You are on page 1of 2

BERIMAN KEPADA RASUL:

ISMATUR RASUL

Maksud Ismatul Rasul


Bermaksud para rasul terpelihara daripada
melakukan sebarang maksiat, dosa dan perkara
yang mencemarkan kemuliaan dan kemampuan
mereka dalam menyampaikan wahyu Allah.

1. Mukjizat Maknawi

Iaitu
mukjizat
yang
akan
diketahui
keluarbiasaannya
dengan
menggunakan
kekuatan akal fikiran. Contohnya al-Quran
hanya boleh dirasai kehebatannya setelah
dipelajari dan dikaji secara mendalam.

2. Mukjizat Hissi
Hikmah /Kelebihan Rasul Bersifat Maksum.

1. Menjamin kewibawaan para nabi dan


rasul.
2. Menjadi contoh teladan kepada manusia
dalam semua aspek kehidupan.
3. Meyakinkan manusia tentang kebenaran
risalah yang dibawa.
4. Memelihara kemuliaan dan keaslian
wahyu daripada perubahan
dan
penyelewengan.
5. Menolak hujah orang yang mengingkari
ajaran rasul.
Sebab Rasul Dilantik Daripada Kalangan
Manusia

1. Memudahkan manusia menerima ajaran


rasul.
2. Menjadi contoh dalam melaksanakan
suruhan
Allah
dan
meninggalkan
larangannya.
3. Bersesuaian dengan manusia yang
mempunyai sifat cekal, sabar dan gigih.
4. Sebagai ujian Allah kepada manusia
sama ada membenarkan para rasul atau
mendustakan mereka.
MUKJIZAT

Maksud Mukjizat
Iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh
Allah kepada para nabi dan rasul.

((

()

Iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa oleh


pancaindera.
Contohnya
mukjizat
Nabi
Muhammmad dapat membanyakkan makanan
yang sedikit.

Contoh Mukjizat Para Rasul (Hissi)


1. Nabi Ibrahim tidak hangus dibakar api.
2. Unta Nabi Soleh keluar daripada batu.
3. Tongkat Nabi Musa bertukar menjadi
ular.
4. Nabi Sulaiman boleh memerintah angin.
5. Nabi Yunus terselamat daripada perut
ikan nun.
6. Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit
sopak dan buta.
7. Nabi Muhammmad naik ke langit dalam
peristiwa Israk dan Mikraj.
Tujuan Allah Mengurniakan Mukjizat
1. Menunjukkan kekuasaan Allah.
2. Melemahkan musuh-musuh Allah.
3. Membuktikan kebenaran risalah yang
dibawa.
4. Membenarkan para rasul dan menolong
mereka.
5. Meyakinkan orang kafir kebenaran Islam
dan mendorong mereka agar memeluk
Islam.
6. Menjawab
soalan
dan
menyahut
cabaran.
7. Meyakinkan umat Islam kebenaran
Islam.
Mukjizat tidak berlaku kepada manusia biasa. Ia
tidak boleh dipelajari atau ditandingi.

Perkara Luar Biasa Yang Boleh Berlaku


Kepada Manusia Biasa,
Jenis-Jenis Mukjizat
Ada 2 jenis;

antaranya:

1.Karamah / keramat (): Iaitu perkara


luar biasa dikurniakan oleh Allah kepada
hamba-Nya yang soleh.
Contoh: Karamah yang berlaku kepada AshabulKahfi.

2.Irhas (): Perkara luar biasa yang


dikurniakan oleh Allah kepada seseorang yang
bakal dilantik menjadi rasul untuk menarik
perhatian orang ramai kepada mereka.
(PMR 2004)

Contoh: Nabi Isa boleh bercakap ketika masih


bayi.
3. Maunah (): Perkara luar biasa yang
dikurniakan oleh Allah kepada orang biasa yang
beriman sebagai pertolongan Allah kepada
mereka.
Contoh: Seseorang yang terselamat daripada
bahaya maut.

4. Istidraj (): Perkara luar biasa yang


berlaku kepada manusia yang mengingkari
Allah seperti orang fasik dan kafir.
Contoh: Seseorang yang diberikan nikmat yang
melimpah ruah dan ditangguhkan pembalasan
oleh Allah. Keadaan ini menyebabkan mereka
lupa daratan, sombong dan menyangka berada
di pihak yang benar.

5. Sihir (): Perkara luar biasa yang berlaku


kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya
kerana didorong hawa nafsu untuk melakukan
kejahatan. Sihir berlaku dengan bantuan jin dan
syaitan. Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh
orang yang mengetahui cara-caranya.
(PMR 2004)

Contoh: Sihir pukau atau santau


diamalkan oleh sesetengah dukun.

yang

Penghayatan

1. Menjauhkan diri daripada


amalan-amalan
yang
mengakibatkan dosa.

melakukan
boleh

2. Sentiasa menjaga kebersihan rohani dan


jasmani.
3. Bersopan santun dan berdisiplin setiap
masa.
PENILAIAN
1. Nyatakan maksud ismatur rasul. (2m)
2. Terangkan tiga hikmah rasul bersifat
maksum. (6m)
3. Jelaskan tiga sebab Allah melantik rasul
daripada kalangan manusia. (6m)
4. Al-Quran merupakan mukjizat teragung
Nabi Muhammad.
Huraikan kenyataan berserta contoh
bagi membuktikan kebenarannya. (4m)

You might also like