You are on page 1of 15

PANDEMIK COVID-19 DAN NORMA BARU DALAM PENDIDIKAN

MALAYSIA

Oleh

Professor Madya Dr. Hajjah Rohani bt Haji Ab Ghani

rag1162@uum.edu.my

https://abghanir.academia.edu/contact

Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Kolej Sastera dan Sains,
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah,
Malaysia

Abstrak

Segala-gala tentang Covid-19 adalah misteri dan tragedi bermula di China. Pada
mulanya ia dianggap sebagai penyakit yang berasal dari Asia yang tidak berbahaya
tetapi akhirnya telah melumpuhkan dunia. Sehingga ke hari ini, Covid-19 hanya
merupakan cerita duka, kehilangan, kelaparan, ketakutan dan ketidakpastian tentang
masa depan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai pandemik Covid-19 di
Malaysia dan norma baru dalam sistem pendidikan. Era pandemik ini menyaksikan
muncul kaedah pendidikan maya, e-learning dan rumah-rumah telah bertukar menjadi
bilik darjah dan kelas tutorial. Dalam masa yang sama para pendidik mendapati
mereka secara tiba-tiba berada dalam dunia pendidikan begitu baru. Era pandemik
telah mencetuskan senario kebergantungan sistem pendidikan kepada gajet dan media
sosial. Kekangan sistem jaringan internet, kemudahan dan minat pelajar telah
mencetuskan sindrom lost generation kerana mereka banyak ketinggalan dalam
pelajaran kerana tidak bersekolah selama setahun. Kertas kerja ini menggunakan
pendekatan kualitatif dengan tumpuan kepada analisis kandungan terhadap bahan-
bahan semasa terutamanya bahan-bahan atas talian. Dapatan penelitian ini mendapati
pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era pandemik ini signifikan bagi murid-
murid dan para pelajar bagi menguasai teknologi maklumat dan dunia digital. Dalam
masa yang sama, norma baru ini telah menyebabkan sebahagian pelajar ketinggalan
akibat masalah logistik. Di pihak yang lain, situasi ini telah melahir jurang teknologi
maklumat bagi kumpulan warga pendidik yang telah berusia yang tidak bersedia
menghadapi perubahan arus perdana dalam sistem pendidikan. Berasaskan kepada
perubahan-perubahan yang berlaku secara drastik, boleh dikatakan bahawa pandemik
Covid-19 telah mencetuskan revolusi dalam sistem pendidikan di Malaysia dan
merupakan sinergi kepada kemunculan masyarakat digital di negara ini.

Kata kunci: Covid-19, pandemik, institusi pendidikan, sosial media dan lost
generation dan masyarakat digital.
Abstract

Everything about Covid-19 is a mystery and tragedy. So far theendemic p has yet to be
discovered a cure that is actually said to start from the human hardship that mempire of the
creatures despite the factthat they have a better and cleanerchoice. Typists starting in China
were initially thought to be a harmless Asian disease that has ultimately disabled the world.
To this day, Covid-19 is just a story of duka, loss, hunger, fear and uncertainty about the
future. This paper discusses the Covid-19 educators in Malaysia and the new norms in
theendicain system. This era of educators saw the appearance of virtual learning method, e-
learning and houses were turned into classrooms and tutorial classes. At the same time, the
educators finds that they are suddenly in the world ofendidikan so new. The era of educators
has triggered the scenario of the dependency of the endider system to the elephants and
social. The constraints of the internet network system, facilities and interests of students have
sparked Lost Generation syndrome after students have been absent from school foryears.
This paper uses a qualitative approach with a focus on content analysis on current materials
especially online ingredients. The findings found that the teaching and learning in Malaysia
in this era of educators is significant for young generations to master information technology
and the digital world. At the same time, students who are left behind due to logistical
problems. On the other hand, the new norm in the Education system in Malaysia has given
up the information technology gap for senior educators who are not ready to face
mainstream changes in the education system. Based on changes that occur drastically, it can
be said that Covid-19 educators have sparked a revolution in the education system in
Malaysia and as a synergy to the emergence of digital society in the country.
Keywords: Covid-19, Pandemic, educational institutions, social media, lost
generation and digital society.

