You are on page 1of 26

1.

0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya Allah s.w.t memberikan kepada Nabi Muhammad sesuatu yang tidak diberikan
kepada nabi-nabi sebelumnya. Setiap yang menjadi keistimewaan bagi seorang nabi, perkara
tersebut semuanya telah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad
dianugerahkan kepada beliau tutur kata yang jelas dan fasih. Ketika diberikan kedudukan ini
kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk yang sempurna yang diutuskan kepada semua
insan (Muhammad 2009:1).

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ) adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu
anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus
dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan
tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi
Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.
Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin () yang
bermaksud 'yang terpuji'.









2.0 PENGERTIAN MUKJIZAT
Definisi mukjizat pada bahasa dan istilah. Mukjizat dari segi bahasa ialah berasal daripada
perkataan al-ajzu iaitu lemah, yang berlawanan dengan perkataan al-qudrah iaitu
berkuasa.
Perkataan al-mujiz bermaksud menjadikan kelemahan pada selain daripadaNya, dan
Allah adalah al-muqdir iaitu yang memberi kemampuan iaitu Allah mampu memberi
kemampuan, tenaga dan kuasa kepada siapa yang Dia inginkan dan Allah berkuasa menarik balik
kemampuan,kuasa dan tenaga seseorang. Hal ini menunjukkan segala-gala daripada Allah.
Mukjizat disebut sebagai peristiwa yang luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan
para rasul yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka. Para nabi dan para rasul tidak mampu
mengadakan perkara luar biasa seperti itu kerana ia datang daripada Allah.
Manakala dari segi istilah ialah perkara luar biasa yang diperlihatkan oleh Allah kepada
orang yang mendakwa dirinya nabi ketika dicabar oleh golongan yang menentangnya dalam
bentuk mereka tidak mampu membalasnya. Maksud mukjizat sebagai suatu perkara luar biasa
ialah mukjizat tersebut tidak mungkin berlaku kepada manusia biasa pada adatnya. Malah
manusia tidak mampu melakukan perkara yang sedemikian (Nuruddin 2012 : 1).
Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rad ayat 38:
;4 4LUEcO 1Ec+O
}g)` El)U:~ 4LUEE_4
+O ~w}4^e
LO+CjOO4 _ 4`4 4p~E
Oc4Og p 4O)4C
O4C4*) ) p^O))
*.- ]7g E_
_4- ^@g

Maksudnya:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul
sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat
keturunan. dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang Rasul
untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin
Allah. tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan
hukum Yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

3.0 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN MUKJIZAT

Mukjizat adalah anugerah Allah yang diberikan kepada orang-orang yang dipilih dan yang
ditetapkanNya menjadi nabi dan rasul. Adapun kegunaan dan kepentingan mukjizat yang
diberikan oleh Allah kepada nabi dan rasulNya adalah untuk menguatkan seruan dan dakwaan
mereka sebagai nabi dan rasul kepada umat masing-masing. Dengan adanya mukjizat ini, maka
boleh membuktikan serta memberikan mereka keyakinan yang kuat supaya memantapkan
kepercayaan mereka.
Selain itu, mukjizat juga boleh dikatakan membangkitkan semangat orang-orang yang
mengingkari dakwahnya. Rasulullah membangkitkan semangat mereka secara terbuka di
hadapan khalayak ramai agar emosinya terbakar dan mereka akan mengeluarkan segala genap
ilmu yang mereka ada untuk menandingi mukjizat, tetapi mereka tidak berjaya.
Oleh sebab itu, mukjizat datang dari Allah s.w.t dalam bentuk yang luar biasa untuk
menguatkan kebenaran rasulNya bahawa risalah yang dibawa itu datang dari Allah s.w.t. Rasul
adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Kuasa yang diperolehi itu adalah
mukjizat pemberian Allah kepada baginda untuk menyampaikan risalah yang diamanahkan oleh
Allah s.w.t kepada baginda ( Johari 2011: 90).

