You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

ISU REFLEKSI
Keterlibatan Murid dalam Kelas Secara Dalam Talian (Online)
Ahmad Nazirul Bin Azmi Solah
PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Saya mendapati Ketika menjalani kelas secara dalam talian (Online), saya
mendapati bahawa keterlibatan murid tidak mencapai keseluruhan murid. Setiap kali
kelas dijalan secara atas talian hanya sebilangan daripada murid sahaja dapat
menyertai kelas atas talian secara berkala.

Analisis Masalah
Keterlibatan murid dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr)
merupakan permasalahan yang melibatkan masalah yang utama yang berlaku bagi
sesuatu masyarakat atau budaya. Bagi melibat dengan PdPr, murid perlu
mempunyai peranti sama ada telefon pintar, computer riba atau alatan elektronik
yang lain yang mempunyai fungsi audio dan visual. Seterusnya, murid juga perlu
mempunyai kemudahan internet bagi melibatkan diri dengan PdPr yang dijalan oleh
guru. Masalah ini menyukarkan terutamanya kepada ibu bapa dalam menyediakan
peranti ini kepada anak di bawah jagaannya. Perkara ini menyebabkan murid yang
minat dan ingin belajar akan terpaksa mengikut apa yang mampu diberikan oleh ibu
bapa penjaganya.

Jika melihat kepada sosiologi, ini menunjukkan taraf sosio-ekonomi yang


terdapat pada murid juga terutama di tempat sekolah saya adalah kebanyakannya
bekerja sendiri atau menjadi buruh. Hal ini menyukarkan ibu bapa untuk memenuhi
keperluan yang diperlukan oleh anak-anaknya dalam melibat dan menjalani PdPr
seperti peranti dan kemudahan internet sukar untuk diperolehi untuk terlibat dengan
PdPr secara atas talian yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, pengaruh persekitaran juga mendorong murid tidak melibatkan diri
dengan PdPr secara atas talian yang dijalankan oleh guru. Sumber teknologi yang
didedahkan oleh keluarga kepada murid dapat meningkatkan perkembangan
kognitif, emosi dan sosialnya.

Cadangan
Menurut Ivan Pablov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
Rangsangan yang positif akan membawa kepada gerak balas yang baik. Gerak
balas ialah sesuatu tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Hasil kajian
Pablov berpendapat bahawa rangsangan dan gerak balas yang berlaku akan
menghasilkan pelaziman klasik.

Oleh yang demikian, Langkah-langkah yang dilakukan oleh guru bagi


mengatasi masalah yang dihadapi ialah dengan menyediakan dua kaedah PdP yang
dijalankan kepada murid iaitu secara atas talian (Online) atau secara luar talian
(Offline). Selepas selesai melaksanakan PdPr secara atas talian, guru akan
memberi latihan dan sumber yang sama yang digunakan secara atas talian dan
diberikan di dalam Whatsapp di mana guru telah mengumpulkan semua murid yang
mengambil Pendidikan Islam dalam satu platform bagi memudahkan informasi di
sampaikan dan hasil kerja dapat dikumpulkan dengan lebih efisien.

Tempoh
26 – 30 April 2021 (Seminggu)

Tindakan Susulan
Oleh yang demikian, dengan menjalankan dua kaedah pembelajaran iaitu
secara atas talian dan secara luar talian. Saya mendapati bahawa peningkatan
keterlibatan murid dalam menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan. Walaupun
keterlibatan belum mencapai tahap keseluruhan, akan tetapi perubahan yang
berlaku amat positif.

Menurut Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai kajian mengenai


proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia
dan haiwan, pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Tindakan yang dijalankan oleh
guru ialah dengan sentiasa mengingatkan murid secara berkala akan tugasan yang
diberikan kepada murid. Selain itu, guru juga memberi peneguhan positif kepada
murid dengan memberi pujian kepada murid yang menyiap dan menghantar bukti
hasil kerja yang telah siap.

Kesimpulan
Justeru itu, kesimpulan yang dapat saya buat ialah tahap keterlibatan murid
dengan PdPr atas talian ini perlu ditanggani dengan segera agar tidak berlaku
keciciran dikalangan murid dalam memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu.
Perkara ini jika berterusan akan membantutkan matlamat dalam SKPMG2 standard
yang kelima iaitu kemenjadian murid sama ada dari aspek kognitif, emosi dan social.

Sekiranya semua pihak memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah


ini dan bersatu untuk mengatasi masalah ini, saya yakin bahawa program yang baru
di rasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyyidin Yassin tentang Pendigitan
Malaysia dapat dicapai dengan jayanya pada masa akan dating.

Rujukan
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2) Psikologi
Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ivan Pablov. (2011) Teori Pembelajaran Behavioris [Web log post]. Di akses di
laman sesawang wizpismpd.blogspot.com/p/ivan-pablov.html?m=1

You might also like