You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/345893409

Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19

Conference Paper · October 2020

CITATIONS READS
0 24,483

6 authors, including:

Mohd Fairuz Jafar Mohd Faiz


Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia
13 PUBLICATIONS   10 CITATIONS    12 PUBLICATIONS   15 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mat RAHIMI Yusof Hapini Awang


Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia
39 PUBLICATIONS   79 CITATIONS    28 PUBLICATIONS   49 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Grade Inflation View project

Future Learning Education Development (FULED) TuTOR View project

All content following this page was uploaded by Hapini Awang on 15 November 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KESEDIAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID 19

Mohd Fairuz Jafar, Ph.D1, Zetty Akmar Amran2, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Ph.D3, Mat Rahimi
Yusof,Ph.D4, Hapini Awang, Ph.D5
1,3,4,5Universiti Utara Malaysia
2Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
1mohdfairuz.edu@gmail.com

Abstrak
Artikel ini membincangan kesediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian semasa berlakunya
pandemik Covid 19. Kajian ini meninjau tentang hubungan di antara rasa takut terhadap Covid 19 dengan
kesediaan pembelajaran dalam talian. Tinjauan ini dilaksanakan terhadap 386 pelajar di Ijazah Sarjana Muda
di utara semenanjung Malaysia. Hasil dapatan mendapati responden takut terhadap Covid 19 (M=2.14) dan
bersedia untuk pembelajaran dalam talian (M=4.00). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap
ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam talian berdasarkan faktor jantina. Namun,
terdapat perbezaan dalam kesediaan pembelajaran dalam talian berdasarkan latar belakang pendapatan
keluarga. Hasil analisis korelasi mendapati semakin takut terhadap Covid, maka pelajar semakin bersedia
untuk pembelajaran dalam talian (r = - .112). Dapatan tinjauan ini memberi maklumat bahawa aspek psikologi
iaitu ketakutan terhadap Covid 19 memberi kesan terhadap kesediaan pelajar untuk menggunakan
pembelajaran dalam talian secara lebih serius.

Kata kunci: Covid 19, pembelajaran dalam talian, psikologi, ketakutan

PENGENALAN
Pada akhir Disember 2019, satu wabak dalam kumpulan Corona yang seperti SARS dan MARS
ditemui di wilayah Wuhan, China. Virus ini merebak dengan sangat pantas sehingga mengakibatkan kematian
dalam kalangan individu yang dijangkiti (Xiang et al. 2020). Kewujudan wabak yang dinamakan sebagai Virus
Corona 2019 (Covid-19) menjadi malapetaka besar bagi masyarakat dunia. Kematian demi kematian
bertambah setiap hari di seluruh dunia sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan
Covid-19 sebagai pandemik. Bagi individu yang dijangkiti, gejala yang dialami adalah hampir serupa dengan
jagkitan wabak SARS iaitu demam, batuk dan selsema. Bagi mengekang penularan dalam kalangan
masyarakat yang lebih besar, kebanyakan negara di dunia mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan
kepada pelancomg luar, arahan penjarakan fizikal dan mewajibkan pemakaian pelitup muka (Gonzalez et al.
2020; Wang et al. 2020). Sebaran wabak Covid-19 keseluruh dunia memberi kesan terhadap sektor ekonomi,
kewangan, sosial dan pendidikan. Dalam konteks pendidikan, sehinga Mac 2020 aktiviti pembelajaran secara
formal yang melibatkan hampir 600 juta pelajar di seluruh dunia terjejas akibat arahan penutupan institusi-
institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi (Goyal 2020).
Penularan wabak Covid-19 di Malaysia bermula pada Januari 2020 apabila terdapat 22 kes import
yang berjaya dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (Su-Lyn 2020). Walau bagaimana pun,
pertambahan jumlah kes positif dari sehari ke sehari sehingga mencecah 651 kes dalam kalangan masyarakat
tempatan menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat. Pertambahan kes jangkitan dalam kalangan rakyat
tempatan menyebabkan pihak kerajaan Malaysia terpaksa mengambil langkah tegas dengan memperkenalkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 (Salim et al. 2020). Inisiatif yang diambil oleh
kerajaan dengan melaksanakan PKP di seluruh negara pastinya memberi kesan terhadap sektor ekonomi
rakyat. Pelaksanaan PKP juga mempengaruhi kewangan negara. Walau bagaimana pun, langkah ini adalah
sangat perlu kerana wabak yang gagal dikawal dengan segera bakal menyebabkan mudarat yang lebih besar
kepada negara. Kesan pelaksanaan PKP bagi menanggani wabak Covid 19 bukan sahaja dirasai oleh
Malaysia, tetapi masyarakat di seluruh dunia juga menghadapi situasi yang sama. Kegusaran dalam kalangan
rakyat bukan sahaja kerana takut dijangkiti wabak Covid 19 tetapi akibat pelaksanaan PKP, sebahagian
anggota masyarakat sangat bimbang kehilangan pekerjaan dan mereka perlu memikirkan alternative untuk
kelangsungan hidup pasca PKP. Berdasarkan Laporan Sistem Insuran Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO), kadar kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat kepada 42% pada
suku pertama 2020 antaranya disebabkan kesan daripada Covid19 (Perkeso 2020). Walau bagaimanapun,
kajian Wu, (2019) di China yang lebih awal menghadapi wabak Covid 19 mendapati permintaan terhadap
sektor pendidikan di China meningkat walaupun dalam situasi pandemik. Hal ni disebabkan masyarakat
mementing aspek modal insan, keselamatan pekerjaan dan persediaan pekerjaan untuk anak-anak pada masa
depan perlu memperoleh pendidikan yang sempurna. Kajian dari aspek status sosial mendapati, golongan