4.0 JENIS-JENIS MUKJIZAT

Dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa mukjizat para nabi dan rasul diutuskan pada beberapa
abad sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. Mukjizat yang diberikan oleh Allah ini ada
pelbagai jenis.
Disamping itu, mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada rasulnya mengikut
keadaan umat dan kaum yang diberikan seruan dakwah. Jika masyarakat pada masa tersebut
memberi perhatian, tertarik, kagum serta minat terhadap ilmu sihir, maka Allah akan
memberikan mukjizat kepada rasulnya lebih hebat daripda sihir. Sehingga mereka tidak terdaya
untuk menandinginya lagi.
Jika keadaan umat itu dalam kemajuan dalam ilmu kesihatan, maka rasul yang diutuskan
kepada mereka membawa mukjizat yang dapat mengatasi kepakaran orang yang mahir dalam
ilmu kesihatan. Sehingga mereka tidak terdaya mengatasinya. Dengan itu, para rasul yang
diutuskan oleh Allah kepada kaumnya dapat mengatasi apa sahaja keadaan yang menjadi
perhatian kepada kaumnya. Iaitu dengan membawa mukjizat yang pelbagai. Oleh sebab itu maka
terdapat jenis-jenis mukjizat para rasul dan utusan Allah yang telah diterangkan dalam al-Quran
(Suhail 2008: 7).

5.0 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN PERKARA LUAR BIASA

5.1 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN IRHASH
Irhash ialah perkara yang luar biasa, yang mana ia berlaku sebelum Nabi menerima
wahyu dan sebelum dianggkat menjadi Nabi. Sebelum baginda bercakap kepada umat
manusia: aku datang membawa pesan kebenaran dari Tuhan kamu.
Firman Allah dalam surah al-Muddasir ayat 1-2:
Og^4C NOgEO^- ^ ~
OO^ ^g
Maksudnya:
Wahai orang Yang berselimut!.bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada
umat manusia).
Irhash sering terjadi pada Rasulullah bahkan sebelum Rasulullah lahir ke dunia.
Contohnya satu peristiwa kehancuran tentera bergajah ketika hendak menhancurkan
Kaabah. Kejadian ini dikatakan berlaku pada tahun yang sama kelahiran baginda, bahkan
malam yang sama pada kelahirannya. Sealain itu ada lagi peristiwa-peristiwa yang lain.

Kejadian Irhash ini menjadi bukti yang nyata bagi menunjukkan kebenaran
bahawa Rasulullah adalah insan yang kamil ( manusia yang sempurna) yang Allah pilih
dan bangkit menjadi pembawa petunjuk yang betul kepada umat manusia dan pembawa
rahmat sekalian alam ( Syahrin 2009 :6).
5.2 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN KARAMAH
Mukjizat dan karamah masing-masing adalah perkara luar biasa. Tetapi mukjizat hanya
berlaku pada nabi sahaja dan nabi menyatakan itu mukjizat yang dianugerahkan oleh
Allah kepadanya untuk memperkuatkan dakwah.
Manakala karamah pula adalah yang terjadi kepada diri seorang wali Allah.
Mereka itu adalah orang-orang yang benar dan jujur dalam melakukan ibadah ikhlas
kepada Allah dalam setiap ucapan dan tindakan. Mereka adalah orang yang menjadikan
keseluruhan hidupnya hanya untuk Allah, dalam kesabaran dan segala hal. Malahan
menanggung kebencian orang lain dan bersifat zuhud pada duniawi.
Semua sahabat Nabi adalah wali Allah. Hati semua para sahabat penuh dengan
ketaqwaan, rasa takut dan cintakan Allah serta kepada orang-orang yang beriman kepada
Allah. Oleh sebab itu, Allah meninggikan darjat mereka disisi Allah.
Allah melebihkan para wali dengan memberi kelebihan yang tidak diberikan
kepada oleh orang lain. Mereka tidak pernah merasa bangga dan sombong serta
mengatakan sesuatu perkara itu berlaku dari kemampuan dari dirinya sendiri.
Sudah menjadi sifat para wali untuk bertawaduk ( rendah diri) kepada Allah
kerana dia yakin bahawa orang yang bertawaduk di hadapan Allah, maka Allah akan
meninggikan darjat kepadanya. Ada wali yang menggangap bahawa dirinya yang paling
rendah dari kalangan umat manusia. Dari pandangannya, manusia lain lebih baik dan
lebih sempurna darinya. Tapi pada hakikatnya dialah orang yang paling tinggi darjatnya
(Syahrin 2009 :8).


Fiman Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk ayat 12:
Ep) 4g~-.- 4pO4=^C _+4O
jU^O4^) _ E4Og^E`
EO;_4 OO)lE ^g
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka
tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh
keampunan dan pahala Yang besar.