Pengenalan

Penyakit Coronavirus 2019 yang lebih dikenali sebagai Covid-19 didefinisikan sebagai
jangkitan yang disebabkan oleh novel coronavirus (CoV) yang kini dikenali sebagai severe
acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) umumnya dipanggil sebagai 2019-
nCoV). Virus ini menyebabkan jangkitan saluran pernafasan dan dikatakan sebagai bermula
daripada haiwan dan menjangkiti manusia. Jangkitan koronavirus boleh menyebabkan
spektrum gejala daripada selsema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Jangkitan ini boleh membawa maut kerana ia boleh menyebabkan kegagalan multi organ
termasuk kecederaan jantung, hati atau ginjal dan kegagalan pernafasan ataupun sindrom
gangguan pernafasan akut atau Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS) serta kejutan
septik, thromboemnbolism.

Sebelum ini terdapat beberapa jenis koronavirus yang telah menyerang penduduk
dunia seperti Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) dan Middle East
Respiratory Syndrome Related Coronavirus (MER-CoV). Namun begitu, Covid-19
merupakan koronavirus telah memberikan dampak yang paling dahsyat kepada sistem
kesihatan di seluruh dunia. Bandar Wuhan dikatakan sebagai kawasan permulaan bagi wabak
Covid-19 wilayah Hubei, China, sebagaimana yang dilaporkan oleh World Health
Organization (WHO) pada 31 Disember 2019. Virus Covid-19 ini juga dikatakan datang
daripada haiwan liar seperti kelawar, ular dan tenggiling. Aktiviti penjualan haiwan-haiwan
liar sebagai makanan eksotik seperti
ular, kelawar dan tenggiling dikatakan menjadi punca utama kemunculan virus ini. Virus ini
merebak dengan cepat dan pada 30 Januari 2020, WHO mengisytiharkan darurat kesihatan
bagi menghadapi wabak Covid-19. Seterusnya pada 11 Mac 2020, WHO telah
mengisytiharkan Covid-19 sebagai global pandemik. Sehingga ke hari ini jumlah korban
Covid-19 di seluruh dunia telah mencapai angka 2.1 juta.

Pandemik Covid-19 di Malaysia

Berikutan dengan penularan wabak ini kerjaan Malaysia telah melaksanakan beberapa
langkah segera seperti mengadakan sekatan pergerakan yang dikenali sebagai Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). “Barely three months after the first reported case, many
countries have ordered lockdowns, including Malaysia. The Malaysian government
announced an initial movement restriction order on 16 March 2020 and an extension to mid-
April” (Jafri Malin et.al, 2020). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memikul
tanggungjawab dalam menjalankan modus operandi sistem kesihatan awam Malaysia vis a
vis pandemik Covid-19. Manakala pengawalan peraturan adalah di bawah bidang kuasa
Majlis Gerakan Negara. Undang-undang dan peraturan bagi pengawalan pandemik Covid-19
dilaksanakan secara bersepadu melibatkan KKM, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera
Malaysia, Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.

Gambar 1: Barisan Hadapan (Frontliners) yang memberikan sumbangan yang besar


dalam usaha mengatasi masalah pandemik Covid-19.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1891284

Rakyat diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mereka yang ingkar
boleh dijatuhkan hukuman di bawah Kanun Keseksaan. Bagi individu yang tidak menuruti
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan, Jabatan Peguam
Negara telah mengeluarkan pernyataan persekutuan khas untuk perintah kawalan menyatakan
denda sebanyak RM1000 serta penjara enam bulan atau salah satu daripadanya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakanGelaran bagi pandemik


yang menular di negara ini dirujuk mengikut tempat asal kemunculan virus itu yang di
panggil “Kluster” seperti Kluster Tabligh, Kluster Gereja, Kluster Penjara, Kluster
Sivagangga dan lain-lain lagi. Ia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu,
KKM mengambil maklum pandangan orang umum mengenai konsep yang
digunapakai KKM dalam menamakan kluster COVID-19. Untuk makluman semua,
pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi kluster
tersebut. Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat
kediaman atau tempat kerja kes indeks. Ini adalah bagi memastikan komunikasi
berkesan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam kawalan dan pengurusan kluster
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).