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

404
kaya kurang merasai tekanan akibat kehilangan pekerjaan kerana mereka telah mempunyai pelbagai sumber
dan rangkaian sosial yang luas untuk menyerap tekanan kewangan akibat krisis yang berlaku (Pfeffer,
Danziger, and Schoeni 2013). Cutler, Huang, dan Lleras-Muney (2015) berpandangan bahawa individu dari
kumpulan yang berpendidikan tinggi mempunyai ketahanan diri yang lebih tinggi untuk menghadapi situasi
kelesetan ekonomi dan kehilangan pekerjaan. Kajian-kajian yang dijalankan berkenaan situasi pendemik juga
mendapati bahawa individu menghadapi pelbagai gejala gangguan psikologi seperti stress, tekanan perasaan,
insomnia serta kebimbangan yang melampau (Brooks 2020). Gangguan seperti keletihan, ketakutan dan
kebimbangan yang teruk menyebabkan individu berkenaan tidak mampu untuk melalui kehidupan dengan
sempurna serta sukar untuk membuat sesuatu keputusan dengan betul. Fofana et al. (2020) menjelaskan
bahawa situasi pandemic Covid 19 mendatang pelbagai impak psikologi kepada masyarakat.
PKP yang dikuatkuasakan menyebabkan penutupan institusi-institusi pendidikan dari peringkat
sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Dalam situasi pandemik, guru-guru di sekolah dan pensyarah-
pensyarah di pusat pengajian tinggi dilatih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian (Abidah et al. 2020). Impak Covid 19 terhadap pendidikan tinggi menyebabkan berlakunya
transformasi penggunaan platform digital secara meluas (Kandri 2020; Strielkowski 2020) seperti pelaksanaan
seminar dalam talian, penggunaan buku digital, analisis data dalam talian dan interaksi maya. Gonzalez et al.
(2020) berpandangan bahawa situasi pandemik Covid 19 memberi impak positif dalam konteks penyuburan
penggunaan pembelajaran secara dalam talian. Keadaan yang mendesak menyebabkan, pensyarah dan
pelajar bertungkus lumus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek penggunaan alatan digital
serta aplikasi pembelajaran dalam talian supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan. Namun begitu, Manzoor (2020) berpandangan berbeza dengan menganggap pembelajaran
secara dalam talian tidak memberi keadilan kepada golongan tertentu seperti pelajar berkeperluan khas serta
pelajar dari golongan susah yang tiada akses kepada pembelajaran secara dalam talian. Walau
bagaimanapun, situasi pendemik Covid 19 menjadi “push factor” kepada masyarakat terutama golongan
pendidik untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian.
Kebanyakan institusi pengajian tinggi menangguhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga
penularan wabak Covid 19 reda. Namun, sebahagian institusi mengambil pendekatan meneruskan aktiviti
pembelajaran pelajar melalui platform pembelajaran dalam talian yang bersesuaian. Hal ini menjadi kejutan
kepada pelajar dan pensyarah yang terpaksa melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam talian secara
sepenuhnya. Kaedah pengajaran secara dalam talian ini mencabar keupayaan pensyarah untuk
melaksanakannya (Bibi Noraini Mohd Yusuf and Jihan Ahmad 2020). Pembelajaran dalam talian merujuk
kepada aktiviti yang melibatkan pengajar dan pelajar menggunakan apa-apa sahaja platform dalam talian bagi
melaksanakan proses pembelajaran (Awang, Wan Rozaini, and Zahurin 2019; Sun et al. 2008). Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian memerlukan pengajar dan pelajar saling berhubungan
melalui sistem elektronik seperti internet, televisyen, radio dan seumpamanya. Pengajar boleh menjalankan
aktiviti pengajaran secara segerak (synchronously) atau secara tidak segerak (asynchronously). Meskipun,
sebahagian pensyarah dan pelajar pernah menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian,
tetapi masih terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Kanuka and Anderson 2007; Rana, Rajiv, and
Lal 2014). Kajian Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan bahawa pelajar yang melalui proses pembelajaran
secara dalam talian menghadapi masalah berkaitan aspek psikologi seperti kebimbangan dan tekanan
perasaan. Hal ini terjadi kerana pelajar mempunyai keinginan yang tinggi terhadap pembelajaran tetapi
halangan-halangan yang terjadi semasa proses pembelajaran dalam talian seperti talian internet yang lemah,
masalah peranti yang digunakan atau masa pembelajaran membantutkan proses pembelajaran mereka.
Keadaan ni menimbukan rasa tertekan dalam diri mereka. Berdasarkan masalah yang berlaku dalam konteks
pembelajaran dalam talian, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkenaan aspek
pembelajaran dalam talian dengan kesediaan pelajar semasa berlakunya pandemik Covid 19. Hal ini lanjutan
daripada arahan pihak berkuasa Malaysia bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
perlu dilaksanakan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung. Aspek
psikologi iaitu rasa takut terhadap Covid 19 perlu dikaji untuk mendapatkan maklumat sejauh mana para pelajar
di institusi pengajian tinggi takut terhadap jangkitan virus berkenaan dan hubunganya terhadap kesediaan
pembelajaran secara dalam talian.

