You are on page 1of 1

ISU

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di seluruh negara


dilihat bukan saja memberi cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga
terpaksa berdepan pelbagai isu. Sebagai seorang guru, isu utama yang dihadapi
ialah kehadiran murid. Kehadiran kelas dalam talian dalam kalangan pelajar
daripada kelas 'belakang' dilihat agak rendah. Contohnya, kehadiran pelajar kelas
hadapan ialah 30 daripada 33 orang keseluruhan. tetapi, kehadiran kelas belakang
dilihat hanya 7 daripada jumlah 20 orang. Oleh itu, pelajar pandai dilihat akan
'selamat' dan yang lemah pula terus ketinggalan. Bagi saya, jika di sekolah, guru
boleh memanggil pelajar bersemuka dan memberi motivasi. tetapi, apabila kelas
dijalankan secara dalam talian, semua itu bergantung pada persediaan pelajar
terbabit dari segi peranti, pelan data dan motivasi diri.

CABARAN

Kemudian, antara cabaran yang saya hadapi ialah kesukaran untuk memantau
disiplin dan tumpuan pelajar. Contohnya, ada murid yang mengaku bahawa dia
membuka dua paparan pada komputer riba, iaitu satu untuk kelas dalam talian dan
satu lagi untuk bermain permainan dalam talian. Perkara ini dikira sebagai perkara
yang kurang berdisiplin untuk dilakukan semasa kelas berlangsung.

CARA MENGATASI

Setelah berlakunya isu dan cabaran yang sebegini banyak semasa saya
melaksankan PdPR, saya telah mengambil keputusan untuk mengetatkan lagi
arahan ataupun peraturan dalam kelas yang menyatakan bahawa murid haruslah
dipantau oleh ibu bapa dan ibu bapa pula haruslah memastikan murid benar-benar
focus dalam kelas dan bukannya membuat perkara yang lain. Isu kehadiran juga
saya selesaikan dengan memantau kehadiran murid dalam Google Meet. Sekiranya
mereka tidak masuk ke dalam Google Meet, mereka akan dikira sebagai tidak hadir
melainkan mereka mesej saya secara personal untuk memberi tahu sebab mereka
tidak hadir.

You might also like