You are on page 1of 6

Nama Program

Kajian Tindakan Peningkatan Kehadiran Murid ke Sekolah Tahun 2022

Tujuan

1. Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah untuk
cadangan perlaksanaan Program yang boleh meningkatkan lagi prestasi kehadiran murid ke
sekolah.
2. Sebagai kajian tindakan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh murid dan
sebab ketidakhadiran.
3. Mengenalpasti cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ponteng secara berturut
dan tidak berturut.
4. Meningkatkan lagi peratus kehadiran sekolah seterusnya mengatasi masalah ponteng sekolah
dengan cara yang berkesan.
5. Meningkatkan lagi penguasaan dan pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan ko
kurikulum melalui kehadiran yang baik.

Pendahuluan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu kehadiran murid masih belum
dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program di peringkat kebangsaan,
negeri, daerah mahu pun sekolah. Program ini merupakan satu program kesinambungan daripada
program sedia ada dan dirancang dengan lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa KPI kehadiran murid adalah 95% sepanjang tahun. Program ini
menyasarkan kepada sekolah yang mencapai kehadiran murid di bawah 95% dan dilaksanakan secara
berperingkat mengikut Perancangan Strategik Organisasi Tahun 2022- 2025.

Anjuran

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022


Unit Hal Ehwal Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal
Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Rompin.

Tempoh Pelaksanaan
Dilaksanakan selama 1 tahun mengikut bulan dan aktiviti yang telah dirancang bermula dari bulan
Mac hingga November tahun 2022.

Tempat

i. Sekolah Kebangsaan Rompin


ii. Tempat tinggal murid

Cadangan Tarikh

Mac 2022 (Fasa1),


Mei dan Jun 2022 (Fasa 2),
Julai, Ogos & September 2022 (Fasa 3),
Oktober Dan November 2022 (Fasa 4)

Objektif

i. Mengenalpasti murid yang termasuk dalam kumpulan sasaran dengan mengetahui taraf
sosio ekomomi, demografi tempat tinggal serta Kaum murid.
ii. Memastikan bahawa murid dari kumpulan yang bermasalah kehadiran dapat diberikan
tumpuan dan keutamaan dalam program ini.
iii. Memastikan murid dari kumpulan sasaran dapat meningkatkan peratus kehadiran mereka.
iv. Meningkatkan peratusan kehadiran murid sekolah secara keseluruhan.
v. Perkongsian pintar kaedah-kaedah pelaksanaan program intervensi yang lebih sistematik
yang melandaskan kepada cadangan serta program yang telah dijalankan mengikut prosedur
PDCA. (Plan, Do, Check dan Action)

KPI (Indikator Output dan Outcome)

i. 100% daripada program yang telah dirancang dan akan di laksanakan oleh Pihak sekolah
yang mana ianya melibatkan semua Guru dan warga Sekolah Kebangsaan Rompin.

ii. Peningkatan peratusan sekurang-kurang 3 % kehadiran murid berbanding pada tahun


sebelumnya untuk Sekolah Kebangsaan Rompin.

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022


Sasaran

Penglibatan semua warga Sekolah Kebangsaan Rompin (Guru ,Staff dan murid), Persatuan Ibubapa
dan Guru (PIBG), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),
Ketua Masyarakat Setempat ( Ketua Kampung, MPKK, Tok Batin ),Polis Diraja Malaysia (PDRM),
untuk memastikan peningkatan kehadiran murid mencapai lebih dari 90%.

Strategi Pelaksanaan Program

i. Mengemukakan kertas kerja kepada Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu
ii. Menyediakan surat panggilan kepada semua pihak yang terlibat.
iii. Penubuhkan jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa / taklimat penyebaran
maklumat kepada semua pihak yang terlibat.
iv. Menyediakan kertas kerja program.
v. Merancang tentatif program.
vi. Menyebarkan maklumat kepada pihak yang terlibat tentang cadangan aktiviti seperti tempat
dan sebagainya.
vii. Mendapatkan senarai nama murid yang terlibat dan melengkapkan semua maklumat.
viii. Pelaksanaan program.
ix. Post-mortem program
x. Tindakan susulan.