SOALAN KAJIAN
Tiga soalan kajian dibina untuk kajian ini iaitu;
1. Apakah tahap ketakutan terhadap Covid 19 semasa PKP dalam kalangan pelajar?
2. Apakah tahap kesediaan terhadap pembelajaran dalam talian semasa PKP dalam kalangan pelajar?

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

405
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berkenaan tahap ketakutan terhadap Covid 19 berdasarkan
faktor jantina?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berkenaan tahap kesediaan pembelajaran dalam talian
berdasarkan faktor jantina?
5. Adakah terhadapat perbezaan yang signifikan berkenaan kesediaan pembelajaran dalam talian
berdasarkan faktor pendapatan keluarga?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara ketakutan terhadap Covid 19 dengan kesediaan
pembelajaran dalam talian?

METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang melibatkan 386 orang pelajar yang sedang
mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Pemilihan sampel kajian ialah melalui tinjauan secara
dalam talian. Kaedah pengumpulan data secara dalam talian dilaksanakan dengan memindahkan item-item
instrumen kajian ke dalam bentuk boring soal selidik digital dengan menggunakan aplikasi Google Form. Setiap
responden perlu memasukkan enam digit angka terakhir kad pengenalan sebagai ID dan alamat email mereka
yang sah untuk mengelakkan pengulangan dalam memberi maklum balas. Instrumen kajian bagi mengukur
aspek ketakutan terhadap Covid 19 diadaptasi daripada alau ukur Fear of Covid 19 (FCV-19S) oleh Tzur Bitan
et al., (2020) dan instrumen untuk mengukur aspek kesediaan terhadap pembelajaran secara dalam talian pula
diadaptasi dari soal selidik Online Learning Readiness Scale (OLRS) oleh Hung et al., (2010).
Bagi memperoleh kesahan kandungan terhadap instrumen yang digunakan, analisis indeks kandungan atau
content validity indexs (CVI) digunakan. Kaedah ini menggunakan kadar persetujuan pakar untuk menentu
sahkan kandungan item-item supaya benar-benar mengukur aspek yang dikaji (Awang, Zahurin, and Wan
Rozaini 2018). Setiap item memperoleh skor melebihi 0.86 bermakna kandungan setiap item dipercayai boleh
mengukur aspek yang akan dikaji. Kajian rintis dilakukan terhadap 117 orang pelajar yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan sampel kajian sebenar. Nilai kebolehpercayaan ditentukan dengan nilai Cronbach alpha.
Aspek ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam talian masing-masing memperoleh
bilai Cronbach alpha yang tinggi iaitu 0.88 dan 0.86.
Perisian IBM Statistics versi 25 digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Analisis deskriptif
dijalankan bagi mengenalpasti tahap ketakutan terhadap Covid 19 dan tahap kesediaan pembelajaran secara
dalam talian iaitu bagi soalan kajian 1 dan 2. Analisis statistik inferensi iaitu ujian t sampel bebas, ujian ANOVA
sehala dan ujian korelasi Pearson digunakan untuk menjawab soalan kajian 3, 4, 5 dan 6. Pengumpulan data
kajian dilaksanakan sebanyak dua kali dengan selang masa selama tiga minggu. Penyelidik menggunakan
pendekatan bersifat longitudinal ini bagi tujuan mengelakkan isu common method bias.

