah tempatan dan
antarabangsa.
 Pengiktirafan “Professor Adjung” dari
Universiti Utara Malaysia pada 2004.

3 Kuasa Rujukan Ciri-ciri peribadi  Beliau seorang Pengerusi Eksekutif yang


dan karisma aktif dan praktikal serta dihormati dalam
seseorang kalangan pekerja, rakan dan pesaing
perniagaannya.[2]
 Penerima Anugerah Personaliti
Cemerlang Industri Pembangunan Tahun
2001

b) Jelaskan bagaimana ciri kepimpinan berwawasan beliau membantu kejayaan MKLand


Holding Berhad. [9]
Huraian [1] Kaitan kes [6 maksima]
Berwawasan ke masa  menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan
depan /berpandangan jauh/ syarikatnya dengan merangka wawasan serta matlamat
ada pandangan jelas visi yang jelas.[2]
yg ingin dicapai.  beliau menjual semua sahamnya dalam Perfect Food
Industries dan beberapa anak syarikat lain kerana mahu
menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan
hartanah dan pelaburan.

Berani bertindak/ kreatif  berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya


dan inovatif/ Mampu ubah agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada
visi kepada aksi kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi
maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara
Perdana, Cyberjaya.[2]
 Beliau berani memulakan sesuatu yang baru dengan
mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang
moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan di
bawah syarikat MKLand.

STPM 946/2 [Lihat sebelah


8

Mampu menggerakkan/  menyelia pekerja merangka wawasan serta matlamat yang


menggalakkan ahli bersama jelas, [2]
mencapai visi  mencurahkan pengetahuan luas yang dimiliki dalam
industri kepada kakitangannya.

c) Terangkan jenis-jenis kemahiran yang dimiliki Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal. [9]
Kemahiran Huraian Kaitan kes
1 Kemahiran  Berfikir secara abstrak  menentukan sendiri hala tuju
konsep  Dapat melihat jauh ke operasi Kumpulan syarikatnya
hadapan/ berwawasan dengan merangka wawasan serta
& dpt jangka perkara yg matlamat yang jelas,
bakal berlaku  Beliau berani memulakan sesuatu
 Dapat menganalisis yang baru dengan
situasi/ masalah dari mengetengahkan cara hidup “e-
pelbagai aspek lifestyle township” yang moden
dan berteknologi tinggi di kawasan
perumahan di bawah syarikat
MKLand.

2 Kemahiran  Keupayaan memilih  Beliau menjual semua sahamnya


membuat alternatif terbaik yg dalam Perfect Food Industries dan
keputusan dapat diterima & beberapa anak syarikat lain kerana
membawa kebaikan mahu menumpukan perniagaan
 membuat keputusan yg syarikatnya pada pembangunan
bijak dgn hartanah dan pelaburan.
mengambilkira  membangunkan kawasan-kawasan
perubahan persekitaran yang dahulunya agak terpencil dan
dll tidak mendapat perhatian kepada
kawasan elit yang lengkap dengan
infrastruktur teknologi maklumat
dan komunikasi

3 Kemahiran  Kebolehan bekerja  Beliau mencurahkan pengetahuan


kemanusiaan dengan orang lain/ luasnya kepada kakitangannya.
secara berpasukan,  Terlibat aktif dalam pelbagai
memahami dan persatuan peringkat tempatan dan
mendorong orang lain. antarabangsa seperti Pengarah
South-South Corporation Berhad
(MASSCORP),AJK Eksekutif
Persatuan Selatan-Selatan
Malaysia (MASSA) dan
Penyelaras Negara bagi Afrika.

[F=1, H=1, K=1]

STPM 946/2 [Lihat sebelah


9

SOALAN PILIHAN
3(a) Jelaskan proses pengorganisasian perniagaan peruncitan yang menjual barang keperluan. [20]

1. Penentuan Objektif [1F = 1M]


 Mengenal pasti objektif setiap unit atau bahagian dalam organisasi
 Objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi, bahagian
atau unit
 CTH: Objektif perniagaan peruncitan yang menjual barang keperluan ialah
memuaskan hati pelanggan, meningkatkan jualan dan mengamalkan proses
penghantaran barang yang cepat.

2. Pengenalpastian Aktiviti [1F = 1M]


 Mengenal pasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai
objektif yang ditetapkan
 Membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan aktiviti sampingan
 CTH:Aktiviti perniagaan runcit yang menjual barang keperluan harian ialah
memesan barang keperluan dalam kuantiti yang banyak dan memecahkan pukal,
membungkus barang, melayan pelanggan, memeriksa stok dan merekod jualan

3. Pengelasan Aktiviti [1F = 1M]


 Merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan
pekerja
 Boleh meningkatkan prestasi pekerja
 CTH: untuk melaksanakan kerja menghantar barang, kedai runcit perlukan
pekerja yang mempunyai lesen memandu yang sesuai serta pekerja yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang perakaunan bagi merekod jualan.

4. Pengelompokan aktiviti [1F = 1M]


 Mengumpulkan aktiviti yang berkaitan dalam kategori atau kumpulan tertentu
 Mewujudkan pengkhususan kerja
 CTH: aktiviti perniagaan peruncitan boleh dikelompokkan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1 akan membeli barang,memeriksa stok dan menyediakan invois.
Kumpulan 2 akan melayan pelanggan, memberi khidmat nasihat dan memberi
maklumat kepada pelanggan dan Kumpulan 3 bertanggungjawab menghantar
barang ke rumah pelanggan dengan cepat seperti yang dikehendaki oleh
pelanggan.

5. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab. [1F = 1M]


 Mengagihkan tugas kepada pekerja mengikut kemahiran yang dimiliki setiap
pekerja
 Autoriti ialah pemberian hak membuat keputusan kepada pekerja yang menerima
sesuatu tugas
 Tanggungjawab merupakan satu amanah / kewajipan yang dipikul oleh pekerja
dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan.
 CTH:Melayan pelanggan, memberi khidmat nasihat dan memberi maklumat
ditugaskan kepada jurujual. Jurujual mempunyai autoriti utk membuat keputusan
memberi diskaun harga berdasarkan garis panduan yang ditetapkab dan
mempunyai tanggungjawab untuk menarik pelanggan membeli barang keperluan
seperti melayan dengan sopan dan memberi penerangan produk dengan jelas.

[F=1, H=2, C=1] X 5=20M

STPM 946/2 [Lihat sebelah


10

(b) (i) Huraikan proses pembuatan keputusan yang perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. [12]

Bil Langkah Huraian [6m]


1Fx6m=6m 1Hx6m=6m
1 Mengenal  Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan ialah seseorang
pasti masalah pengurus perlu mengetahui wujudnya masalah dalam organisasi.
 Sebarang keputusan yang dibuat adalah bertujuan untuk menyelesaikan
masalah yang wujud.
 Pengurus perlu mengetahui dengan jelas dan khusus masalah yang wujud
dari aspek punca dan kesan masalah.
2 Mengutip  Sebelum membuat keputusan, seorang pengurus perlu mendapatkan
data maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
 Maklumat dan data boleh diperoleh dari sumber dalam seperti jumlah
pekerja dan kemahiran pekerja serta peralatan dalam organisasi dan
sebagainya.
 Maklumat dan data lebih banyak diperoleh jika masa yang diberikan untuk
mendapat maklumat mencukupi.
 Maklumat dan data yang lengkap dan tepat dapat membantu pengurus
membuat keputusan yang tepat.

3 Menganalisis  Maklumat dan data mentah yang diperoleh mesti di analisis secara
data sistematik oleh pengurus.
 Data boleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
 Pengurus boleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu gambar rajah tulang
ikan untuk menyelesaikan masalah.
 Data yang telah dianalisis akan digunakan untuk mencari menjana
alternatif.
4 Menjana  Menjana alternatif bermaksud pengurus akan mencari dan menyenaraikan
alternatif alternatif-alternatif sebanyak mungkin untuk menyelesaikan masalah.
 Pengurus boleh menggunakan kaedah gamba rajah tulang ikan untuk
menyelesaikan masalah pengurangan pengeluaran.
 Pengurus akan mencari punca utama masalah dan punca kecil masalah
dengan menggunakan rajah dan data
 Maklumat dan data yang mencukupi dapat membantu pengurus menjana
alternatif yang berkualiti dan berkesan.
5 Menilai  Setelah alternatif telah dijana dan disenaraikan, pengurus akan membuat
alternatif penilaian ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
 Pengurus akan mencari kekuatan dan kelemahan bagi setiap alternatif.
 Pengurus akan membuat perbandingan setiap alternatif berdasarkan
kekuatan dan kelemahan yang ada.
 Pengurus akan menyenaraikan alternatif mengikut keutamaan.
6 Memilih  Memilih alternatif bermaksud langkah yang akan diambil oleh pengurus
alternatif organisasi untuk menyelesaikan masalah.
 Pemilihan alternatif terbaik bergantung kepada penilaian yang dibuat ke
atas setiap alternatif yang disenaraikan.
 Pengurus akan memilih salah satu punca utama masalah dan
menyelesaikan masalah yang wujud.
 Alternatif yang dipilih mestilah dapat memberi pulangan paling tinggi
kepada organisasi.
 Alternatif dipilih juga mestilah dapat memastikan matlamat organisasi
tercapai.

STPM 946/2 [Lihat sebelah


11

(ii) Pn Liza adalah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pengeluar beras.
Sejak kebelakangan ini, syarikat tersebut telah mengalami kemerosotan dalam pengeluaran. Pn Liza telah
diminta oleh lembaga pengarah syarikat untuk mengenal pasti punca kemerosotan tersebut. Jelaskan
bagaimana Pn Liza boleh mengenal pasti masalah tersebut dengan menggunakan analisis tulang ikan.
[8]

Mesin
Bahan mentah

Hayat guna
Tidak cukup

pembekal
rosak

Manual
Kemahiran
rendah

Tradisional sikap

Kaedah Manusia

[Rajah lengkap = 4 punca besar + kepala =4m]


[tulang terbalik=0m, kepala sebelah kiri =0m, <4punca besar=2m]

i. Situasi – Produktiviti/keluaran merosot/menurun [1]


ii. Punca besar – Modal, mesin, bahan mentah, manusia, metod/kaedah [1]
iii. Punca kecil
 Mesin – uzur,rosak,haus
 Modal – tak cukup pelaburan
 Bahan mentah – rosak, tidak bermutu
 Metod/kaedah – teknologi lapuk
 Manusia – pekerja kurang mahir/kurang pekerja/cuai
[mana-mana 2 huraian punca kecil =2m]

iv. Punca sebenar - mana-mana punca kecil yang berkaitan yang dikenalpasti sebagai
punca sebenar atau masalah yang perlu diselesaikan [1]
[maksima=8m]

STPM 946/2 [Lihat sebelah

You might also like