You are on page 1of 2

Konsep Nubuwwah

Antara ciri-ciri pokok yang menjadi hakikat kenabian dan kerasulan ialah :

1. Pelantikan daripada Allah SWT

Nabi dan rasul ialah seorang manusia yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT. Kerasulan yang
dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang itu tidak tertakluk kepada rupa bentuk, usaha amalan
dan ikhtiar individu atau kumpulan untuk mendapat pelantikan itu.

2. Manusia Lelaki Dan Menerima Wahyu

Semua nabi dan rasul ialah lelaki yang menerima wahyu pemilihan dan pelantikan sebagai rasul dan
menerima wahyu yang mengandungi saripati risalah yang sama iaitu tauhidullah dan pengabdian diri
kepadaNya .

3. Bukti dan Keterangan

Di bawah tajuk bukti-bukti kerasulan, dijelaskan bahawa seorang rasul dapat dibuktikan
kebenarannya melalui 4 aspek sekurang-kurangnya iaitu risalah akhlak, perkhabaran rasul-rasul
terdahulu dan mukjizat.

4. Kesatuan Risalah

Semua nabi dan rasul diutuskan oleh Aallah SWT membawa risalah Allah SWT kepada kaumnya. Satu
pokok persamaan yang menjadi kandungan semua risalah yaang di bawa oleh semua rasul ialah
tauhidillah dan pengabdian diri kepada Allah SWT seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT. Firman
Allah:

A025

Maksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu

(Al-Anbiya’:25).

5. Sifat Maksum

Semua nabi dan rasul dijelaskan sebagai manusia yang paling sempurna. Oleh itu semua nabi dan
rasul tidak melakukan sebarang perlakuan yang bertetangann dengan kesempurnaan yang ada pada
mereka. Sifat Ismah adalah satu sifat penting yang boleh menolong semua rasul untuk menjauhi
semua perlakuan yang boleh mencacatkan kesempurnaan pelaksanaan tugas kenabian dan kerasulan
yang diletakkan ke bahu mereka.

6. Mithaq (janji setia)

Semua nabi dan rasul membuat perjanjian atau pengakuan (mithaq) untuk beriman dana saling
membantu antara sesama mereka.
Antara isu isu semasa yang berlaku ialah munculnya nabi nabi palsu dan golongan anti hadis. Nabi
palsu mengaku bahawa diri mereka adalah utusan Allah dan merupakan nabi selepas Nabi
Muhammad walhal Rasulullah merupakan khatamul anbiya’. Ada juga wanita yang mengaku diri
mereka sebagai Nabi sedangkan hanya lelaki sahaja yang dilantik sebagai nabi. Golongan anti hadis
pula mereka menolak kata kata Nabi Muhammad kerena mereka mengatakan bahawa Rasulullah
merupakan sorang manusia dan banyak lagi alasan mereka menolak hadis.

You might also like