Pandemik Covid-19 di negara ini bermula apabila wabak ini di bawa oleh sekumpulan
pelancong antarabangsa yang memasuki Malaysia melalui Singapura. Walaupun terdapat
desakan-desakan supaya kerajaan Malaysia menghalang kemasukan mereka namun tidak ada
langkah sekatan yang diadakan pada masa itu terhadap kemasukan pelancong ke Malaysia.
Pada awalnya, bilangan kes Covid-19 di Malaysia masih di tahap rendah dan kebanyakannya
hanya melibatkan warga asing. Namun begitu, pada Mac 2020, bilangan kes Covid-19 mula
meningkat apabila muncul satu kluster yang dimanakan ‘Kluster Jemaah Tabligh’. Kluster ini
telah mengadakan satu majlis agama di Sri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 dan
dianggarkan ia dihadiri oleh 10,000 jemaah dari pelbagai negara (BH Online, 12 Mac 2020).
Ia telah menjadi permulaan kepada peningkatan kes yang mendadak di Malaysia.

Menurut sumber rasmi Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kes COVID-19 membabitkan kluster itu
meningkat kepada 3,347 kes berbanding 2,375 sebelum ini. "Ini bermakna kluster dan
subkluster Seri Petaling menyumbang 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di
Malaysia” (BH Online, Mei 2020). Peningkatan kes positif Covid-19 ini disebabkan oleh
kemunculan sub-sub kluster bagi kluster Seri Petaling yang sebahagian besarnya merupakan
pusat-pusat tahfiz di seluruh negara. Kluster ini merupakan yang terbesar dan paling lama
aktif di Malaysia. Ia diisytiharkan tamat pada 8 Julai 2020, 28 hari selepas pesakit yang ke
3,375 ditemui. Pesakit terakhir sembuh dari kluster ini keluar dari hospital pada 6 Julai,
selepas empat bulan dalam rawatan (Malaysiakini, 2021).

Wabak COVID-19 ini terus meningkat pada 7 Mac 2020 dan jumlah kes positif
melonjak naik pada 16 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia,
Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) selama 14 hari (18 Mac hingga 31 Mac 2020). Ia bertujuan untuk
memutuskan rantaian (break the chain) wabak COVID-19. Sejak 18 Mac 2020, pihak
kerajaan mengawal pergerakkan orang ramai untuk bergerak dari suatu kawasan ke kawasan
lain terutamanya kawasan merah (red zone) yang mempunyai kes positif COVID-19 yang
banyak. Tambahan pula, hanya seorang wakil keluarga sahaja dapat meninggalkan rumah dan
keluar untuk membeli barang keperluan.

Malaysia telah berjaya melandaikan kes positif Covid-19 bermula awal pertengahan
tahun 2020 sehingga awal September 2020. Kes positif Covid-19 kembali meningkat
berikutan dengan keputusan kerajaan mengadakan Pilihanraya Negeri Sabah pada 26
September 2020. Sejak itu Malaysia terpaksa berhadapan dengan jumlah kes yang begitu
ketara dan kerajaan Kembali mengadakan sekatan pergerakan iaitu PKP bagi menyekat
penularan wabak ini. Sehingga hari ini jumlah jangkitan harian kes positif Covid-19 menjejah
ke angka 3 hingga 4 ribu sehari. Jumlah kes positif Covid-19 sehingga 16 Februari 2021
adalah 2720 kes.
Gambar 2:Kes Positif Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021.

Pandemik Covid-19 telah mendatangkan kesan berganda (multiple impact) ke atas


masyarakat Malaysia. Berjuta-juta rakyat telah kehilangan pekerjaan apabila kilang-kilang
ditutup dan telah mendatangkan kesan ekonomi dan sosial ke atas semua peringkat
masyarakat. Statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) merekodkan sejak awal tahun ini hingga 17 September lalu, seramai 81,056
orang hilang pekerjaan di seluruh negara (BH Online, 20 September 2020). Sektor
penerbangan, pelancongan dan hiburan telah terjejas dengan teruk.

Syarikat penerbangan tambah murah Malaysia, AirAsia telah terpaksa menghentikan


perkhidmatan penerbangan antarabangsa, AirAsia X disebabkan oleh sekatan perjalanan yang
dilaksanakan oleh semua negara di dunia ini dan mengurangkan 70 peratus perkhidmatan
penerbangan domestik. Senario ini telah mencetuskan masalah kemurungan dalam kalangan
mereka yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan sebahagian dari mereka telah bertindak
membunuh diri. Statistik menunjukkan kadar bunuh diri di Malaysia meningkat dengan
ketara selepas merebaknya wabak Covid-19.
Jadual 1: Kejadian Bunuh Diri Diri di
Malaysia Semasa Tempoh Covid-19

Sumber: Astro Awani (2020).

Covid-19 dan Norma Baru Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

Pandemik Covid-19 memberikan kesan langsung kepada sistem Pendidikan Malaysia.


