You are on page 1of 7

AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI

SEM 1 SESI 2021/2022

Bincangkan peranan rakan kongsi sosial kesatuan sekerja tempatan


dalam menghadapi risiko covid-19 dlm kalangan ahli KS tersebut

SHAFIEKHA BT SOFFIAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSTI MALAYSIA SABAH
Email: shafiekha_ba20@iluv.ums.edu.my

ABSTRAK
Pandemik Covid-19 merujuk kepada pandemik penyakit koronavirus yang telah merubah
corak kehidupan masyarakat di Malaysia serta memberi kesan yang buruk kepada sektor
ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, kajian ini membincangkan tentang peranan rakan
kongsi sosial kesatuan sekerja dalam menghadapi implikasi wabak Covid-19 yang melanda
Malaysia sejak tahun 2019. Hal ini kerana terdapat begitu ramai pekerja telah mendapat
kesan yang negatif akibat Covid-19 serta menyebabkan kesatuan sekerja tempatan
menghadapi cabaran dalam mempertahankan hak para pekerjanya. Objektif kajian ini
dijalankan untuk mengetahui apakah peranan rakan sosial kesatuan sekerja dalam
menghadapi risiko COVID 19 dalam kalangan ahli kesatuan sekerja itu sendiri. Tambahan
pula, antara kaedah yang dipilih bagi menghasilkan kajian ini adalah melalui pemerhatian
daripada dapatan kajian dan rujukan. Di samping itu, dapatan pula menunjukkan bahawa
pandemic ini telah memberi kesan yang mendalam kepada para ahli kesatuan sekerja dalam
memainkan peranan penting untuk melindungi hak para pekerja daripada diberhentikan kerja.

[Katakunci: COVID 19; Rakan kongsi sosial; Kesatuan sekerja; Risiko; Peranan]
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

PENGENALAN
Covid-19 merupakan sesuatu penyakit yang berjangkit disebabkan virus koronavirus atau
wabak koronavirus yang membawa kepada pandemik koronavirus pada tahun 2019 yang
telah berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan (SARS-CoV-2). Pada awalnya,
wabak penyakit ini mula dikesan pada pertengahan bulan Disember tahun 2019 yang terjadi
di bandar raya Wuhan, China dan telah diiktirafkan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) sebagai sebuah pandemik Covid-19. Hal ini kerana wabak ini telah mengakibatkan
begitu banyak kes kematian yang berlaku pada setiap hari akibat dijangkiti oleh virus
koronavirus ini. Virus ini sesungguhnya mampu berjangkit antara masyarakat melalui titisan
pernafasan seperti batuk atau bersin, demam, sesak nafas, melalui pengudaraan serta
sentuhan dan lain-lain lagi. Hal ini kerana virus ini cepat merebak apabila seseorang tersebut
menghidap tanda gejala jangkitan tersebut berlaku.

Di samping itu, kesan seseorang apabila didapati positif Covid-19 adalah akan
menganggu sistem paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan yang menyebabkan
sesorang tersebut sukar untuk bernafas. Oleh itu, terdapat pelbagai inisiatif yang telah
dilaksanakan bagi mencegah penyakit atau wabak ini daripada terus tersebar kepada
masyarakat dan menyebabkan kes kematian semakin meningkat dengan mencuci tangan,
menjaga jarak dari orang lain terutamanya daripada mereka yang kurang sihat serta
pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka
dijangkiti. Pada masa yang sama, terdapat langkah lain yang telah dilaksanakan oleh semua
negara termasuklah sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan
pembatalan, serta penutupan kemudahan untuk mengawal pergerakan masyarakat serta
mematuhi SOP yang telah ditetspkan dalam menentang wabak ini.

