You are on page 1of 8

International Journal of Education and Pedagogy

eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP)


eISSN: 2682-8464 [Vol. 3 No. 1 March 2021]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MEMBENDUNG COVID-19
FASA 2
(A STUDY ON STUDENTS READINESS TO FOLLOW ONLINE LEARNING DURING
MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) TO CURB COVID-19 PHASE 2)

Nor Sahara Mesman1* dan Zulkarnain Abd. Majid2


1
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
MALAYSIA
2
Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bahru, Kuala Kubu Bahru, MALAYSIA
*Pengarang penghubung: nor.sahara@pbmpu.upsi.edu.my

Abstrak: Kajian ini akan membincangkan berkaitan


Article Information: kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam
Article history: talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk
membendung Covid-19. Dengan menggunakan kaedah
Received date : 18 February 2021 tinjauan, seramai 200 orang responden yang terdiri
Revised date : 23 February 2021 daripada pelajar sekolah menengah membantu dalam
Accepted date : 11 March 2021
Published date : 25 March 2021 menjawab soal selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan
responden bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam
To cite this document: talian (M=2.75). Dapatan tinjauan ini juga mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina
Mesman, N., & Abd. Majid, Z. (2021).
KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR
dengan persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian.
MENGIKUTI PEMBELAJARAN Namun, hasil analisis kolerasi mendapati terdapat
DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga
KAWALAN PERGERAKAN (PKP) dengan persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian
MEMBENDUNG COVID-19 FASA semasa PKP(r=0.981). Justeru, dapatan kajian ini
2. International Journal Of Education And
Pedagogy, 3(1), 195-202.
memberikan maklumat bahawa fasiliti pembelajaran yang
baik dapat membantu dan membolehkan pelajar bersedia
untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

Kata kunci: Kesediaan, Pembelajaran dalam talian, Perintah


Kawalan Pergerakan, Covid 19.

195

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Abstract: This study will discuss the readiness of students to


follow online learning during the Movement Control Order
(MCO) to curb Covid-19. Using the survey method, a total
of 200 respondents consisting of secondary school students
helped in answering the study questionnaire. Findings show
that respondents were willing to follow online learning (M =
2.75). The findings of the survey also found that there was
no significant difference between factor of gender and
preparation for online learning. However, the results of the
correlation analysis found that there was a significant
relationship between family income and preparation for
online learning during MCO (r = 0.981). Thus, the findings
of this study inform that good learning facilities can help and
enable students to be ready and prepared to pursue online
learning.

Keywords: Readiness, Online learning, Movement Control


Order, Covid-19.

1. Pengenalan
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun 2019 masih berlarutan sehingga awal tahun ini.
Trend peningkatan yang mendadak memerlukan pihak kerajaan membuat keputusan yang wajar
dengan mengadakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua. Pengumuman kerajaan
untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dengan menutup sebahagian
pengoperasian turut memberi kesan kepada pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan. Sektor
pendidikan ini melibatkan permulaan kemasukan pelajar untuk mengikuti sesi persekolahan pada
awal tahun 2021. Namun, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dilaksanakan berikutan
jumlah kes penularan Covid-19 semakin meningkat.

Tujuan perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan adalah untuk melandaikan kebolehjangkitan
orang ramai terhadap virus ini. Arahan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dengan penasihatan dan
saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan wabak ini dapat dikurangkan.
Perintah kawalan ini menyebabkan sesi persekolahan penggal pertama perlu ditutup sehingga
dimaklumkan pembukaan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana pembukaan kepada sektor ini
dijangka boleh menambahkan lagi kebolehjangkitan dengan kadar yang cepat. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi siaran media pada 16 Januari 2021 memberi penerangan
dengan lebih terperinci berkaitan sesi persekolahan. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
ditetapkan bagi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan
boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

196

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Selaras dengan saranan yang dibuat oleh pihak kerajaan, PdPR akan dijalankan secara dalam talian.
Penerangan yang jelas daripada pihak kementerian memberi pengalaman baharu kepada semua untuk
merealisasikan PdPR. Dalam menjalani tempoh Perintah kawalan Pergerakan fasa kedua ini, guru-
guru, ibu bapa dan pelajar memainkan peranan penting untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian dapat dijalankan dengan baik. Pemilihan pembelajaran dalam talian
dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan perisian sama ada Google Meet, Zoom, Webex
dan lain-lain perisian bagi memudahkan para guru dan pelajar. Pertemuan secara virtual ini perlu
dimanfaatkan pelajar untuk mengenali guru mata pelajaran dan bertanya secara langsung kepada guru
tersebut. Dengan cara ini, pelajar dapat merasai suasana seperti berada di dalam kelas apabila guru
memberikan respons kepada pelajar dalam sesi pembelajaran.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian memberi impak
kepada semua termasuklah kepada pihak pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa baik dari segi sumber
kebolehcapaian internet mahupun sosioekonomi keluarga. Justeru itu, kajian akan menjurus kepada
tahap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan
pergerakan fasa kedua.