Berikutan dengan penularan wabak ini yang begitu pantas Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah mengambil keputusan untuk
menutup sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi di negara ini. Keputusan drastik ini
memberikan kesan yang besar memandangkan kepada jumlah murid dalam pelbagai
peringkat Pendidikan adalah tinggi sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Jadual 2: Jumlah Murid-murid Sekolah di Malaysia

Sumber: Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), KPM

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan para pelajar dan murid-murid di Malaysia tidak pergi
ke sekolah sejak Mac 2020. Walaupun sekolah telah dibuka semula pada Julai 15 bagi pelajar
darjah 5 hingga 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga 4 dan Julai 22 bagi pelajar darjah 1 hingga
4 untuk kembali ke sekolah, ramai ibu bapa telah memilih untuk tidak menghantar anak-anak
mereka untuk pergi ke sekolah atas sebab-sebab kesihatan dan kebimbangan mereka
mengenai pematuhan SOP dalam kalangan murid-murid. KPM telah mengeluarkan garis
panduan mengenai SOP dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah. Bilangan
murid-murid di dalam kelas dihadkan dan kesihatan murid-murid dan guru-guru dipantau
secara maksima. Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan kepada semua mereka
yang berurusan dengan pihak sekolah, selain daripada guru-guru dan murid-murid.

Gambar 3: Kanak-Kanak Sekolah Memakai Pelitup Muka

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710895/sebahagian-pelajar-
sekolah-rendah-menengah-kembali-ke-sekolah

Oleh kerana bilangan murid yang terhad di dalam sesebuah bilik darjah, maka hanya murid-
murid yang akan menduduki peperiksaan nasional sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bagi murid-murid Tingkatan 5 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pelajar-
pelajar Tingkatan 6 atau Pra Universiti yang dibolehkan hadir ke sekolah (Garis Panduan
Pembukaan Semula Sekolah 2020).

Gambar 4: Suasana Dalam Bilik Darjah

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi-kelas-
maya-sesuai-normal-baharu

Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan sekatan pergerakan, seluruh


sekolah di Malaysia telah ditutup dan murid-murid meneruskan pembelajaran secara PdPR
atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Langkah ini bagi memastikan semua murid
tidak
ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. KPM telah Bagi memastikan PdP dapat
dilaksanakan dengan berkesan, KPM telah menyediakan Manual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah Versi 1 dan Versi 2 sesuai dengan tuntutan norma baru akibat
pandemik Covid-19, “Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan
bertujuan untuk membantu guru melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma
baharu” (Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, 2020).

Gambar 5: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Sumber: https://www.google.com/search?q=pdpr+2.0&sxsrf=

Norma baru ini telah membuka ruang pembelajaran kepada kaedah vitual learning
(pembelajaran maya). Senario ini telah memberikan perubahan yang besar terhadap
penggunaan platform digital secara meluas (Mohd Fairuz Jafar, et.al, 2020). Penggunaan
platform ini merupakan pilihan yang terbaik sebagai alternatif kepada PdP yang berbentuk
fizikal yang terpaksa ditinggalkan oleh warga pendidik dan pelajar sepanjang tempoh
PKP. Guru-guru telah beralih menggunakan alat-alat peranti sebagai medium utama
pengajaran.

Gambar 6: Guru sedang mengendalikan sesi PdP

Sumber: https://www.google.com/search?
q=guru+mengajar+PDPdr&tbm=isch&ved=2ahUKEwjhgr7f

Hal yang sama juga terjadi kepada pendidikan di peringkat universiti. Seluruh institut
pengajian tinggi telah ditutup dan para pelajar diarahkan untuk berada di kediaman masing-
masing untuk mengelakkan mereka dijangkiti atau membawa virus Covid-19 kepada orang
lain. Namun begitu, sesi pengajian terus berjalan secara atas talian. Kaedah ini membolehkan
pelajar terlibat
dalam sesi pembelajaran tanpa batas masa dan ruang. Perkara ini sebagaimana yang
dinyatakan oleh Zahiah et.al (2010),

komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran


dan perkembangan profesionalisme individu. Internet memberi peluang kepada
setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara.
Malah ia membantu sistem masyarakat ke arah perkongsian maklumat.