DAPATAN
38.1% daripada responden kajian ialah pelajar lelaki dan 61.9% responden ialah pelajar perempuan.
Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan berkenaan aspek demografi responden, 44.3% responden
merupakan pelajar dari keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan, 28% daripada keluarga
berpendapatan di antara RM3001 hingga RM6000 dan 27.7% lagi dari keluarga berpendapatan melebihi
RM6001 sebulan. Dari aspek kedudukan tempat tinggal, 44% pelajar yang ditinjau tinggal di Kawasan bandar
semasa PKP, 17.6% dipinggir bandar dan 38.3% peratus tinggal di Kawasan luar bandar semasa PKP. Rajah
1 menunjukkan analisis aspek demografi responden;

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

406
Rural
Sub urban
Urban
Location

RM6001 and above


Between RM3001 and RM6000
Less than RM3000
Family income

Female
Male
0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00% 70.00% 80.00%
Rajah 1. Analisis aspek demografi

Interpretasi tahap ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam talian ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Jadual 1
Interprestasi skor min aspek ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam talian

Tahap ketakutan terhadap Tahap kesediaan pembelajaran


Skor min
Covid 19 dalam talian

1.00 - 1.80 Sangat takut Sangat tidak bersedia


1.81 - 2.60 Takut Tidak bersedia
2.61 - 3.40 Ketakutan sedarhana Sederhana
3.41 - 4.20 Kurang takut Bersedia
4.21 - 5.00 Tidak takut Sangat bersedia

Berdasarkan hasil analisis deskriptif yang diperoleh dalam kajian ini, pelajar-pelajar mempunyai rasa
takut yang tinggi terhadap Covid 19 (M = 2.14). Manakala dalam aspek pembelajaran dalam talian, pelajar-
pelajar mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk melaluinya ketika PKP (M= 4.00). Analisis statistik
inferensi ujian Levene mendapati varian kedua-dua kumpulan lelaki dan perempuan adalah signifikan (F =
16.90, p = 0.00 <0.05) yang memberi makna bahawa varians kedua-dua kumpulan ini adalah tidak sama. Hasil
ujian t sampel bebas menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan bagi tahap ketakutan terhadap Covid
19 di antara pelajar lelaki (M = 2.18, S.P = 0.64) dan pelajar perempuan (M = 2.12, S.P = 0.51), t (256.2) =
0.975, p = 0.33> 0.05). Jadual 2 menunjukkan skor min di antara pelajar lelaki dan perempuan berkenaan
ketakutan terhadap Covid 19.

Jadual 2
Skor min pelajar lelaki dan perempuan berkenaan ketakutan terhadap Covid 19

Construct Gender N Mean Std. Deviation Std. Error Mean


Male 147 2.18 0.64 0.05
Fear
Female 239 2.12 0.51 0.03

Seterusnya, ujian t sampel bebas dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan
berdasarkan faktor jantina. Analisis ujian Levene adalah signifikan yang menunjukkan taburan varian kedua-
dua kumpulan adalah tidak sama (F = 0.12, p = 0.73> 0.05). Pelajar lelaki (M = 3.99, SD = 0.40) dan pelajar

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

407
perempuan (M = 4.01, SD = 0.37) tidak berbeza secara signifikan dalam aspek kesediaan pembelajaran dalam
talian t (384) = - .523, p = 0.601> 0.05. Jadual 3 menunjukkan skor min pelajar lelaki dan perempuan dalam
aspek kesediaan pemebelajaran dalam talian.