2. Sorotan Literatur
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sudah menjadi suatu keputusan yang terbaik
untuk menghindari dan mengelakan kebolehjangkitan penyakit berjangkit. Kajian oleh Mohd Fairuz
Jafar, et al. (2020) mengkaji dari segi hubungan antara rasa takut terhadap pandemik Covid-19 dengan
kesediaan pembelajaran dalam talian. Dengan melibatkan responden yang terdiri daripada mahasiswa
ijazah pertama memperlihatkan faktor ketakutan mempengaruhi kesediaan pelajar untuk lebih
cenderung untuk menggunakan medium pembelajaran dalam talian.

Kajian oleh Nur Fauziana Mohd Salleh (2020) mengkaji berkaitan pandangan guru terhadap
pengajaran dalam talian. Kajian ini juga menyentuh secara langsung berkaitan kesan penutupan
institusi pendidikan dengan menggunakan medium atas talian untuk menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran. Pandangan guru terhadap persediaan pengajaran dalam talian juga diambilkira bagi
memastikan pendekatan Home Based Learning (HBL) dapat dilaksanakan oleh para guru. Guru juga
bersedia dengan nota cetakan sekiranya terdapat dalam kalangan keluarga pelajar yang mempunyai
kekangan untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla
Mohamad Nasri, 2020). Selain itu, Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat (2020) meninjau berkaitan
kaedah pengajaran guru berdasarkan persediaan pelajar untuk menerima pembelajaran dalam talian
semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Zaidatun Tasir,
Jamalludin Harun dan Lim (2006) berkaitan kesediaan pelajar dengan faktor-faktor penggunaan
komputer merangkumi sikap, kecelikan dan kemudahan komputer oleh mahasiswa. Hasilnya,
mahasiswa didapati belum bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

197

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini banyak member kesan dari segi sosial,
mental dan emosi terhadap individu serta organisasi. Kajian berkaitan kesan penutupan institusi
pendidikan ini dirasai oleh seluruh dunia. Kajian Onyema, E. et al. (2020) menyentuh berkaitan
kekangan guru dan pelajar. Guru memerlukan teknologi untuk meneruskan pengajaran dan impak
negatif timbul apabila kurangnya insfrastruktur berkaitan capaian internet. Oleh hal yang demikian
pembelajaran dalam talian dapat memberi kesediaan yang baik kepada pelajar dengan kemudahan
prasarana kelengkapan peralatan yang mencukupi.

3. Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan berikut:
i. Apakah tahap kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Jantina Pelajar dengan Persediaan
Pembelajaran dalam talian semasa PKP?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga dengan persediaan
pembelajaran dalam talian semasa PKP?

4. Reka Bentuk dan Kaedah Kajian


Kajian yang dijalankan ini melibatkan 200 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih secara rawak.
Dari segi persampelan, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dalam talian. Instrumen dalam kajian
ini mengggunakan borang soal selidik dalam talian dengan aplikasi Google Form.
Dari segi pengumpulan data kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu peringkat pembinaan data dan
peringkat integrasi data.

Peringkat pembinaan data, item-item soalan dibina untuk dimasukkan pada borang soal selidik
digital, iaitu menggunakan aplikasi Google Form. Data-data yang diperoleh dengan menggunakan
perisian digital ini akan diuji kesahihan dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic versi 26.
Selain itu, dalam membincangkan berkaitan data yang diperoleh, analisis dapatan juga dirujuk dari
segi persamaan dan banding beza melalui jurnal, buku, tesis, dokumen yang berkaitan dengan kajian.
Seterusnya, data kajian dianalisis dengan cara melihat hubungan antara varian yang diuji.

198

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

5. Dapatan Kajian
Berdasarkan kajian yang dijalankan sebanyak 45.5% responden terdiri daripada lelaki dan 54.5%
responden adalah perempuan. Bagi data demografi melibatkan pendapatan keluarga, 16% daripada
keluarga berpendapatan kurang daripada RM 2000, 77% terdiri daripada keluarga berpendapatan RM
2001 hingga RM4000. Selain itu, 4% mewakili responden berpendapatan RM 4001 hingga RM6000
dan 3% datangnya daripada keluarga berpendapatan sebanyak RM6001 dan ke atas.

