You are on page 1of 3

SKRIP TEMU BUAL ORANG SUMBER

Nama: Puan S. Deva Mary A/P P. Subramaniam


No. KP: 700608-04-5328
Umur: 50 tahun
Pekerjaan: Guru Sejarah
Alamat: No. 30/32 Lorong Dato’ Abdul Hamid 65C, Taman Sentosa, Klang 41200 Selangor

Pada 20 Ogos 2020, saya telah pergi ke rumah Puan Deva Mary untuk memperoleh
maklumat bagi tugasan. Saya menemu bual beliau tentang apa yang mungkin berlaku
sekiranya penduduk tempatan tidak menentang British dan iktibar yang perlu kita hayati.
Saya percaya kredibiliti sumber beliau kerana beliau berpengalaman dalam bidang Sejarah.

Temu bual adalah seperti berikut:

__________________________________________________________________________

Chris: Selamat sejahtera, puan. Apa khabar, puan?

Pn. Deva: Selamat sejahtera. Saya khabar baik. Terima kasih atas keprihatinan kamu.

Chris: Sama-sama, puan. Jika puan tidak keberatan, izinkan saya menemu bual puan untuk
mendapatkan maklumat bagi tugasan Sejarah saya.

Pn. Deva: Tentu boleh. Apakah soalannya?

Chris: Pada pendapat anda, apakah yang mungkin berlaku pada masa kini sekiranya
penduduk tempatan tidak bangkit menentang British?

Pn Deva: Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, kemungkinan besar kita masih berada di
bawah naungan British dan Tanah Melayu kekal sebagai tanah jajahan. Hal ini kerana
Malaysia wujud selepas Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dan
sebelum itu, nama negara kita ialah Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak
menerima kemerdekaan daripada British apabila gabungan Malaysia ini berlaku.

Tanpa sebarang penentangan, British masih akan eksploitasi ekonomi kita dan mengambil
keuntungan daripadanya untuk kepentingan diri mereka sahaja. Bukan itu sahaja, Sabah dan
Sarawak mungkin masih milik British dan Malaysia tidak akan wujud.
SKRIP TEMU BUAL ORANG SUMBER
Chris: Baik puan, apakah kemungkinan lain yang mungkin berlaku?

Pn Deva: Agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi negara. Tambahan pula, sultan akan
kehilangan kuasa dan kepimpinan negara dikuasa oleh bukan Islam atau orang Melayu.

Hal ini kerana British akan memberikan jawatan penting berkenaan pentadbiran negara
kepada orang bukan Islam seperti orang Kristian. Sebagai contoh, Pesuruhjaya Tinggi British
yang pertama, Sir Edward Gent merupakan seorang Kristian. British akan menggugat
pentadbiran negara kita dan hal ini boleh melenyapkan kuasa orang Melayu di negara ini.

Chris: Oh begitu. Apakah kesannya?

Pn Deva: Orang Melayu kehilangan hak dan ketuanan di negara ini dan hidup dalam
kemunduran. Hal ini kerana British membawa warganegara asing seperti dari China dan India
untuk bekerja di lombong bijih timah dan lading getah di negara kita dan mungkin akan
mengabaikan kepentingan orang Melayu.

Lama- kelamaan, bilangan kaum pendatang bertambah menyebabkan bilangan penduduk asal
iaitu kaum Melayu menjadi kecil. Kesannya,semua penduduk mempunyai hak yang sama dan
hak istimewa orang Melayu hilang. Rusuhan kaum mungkin berlaku.

Chris: Soalan seterusnya. Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat kita hayati daripada
perjuangan penduduk tempatan mempertahankan kedaulatan tanah air?

Pn. Deva: Iktibar daripada perjuangan ialah  masyarakat perlu berpendirian tegas dalam
menyatakan bantahan. Contohnya, bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union
menemui kejayaan tetapi gerakan anti-penyerahan Sarawak gagal.  Pemimpin berwibawa
turut penting untuk mentadbir negara kita. Tanpa mereka, negara dibelenggui kuasa asing.
Contohnya, Sarawak diserah kepada British walaupun ditentang oleh penduduk tempatan
tetapi tidak berjaya kerana tiada pemimpin yang berwibawa untuk mengetuai mereka.

Tambahan pula, perpaduan penting untuk mempertahankan kedaulatan. Orang Melayu buat
pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang
British . Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat
British tersebut . Kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan UMNO dan orang Melayu
berjaya menumbangkan Malayan Union.

Chris: Terima kasih puan atas kesudian anda ditemu bual untuk tugasan Sejarah saya.

Pn. Deva: Sama-sama Chris.


SKRIP TEMU BUAL ORANG SUMBER

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union terus
dilaksanakan di Tanah Melayu?.                                             
(kesan buruk pada penduduk peribumi)
 
F1 Sultan hilang kuasa 
F2 Melenyapkan kuasa politik orang Melayu
F3 Orang Melayu kehilangan warisan bangsa
F4 Agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi negara
F5 Orang Melayu hidup dalam kemunduran     
F6 Kepimpinan negara dikuasa oleh bukan Melayu
F7 Orang Melayu akan mundur dalam pendidikan
F8 Orang Melayu mundur dalam bidang ekonomi 
F9 Ketamadunan bangsa Melayu tergugat
F10 Ketuanan Melayu tidak dapat dikekalkan

You might also like