Jadual 3
Skor min berdasarkan jantina berkenaan aspek kesedian pembelajaran dalam talian

Construct Gender N Mean Std. Deviation Std. Error


Online Learning Readiness Male 147 2.18 0.64 0.05
Female 239 2.12 0.51 0.03

Kemudian, ujian Anova sehala dilaksanakan untuk meninjau sama ada tahap kesediaan pembelajaran
dalam talian berdasarkan faktor pendapatan keluarga. Hasil analisis statistik yang dijalankan mendapati,
terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor pendapatan keluarga, p <0.05, F (2, 39) = 10.76, p =
0.00. Perbandingan menggunakan ujian Post Hoc Tukey menunjukkan kesediaan pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3000 (M = 4.06, SD = 0.36) berbeza secara signifikan dengan pelajar
dari keluarga berpendapatan pertengahan iaitu RM3001 dan RM6000 (M = 3.86, SD = 0.37). Namun, tahap
kesediaan pelajar dan kumpulan keluarga yang berpendapatan rendah adalah sama dengan tahap kesediaan
pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi yang melebihi RM6001 (M = 4.07, SD = 0.41). Jadual 4
menunjukkan skor min kesediaan pembelajaran dalam talian berdasarkan faktor pendapatan keluarga.

Jadual 4
Skor min kesediaan pembelajaran dalam talian berdasarkan faktor pendapatan keluarga

Family income N Mean Std. Dev. Std. Error


Less than RM3000 171 4.06 0.36 0.03
Between RM3001 to RM6000 108 3.86 0.37 0.04
RM6001 and above 107 4.07 0.36 0.04

Analisis korelasi yang dijalankan mendapati, ketakutan terhadap Covid 19 mempunyai hubungan
negatif yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran dalam talian. (r = -0.112, p = 0.028 <0.05). Jadual 5
menunjukkan hasil analisis korelasi.

Jadual 5
Analisis korelasi Pearson hubungan ketakutan terhadap Covid 19 dengan kesediaan pembelajaran dalam
talian

Constructs Fear Readiness


Pearson 1 -.112*
Correlation
Fear
Sig. (2-tailed) .028
N 386 386
Pearson -.112* 1
Correlation
Readiness
Sig. (2-tailed) .028
N 386 386
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

PERBINCANGAN
Analisis berkenaan ketakutan terhadap Covid 19 dalam kalangan pelajar di instutusi pengajian tinggi
merupakan satu keperluan untuk memahami sejauh mana tahap ketakutan yang dialami berdasarkan faktor-
faktor demografi dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Hasil dapatan memberi maklumat bermakna
kepada sesebuah institusi dan pihak berkuasa untuk menilai keperluan bagi mengadakan program-program
kesedaran psikologi. Ketakutan diketegorikan sebagai ketidak selesaan emosi yang ditimbul akibat rasa
terancam dengan sesuatu rangsangan(De Hoog, Stroebe, and de Wit 2008). Keadaan yang sukar seperti
ancamam pandemik boleh meningkatkan rasa takut dan gangguan psikologi kepada orang ramai. Paranoid

