You are on page 1of 4

EKONOMI

KUMPULAN 7
- YONG HUI JUN (K)
- SHARON CHAI
- KENNY CHONG
- THEN SUK SING
- PREETI ANEYSHA PUI
- ANGELBERTHA MALORY

Bab 3 : Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal


Kumpulan 7:

1. (a) Jelaskan maksud suntikan dan bocoran. [2]


Maksud suntikan ialah aliran masuk wang ke dalam aliran pusingan pendapatan-perbelanjaan
yang meningkatkan pendapatan negara seperti perbelanjaan kerajaan dan pelaburan. Bocoran
bermaksud aliran keluar wang daripada aliran pusingan pendapatan-perbelanjaan yang
mengurangkan pendapatan negara seperti tabungan dan cukai.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan dan bocoran, jelaskan bagaimana pengurangan tabungan memberi kesan
terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor. [8]
Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk S0 bersilang dengan I pada tingkat
pendapatan negara iaitu Y0.
Apabila pengurangan bocoran berlaku, tabungan berkurang menyebabkan fungsi bocoran
beralih ke bawah dari keluk S0 ke S1.
Lebihan suntikan berlaku pada Y0 dan stok berkurang maka firma akan menambahkan output.
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk S1
bersilang dengan I pada tingkat pendapatan negara Y0.
Jadi, tingkat pendapatan negara meningkat daripada Y0 ke Y1.

You might also like