Sehubungan dengan itu, pandemik Covid-19 ini juga telah memberi kesan negatif
terhadap sektor ekonomi, kegiatan dalam keagamaan dan acara kebudayaan serta telah
memberi kesan kepada sektor perhubungan industri sehingga menyebabkan ramai pekerja
telah diberhentikan kerana pihak majikan tidak mampu untuk membayar segala pembayaran
upah pekerja akibat ekonomi yang merosot. Hal ini sangat memberi kesan yang mendalam
kepada pihak majikan, kerajaan serta pekerja itu sendiri dalam menghadapi pandemik Covid-
19 ini.
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

LATARBELAKANG ISU KAJIAN


Kesatuan sekerja ini berperanan menjadi sebuah badan yang akan melindungi dan menjaga
kepentingan serta kebajikan ahli-ahlinya yang telah menyertai kesatuan ini. Kesatuan ini
merupakan satu perjuangan yang tidak berfokuskan kepada satu perkara saja, malah ianya
adalah satu pernyataan yang merujuk kepada perlindungan serta memperjuangkan
kepentingan mereka menerusi tindakan atau perundingan kolektif. Selain itu, kesatuan
sekerja ini boleh diwujudkan oleh para pekerja dan pihak majikan sendiri. Pertubuhan
kesatuan sekerja juga merupakan suatu pengantara bagi pekerja dan majikan dalam
menyelesaikan pelbagai masalah atau isu yang berlaku di antara mereka terutamanya
mengenai terma dan syarat-syarat perkhidmatan dalam pekerjaan.
Rakan kongsi sosial adalah istilah yang digunakan secara meluas di seluruh Eropah
untuk merujuk kepada wakil pengurusan dan buruh iaitu organisasi majikan dan kesatuan
sekerja. Selain itu, rakan sosial juga mempunyai peranan yang unik dalam tadbir urus sosial
dan ekonomi kerana mereka mewakili dalam semua aspek kepentingan dan masalah dunia
kerja, mulai dari keadaan kerja hingga pembangunan latihan berterusan dan termasuk
menentang piawaian upah. Oleh itu, antara rakan sosial tempatan yang telah memainkan
peranan penting dalam membantu kesatuan sekerja menangani pandemik Covid-19 adalah
pihak NGO, MTUC, pihak kerajaan dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Semua
badan ini telah memberi kerjasama serta sumbangan yang begitu besar dalam kesatuan
sekerja menghadapi permasalahan para pekerja-pekerja seperti dari segi norma kerja yang
baru, isu upah atau pembayaran gaji dan isu penamatan perkhidmatan pekerja yang semakin
berleluasa akibat wabak ini.

PERMASALAHAN
Dalam kajian ini pengkaji melihat bahawa pandemik COVID 19 ini telah memberi cabaran
yang amat berat kepada rakan sosial tempatan kesatuan sekerja serta ahlinya untuk
memainkan peranan penting dalam menegakkan hak kebajikan pekerja setelah diberhentikan
pekerjaan oleh majikan kerana keuntungan sesebuah organisasi atau syarikat tidak dapat
membayar gaji pekerja. Oleh sebab itu, pengkaji telah melihat ini merupakan permasalahan
kajian kerana pengkaji ingin melihat sejauhmanakah peranan rakan kongsi sosial ahli
kesatuan sekerja tempatan dalam membantu ahli kesatuan sekerja dalam menghadapi
masalah serta cabaran-cabaran dalam menempuhi pandemik COVID 19 yang telah memberi
halangan kepada mereka untuk melindungi segala hak kebajikan para pekerja di Malaysia ini.
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

METODOLOGI
Menurut Koentjaraningrat (1977), metodologi adalah cara atau jalan bagi memahami sesuatu
perkara berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah
menggunakan pendekatan kualitatif dalam menghasilkan penulisan kajian penyelidikan
tersebut. Pada masa yang sama, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan bagi
memperoleh sumber rujukan. Kajian kepustakaan merupakan salah satu inisiatif pengkaji
untuk mengumpulkan data dan segala maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan
masalah serta topik yang akan diperbincangkan oleh pengkaji.

