You are on page 1of 3

BERIMAN KEPADA RASUL

DEFINISI BERIMAN KEPADA RASUL


Beriktikad bahawa Allah SWT mempunyai rasul-rasul daripada kalangan manusia, yang
dipilih untuk menyampaikan risalah-Nya.
Sesiapa yang mengikut rasul maka dia telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang
menderhaka kepada rasul sesungguhnya dia telah terpesong daripada jalan yang benar.
WAJIB BERIMAN DENGAN SEMUA RASUL
Kita wajib beriman dengan semua nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT secara
umum, dan nabi dan rasul yang disebutkan nama dan kisah mereka dalam al-Quran secara
khusus.
HAKIKAT KENABIAN (AL-NUBUWWAH)
1. “Al-Nubuwwah” ialah perantaraan di antara Allah SWT dan manusia dalam
menyampaikan syariat
2. Allah SWT telah memilih dan memberikan nikmat dan anugerah ini kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-hambaNya
3. Martabat ini tidak dapat dicapai dengan banyak melakukan ketaatan atau ibadat,
4. Tidak juga dengan dipilih seorang nabi yang lain atau permintaannya
“Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al Hajj, 75]
PERBEZAAN ANTARA NABI DAN RASUL

TUGAS DAN HIKMAH DARIPADA PERUTUSAN RASUL.


1. Mengeluarkan hamba-hamba Allah daripada menyembah sesama hamba kepada
menyembah Tuhan yang memiliki hamba
2. Menjelaskan tujuan sebenar Allah SWT menciptakan makhluk
3. Mendirikan hujah ke atas manusia supaya tiada lagi alasan bagi manusia untuk tidak
mengikuti agama Allah SWT
4. Memberikan khabar gembira kepada golongan yang taat, dan memberi ancaman
azab kepada golongan yang ingkar
5. Menerangkan tentang perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh manusia
dengan akal mereka
6. Semua rasul merupakan contoh ikutan yang sempurna
7. Memperbaiki dan membersihkan nafsu

ISLAM IALAH AGAMA SEMUA NABI


Semua nabi dan rasul menyeru manusia kepada menyembah Allah Yang Esa dan menolak
semua ibadat yang lain, walaupun berbeza dari segi syariat (perundangan) dan hukum
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”[Al 'Imran19]

SIFAT MAKSUM PARA NABI DAN RASUL


Allah telah menjaga mereka daripada melakukan sebarang dosa dan membebaskan mereka
daripada sebarang cacat-cela sehingga mereka dapat menyampaikan wahyu dengan
sebaik-baiknya. Pemeliharaan Allah SWT ini dikenali sebagai sifat maksum.
MARTABAT PARA NABI DAN RASUL

Para rasul yang paling afdal dalam kalangan mereka ialah yang digelar “Ulul ‘Azmi”
daripada rasul-rasul, iaitu para rasul yang mempunyai keazaman tinggi, cekal dan
menghadapi penentangan hebat daripada kaum mereka.
Mereka ialah: Nabi Nuh AS, Ibrahim AS, Musa AS, ‘Isa AS dan Muhammad SAW

You might also like