You are on page 1of 1

BIDASAN

Seperti sektor lain, bidang pendidikan juga turut terkena tempias dan terkesan
dengan kehadiran wabak ini. Kehadiran pandemik membantutkan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal bukan sahaja pada
peringkat sekolah, malah universiti turut terjejas.

Hasilnya, aktiviti PdP terpaksa dijalankan secara dalam talian dengan


tanggapan semua pelajar mempunyai akses internet sempurna.

Namun, hakikatnya, tidak semua pelajar mempunyai capaian internet yang


baik untuk menjalani aktiviti PdP secara dalam talian. Jika dilihat dari sudut
pandangan yang positif, kehadiran pandemik ini membuka mata banyak pihak
mengenai ketersediaan Malaysia dalam mencapai Matlamat Pembangunan
Lestari (SDG) digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
keempat, iaitu pendidikan berkualiti.

Tular pada awal 2020 mengenai seorang gadis yang terpaksa berkampung
dan memanjat bukit demi mendapatkan capaian internet yang stabil bagi
membolehkannya menjawab peperiksaan peringkat universiti secara dalam
talian.

Ini menunjukkan bahawa ada lompong yang besar terhadap ketersediaan


Malaysia dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti terhadap rakyatnya.

Jika dilihat melalui skop lebih besar, masih banyak kawasan luar bandar yang
menghadapi atau mengalami masalah pautan internet yang tidak stabil.

Kehadiran wabak COVID-19 bukan sahaja membuka mata banyak pihak,


malah ia juga merangsang pemikiran pihak yang bertanggungjawab untuk
berfikir secara kritikal dan kreatif bagi mengisi lompong yang ada.

Langkah pantas diambil kerajaan untuk menyelesaikan isu capaian internet


dengan meningkatkan infrastruktur jaringan telekomunikasi di kawasan
berkenaan. Langkah ini tidak seharusnya hanya terhenti di kawasan terbabit
sahaja, malah perlu diperluaskan ke seluruh kawasan pedalaman dan luar
bandar di Malaysia.

You might also like