You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah institusi penting dalam pembinaan intektual dan sahsiah murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan petunjuk
utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa hadapan negara. Dalam
menghadapi persaingan ekonomi global pada masa kini, kejayaan sesebuah negara amat
bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh
rakyatnya (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025). Bagi merealisasikan
hasrat murni ini gandingan antara sekolah dan ibu bapa amat diperlukan kerana ‘alone we
can do so little, together we can do so much’ yang bermaksud semakin ramai pihak yang
mengambil bahagian semakin banyak dan mudah kerja untuk dilakukan. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, melalui anjakan yang kesembilan, telah
memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam
memperkasakan sekolah (Astro Awani, 2016). Ibu bapa sangat berperanan sebagai rakan
sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak
mereka. Oleh yang demikian, penglibatan ibu bapa dalam program program di sekolah
amatlah penting bagi membina sebuah anjakan paradigm dalam kecemerlangan murid murid
dan anak anak. Namun begitu, adakah keberkesanannya sesuai untuk dikatakan menyeluruh
atau hanya sebahagian sahaja. Penulisan ini bagi membuktikan sejauh mana keberkesanan
sarana ibu bapa terhadap program permuafakatan sekolah dan komuniti.

2.0 KEBERKESANAN SARANA IBU BAPA TERHADAP PROGRAM PROGRAM


PERMUAFAKATAN SEKOLAH DAN KOMUNITI.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sarana bermaksud segala sesuatu yang
dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya utk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
Dalam konteks sarana ibu bapa terhadap program program permuafakatan sekolah dan
komuniti ini bererti segala cara yang dilakukan oleh ibu bapa dalam menyokong program
program tersebut dan bagaimanakah keberkesanannya dalam kalangan masyarakat.

Antara program program yang dilaksanakan ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Menurut Bakker dan Denessen (2007), tingkah laku ibu bapa merangkumi kehadiran
ibu bapa dalam mesyuarat PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG, menjad
sekolah, membantu dalam bilik darjah, membantu kerja rumah anak, berbincang tentang
aktiviti sekolah dengan anak, memantau perkembangan anak di sekolah, merangsang dan
memotivasi anak, membaca bersama-sama anak, memaparkan amalan suka membaca,
mendisiplinkan anak, menghubungi sekolah sekiranya bermasalah, mengawal aktiviti anak di
luar waktu persekolahan dan kerap berbual-bual dengan anak. Penglibatan ibu bapa dilihat
kurang memberangsangkan seperti contoh yang boleh diambil iaitu kehadiran ibu bapa di
Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Kembangan iaitu seramai 55 orang ibu bapa sahaja
sedangkan pelajar sekolah tersebut melebihi 3000 orang keseluruhannya.

Perkara ini membuktikan kurangnya keberkesanan sarana ibu bapa dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru. Hal ini berlaku mungkin kerana ibu bapa yang sibuk bekerja dan
kurangnya sifat prihatin ibu bapa dalam pendidikan anak anak. Antara sebab-sebab ibu bapa
kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah adalah disebabkan kekangan masa,
kurang kesediaan untuk penglibatan, tidak mahu bersuara semasa mesyuarat kerana segan
dan kurang berminat terhadap masalah sekolah (M. Al Muz-Zammil & Moong, 2010). Menurut
Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
di sekolah seluruh negara masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu
dipertingkatkan (Astro Awani, 2016). Ini mungkin disebabkan ibu bapa kerap menganggap
anak-anak mereka telah besar dan mampu menguruskan diri sendiri. Sebaliknya, pada
peringkat inilah anak-anak mencapai peringkat remaja dan memerlukan lebih banyak lagi
sokongan ibu bapa. Di samping itu, tahap pengetahuan dan kemahiran tentang keperluan ibu
bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak di sekolah menengah turut menyebabkan
penglibatan mereka di tahap minimum.

