You are on page 1of 2

Bahagian C 1/8/2021

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) memerlukan komitmen yang


tinggi antara guru dengan murid, namun peranan ibu bapa turut penting dalam memastikan
keberkesannya. Bincangkan.

Dalam menjelang tahun 2021 pada masa kini, penularan COVID-19 dari China ke
seluruh negara secara globalisasi telah membawa kesan kepada pelbagai aktiviti manusia
terutamanya sektor pendidikan. Penurunan ke sekolah secara bersemuka telah ditundakan
bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 terus berlaku dan seterusnya dapat mengawal
peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin tinggi. Program PdPR juga dilaksanakan
dalam jangka persekolahan oleh semua guru-guru dan murid-murid supaya pembelajaran
dapat diteruskan.
Pada hemat saya, pelaksanaan PdPR memerlukan komitmen yang tinggi antara guru
dengan murid. Menurut hasil kajian daripada UKM, didapati kehadiran murid dalam proses
PdPR amat mengecewakan iaitu tidak mencapai 80 peratus. Situasi ini juga sukar untuk
menyalahkan kepada mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak faktor yang mempengaruhi
proses pembelajaran PdPR di rumah. Contohnya masalah akses capaian internet kepada
separuh murid yang tinggal di kawasan luar bandar serta murid-murid sudah lelah dan penat
dengan menghadap skrin komputer setiap hari dalam proses PdPR. Pelajar seharusnya
melaksanakan tanggungjawab kendiri dengan menghadiri ke kelas PdPR setiap hari bagi
mengelakkan tercicir dalam setiap pembelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan proses PdPR
kepada kalangan pelajar. Ibu bapa seharusnya menyediakan keperluan anak-anak untuk
penglibatan dalam PdPR seperti akses internet dan peranti elektronik. Menurut kajian,
terdapat kurang 10 peratus pelajar yang mempunyai komputer riba yang sesuai untuk
digunakan semasa menghadiri PdPR. Sesebuah komputer riba yang sesuai untuk proses PdPR
seperti mempunyai akses mikrofon serta mempunyai akses kamera dapat membantu pengajar
memantau dan menanyakan soalan terhadap murid-murid supaya pelajar dapat kekal fokus
dan aktif dalam pembelajaran PdPR. Jadi, ibu bapa berhasrat untuk membekalkan peranti
elektronik yang sesuai kepada anak-anak mereka dalam proses PdPR yang sedang dijalankan.
Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
suasana yang konduksif semasa pembelajaran PdPR sedang dijalankan. Ibu bapa perlu
mengelakkan halangan fizikal yang akan menjejaskan pelaksanaan PdPR antara pelajar
dengan guru-guru seperti bunyi bising televisyen, percakapan antara ahli keluarga dan
sebagainya. Bagi menyediakan suasana yang konduksif terhadap anak-anak mereka, ibu bapa
boleh menyediakan sebuah bilik belajar ataupun sebuah perpustakaan mini di rumah supaya
dapat memastikan pelajar tidak diganggu oleh adik-beradik mereka.
Seterusnya, ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap keadaan pembelajaran
PdPR anak mereka dengan berhubung dengan guru-guru untuk mengetahui tugasan dan
perkembangan anak-anak. Guru pembimbing perlu menyediakan kumpulan ibu bapa melalui
aplikasi internet seperti whatsapp dan telegram untuk memuat turunkan terhadap keadaan
PdPR pelajar. Melalui maklumat yang diberi oleh guru, ibu bapa dapat mengetahui tentang
keadaan anak dan seterusnya memberi pemantauan dan bimbingan kepada mereka.
Kesimpulannya, walaupun mengalami banyak halangan dalam pelaksanaan program
PdPR terhadap pembelajaran pelajar. Pelajar juga perlu bertanggungjawab dalam pelajaran
mereka kerana proses PdPR dalam rumah bukanlah cuti umum walaupun tidak perlu
bersemuka di sekolah. Kerjasama setiap pihak adalah penting supaya pelaksanaan PdPR
dapat berjaya diteruskan.

You might also like