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

408
yang gagal dikesan dan ditanggani boleh menyebabkan seseorang itu mengambil keputusan yang tidak wajar
sehingga membunuh diri (Pakpour & Griffiths 2020).
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, rasa takut dalam kalangan pelajar terhadap Covid 19 adalah
tinggi. Kami percaya bahawa laporan-laporan berkenaan kematian dan jumlah jangkitan yang meningkat dari
semasa ke semasa yang dilaporkan melalui media seperti televisyen, radio dan media sosial memberi
gangguan kepada kestabilan emosi. Walaupun laporan media memberi maklumat berguna kepada masyarakat
berkenaan bahaya virus Covid 19, namun laporan berkenaan juga boleh meningkatkan rasa takut masyarakat
(Mertens et al. 2018, 2020; Muris and Field 2010). Kajian Cauberghe et al. (2009) mendapati kandungan
laporan media yang berbentuk ancaman akan memberi impak psikologi kepada individu. Malah, maklumat
yang diperoleh dari media secara berterusan dalam tempoh masa yang lama berkenaan sesuatu ancaman
penyakit akan menghasilka rasa trauma dalam diri seseorang sehingga boleh mendatangkan tekanan
perasaan (Holman, Garfin, & Silver 2014).
Dalam konteks Malaysia, ketakutan terhadap virus Covid 19 dalam kalangan pelajar mungkin memberi
kesan kesan kepada usaha kerajaan mengekang penularan wabak ini. Rasa takut terhadap Covid 19
membuatkan pelajar mengambil tindakan untuk melakukan aktiviti di dalam rumah masih-masing dan kurang
berhubung dengan orang lain secara fizikal. Dalam hal ini peranan media boleh dilihat dari sudut yang positif.
Kajian Van Den Bulck dan Custers, (2009) menyatakan bahawa media juga berperanan dalam membantu
mengekang penularan wabak dengan menyuntik rasa takut terkena jangkitan dalam diri masyarakat.
Ketakutan terhadap Covid 19 dalam kalangan pelajar instutusi pengajian tinggi yang dikaji memberi
impak kesediaan terhadap pembelajaran dalam talian berbanding bertemuan bersemuka di bilik kuliah.
Dapatan kajian ini mendapati pelajar sangat bersedia untuk menjalani pembelajaran secara dalam talian.
Faktor jantina tidak memberi kesan terhadap ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran secara
dalam talian. Namun, faktor sosioekonomi keluarga menunjukkan perbezaan kesediaan terhadap
pembelajaran dalam talian. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan tinggi lebih bersedia berbanding pelajar
dari kumpulan berpendapatan sederhana. Hal ini sejajar dengan dapatan Andrew et al., (2020) bahawa faktor
sosioekonomi memberi kesan kepada pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan di
laksanakan. Hal ini disebabkan ibu bapa yang terjejas pendapatan lebih menumpukan perbelajaaan untuk
keperluan asas hidup seperti membeli keperluan makanan, membayar sewa tempat tinggal dan simpanan
kecemasan berbanding berbelanja untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran dalam talian anak-anak.
Oleh itu, institusi pengajian tinggi perlu memberi perhatian tentang situasi pelajar dari kumpulan keluarga
berpendapatan rendah dari segi kemudahan pembelajaran dalam talian supaya jurang ketidaksamaan dalam
pendidikan dapat dikurangkan (Jæger and Blaabæk 2020).
Kajian ni mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara rasa takut terhadap Covid 19
dengan kesediaan pembelajaran dalam talian, Semakin takut pelajar terhadap Covid 19, maka mereka makin
berusaha untuk bersedia belajar secara dalam talian. Situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar,
tetapi kepada para pendidik untuik meningkatkan kompetensi dalam penggunaan alat pengajaran digital. Oleh
yang demikian, aspek pedagogi dan pentaksiran secara dalam talian perlu diberi perhatian khusus. Pentaksiran
secara dalam talian perlu dibentuk dengan sebaik mungkin untuk mencapai kualiti yang ditetapkan. Masalah
jurang gred juga dapat diatasi dengan penyediaan pentaksiran yang berkualiti (Mustapha et al. 2020). Malah,
bagi kursus-kursus yang memerlukan pencerapan fizikal, cara alternatif perlu dikaji (Yaakob, Yunus, and Jafar
2020).

KESIMPULAN
Kajian tinjauan ini telah menjelaskan situasi psikologi dan kesediaan pembelajaran dalam talian dalam
kalangan pelajar instutusi pengajian tinggi. Hasil kajian ini menunjukkan pembelajaran dalam talian sangat
diperlukan dalam situasi pandemic. Oleh itu, prasaran pembelajaran dalam talian di Malaysia perlu
dipertingkatkan. Walau bagaimana pun, kajian ini hanya menggunakan sampel kajian pelajar-pelajar instutusi
pengajian tinggi yang tinggal di zon utara Malaysia semasa PKP. Malah, aspek psikologi yang ditinjau hanya
berfokus kepada aspek takut terhadap Covid 19. Kajian lanjutan berkenaan aspek psikologi lain perlu dilakukan
dan memberi makna kepada pendidikan.

RUJUKAN
Abidah, Azmil, Hasan Nuurul Hidaayatullaah, Roy Martin Simamora, Daliana Fehabutar, and Lely Mutakinati.
2020. “The Impact of Covid-19 to Indonesian Education and Its Relation to the Philosophy of ‘Merdeka
Belajar.’” Studies in Philosophy of Science and Education.
Andrew, Alison, Sarah Cattan, Monica Costa-Dias, Christine Farquharson, Lucy Kraftman, Sonya Krutikova,
Angus Phimister, and Almudena Sevilla. 2020. Learning during the Lockdown: Real-Time Data on