5.3 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN SIHIR

Mukjizat berasal daripada Allah, manakala sihir berasal daripada syaitan. Mukjizat yang
datang daripada Allah adalah bertujuan untuk menyokong para nabi dan rasulNya ketika
mereka mahu menyeru umat manusia supaya beriman kepada Allah dan menunjuk jalan
hidayah kepada mereka.
Mukjizat tidak mungkin diperbuat oleh manusia dan tidak ada seorang pun yang
mempelajarinya kerana mukjizat adalah perbuatan yang dihasilkan kekuasaan Allah
untuk memperkuatkan kebenaran dan untuk membuka pintu hidayah di hadapan
makhluk.
Manakala sihir pula berasal daripada syaitan bertujuan menghalang manusia
dariapada jalan Allah, memalingkan mereka dari beriman kepadaNya dan rasulNya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 102:

W-ON4lE>-4 4`
W-OUu->
-gC4OO=- _O>4N
lUN` =}E^OUc W
4`4 4OE }E^OUc
O}4 --gC4OO=-
W-NOEE
4pOggUENC "EE4-
4OpO- .4`4
4@O^q O>4N
u-E:UE^-
)4:) =NOE-
VNO4`4 _ 4`4
pEggUENC ;}g`
4 _/4EO O4C
E^^) }^4 OE4u-g
E O'> W
4pO^UE4-41
E_u4g` 4`
]O~@OENC gO)
4u-4 g7OE^-
gO_uEe4 _ 4`4 -
4jO._) gO)
;}g` EO )
p^O)) *.- _
4pO+-E4-4C4 4`
-OO_4C 4
_NEL4C _ ;4
W-O)U4N ^}E
+O.4O4;-- 4` +O
O) jE4O=E- ;g`
-UE= _ w^-):4 4`
W-u4OE- gO)
_=O^ _ O
W-O+^ ]OU;4C
^g
Maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-
ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam
masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman
tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan
amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan
manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang
mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan
setelah mereka menasihatinya Dengan berkata:
"Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji
imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh
menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan
Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya
mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa
sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat
buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah
mereka mengetahui.

Maka kepada manusia yang beriman diingatkan supaya menjauhkan diri dari
orang yang melakukan perbuatan tersebut. Allah telah menjelaskan dalam al-Quran,
firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 1:

;~ E7gEc +.- 4O~
/-- El7gO_q`
O) E__uEe
EO4-;=4 ) *.-
+.-4 7EO4C
.E74ONO4` _ Ep)
-.- l7OgE- NOO4
^
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan)
aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai
Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu
kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya),
sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Sebaik-baiknya orang yang beriman bergaul dengan orang yang berilmu, orang
yang bertakwa, orang beriman dan seumpamanya. Orang seperti inilah hanya takut
kepada Allah dan hanya kepada Allah pula mereka mencari perlindungan dan tawakal
(Nuruddin 2012:8).

Kesimpulannya sihir, penujuman dan seumpamanya adalah termasuk dalam
ketegori perkara-perkara biasa yang di perkenalkan kepada pengamalnya. Ia bukanlah
stu perkara yang luar biasa yang berlaku kepada manusia. Sedangkan mukjizat para nabi
adalah suatu perkara yang tidak boleh ditandingi oleh manusia dan jin. Manakala sihir
dan seumpamanya boleh ditentang dan dicabar dengan melakukan perkara yang sama
dengannya.
5.4 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN PERKARA MODEN
Mukjizat adalah perkara luar biasa yang mampu dilakukan oleh Allah sahaja. Semua
makhluk tidak mampu melakukannya. Oleh itu, mukjizat bukanlah berada dalam
kemampuan seorang manusia, walaupun dia diperuntukkan segala bentuk kekuatan dan
beri pelbagai ilmu untuk mencipta salah satu daripada mukjizat mengikut acuan yang
sebenarnya. Hal ini kerana mukjizat merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan tanpa
ruang bagi manusia manusia untuk mencampurinya.
Perbezaan mukjizat dan hasil ciptaan pakar ilmuwan zaman ini sangat ketara. Hal
ini kerana ciptaan tersebut hanya bergantung kepada rahsia formula sesuatu ciptaan.
Dengan adanya pengetahuan ilmu dalam bidang tersebut maka sesuatu ciptaan itu akan
terhasil. Jika sesuatu formula yang baru diperolehi, maka ilmu yang baru juga akan
muncul.
Semua mukjizat, tidak dapat diperaktikkan oleh sesipa sahaja dari kalangan
makhluk manusia. Sebagai contoh yang jelas sebagaimana Nabi Daud r.a bertasbih
memuji Allah, maka bukit bukau menjawab tasbihnya dan ikut sama bertasbih
sebagaimana baginda ucapkan dengan penggunaan bahasa yang jelas dapat didengar
(Nuruddin 2012: 11).