Dapatan data juga melihat kepada interpretasi skor min bagi tahap kesediaan pelajar mengikuti
pembelajaran dalam talian semasa PKP seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min bagi Tahap Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran dalam talian Semasa
PKP
Skor Min Tahap Kesediaan Pelajar
1.00-1.50 Sangat Rendah
1.51-2.49 Rendah
2.50-3.49 Sederhana
3.50-4.49 Tinggi
4.50-5.00 Sangat Tinggi

Jadual 2 di atas menunjukkan skor min dan sisihan piawai kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran
dalam talian semasa PKP. Skor min bagi item pertama setelah dikonstruk sebanyak 2.28, iaitu berada
pada tahap sederhana dan nilai sangat rendah, iaitu skor min 1.27 pada kostruk yang kelima. Data
deskriptif juga menguji skor min pelajar lelaki dan perempuan bagi persediaan pembelajaran dalam
talian seperti dalam Jadual 3 dibawah.

Jadual 3: Skor Min Pelajar Lelaki dan Perempuan Bagi Persediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa PKP
Konstruk Jantina N Mean Std. Deviation Std. Mean Eror
Persediaan Lelaki 91 2.2098 .28674 .03006
Perempuan 109 2.1209 .22847 .02188

199

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Hasil analisis Ujian T-test yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan Levene’s Test
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan (F=3.804,
p=0.16>0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan skor min bagi pelajar lelaki (M= 2.2098,
S.P=0.28674) dan pelajar perempuan (M=2.1209, S.P=0.22847) dengan konstruk persediaan
pembelajaran dalam talian. Dapatan skor pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan pada tahap
rendah. Selain itu, bagi menguji hubungan antara dua variabel, ujian Korelasi Pearson digunakan
untuk menguji hubungan antara pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar mengikuti
pembelajaran dalam talian semasa PKP. Hal ini dapat dilihat dalam Jadual 4.
Jadual 4: Analisis korelasi Pearson hubungan Pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar Mengikuti
pembelajaran dalam Talian Semasa PKP
Konstruk Pendapatan Persediaan
Pendapatan Pearson Correlation 1 .981*
Sig. (2-tailed) .001
N 200 200
Persediaan Pearson Correlation .981* 1
Sig. (2-tailed) .001
N 200 200
*. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hasil analisis korelasi konstruk antara pendapatan keluarga terdapat hubungan positif yang signifikan
antara persediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP (r=0.981, p=0.01>0.05).

6. Perbincangan Kajian
Kesediaan boleh dirujuk sebagai keadaan individu dalam melakukan sesuatu perkara. Kamus Dewan
Bahasa (2007) mendefinisikan kesediaan sebagai perihal sedia, kesanggupan dan kerelaan. Hasil
kajian kesediaan ini dapat melihat tahap kendiri pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersedia mengikuti pembelajaran dalam talian jika terdapat
sokongan yang baik dari segi kelengkapan peralatan peranti dan kemudahan internet. Kesediaan
pelajar adalah rendah disebabkan oleh faktor-faktor sosioekonomi (pendapatan keluarga) dan tiada
sokongan dari aspek kemudahan fizikal seperti laptop, komputer dan sebagainya. Selaras dengan
kajian yang dijalankan oleh Rasmitadila, et al. (2020) parents are also involved in providing support
for their children’s progress, acting as providers of learning facilities, and providing opportunities
for children to obtain competencies. Dengan kemudahan yang ada membolehkan pelajar memberikan
tumpuan terhadap pembelajaran dalam talian.

200

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Selain itu, hasil kajian menunjukkan faktor jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan dan tidak
memberi kesan kepada persediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Pemilihan
pembelajaran dalam talian ini dihuraikan oleh Norlaila Che Murat, Rosseni Din & Mohammed
Huzaimi Alias (2020) berkaitan dengan peranti mudah alih semakin digunakan untuk pembinaan
kandungan pelajaran, sokongan prestasi, dan penciptaan kandungan yang interaktif dan membina
supaya bahan pendidikan ini menjadi berguna untuk pembelajaran dan pengajaran. Namun, dalam
konteks kajian ini faktor sosioekonomi menjadi penghalang utama pelajar untuk bersedia bagi
mengikuti pembelajaran dalam talian. Sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Andrew, et al
(dalam Mohd Fairuz Jafar, et al, 2020) menyatakan bahawa faktor sosioekomi memberi kesan
terhadap pembelajaran dalam talian. Hal ini disebabkan oleh pendapatan keluarga terjejas semasa
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana dan ibu bapa mengutamakan keperluan asas seperti makanan,
membayar sewaan dan simpanan kecemasan berbanding peruntukan untuk menyediakan
kelengkapan untuk pembelajaran dalam talian.