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

409
Children’s Experiences during Home Learning.
Awang, Hapini, Sheik Osman Wan Rozaini, and Mat Aji Zahurin. 2019. “Model to Evaluate Virtual Learning
Environment among Malaysian Teachers.” International Journal of Innovative Technology and Exploring
Engineering 8(5S).
Awang, Hapini, Mat Aji Zahurin, and Sheik Osman Wan Rozaini. 2018. “Measuring Virtual Learning
Environment Success From the Teacher’s Perspective: Scale Development and Validation.” in
Proceedings of the 3rd International Conference on Applied Science and Technology (ICAST’18).
Penang, Malaysia: American Institute of Physics (AIP).
Bibi Noraini Mohd Yusuf, and Jihan Ahmad. 2020. “Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in
Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in
Social Sciences Research Journal 7(5):205–12.
Brooks, David. 2020. “The Pandemic of Fear and Agony.” The New York Times. Retrieved June 29, 2020
(https://www.nytimes.com/2020/04/09/opinion/covid-anxiety.html).
Van Den Bulck, Jan, and Kathleen Custers. 2009. “Television Exposure Is Related to Fear of Avian Flu, an
Ecological Study across 23 Member States of the European Union.” European Journal of Public Health
19(4):370–74.
Cauberghe, Verolien, Patrick De Pelsmacker, Wim Janssens, and Nathalie Dens. 2009. “Fear, Threat and
Efficacy in Threat Appeals: Message Involvement as a Key Mediator to Message Acceptance.” Accident
Analysis and Prevention 41(2):276–85.
Cutler, David M., Wei Huang, and Adriana Lleras-Muney. 2015. “When Does Education Matter? The Protective
Effect of Education for Cohorts Graduating in Bad Times.” Social Science and Medicine 127:63–73.
Daley, Paul. 2020. “We Face a Pandemic of Mental Health Disorders. Those Who Do It Hardest Need Our
Support.” The Guardian. Retrieved June 29, 2020
(https://www.theguardian.com/commentisfree/2020/mar/25/we-face-a-pandemic-of-mental-health-
disorders-those-who-do-it-hardest-need-our-support).
Fofana, Nina Kadidiatou, Faiza Latif, Bilal, Muhammad Farhan Bashir, and Bushra Komal. 2020. “Fear and
Agony of the Pandemic Leading to Stress and Mental Illness: An Emerging Crisis in the Novel Coronavirus
(COVID-19) Outbreak.” Psychiatry Research 291(June):1–3.
Gonzalez, T., M. A. de la Rubia, K. P. Hincz, M. Comas-Lopez, L. Subirats, S. Fort, and G. M. Sacha. 2020.
“Influence of COVID-19 Confinement in Students Performance in Higher Education.” ArXiv Preprint ArXiv
2004.09545.
Goyal, S. 2020. Impact of Coronavirus on Education in India.
Holman, E. Alison, Dana Rose Garfin, and Roxane Cohen Silver. 2014. “Media’s Role in Broadcasting Acute
Stress Following the Boston Marathon Bombings.” Proceedings of the National Academy of Sciences of
the United States of America 111(1):93–98.
De Hoog, Natascha, Wolfgang Stroebe, and John B. F. de Wit. 2008. “The Processing of Fear-Arousing
Communications: How Biased Processing Leads to Persuasion.” Social Influence 3(2):84–113.
Hung, Min Ling, Chien Chou, Chao Hsiu Chen, and Zang Yuan Own. 2010. “Learner Readiness for Online
Learning: Scale Development and Student Perceptions.” Computers and Education 55(3):1080–90.
Jæger, Mads Meier, and Ea Hoppe Blaabæk. 2020. “Inequality in Learning Opportunities during Covid-19:
Evidence from Library Takeout.” Research in Social Stratification and Mobility 68(10524):1–5.
Johnstone, Lucy. 2020. “Why It’s Healthy to Be Afraid in a Crisis.” The Guardian. Retrieved June 29, 2020
(https://www.theguardian.com/world/2020/mar/25/why-its-healthy-to-be-afraid-in-a-crisis).
Jung, Insung, Masayuki Kudo, and Sook Kyoung Choi. 2012. “Stress in Japanese Learners Engaged in Online
Collaborative Learning in English.” British Journal of Educational Technology 43(6):1016–29.
Kandri, Salah-Eddine. 2020. “How COVID-19 Is Driving a Long-Overdue Revolution in Education.” World
Economic Forum. Retrieved (https://www.weforum.org/agenda/2020/05/how-covid-19-is-sparking-a-
revolution-in-higher-education/).
Kanuka, Heather, and Terry Anderson. 2007. “Ethical Issues in Qualitative E-Learning Research.” International
Journal of Qualitative Methods 6(2):1–14.
Kapasia, Nanigopal, Pintu Paul, Avijit Roy, Jay Saha, Ankita Zaveri, and Rahul Mallick. 2020. “Children and
Youth Services Review Impact of Lockdown on Learning Status of Undergraduate and Postgraduate
Students during COVID-19 Pandemic in West Bengal , India.” Children and Youth Services Review
116(June):105194.
Manzoor, A. 2020. “Online Teaching and Challenges of COVID-19 for Inclusion of Persons with Disabilities in
Higher Education.”
Mertens, Gaetan, Yannick Boddez, Dieuwke Sevenster, Iris M. Engelhard, and Jan De Houwer. 2018. “A