Firman Allah dalam surah Shad ayat 17-19:

uO;- _O>4N 4`
4pO7O4C O7^O-4
4^El4N E1N-E1 -O
guC- W +O^^)
R-E ^_ ^^)
4^OOCEc 44l_^-
+OE4` =})Ol=O+C
+]/E^)
--4O'=e"-4 ^g
4OO-C-4
LE4OO=^4E` W 7
N-. _-E ^_
Maksudnya:
Bersabarlah (Wahai Muhammad) terhadap apa sahaja
Yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi
Daud, Yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan
ugamaNya); Sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk
kembali (kepada Kami Dengan bersabar mematuhi perintah
Kami).Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-
ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama
dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk
bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-
tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing
menurutnya.

6.0 AL QURAN MUKJIZAT PALING BESAR
Para ulama dulu dan kini berpendapat bahawa al-Quran adalah mukjizat yang paling besar yang
Allah tegakkan sebagai burhan ( bukti nyata dan kuat) bagi kebenaran kenabian Muhammad saw.
Allah menjadikan saksi bahawa sesungguhnya Muhammad saw adalah Rasul As-siddiq yang
Allah angkat atas dasar kebenaran dan hidayah daripadaNya.
Jika dilihat mukjizat-mukjizat para rasul sebelumnya, yang mana mukjizat adalah sesuatu
yang terpisah dari manhajnya. Sebagaimana mukjizat Nabi Musa a.s ialah tongkat,sedangkan
manhajnya adalah Taurat. Manakala Nabi Isa a.s menyembuhkan penyakit kusta dan buta,
sedangkan manhajnya adalah Injil. Akan tetapi, pada waktu yang sama al-Quran adalah mukjizat
dan manhaj. Ini adalah perbezaan mukjizat Rasulullah s.a.w dengan para rasul sebelumnya
(Mutawalli 2003 :23).
Mukjizat al-Quran istimewa daripada mukjizat Rasulullah yang lain kerana tiada siapa
yang mampu menandinginya. Firman Allah dalam surah Fushilat ayat 42:
gOOg>4C NgC4l^- }g` u-4
gOuCE4C 4 ;}g` gOgUE= W CjO6>
;}g)` 1EO l1gEO ^jg
Maksudnya:
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan
dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
Al-Quran adalah kitab suci yang istimewa dengan ketinggian sastera ayat-ayatnya,
hikmah-hikmah serta nasihatnya yang diturunkan dari langit hingga bernilai tinggi. Disebalik
ayat-ayatnya tersimpan seribu satu rahsia dan kebesaran Allah s.w.t. (Syahrin 2009 :30).
Dari makna demi makna yang tersusun dalam ayat-ayatnya memancarkan cahaya dan
pesanan-pesanannya yang bersinar keagunan Ilahi yang Maha Esa lagi Berkuasa. Itulah kitab
suci al-Quran yang telah diturunkan kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
7.0 KATEGORI MUKJIZAT
Keadaan mukjizat yang diturunkan kepada para nabi dan rasul Allah itu terbahagi kepada dua
kategori:( Johari 2011: 94 )

i. Mukjizat hissiyah:

Iaitu mukjizat yang dapat dilihat oleh mata, dapat didengar oleh telinga, dapat
dihidu oleh hidung, dapat diraba oleh tangan dan dapat dipijak oleh kaki atau
dengan kata lain ianya dapat dicapai dengan pancaindera yang ada pada
manusia. Mukjizat ini sengaja dikemukakan atau ditunjukkan kepada orang
biasa untuk melihat kekuasaan Allah melalui perantaraan yang diberi kepada
Rasulullah SAW.

ii. Mukjizat Maknawiyah:

Mukjizat yang tidak dapat dirasai dengan pancaindera. Mukjizat ini biasanya
manusia biasa tidak akan dapat merasainya melainkan manusia yang
berfikiran sihat, berbudi luhur, berperasaan halus, berpandangan mata hati
yang luas dan biasa menggunakan fikirannya yang disertai dengan penuh rasa
keyakinan terhadap perkara-perkara ghaib.

