You are on page 1of 3

Laporan Mengenai Pelajar yang Tidak Membuat Kerja Sekolah

PENGENALAN

Sesebuah organisasi tidak terlepas daripada pelbagai isu terutamanya di sekolah. Ini
termasuklah organisasi pendidikan di sekolah. Salah satu isu yang utama berlaku di sekolah
saya ialah isu pelajar yang tidak membuat kerja sekolah. Tujuan utama latihan atau kerja
sekolah sering diberikan kepada pelajar untuk mengukur tahap pemahaman murid terhadap
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan khasnya kepada pelajar yang
akan menduduki peperiksaan serta merupakan salah satu pengukuhan dan pengayaan
kepada pelajar. Namun ia sangat menyedihkan kerana kebanyakan pelajar tidak
menyiapkan kerja sekolah seterusnya tidak menghantar kerja sekolah tersebut kepada guru.
Melalui maklumat yang telah saya kumpul daripada beberapa orang guru serta berdasarkan
pemerhatian yang saya lihat, di sekolah tempat saya mengajar isu ini merupakan masalah
yang utama berlaku. Melalui pemerhatian saya serta maklumat yang diperolehi terdapat
beberapa faktor yang menimbulkan permasalahan ini berlaku.

Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh beberapa orang guru, terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak membuat kerja sekolah. Salah satu
daripadanya ialah, pelajar tidak menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru. Ini merupakan faktor dominan yang menyumbang kepada
permasalahan ini. Hal ini kerana, kebanyakan daripada sikap pelajar yang memandang
remeh tentang kerja sekolah dan menganggap ianya tidak penting bagi mereka. Menurut
seorang guru di sekolah saya menyatakan bahawa para pelajarnya beranggapan bahawa
kerja sekolah tersebut merupakan satu bebanan bagi mereka walaupun kerja yang diberikan
sedikit. Walau bagaimanapun, mentaliti pelajar sudah menyatakan bahawa kerja sekolah
sangat membebankan bagi mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan daripada mereka
sama ada pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 tidak membuat kerja sekolah. Berdasarkan
maklumat yang telah diperoleh, walaupun guru memberikan sedikit kerja sekolah kepada
pelajar terutamanya kelas peperiksaan namun mereka tetap ingkar dengan arahan guru
mata pelajaran serta tidak mengendahkan teguran daripada guru.

Di samping itu, faktor pelajar tidak membuat kerja sekolah adalah disebabkan oleh
faktor media massa. Dalam hal ini, media massa mendorong pelajar tidak membuat kerja
sekolah. Hal ini amat jelas dilihat melalui beberapa kelas yang saya lihat iaitu, kelas 2 Ixora,
4 Alamanda, 2 Alamanda dimana, kebanyakan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja sekolah
pada masa yang telah ditetapkan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, majoriti pelajar
suka menonton televisyen terutamanya rancangan hiburan seperti, Maharaja Lawak dan
Impian. Sebaik sahaja sampai di rumah, kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan

1
dengan menonton rancangan televisyen seperti ini sehinggakan lupa untuk membuat kerja
sekolah yang diberikan oleh guru. Walhal, kerja sekolah tersebut penting dimana hasil kerja
sekolah tersebut adalah sebahagian daripada markah ujian mereka untuk mendapatkan
carry marks mereka dalam beberapa mata pelajaran. Pada masa yang sama, media massa
seperti penggunaan Facebook, Twitter, Line amat mempengaruhi pelajar untuk tidak
membuat kerja sekolah. Melalui pemerhatian serta maklumat yang diberikan, mereka asyik
leka melayari laman web seperti Facebook dalam media sosial untuk memuat turun naik
gambar mereka sehinggakan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Pada masa yang sama,
permainan seperti trend masa kini umpamanya Mobile Legend, dan PUBG amat popular
dalam kalangan pelajar sekarang. Hal ini menyebabkan fenomena masalah ini berlaku di
sekolah saya sehingga mengabaikan kerja sekolah yang diberi.

Latar belakang keluarga juga mendorong kepada fenomena tidak menyiapkan kerja
sekolah berlaku. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kebanyakan pelajar terdiri daripada
latar belakang pelajar yang berbeza. Ada di antara keluarga yang tidak mengambil berat
terhadap perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah. Hal ini kerana, rentetan daripada
keluarga seperti ibu bapa tidak memantau serta tidak mengambil berat terhadap
perkembangan pembelajaran anak-anak. Misalnya, hal ini jelas ternyata dimana ada
segelintir daripada pelajar yang ibu bapanya sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing
sehingga mengabaikan kepentingan anak-anak dalam pembelajaran. Ada di antara mereka
kerana berasal daripada keluarga yang sangat ramai sehingga mereka tidak mendapat
membuat pemantauan yang cukup daripada ibu bapa. Dalam erti kata lain, anak-anak
mereka terabai kerana terlalu ramai anak serta tidak dapat menumpukan seppenuh
perhatian terhadap pembelajaran anak-anak mereka termasuk tidak memantau kerja
sekolah yang diberikan oleh guru. Justeru itu, pelajar tersebut enggan belajar serta tidak
menyiapkan kerja sekolah. Dalam hal ini jelaslah bahawa latar belakang keluarga dapat
mempengaruhi pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah.

Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa alternatif bagi menangani isu ini supaya
tidak berlarutan berlaku. Salah satu alternatifnya ialah peranan guru kaunseling di sekolah.
Dalam hal ini, guru kaunseling di sekolah saya memainkan peranan penting untuk
menimbulkan kesedaran dan memberi motivasi tentang kepentingan pendidikan di sekolah
kepada setiap pelajar bagi menggapai masa depan yang cemerlang. Misalnya, beberapa
orang guru kaunseling bertindak membuat perjumpaan dengan pelajar yang mempunyai
masalah tersebut. Guru kaunseling memberi nasihat selain daripada memberi motivasi
kepada pelajar yang terlibat. Pada masa yang sama, guru kaunseling melaksanakan
program yang berkaitan dengan fenomena tersebut umpamanya “Budaya Menyiapkan Kerja

2
Sekolah”. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong pelajar untuk menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh guru.

Selain itu, langkah lain untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku ialah
dimana setiap orang guru memainkan peranan dalam memastikan kerja sekolah disiapkan
oleh pelajar. Guru disarankan memberi kerja sekolah mengikut kemampuan pelajar masing-
masing. Hal ini kerana, guru perlu memastikan pelajar agar tidak terbeban dengan kerja
sekolah yang diberikan. Contohnya, guru membuat pembahagian kerja secara bergilir-gilir
agar pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan lebih baik.

PENUTUP

Kesimpulannya, jelaslah bahawa masalah pelajar tidak dapat menyiapkan kerja


sekolah adalah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap kerja
sekolah, terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbeza serta pengaruh media
massa. Namun, pihak sekolah bertindak dengan mengambil bebebrapa langkah bagi
mengatasi masalah ini seperti yang telah dinyatakan iaitu, peranan guru kaunseling serta
peranan setiap orang guru bagi memastikan pelajar menyiapkan kerja sekolah. Tindakan
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, jadi kerjasama daripada semua
pihak amat penting dengan harapan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku.

Laporan Disediakan Oleh, 11 Mac 2019

_____________________________________

(SHARON NUNJAN ANAK SYLVESTER BAKAR)

Guru INTERIM SMK St. Augustine

You might also like