Berikutan dengan itu, platform-platfoom seperti Zoom, Microsoft Team, Skype dan Google
Meet digunakan sebagai platform bersemuka bagi capaian yang tinggi, manakala Youtube
dan Kahoot adalah untuk capaian yang sederhana. Kuliah-kuliah dan tutorial dilaksanakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) universiti.
Bagi menyokong norma baru PdP, pihak universiti telah menyediakan platform-platform
yang sesuai dengan kapasiti pelajar mereka. Contohnya Universiti Utara Malaysia (UUM)
menyediakan platform Webex sebagai platform rasmi universiti.

Gambar 7: Kuliah secara maya di UUM yang menggunakan platform Webex

Sumber: Koleksi peribadi

PdP secara maya memberikan banyak faedah kepada para pelajar khususnya mereka yang
mempunyai kemahiran dalam bidang Information Technology dan minat yang tinggi terhadap
sosial media. Kajian yang telah dilakukan oleh Muhammad Izzat, Zuriani Hanim
&Hafizaliyana (2020), mendapati bahawa kebanyakan pelajar berpandangan bahawa
pembelajaran atas talian mampu mancabar minda mereka. Selain itu, kajian mendapati
pembelajaran maya ini memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar yang introvert (Analisa
et.al, 2013).

Norma baru ini sebenarnya tidak mengurangkan kandungan pembelajaran pelajar. Semua
penilaian kursus dikekalkan tetapi dalam kaedah yang berlainan dari tempoh sebelum
pandemik Covid-19. Peperiksaan dijalankan secara maya dengan menggunakan platform atas
talian (UUM Online Learning) dan juga platform google.
Gambar 8: Kuiz Atas Talian bagi Kursus Kenegaraan Malaysia

Sumber: Koleksi Peribadi

Pembelajaran atas talian ini juga mengaplikasikan kaedah pembelajaran kendiri yang tinggi
dan berteraskan kepada student centered learning. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar
mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pensyarah di luar waktu kuliah atau kelas dan
tidak tertakluk kepada waktu perundingan (consultation hour) sebagaimana semasa
pembelajaran secara fizikal. Selain itu, para pelajar berpeluang menggunakan kemahiran
mereka dalam menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Canva, Wordwall, WhatsApp,
Telegram, Google Classroom dan Zoom yang memberikan impak yang besar dalam
kemahiran mereka menguasai teknologi pendidikan.

Masalah-masalah PdP dalam Norma Baru

Apapun pembaharuan akan berhadapan dengan masalah apalagi segala perkara baru ini
muncul dengan tiba-tiba dan sebahagiannya dilaksanakan secara tergesa-gesa. Pada peringkat
awal pandemik sewaktu sekolah-sekolah belum ditutup kehadiran murid-murid sangat
merosot. Ini kerana ibu bapa enggan menghantar anak-anak ke sekolah kerana bimbangkan
jangkitan Covid-19. Peratus ketidakhadiran yang tinggi ini telah mendatangkan kebimbangan
keopada pihak KPM kerana berkemungkinan murid-murid akan menghadapi masalah
keciciran dalam pelajaran (Faris Danial Razi, 2020).

Selain itu, cuti yang panjang iaitu hampir setahun sejak Mac 2020 telah muris-murid
kehilangan momentum belajar. Mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada kelas atas
talian disebabkan oleh faktor persekitaran di rumah, tidak ada pemantauan oleh guru-guru
dan juga masalah logistik. Keadaan ini akan menwujudkan kumpulan “Lost Generation”
dalam kalangan murid-murid ini. Perkara ini merupakan impak sosial yang paling besar
akibat dari pandemik Covid-19.
Tidak dapat dinafikan suasana norma baru PdP sangat bergantung kepada keampuhan
jaringan internet. Faktor ini merupakan kunci kepada pencapaian pembelajaran secara maya.
Namun demikian dalam keadaan secara tiba-tiba, sistem pendidikan Malaysia telah berubah
yang bergantung sepenuhnya kepada kaedah virtual tanpa persediaan yang secukupnya. Oleh
yang demikian, masalah gangguan capaian internet telah berlaku di kebanyakan kawasan
terutamanya di bahagian pedalaman. Masalah- perkara ini diakui oleh Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Ts.
Dr. Mohd Rosli Hainin yang menyatakan bahawa selain itu, masalah kelajuan Internet di
kawasan kediaman masing-masing terutama mereka yang tinggal di luar bandar. Ada yang
terpaksa pergi ke restoran yang mempunyai Internet untuk mendapatkan capaian Internet
untuk PdP. Malah, ada juga masalah bagi pelajar yang mempunyai Internet di rumah tetapi
mempunyai kekangan kerana dalam satu rumah mempunyai adik-beradik yang
menggunakan data yang sama, jadi kelajuan data dalam sebuah rumah agak perlahan
memandangkan semuanya sedang belajar secara dalam talian. Jadi kemungkinan besar
kelajuan untuk mendapatkan PdP secara digital tidak dapat dicapai dengan baik (Nor Salwana
Mohd Idris, 2021).