8.0 JUMLAH MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW:
Menurut sebahagian ulama mengatakan bahawa mukjizat yang pernah terjadi dan terbit daripada
Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 3000. Itu tidak termasuk dengan mukjizat yang
terkandung di dalam al-Quran dimana di dalam al-Quran sahaja dikatakan melebihi 60000
mukjizat manakala sebahagian ulama lain menerangkan bahawa mukjizat Nabi Muhammad tidak
dapat dihitung banyaknya.( Johari 2011: 95 )

9.0 HUKUM MENGINGKARI MUKJIZAT
Menginkari adanya mukjizat para nabi dan rasul telah terang disebutkan di dalam al-Quran atau
yang diriwatkan di dalam hadis-hadis yang mutawattir. Firman Allah di dalam surah Al- Nisa
ayat 14:
;4`4 +u4C -.-
N.Oc4O4 OE4-4C4
+E1N N-=;NC
-O4^ -V)-E=
E_Og N.4 g-EO4N
g--)_G` ^j
Maksudnya:
Dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan
melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke
Dalam api neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab
seksa Yang amat menghina.

Para ulama tidak berselisih faham tentang masalah ini dan bersepakat mengatakan bahawa
hokum mengingkari mukjizat adalah kufur kerana ia diibaratkan telah mengingkari sebahagian
daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang mutawattir.

Adapun mengingkari hadis-hadis tentang adanya mukjizat ini pun kufur hukumnya , ini
kerana semua hadis yang datang daripada Rasulullah SAW tentang mukjizat ini merupakan
riwayat yang sahih yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Orang yang tidak menerima, menolak
atau membantah Rasulullah SAW beerti tidak percaya akan kenabian dan kerasulan Baginda.(
Johari 2011: 96 )

10.0 KEADAAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW

Mukjizat Nabi Muhammad SAW menurut para ulama adalah terbahagi kepada dua iaitu hissiyah
dan maknawiyah dan dalam ini juga dibahagikan kepada dua iaitu mukjizat yang berupa Aqwal
dan Afal. Antara contoh mukjizat Rasulullah SAW yang bersifat Aqwal ini yang disebut kitab-
kitab Hadis ialah:


i. Kehancuran Kerajaan Qisra dan Qaishar:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila kerajaan Kisra telah hancur binasa maka tiada
kerajaan Kisra sesudahnya dan apabila kerajaan Qaishar telah
hancur binasa, maka tiada Qaishar sesudahnya. Demi zat yang
diriku di tangan kekuasaanNya! Sessunguhnya perbendaharaan
kedua-dua kerajaan itu akan didermakan kepada agama Allah
.
Hadis Riwayat Muslim

Dalam kenyataan Hadis ini, di masa khalifah Umar al-Khathab, dua kerajaan
besar itu dapat ditakluk oleh tentera kaum muslimin dan kaum muslimin dapat
merampas dan mengangkut semua perbendaharaan kedua-duanya, yang
seterusnya harta rampasa yang banyak itu digunakan untuk kepentingan
agama Islam.( Johari 2011: 97 )

ii. Tentang Terjadinya Peperangan Antara Dua Golongan Muslimin:

Menurut riwayat daripada Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda yang membawa maksud:


Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga terjadi
peperangan dua golongan yang besar, lalu terjadilah antara
kedua-duanya peperangan yang besar, sedang pendakwaan
kedua-duanya adalah satu
Hadis Riwayat Bukhari


Apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini telah pun terjadi selepas
kewafatan Baginda iaitu telah berlakunya perang saudara antara kaum
Muslimin sendiri diantra golongan Ali dengan golongan Muawiyah di Siffin.(
Johari 2011:99 )

iii. Tentang Akan dibukanya Negara Mesir:

Diriwayatkan oleh Abu Zarr, dia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda yang membawa maksud:

Sesungguhnya kamu akan membuka negara Mesir, dan ia
merupakan kawasan tanah yang dinamakan Qierath. Maka
apabila kamu telah menakluki negara itu, hendaklah kamu
berbuat kebaikan kepada penduduknya, kerana sesungguhnya
bagi mereka itu ada penghormatan dan hubungan kekeluargaan
.
Hadis Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah SAW ini terbukti kebenarannya, iaitu di zaman
pemerintahan khalifah Umar bin al-Khathab, negara itu telah dibuka dan
ditakluki oleh pasukan tentera Muslimin dan seterusnya berada di bawah
kekuasaan Islam sehingga ke hari ini.( Mustafa 2008: 270 )

iv. Tentang Perpecahan di Kalangan Umat Islam Kepada 73 Golongan:

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Dan demi Zat yang diri Muhammad di dalam kekuasaan-Nya!
Sungguh akan berpecah belah umatku menjadi tujuh puluh tiga
golongan, maka yang satu golongan di dalam syurga dan tujuh
puluh dua golongan lagi di dalam neraka .