Selain itu, bukti yang menunjukkan bahawa kurangnya keberkesanan sarana ibu bapa
dalam PIBG ialah hanya seramai 189 orang ibu bapa yang hadir sedangkan pelajar di sekolah
tersebut mencecah 1000 orang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Kajian lepas
telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan
sokongan yang diberikan oleh ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan komuniti setempat
(Berthelsen & Walker, 2008; Halimah & Eow, 2012; Unit Pelaksanaan dan Prestasi
Pendidikan, 2015). Selain daripada itu, impak yang diperolehi turut menunjukkan terdapat
penurunan kadar ponteng sekolah dan kadar penyiapan kerja sekolah yang lebih tinggi (Unit
Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan, 2015). Bagi ibu bapa yang melibatkan diri dalam aktiviti
persekolahan, kanak-kanak akan melihatnya sebagai pendorong dan pengukuh kepada
kejayaan pembelajaran. Dorongan dan pengukuhan yang banyak dan kuat menghasilkan
kanak-kanak yang berani mengambil risiko melalui percubaan dan kesilapan yang dilakukan,
walaupun pada peringkat awalnya kanak-kanak ini mengalami kesukaran menguasai
kemahiran yang diberi. Ibu bapa menjadi jurutunjuk dalam membantu anak-anak mencapai
kejayaan. Sikap terbuka ini secara tidak langsung memberi semangat kepada anak-anak
terus mencuba yang akhirnya menjadi orang yang kreatif dan berjaya. Apabila ibu bapa
mengambil kira pendapat ataupun pandangan kanak-kanak dan membenarkan mereka
menyatakan perasaan dan pemikirannya, kanak-kanak itu merasakan diri mereka penting dan
dihargai seterusnya membentuk estim diri yang baik dalam diri dan berkeyakinan apabila
melakukan apa saja aktiviti.

Seterusnya, program program permuafakatan yang dianjurkan ialah Gotong Royong


Perdana. Seperti yang sedia maklum, gotong royong merupakan amalan yang mulia kerana
ianya adalah satu amalan yang membantu antara satu sama lain serta merupakan satu
amalan yang dapat memudahkan pekerjaan orang lain. Sekiranya amalan gotong royong ini
dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Ibu bapa
sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah
lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-
anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak
mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki
mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang
kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah
memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong.
Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur
untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Program ini
dilihat lebih berkesan di kawasan luar bandar berbanding kawasan Bandar. Hal ini kerana ibu
bapa yang tinggal di luar bandar mempunyai lebih banyak masa terluang berbanding ibu bapa
yang tinggal di bandar. Selain itu, di kawasan kawasan kampung ibu bapa lebih meminati
gaya hidup bermasyarakat berbanding ibu bapa di bandar yang mengamalkan gaya hidup
individualisme.
3.0 KESIMPULAN

Penyertaan dan suntikan positif daripada semua pihak di pelbagai peringkat amat penting
untuk membolehkan perubahan berlaku dalam pendidikan. Dengan melibatkan ibu bapa,
komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat
dan masyarakat global, pelbagai pengalaman pembelajaran dapat diwujudkan. Ini akan dapat
meningkatkan kualiti modal insan yang dihasilkan dan seterusnya.memperkasakan institusi
pendidikan. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam memperkasakan sekolah merupakan
satu skop yang sangat luas. Penglibatan ibu bapa ini mungkin dipandang remeh oleh
sesetengah pihak namun sebenarnya penglibatan mampu membina masa depan anak anak
yang lebih cerah dari segi intelek dan emosi. Oleh itu, ibu bapa di Malaysia perlulah lebih
prihatin tentang program program permuafakatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun
tahap perkembangan anak anak di rumah agar generasi akan datang hidup aman dan damai.
4.0 RUJUKAN

BUKU

Kamus Dewan Edisi Ke-4.(2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

JURNAL

Berthelsen, D., & Walker, S. (2008). Parents’ involvement in their children’s education.
Australian Institute of Family Studies, 79.

Bakker, J., & Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement. Some theoretical and
empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 188–199.

M. Al Muz-Zammil, B. Y., & Moong, S. K. (2010). Peranan ibubapa dalam Persatuan


Ibubapa dan Guruguru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Halimah, B. A. M., & Eow, Y. L. (2012). Program peningkatan pencapaian pelajar-pelajar
tingkatan tiga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di SMK Putrajaya
Presint 11 (1). Jurnal Pendidikan MPSM, 2012, 159–178.

INTERNET

Astro Awani. (2016, September 26). Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu
dipertingkat – Mahdzir Khalid. Astro Awani. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-penglibatanibu-bapa-di-sekolah
-perlu-dipertingkat-mahdzir-khalid-117649

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Program pemantapan sarana ibu bapa dan
sarana sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Retrieved from
http://jpn.moe.gov.my/jpnmelaka/images/Bahan_Pemantapan_sarana_Ibu_bapa_dan_Sekol
ah.pdf

Minit Mesyuarat SMK Seri Kembangan. (2015). Diakses pada 19 Mac 2019 daripada
http://sisedusb.my/smksk/pibg_mesyuarat.asp

Minit Mesyuarat SK Seksyen 9. (2011). Diakses pada 19 Mac 2019 daripada


https://sks9shahalam.wordpress.com/pibg-2/minitmesyuarat2011/

You might also like