You are on page 1of 1

KECENDERUNGAN DAN PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN PASCA PANDEMIK COVID-19: KAJIAN


KES DI IPG SARAWAK.
Tidak dinafikan bahawa Pandemik Covid-19 merupakan salah satu punca
pembelajaran digital diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
di peringkat sekolah mahupun di institusi pendidikan di Malaysia.
Beberapa kajian telah dijalankan mengenai isu ini iaitu penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran semasa Pandemik Covid-19 (Chai,
M. A., & Karim, A. A., 2022). Di Malaysia, pasca pandemik Covid-19 telah
melihat kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka seperti
sebelum ini kerana terdapat beberapa cabaran atau kekangan dalam
pelaksanaan pembelajaran secara talian (Ismail, A., Osman, K., & binti
Hassan, N. H., 2020). Secara tidak langsung, kerelevanan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian dalam konteks Malaysia masih lagi berada
dalam tahap yang rendah (Magesvaran, U., 2021). Selain itu, pendekatan
kualitatif berkenaan penggunaan pembelajaran dalam talian selepas
pasca pandemik dalam kalangan pensyarah di IPG masih belum diterokai
sepenuhnya. Oleh itu, kajian akan dijalankan bagi meneroka
kecenderungan dan persepsi pensyarah di IPG terhadap penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran selepas pasca pandemik. Reka
bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif bagi mendapat dapatan
yang lebih mendalam dan bermakna. Dapatan kajian ini amat penting
untuk membantu meningkatkan kompetensi, potensi, bakat dan kualti
pensyarah IPG (Transformasi IPG 2016-2025 Edisi Kedua di dalam
kluster dua) melalui kecenderungan dan pandangan serta pengalaman
yang telah dilalui oleh mereka sebelum ini.

You might also like