ANALISIS DAPATAN & PERBINCANGAN


Antara rakan kongsi sosial kesatuan sekerja tempatan yang telah memainkan peranan penting
dalam membantu kesatuan sekerja menangani pandemic Covid-19 adalah Kongres Kesatuan
Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah merancang untuk membuka lebih banyak peluang
pekerjaan bagi golongan pengurus, karyawan dan eksekutif (PME) agar dapat diwujudkan.
Hal ini kerana inisiatif sebegini diwujudkan khas untuk golongan PME yang mempunyai
pengalaman dan telah diberhentikan kerja sehingga menyebabkan golongan ini sukar untuk
mencari pekerjaan yang sesuai dengan karyanya. Pada masa yang sama, NTUC juga
memaklumkan bahawa seramai 8 000 orang yang terdiri daripada golongan PME
mendedahkan bahawa isu keselamatan serta peluang pekerjaan adalah menjadi tumpuan
utama golongan ini. Di samping itu, NTUC juga mendapati hanya satu peritus sahaja
daripada golongan PME yang menyertai ahli kesatuan sekerja dan telah menyeru mereka
untuk menawarkan diri menjadi ahli kesatuan sekerja agar dapat menyuarakan pendapat dan
hak kebajikan yang sepatutnya dipelihara serta dapat menawarkan perlindungan yang lebih
banyak daripada penglibatan ini.

Seterusnya, pihak kerajaan mempunyai peranan penting dalam membantu kesatuan


sekerja menghadapi cabaran rentetan daripada pandemik Covid-19 ini juga. Hal ini kerana
pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung permasalahan yang
berkaitan dengan isu pekerjaan yang telah terjejas akibat wabak ini.Sebagai contoh, pihak
kerajaan telah mewujudkan usaha untuk membantu para pekerja yang hilang pendapatan
dengan bantuan seperti bantuan I-Sinar, program subsidi upah dan geran untuk perusahaan
mikro untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sepanjang pandemik ini. Pada masa
yang sama, kerajaan juga turut memberi bantuan kepada penjawat awam dengan
mewujudkan Bajet 2022. Perkara ini mencerminkan bahawa kerajaan kita amat prihatin
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

dalam meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi bantuan dalam
bentuk kewangan serta cuti rehat. Menurut Harakah (2021), beliau menyatakan bantuan
kewangan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM700.00 serta cuti 160 hari bagi
seorang pekerja.

Selain itu, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang
perseorangan menyumbang bantuan serta tenaga bagi menolong para petugas hadapan,
golongan B40 dan para pekerja yang telah kehilangan pekerjaannya. Sebagai contoh,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merujuk kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia telah
menubuhkan Tabung Bantuan COVID-19 i-Bantu. Manakala, orang perseorangan yang
menyumbang bantuan iaitu Encik Syed Azmi Alhabshi serta ahli pasukan telah mewujudkan
Bantuan Kes Covid-19 dengan memberi sumbangan berbentuk makanan mentah dan
keperluan asas kepada golongan yang memerlukan terutama golongan B40. Di samping itu,
pertubuhan NGO ini juga telah menyumbangkan tenaga kerja dalam membantu pekerja
barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi wabak
Covid-19 ini.

Di samping itu, antara rakan kongsi sosial kesatuan sekerja tempatan yang telah
memainkan peranan dalam membantu kesatuan sekeraj menangani wabak ini adalah
International Labour Organization (ILO). Antara inisiatif yang digalas oleh ILO adalah
dengan memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja dijamin selama
pandemik ini berlaku. ILO juga melaporkan sebanyak 52.6% pekerja yang terkesan akibat
pandemik COVID-19 malah telah menyebabkan kematian yang melibatkan 60 orang pekerja.
Manakala pekerja yang bertugas di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan makanan dan
minuman mencapai kadar peratusan tertinggi bagi yang telah kehilangan pekerjaan sebanyak
35.4%, sektor pertanian sebanyak 21.9% dan sektor pembinaan sebanyak 11.8%. Oleh itu,
organisasi ini telah mendesak kerajaan untuk menetapkan garis panduan yang jelas dan telus
mengenai jenis pembiayaan yang tersedia dan diberikan kepada perniagaan dan pekerja. Pada
masa yang sama, ILO juga telah menggunakan jawatankuasa keselamtan dan kesihatan
(OSH) di tempat kerja untuk berbincang dengan majikan mengenai prinsip keselamatan dan
kesihatan teras, penilaian risiko, langkah pengurangan risiko dan langkah dan peralatan
perlindungan diri. Hal ini secara tidak langsung dapat menjamin keselamatan para pekerja
semasa bertugas di tempat kerja mereka dan mendapat pampasan sekiranya ditimpa
kemalangan semasa bekerja.
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