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan
keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Hal ini jelas dapat
dilihat apabila responden menjangkakan persepsi pendapatan keluarga sangat memberi bantuan
dalam persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian. Trend persepsi responden menjangkakan
apabila pendapatan keluarga meningkat, maka meningkat juga kesediaan pelajar untuk mengikuti
pembelajaran dalam talian. Dengan ini, pendapatan keluarga yang baik, membolehkan fasiliti
pembelajaran disediakan sama ada untuk pembelian data internet secara limited atau unlimited serta
menyediakan peranti untuk kegunaan pembelajaran dalam talian.

7. Kesimpulan
Kesediaan dalam menjalani pembelajaran dalam talian ini memerlukan sokongan dari segi prasana
peranti dan kemudahan internet yang baik. Oleh itu, prasarana dan kelengkapan yang mencukupi
dapat memastikan pelajar dapat bersedia mengikuti pembelajaran dalam talian dapat direalisasikan.

Rujukan
Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. (2020). Are We Prepared Enough? A Case Study of
Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19
Outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journal, 7(5):205–12.
Fofana, N.K., Latif, F., Sarfraz, S., Bilal, Bashir, M.F. & Komal, B. (2020). Fear and Agony of the
Pandemic Leading to Stress and Mental Illness: An Emerging Crisis in the Novel Coronavirus
(COVID-19) Outbreak. Psychiatry Research, 291, 1–3. https://doi.org/
10.1016/j.psychres.2020.113230.
Haslina Hanapi. (2013). Pembinaan instrumen kesediaan belajar awal kanak-kanak (IKBAK).
(Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/45084/1/Haslina% 20 Bin
ti%20Hanapi24.pdf.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/en/pembe ritahuan/media-
statement/km-kpm-pengoperasian-institusi-pendidikan-kpm-seluruh-negar.

201

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved


International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 195-202, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

Khairul Azhar Mat Daud. (2010). Kesan Penggunaan Sistem Pembelajaran Terarah Kendiri Secara
Atas Talian (E-Solms) Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Motivasi
Pembelajaran Pelajar. (Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.
usm.my/41887/1/khairul_azhar_mat_daud.pdf.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini
Awang. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid 19. Seminar
Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. Diperoleh daripada https://www.
researchgate.net/publication/345893409_Kesediaan_Pembelajaran_Dalam_Talian_Semasa_Pa
ndemik_COVID_19.
Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan
Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan di Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/342886967.
Naomie Salim, Weng, H., Shuhaimi Mansor, Nor Erne Nazira Bazin, Safiya Amaran, Ahmad Athif
Mohd Faudzi, Anazida Zainal, Sharin Hazlin Huspi, Jiun, E. H. K. & Shaekh Mohammad Shithil.
(2020). COVID-19 Epidemic in Malaysia: Impact of Lock-down on Infection Dynamics
Norlaila Che Murat, Rosseni Din & Mohammed Huzaimi Alias. (2020). Kesediaan Pelajar Tingkatan
6 Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Pendidikan. Journal of Personalized Learning, 3(1).
Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jplearning/ind ex.php/ jplearning/ issue/view/8.
Onyema, E., Nwafor, C., Obafemi, F. & Sen, S., Atonye, F. & Sharma, A. & Alsayed, A. (2020).
Impact of Coronavirus Pandemic on Education. Journal of Education and Practice,11, 108-121.
Doi.10.7176/JEP/11-13-12.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh
Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11,
46-57. Diperoleh daripada https://doi.org/10.37134 /pendeta.vol 11. Edisi khas.4.2020.
Rasmidatila, et al. (2020). The Perceptions of Primary School Teachers of Online Learning during
the COVID-19 Pandemic Period: A Case Study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural
Studies 2020, 7(2), 90-109. Diperoleh daripada http://dx.doi.org/10.29333/ejecs /388.
Saturia Amiruddin, Agnes Sombuling & Voo, P. (2014). Penilaian kesediaan ke sekolah kanak-kanak
dan pengaruhnya terhadap penyesuaian di sekolah. Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga.
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Doi.10.13140/rg.2.1.1 320. 9444.
Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar
Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.
Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Lim, S.Y. (2006). Faktor Penggunaan Komputer dan Kaitannya.
Jurnal Teknologi, 44, 75–91.

202

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

You might also like