Gambar 9: Veveonah Mosibin Pelajar Asasi Sains berkhemah di atas pokok bagi
menjawab peperiksaan

Sumber: https://borakdaily.com/demi-cari-line-internet-gadis-sabah-terpaksa-panjat-pokok-
untuk-jawab-exam/

Pembelajaran dalam norma baru telah menwujudkan jurang digital yang sangat ketara di
Malaysia apabila ramai ibu bapa tidak mampu menyediakan gajet tersebut terutamanya bagi
mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai jumlah anak yang ramai yang masih
bersekolah. Selain itu mereka juga tidak mampu untuk membeli data jalur lebar bagi
membolehkan anak-anak belajar. Sebahagian daripada mereka menyatakan;

Jangankan kemampuan untuk membeli data, kemampuan untuk membeli barangan


makanan pun ada keluarga yang menghadapi kesukaran sekarang ini. …. Bagi suri
rumah Jumiati Ilyas, 42 tahun, hidup sewaktu tempoh PKP memerlukan beliau
melakukan penjimatan dan hanya memberi keutamaan kepada keperluan asas
keluarga sahaja. Disebabkan langkah penjimatan itu banyak benda yang terpaksa
dikorbankan Jumiati, ini termasuk langganan produk jalur lebarnya (Shakira Buang &
Annabelle Lee, 2020).

Pandemik Covid-19 telah mendatangkan tekanan emosi kepada semua peringkat masyarakat.
Sepanjang tempoh pandemik, sebilangan pelajar menghadapi masalah kewangan kerana ibu
atau bapa mereka telah diberhentikan kerja. Sehubungan dengan itu, mereka mengambil
keputusan untuk berhenti belajar dan mencari pekerjaan bagi membantu keluarga. Selain itu,
terdapat para pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran secara
maya terutamanya bagi para pelajar dalam bidang teknikal.

Selain para pelajar, guru-guru dan pensyarah juga mengalami tekanan emosi disebabkan oleh
mereka tidak mempunyai persediaan mental dan fizikal dalam menghadapi norma baru ini.
Sebahagian besar daripada kumpulan ini yang telah berusia tidak mempunyai kemahiran
dalam teknologi maklumat kerana telah begitu lama menggunakan kaedah pengajaran secara
konvensional. Tuntutan semasa yang memerlukan mereka menggunakan platform dan
aplikasi sosial media menjadi penyumbang kepada kemerosotan minat mereka untuk
mengendalikan PdP dalam norma baru ini.

Penutup

Pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan masyarakat secara total. Perubahan


keseluruhan sistem ekonomi dan sosial telah mencetuskan fenomena yang tidak pernah
dijangkakan dan membentuk satu norma baru. Dalam aspek pendidikan, Covid-19 secara
radikal telah mengubah arus perdana sistem pendidikan Malaysia daripada berbentuk
konvensional kepada kaedah atas talian. Ia juga telah mengubah lanskap sistem pendidkan
yang berteraskan sekolah dan bilik darjah kepada pembelajaran di rumah. Norma baru dalam
sistem pendidikan memperlihatkan keupayaan generasi muda iaitu murid dan para pelajar
lebih menguasai teknologi maklumat dan aplikasi-aplikasi sosial media dalam pembelajaran.
Dalam masa yang sama, senario ini telah mencetuskan jurang digital bukan sahaja di antara
golongan yang berkemampuan dan kurang mampu juga antara generasi muda dengan
generasi yang lebih tua. Dengan kata lain pandemik Covid-19 telah mencetuskan revolusi
pendidikan di Malaysia. Pandemik Covid-19 juga telah menjadi sinergi terhadap usaha-usaha
untuk mewujudkan masyarakat digital di negara ini.
Rujukan

Analisa Hamdan et.al. (2013). “Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam
Model Integrasi E-Latihan Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar”. 4th
International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic
Civilization UKM- UNIMED 9 – 10 December.