IMPAK DAN CADANGAN


Antara impak yang telah menimpa Malaysia akibat daripada pandemik Covid-19 adalah
memberi kesan yang negatif terutamanya dalam sektor ekonomi, kadar inflasi, kadar
penggangguran pekerja dan sebagainya. Antara sektor ekonomi yang turut terjejas adalah
perusahaan kecil, sektor pembuatan, perkhidmatan, pengilangan, pelancongan, pertanian dan
perladangan dan banyak lagi. Perkara ini secara langsung menyebabkan segala kegiatan
perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa sehingga menyebabkan banyak entiti syarikat
dan perniagaan mengalami kerugian yang amat besar dan tidak dapat membayar gaji pekerja
lagi. Hal ini telah menyebabkan kadar penggangguran di negara kita menjadi semakin
meningkat kerana ramai pekerja telah diberhentikan perkhidmatannya sepanjang tempoh
PKP pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, pandemic Covid-19 ini telah mengakibatkan kesan
yang begitu mendalam dan merupakan impak yang amat kritikal yang dialami negara
Malaysia sepanjang tempoh pandemik ini.

Di samping itu, cadangan yang boleh dikemukakan oleh pengkaji adalah dengan
meningkatkan lagi tanggungjawab majikan di tempat kerja dalam memutuskan rangkaian
Covid-19 ini daripada terus merebak antara para pekerjanya. Pihak majikan perlulah
memainkan peranan di tempat kerja dengan menyediakan tempat mecuci tangan atau hand
sanitizer untuk kegunaan para pekerja sebelum dan selepas masuk ke tempat bekerja.
Seterusnya, majikan juga haruslah menegaskan para pekerja agar sentiasa memakai pelitup
muka pada setiap masa dengan mengamalkan penjarakan sosial termasuklah di ruangan kerja
dan ruang makan.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, peranan rakan kongsi sosial kesatuan sekerja tempatan amat penting
dalam membantu kesatuan sekerja menangani pandemik Covid-19 daripada terus merebak
dan menyebabkan kematian setiap hari. Hal ini seharusnya dapat membela nasib para pekerja
serta rakyat yang telah mendapat kesan yang mendalam dari segi kewangan dan mata
pencarian mereka untuk meneruskan hidup dengan adanya bantuan-bantuan yang telah
disalurkan oleh organisasi-organisasi atau orang perseorangan yang berkepentingan dalam
membendung wabak Covid-19 ini. Tidak lupa juga dengan usaha pihak kerajaan yang telah
AH21303 PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA KONTEMPORARI
SEM 1 SESI 2021/2022

banyak berkorban dalam memainkan peranan penting untuk membantu rakyatnya.

RUJUKAN

Azizan,H.M, Kee Y. Sabariah, KMY, Jalihah, M.S.(2021). Predictors and Moderator of Telework
Adjustment among Labour Union Members During Covid-19 Pandemic: A Conceptual Paper,
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(8), 217-266.

Azizan, H.M., Kee Y. Sabariah, KMY and Muhammad Idris, B. (2021). Trade Union and Job Changes
in Volatile Times: A Systematic Literature Review & Future Research Agenda. Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 11(2), pp. 923-937.

Azizan, H.M and Razlina, H.J.M (2015). Relationship between Workplace Incivility, Job Attitudes
and Muslim Religiosity Personality Among Trade Union Members, Global Journal Al-Thaqafah
(GJAT), 5 (2), pp. 43-51.

Mohd Satar, N. S., Dastane, O., & Morshidi, A. H. (2021). E-learning Satisfaction during COVID-19
Pandemic Lockdown: Analyzing Key Mediators. International Journal of Management, Accounting
and Economics, 8(8), 542-560.
Mohd Satar, N. S., Dastane, O., & Morshidi, A. H. (2020), Success Factors for e-Learning Satisfaction
during COVID-19 Pandemic Lockdown. International Journal of Advanced Trends in Computer
Science and Engineering, 9 (5),

You might also like