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

410
View publication stats

Review on the Effects of Verbal Instructions in Human Fear Conditioning: Empirical Findings, Theoretical
Considerations, and Future Directions.” Biological Psychology 137(October 2017):49–64.
Mertens, Gaetan, Lotte Gerritsen, Stefanie Duijndam, Elske Salemink, and Iris M. Engelhard. 2020. “Fear of
the Coronavirus (COVID-19): Predictors in an Online Study Conducted in March 2020.” Journal of Anxiety
Disorders 74(April):102258.
Muris, Peter, and Andy P. Field. 2010. “The Role of Verbal Threat Information in the Development of Childhood
Fear. ‘Beware the Jabberwock!’” Clinical Child and Family Psychology Review 13(2):129–50.
Mustapha, Ramlan, Zulkifli Mat Som, Mohd Fairuz Jafar, Ahmad Shidki, Azizah Sarkowi, and Suriati Sulaiman.
2020. “Grade Inflation in Higher Education: A Guidance for Future Research and Solutions.” International
Journal of Psychosocial Rehabilitation 24(8):3583–95.
Pakpour, Amir H., and Mark D. Griffiths. 2020. “The Fear of COVID-19 and Its Role in Preventive Behaviors.”
Journal of Concurrent Disorders 2:58–63.
Perkeso. 2020. Employment Outlook 1st Quarter 2020 - Employment Insuranse System (EIS). Vol. 4.
Pfeffer, Fabian T., Sheldon Danziger, and Robert F. Schoeni. 2013. “Wealth Disparities before and Ffter the
Great Recession.” Annals of the American Academy of Political and Social Science 650(1):98–123.
Rana, Hemant, Rajiv Rajiv, and Manohar Lal. 2014. “E-Learning: Issues and Challenges.” International Journal
of Computer Applications 97(5):20–24.
Salim, Naomie, Weng Howe Chan, Shuhaimi Mansor, Nor Erne Nazira Bazin, Safiya Amaran, Ahmad Athif
Mohd Faudzi, Anazida Zainal, Sharin Hazlin Huspi, Eric Jiun Hooi Khoo, and Shaekh Mohammad Shithil.
2020. COVID-19 Epidemic in Malaysia: Impact of Lock-down on Infection Dynamics.
Strielkowski, Wadim. 2020. “COVID-19 Pandemic and the Digital Revolution in Academia and Higher
Education.” Preprints 2020 2020040290.
Su-Lyn, Boo. 2020. “Malaysia’s Covid-19 Epidemic Unpredictable Without Good Data: Expert.” CodeBlue.
Retrieved June 29, 2020 (https://codeblue.galencentre.org/2020/04/06/malaysias-covid-19-epidemic-
unpredictable-without-good-data-expert/).
Sun, Pei Chen, Ray J. Tsai, Glenn Finger, Yueh Yang Chen, and Dowming Yeh. 2008. “What Drives a
Successful E-Learning? An Empirical Investigation of the Critical Factors Influencing Learner
Satisfaction.” Computers and Education 50(4):183–202.
Swinton, Jonathan. 2020. “Ask an Expert: Tips for Controlling Fear and Anxiety in a Crisis.” Utah State
University Today. Retrieved June 29, 2020 (https://www.usu.edu/today/story/ask-an-expert-tips-for-
controlling-fear-and-anxiety-in-a-crisis).
Tzur Bitan, Dana, Ariella Grossman-Giron, Yuval Bloch, Yael Mayer, Noga Shiffman, and Shlomo Mendlovic.
2020. “Fear of COVID-19 Scale: Psychometric Characteristics, Reliability and Validity in the Israeli
Population.” Psychiatry Research 289(May):1–5.
Wang, Chen, Peter W. Horby, Frederick G. Hayden, and George F. Gao. 2020. “A Novel Coronavirus Outbreak
of Global Health Concern.” The Lancet 395(10223):470–73.
Wu, Xiaogang. 2019. “Inequality and Social Stratification in Postsocialist China.” Annual Review of Sociology
45:363–82.
Xiang, Yu Tao, Yuan Yang, Wen Li, Ling Zhang, Qinge Zhang, Teris Cheung, and Chee H. Ng. 2020. “Timely
Mental Health Care for the 2019 Novel Coronavirus Outbreak Is Urgently Needed.” The Lancet Psychiatry
7(3):228–29.
Yaakob, Mohd Faiz Mohd, Jamal Nordin Yunus, and Mohd Fairuz Jafar. 2020. “Evaluate the Activities of 1M1S
and Co-Curriculum in Kedah: Insight from Teachers.” Universal Journal of Educational Research
8(1):183–90.

Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan


20 OKTOBER 2020

411

You might also like