Hadis Riwayat Ibnu Majah
Kebenaran ini jelas terbukti di zama para sahabat dan para tabiin, dimana
ketika itu di kalangan kaum Muslimin terjadi perpecahan mengenai soal-soal
kepercayaan dan hal-hal ibada sehingga menjadi beberapa puluh golongan
seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Murjiah, Jabariyyah, Qadariyyah dan lain-
lain lagi.(Mustafa 2008: 287 )

v. Tentang Akan Meluasnya Kerajaan Islam:

Diriwayatkan oleh Tsauban, dia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku
melihat arah timur dan baratnya dan sesungguhnya umatku akan
meluas sehingga kerajaannya menurut apa yang telah
dihimpunkan kepadaku daripadanya .
Hadis Riwayat Abu Daud

Kenyataan sabda Rasulullah SAW ini telah terbukti di masa selepas kewafatan
Baginda, dan seterusnya sampai beberapa abad kemudian kaum Muslimin
dalam keadaan terus bergerak dan tersebar dengan menakluki beberapa negara
besar, sama ada di barat mahupun timur dan setiap mereka membuka atau
menakluk suatu negara, kemudian menguasainya.( Mustafa 2008: 307 )

Contoh Mukjizat di atas adalah berbentuk aqwal ataupun percakapan yang lahir dari mulut
Rasulullah SAW itu sendiri. Manakala bagi perlakuan Mukjizat berbentuk afal pula adalah
sebagaiman contoh berikut:

i. Rasulullah SAW Membelah Bulan:

Diantara bukti kebenara kenabian yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
berbentuk perbuatan yang dapat dilihat secara nyata dengan mata kasar adalah
terbelahnya bulan menjadi dua dan bercantum balik menjadi satu. Peristiwa ini
telah dirakamkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Qomar ayat 1:
ge44O4^~- O4NOO-
E-4=e-4 NOE^- ^
Maksudnya: telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

Selain itu peristiwa ini juga mejadi bukti kebenaran yang dibawa oleh
Rasulullah SAW sebgai nabi akhir zaman kepada umat manusia. Banyak Hadis
yang sahih telah meriwayatkan kejadian ini. Antaranya hadis dari Anas Bin
Malik r.a yang berkata:

Sessungguhnya penduduk Mekah pernah meminta kepada
Rasulullah SAW supaya memperlihatkan suatu tanda bukti kepada
mereka, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka bulan yang
terbelah dua sehingga Gunung Hira itu dapat dilihat di antara
kedua-duanya .
Hadis Riwayat al-Bukhari

Riwayat tentang terbelahnya bulan ini menjadi satu Hadis yang masyhur di
antara al-Bukhari dan Muslim.Menurut riwayat Ibnu Jarir ath-Thabrani daripada
Ibnu Abbas r.a bahawa peristiwa terbelahnya bulan di Mekah adalah sebelum
Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.( Sameh 2003: 25)

ii. Peristiwa Isra dan Miraj Rasulullah SAW:

Peristiwa ini merupakan satu sejarah yang amat penting bagi umat Islam kerana
dari peristiwa inilah lahirnya rukun solat yang sempurna. Perjalanan Rasulullah
SAW dari Mekah ke Palestin dan seterusnya ke Sidaratul Muntaha oleh Allah
berlaku semalaman dan dikembalikan Allah malam itu juga untuk menunjukkan
kekuasaan Allah pada hambanya. Firman Allah dalm surah al-Isra ayat 1:



=}E:c
-Og~-.-
O4O
jglE)
1E^O ;g)`
gOE^-
g-4OE^-
O)
gOE^-
=^~-
Og~-.-
E4^4O4
+OOEO
+O4C)ON6g ;}g`
.E4g-4C-47 _
+O^^) 4O-
71gOO-
+OO4l^- ^


Maksudnya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa
(di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya
Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.