Bernama. (2020) “Frontliners' Kembali Ke Medan Perang”. 19/10.


https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1891284. Akses pada 12/2/2021.

BH Online. (2020). “.Sedia hadapi kelas maya sesuai dengan normal baru”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi-kelas-
maya-sesuai-normal-baharu. Akses pada 12/2/2021.

BH Online. (2020). “Sebahagian pelajar sekolah rendah, menengah kembali ke sekolah”. 15/7.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710895/sebahagian-pelajar-
sekolah-rendah-menengah-kembali-ke-sekolah. Akses pada 15/2/2021.

“Demi cari line untuk jawab peperiksaan”.https://borakdaily.com/demi-cari-line-internet-


gadis-sabah-terpaksa-panjat-pokok-untuk-jawab-exam/. Akses pada 10/2/2021.

Ehwan Ngadi. (2020). “COVID-19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian”,
Risalah Usim. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/Covid-19-implikasi-
pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian. Akses pada 2/2/2020.

Faris Danial Razi. (2020). “Tidak hadir sekolah, kementerian bimbang ramai pelajar
keciciran selepas COVID-19 - Dr Radzi Jidin”.
Astro Awani. 17 Oktober.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tidak-hadir-sekolah-kementerian-
bimbang-ramai-pelajar-keciciran-selepas-Covid-19-dr-radzi-jidin-264017. Akses pada
7/2/2021.

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah 2020. Kementerian Pendidikan


Malaysia. https://newslab.malaysiakini.com/covid-19/my/clusters. Akses pada
15/2/2021.

Jafri Malin Abdullah, et.al. (2020). “A Critical Appraisal of COVID-19 in Malaysia and
Beyond”. The Malaysian Journal of Medical Sciences. 27(2). March. 1-9. Doi
10.21315/mjms2020.27.2.1.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). “Konsep yang digunakan dalam pemberian nama
bagi kluster baharu”. 26 Oktober. http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/102020/konsep-
yang-digunakan-dalam-pemberian-nama-bagi-kluster-baharu. Akses pada 21/2/2020.
Malaysiakini. (2021). “Jumlah kes mengikut kluster aktif”. 15 Februari.

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Mohd Amin Jalil. (2020). “Lebih 80,000 telah kehilangan kerja”. BH Online. 20 September.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733340/lebih-80000-sudah-
hilang-kerja-tahun-ini. Akses pada 10/2/2020.

Mohd Fairuz Jafar, et.al. (2020). “Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik
Covid-19”. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. 20 Oktober.
Muhammad Izzat, bin Mailis Zuriani Hanim binti Zaini Nur Hafizaliyana binti Hassan.
(2020). “Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan
Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19”. Jurnal Kesidang
Kesidang Journal Volume 5: 88-99.

Nor Salwana Mohd Idris, 2021. “COVID-19: Norma Baharu dalam Pengajaran dan
Pembelajaran”. Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor. Universiti Malaysia
Pahang.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
https://www.google.com/search?q=pdpr+2.0&sxsrf=. Akses pada 13/2/2021.

“Pengajaran secara Maya”.


https://www.google.com/search?q=guru+mengajar+PDPdr&tbm=isch&ved=2ahUKEw
jhgr7fAkses pada 10/2/2021.

Rafidah Mat Ruzki. (2020). “Hampir separuh kes COVID-19 berkaitan kluster Seri Petaling”.
19 Mei, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690743/hampir-separuh-
kes-covid-19-berkaitan-kluster-seri-petaling. Akses pada 10/2/2021
Rohaniza Idris. (2020). “COVID-19: Kes di Masjid Seri Petaling kluster baharu, Berita Harian
Online, 12 Mac. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/664769/covid-
19-kes-di-masjid-seri-petaling-kluster-baharu. Akses pada 10/2/2020.
Sahlizah Mohamed. (2020). “Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding
tahun lepas”. Astro Awani. 13 Disember. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kes-bunuh-diri-naik-mendadak-melonjak-20-peratus-berbanding-tahun-lepas-
272931?amp=1. Akses pada 5/5/2021.
Shakira Buang & Annabelle Lee. (2020). “Jangankan nak beli data, makan pun susah, keluh
ibu”. Malaysiakini. 14 April.
Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad. (2010). “E-Pembelajaran: Evolusi Internet
Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat”.
http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-
resources/159456/epembelajaran.pdf. Akses pada 13/2/2021.

You might also like