Sumber Kewangan

1. PIBG
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Rompin
3. Pihak luar dan NGO yang ingin memberikan sumbangan

Implikasi Kewangan

Bil. Perkara Kos Seunit (RM) Unit Pengiraan Kos


(RM)

1 Minum Petang Bengkel 5.00 2 Fasa x 40 400.00


Keibubapaan bagi kumpulan orang
murid sasaran

2 Hadiah Motivasi Kehadiran 30.00 x 40 orang 1200.00

Hadiah kehadiran penuh


3 ( Mengikut Fasa ) 5.00 40 X 3 Fasa 750.00

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022


Program Ziarah Cakna
4 30.00 40 orang 1200.00

JUMLAH PERBELANJAAN 3550.00

PELAN KONTIGUNSI

Kajian Tindakan ini akan dilaksanakan mengikut aktiviti program yang telah dirancang seperti :

1. Analisis kehadiran (Bulan Mac)


2. Program Ziarah Cakna
3. Dialog prestasi kehadiran bersama PPD dan Guru SK Rompin
4. Hadiah motivasi kehadiran
5. Program jom turun padang
6. Program taklimat ibubapa kumpulan sasaran
7. Hadiah kehadiran penuh

Jawatankuasa Pelaksanaan

Pengerusi
Encik Ramli Bin Gaisun
Guru Besar sekolah Kebangsaan Rompin

Timbalan Pengerusi
Koperal Rezal Bin Japar
Yang Dipertua PIBG SK Rompin

Penasihat
Koperal Komarillail
Pegawai Polis Perhubungan Sekolah (PPS)

Naib Pengerusi 1
Encik Shahibol Bin Mazlan

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022


GPK HEM SK Rompin

Naib Pengerusi 2
Encik Mazli Bin Musa
GPK Pentadbiran SK Rompin

Penyelaras
Encik Mohd Hazley Bin Yaakob
Guru Bimbingan Dan Kaunseling SK Rompin

Ahli Jawatankuasa
Pegawai Jakoa
Ketua Masyarakat Setempat (JKKP/MPKK)
Semua Unit Hal Ehwal Murid
Guru Kelas

Pengisian Program

2.00 - 2.30 petang : Kehadiran Pegawai Unit Hal Ehwal Murid PPDJJ, Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran , Penolong Kanan HEM,
Penolong Kanan Ko Kurikulum,Setiausaha Kurikulum,
Setiausaha HEM, Setiausaha Ko Kurikulum. Penyelaras
Program Dan Pihak yang berkenaan.

2.30 – 4.15 petang : Slot 1: Pembentangan Analisis Kehadiran Murid Tahun 2021
: Slot 2: Pembentangan program / isu / pelan intervensi
* Sesi dialog berjalan serentak semasa kedua-dua slot.
4.15 – 4.30 petang : Jamuan
4.30 petang : Bersurai

Pelan Pengurusan Risiko

i. Sekolah akan di libatkan menerusi Kajin Tindakan Kehadiran Murid


ii. Semua Pegawai Unit Hal Ehwal Murid akan turun ke sekolah untuk membuat kunjung
bantu.

Kaedah Pengukuran pencapaian objektif kualiti

Kaedah-kaedah berikut akan digunakan untuk mengukur pencapaian objektif kualiti:

Objektif Kualiti 1 Analisis Data Kehadiran Murid

Objektif Kualiti 2 Semakan Dokumen

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022


Penutup

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga
segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi di dalam program ini akan dipraktikkan dalam sesi
pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah. Harapan kami dengan adanya program ini, akan dapat
meningkatkan pencapaian kehadiran murid di sekolah ini. Sokongan semua pihak diharapkan bagi
menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disokong oleh:

SHAHIBOL BIN MAZLAN ENCIK RAMLI BIN GAISUN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Rompin Sekolah Kebangsaan Rompin

Kertas Kerja Program Kajian Tindakan Kehadiran Murid Tahun 2022

You might also like