Kisah perjalanan Isra dan Miraj kemudianya diceritakan kepada semua ketua
Musyrikin Quraisy dan kaum Muslimin di tengah-tengah Masjidil Haram. Di
kala itu semua mereka mendustakan dan membohongi berita yang hebat itu
sambil mengejek serta mengemukakan berbagai pertanyaan kepada Baginda.
Ketika Baginda ditanya tentang keadaan Baitul Maqdis oleh ketua-ketua
Quraisy, Baginda menjawab dan memberitahukannya kepada mereka dengan
jelas. Jabir bin Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:( Harun 2003: 72 )

Tatkala orang-orang Quraisy mendustakan aku, aku pun berdiri
di al-Hijr, maka Allah memperlihatkan kepadaku Baitul Maqdis,
lalu aku mula menceritakan kepada mereka tentang tanda-
tandanya dan melihat kepadanya .

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

iii. Air Memancut daripada Celah Jari Rasulullah SAW:

Daripada Anas Bin Malik r.a berkata:

Aku Melihat Rasulullah SAW, sedangkan waktu asat telah tiba,
lalu manusia air untuk berwudhuk namun mereka tidak
mendapatinya. Maka Rasulullah SAW diberi air untuk berwudhuk,
lalu Baginda SAW meletakkan tangannya dalam bekas air itu
kemudian menyuruh manusia berwudhuk daripadanya. Aku
melihat air mengalir daripada celah-celah jari Baginda, sehingga
manusia seluruhnya dapat berwudhuk .

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Di dalam Hadis ini jelas menunjukkan kemukjizatan yang ada pada Rasulullah
SAW. Beberapa riwayat lain mengatakan bahawa bilangan manusia ketika itu
adalah sebanyak 80 orang manakala riwayat yang selainnya mengatakan 30
orang . Apabila dibandingkan dengan mukjizat yang ditunjukkan oleh Nabi
Musa a.s tentang keluarnya air daripada celah batu. Ternyata dilihat mukjizat
Nabi Muhammad SAW lebih tinggi dan sempurna dengan keluarnya air dari
celah tangan yang cukup untuk manusia mengambil wudhuk ketika itu.(
Muhammad 2002: 84 )

11.0 MUKJIZAT RASULULLAH SAW YANG BERBENTUK MIMPI
Selain daripada mukjizat berbentuk aqwal dan afal, Rasulullah SAW juga dianugerahkan
kebenaran melalui mimpinya. Banyak hadis-hadis yang sahih telah meriwayatkan perkara ini. Di
antara contoh mimpi Rasulullah SAW :( Mustafa 2008: 507-508)

i. Rasulullah SAW Bermimpi Hijrah ke Yathrib:

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a daripada Rasulullas SAW bersabda yang
bermaksud:

Aku pernah bermimpi seolah-olah berhijarah daripada Kota
Mekah menuju ke suatu daerah yang banyak terdapat pokok
kurma. Aku yakin itu adalah daerah Yamamah atau daerah
Hajar, namun ternyata ianya adalah daerah Madinah yang
dahulu Yathrib .
Hadis Riwayat al-Bukhari

ii. Rasulullah SAW Bermimpi Syuhada Uhud:

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



Aku melihat diriku seakan-akan memakai baju besi yang
kukuh dan aku melihat lembu disembelih. Aku menafsirkan baju
besi yang kukuh itu Madinah dan menafsirkan lembu yang
disembelih itu sebagai kematian .

Hadis Riwayat Ahmad
iii. Mimpi Memindahkan Demam Panas daripada Madinah ke Juhfah:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata bahaawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:

Aku bermimpi seorang wanita berkulit hitam berambut kusut
keluar daripada Madinah sehingga berdiri di bumi yang
terbentang luas iaitu Al-Juhfah. Aku menafsirkannya bahawa
wabak Madinah dipindahkan kepadanya .

Hadis Riwayat al-Bukhari

12.0 MUKJIZAT RASULULLAH SAW BERBENTUK DOA

Bentuk mukjizat yang terakhir yang datang daripada Rasulullah SAW adalah berbentuk doa. Di
dalam Islam kita digalakkan untuk berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Tidak hairanlah jika
doa itu menjadi senjata untuk golongan mukmin inikan pula doa dari Rasulullah SAW yang
merupakan seorang Nabi yang maksum lagi bersih hatinnya. Contoh doa yang pernah dibuat
Rasulullah SAW:

i. Doa Rasulullah SAW untuk Abdur Rahman Bin Auf agar menjadi Hartawan
Terkemuka:

Menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW pernah mendoakan Abdur Rahman
bin Auf agar menjadi seorang hartawan yang terbuka. Doa Rasulullah SAW itu
dimakbulkan oleh Allah dan Abdur Rahman bin Auf menjadi hartawan yang
tersohor. Hasil dari kekayaannya itu disumbangkan kepada Rasulullah SAW
untuk kepentingan perjuangan Islam. ( Saed 1994: 183 )

ii. Doa Untuk Anas r.a:

Diriwayatkan bahawa Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik pernah
meminta daripada Rasulullah SAW supaya Baginda mendoakan Anas, katanya:
Ya Rasulullah! Pelayan Tuan, iaitu Anas, semoga Tuan mendoakan untuknya
. Lalu Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:

Ya Allah! Semoga engkau memperbanyakkan hartanya
dan anak cucunya dan berilah keberkatan untuknya dalam
apa sahaja yang telah Engkau berikan kepadanya.

Sesudah itu, Anas bin Malik dianugerahkan Allah kekayaan dan anak yang
ramai sehingga dia pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya hartaku sudah
banyak dan anak cucuku sehingga ke hari ini seramai lebih kurang 100 orang
. ( Saed 1994: 184 )

iii. Doa Rasulullah SAW untuk Meminta Hujan:

Diriwayatkan bahawa pada salah satu peperangan Rasulullah SAW, kaum
Muslimin yang ikut serta dalam peperangan itu kehabisan air sehingga mereka
berasa amat kepenatan dan berat kerana terlalu dahaga. Maka ketika itu
datanglah Umar kepada Baginda dan meminta supaya Baginda meminta hujan
daripada Allah. Rasulullah SAW mendengar permohonan Umar lalu berdoa.
Setelah habis berdoa kemudian muncullah awan lalu turunlah hujan dengan
lebatnya. ( Syahrin 2009: 85 )


13.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya sekiranya kita hendak menyelami lautan mukjizat ini nescaya
bilangannya akan mencecah hingga jutaan. Sebagai seorang muslim yang mengikut panduan
yang dibawa oleh Islam, kita seharusnya mengetahui mukjizat-mukjizat walaupun sedikit. Ini
kerana ia menunjukkan kekuasaan Allah dan juga kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Mukjizat-mukjizat utama yang umum seperti Isra dan miraj memberi kita banyak pengajaran
dan iktibar bahawa masyarakat Arab ketika banyak yang rugi akibat mendustakan apa yang
dibawa oleh Baginda SAW. Tapi beruntunglah bagi seseiapa yang mendengar peristiwa ini
daripada mulut Rasulullah SAW sendiri dah terus masuk ke dalam agama Islam dan
menghambakan diri kepada Allah serta Rasulnya.Selain itu, kita sebagai umat akhir zaman perlu
ingat bahawa fitnah-fitnah dan cubaan untuk merosakkan akidah oleh golongan yang anti Islam
dengan menceritakan hadis-hadis palsu yang membawa kepada kesesatan sentiasa berlaku di
sekeliling kita untuk meghancurkan pegangan yang ada pada seorang muslim. Jadi kita mesti
belajar dan menimba ilmu yang cukup untuk melawan golongan-golongan yang menggunakan
ideologi akal supaya dapat mempertahankan kesucian agama Islam sehingga ke akhirnya.










RUJUKAN:

Sheikh Abdullah Basmeih, 2001. Tafsir pimpinan ar-Rahman. Putrajaya: Darul
Fikir.

Harrun Arrasyid, 2003. Mukjizat Nabi & Rasul Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Zebra
Edition.Sdn Bhd.
Johari Yaman, 2011. Mukjizat Rasulullah. Kuala Lumpur: Nadi Minda Resources.
Muhammad Isa Selamat, 2002. Kelebihan Mukjizat:Misteri Surat Rasulullah SAW. Selayang:
Al-Falah Publications.

Mohd Suhail Lokman, 2008. Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Nabi Muhammad SAW. Puchong
: Berlian Publications Sdn.Bhd.

Muhammad Nuruddin Marbu, 2012. Mukjizat Rasulullah SAW. Shah Alam: PSN Publications
Sdn.Bhd.

Mustafa Murad, 2008. 1000 Mukjizat Rasul. Puchong: Berlian Publications Sdn.Bhd.

Muhammad, 2009. Keistimewaan Rasulullah SAW.Johor Bahru: Peniagaan Jahabersa.

Mutawalli Syarawi,2003. Mukjizat Rasulullah SAW. Bandung: CV Pustaka Setia Press.

Saed Hawwa, 1994. Hikmah Mukjizat Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur: Darul Numan
Publications.

Samed Strauch, 2003. Miracle of the Messenger SAW. Riyadh: Darussalam Press.

Syahrin bin Jasah, 2009. Mukjizat Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

You might also like