You are on page 1of 21

IPAD PDSI V2015.

2
Negeri

: ____________________________

Nama Sekolah

: ____________________________

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & ARAS 2, NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

INSTRUMEN PEMANTAUAN
PELAKSANAAN AKTIVITI DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Instrumen ini terbahagi kepada 9 aspek:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Aspek 1- Persatuan Pendidikan Islam.


Aspek 2- Pelaksanaan Hari Kebesaran Islam
Aspek 3- Pertandingan
Aspek 4- Khemah Ibadah
Aspek 5- Surau IMARAH
Aspek 6- Program Bulan Dakwah
Aspek 7- Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)(SMKA SABK sahaja)
Aspek 8- Program Pemantapan Sahsiah (SM)

OBJEKTIF PEMANTAUAN:
a)

Memastikan pihak sekolah mempunyai perancangan program dakwah


sepanjang tahun dan jadual pengurusan yang telah dikemaskini.

b)

Memastikan sekolah-sekolah melaksanakan program dakwah secara berfokus.

c)

Mengetahui sejauhmana keberkesanan, kelemahan dan kekuatan aktiviti


dakwah di sekolah-sekolah.

d)

Menilai keberkesanan program dakwah dalam menyumbang pembangunan


modal insan selaras dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia ( PPPM ).

e)

Memberi cadangan kepada pihak sekolah sebagai panduan ke arah


penambahbaikan program dakwah di sekolah.

IPAD PDSI V2015.2


PROFIL SEKOLAH
Bahagian ini berkaitan dengan maklumat am sekolah yang dipantau.
Arahan : Sila isi maklumat dalam ruangan yang disediakan
Bahagian A : Maklumat Asas Sekolah
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
No. Telefon :
No. Faks :
Alamat email :
Laman web :
Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam:
Nombor Telefon :
Arahan : Pada setiap kenyataan sila tanda (/) dalam ruangan yang berkenaan.
Bahagian B : Profil sekolah Dipantau
1. Jenis Sekolah
1.

Sekolah Kebangsaan (SK)

2.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

4.

Sekolah Kebangsaan (Pendidikan Khas)

5.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

6.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

7.

Sekolah Menengah Kebangsaan (Pendidikan Khas)

8.

Sekolah Menengah Teknik (SMT)

9.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

10.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

11.

Sekolah Sukan

12.

Sekolah Seni

13.

Lain-Lain; nyatakan :

IPAD PDSI V2015.2


2. Lokasi Sekolah
1.

Bandar

2.

Luar Bandar

3.

Pedalaman

3. Gred Sekolah

4.

5.

6.

1.

Gred A

2.

Gred B

3.

Sekolah Kurang Murid (SKM)

Kategori Sekolah
1.

Kerajaan

2.

Bantuan Kerajaan

3.

Lain-Lain; nyatakan

Maklumat Persekolahan
Sesi Persekolahan

Bilangan Murid

Bilangan Kelas

1.

Satu Sesi (pagi sahaja)

Pagi

Pagi

2.

Dua Sesi (pagi dan


petang)

Pagi

Pagi

Petang

Petang

Status Premis
1.

Premis Sendiri

2.

Sekolah Menumpang (Beroperasi Sementara Menunggu Premis


Sendiri Siap)
Lain-Lain; nyatakan

3.
7.

Senarai Nama Guru Pendidikan Islam /Guru Bahasa Arab/Guru jQAF


Bil.

Nama

No. Telefon

* Sertakan lampiran jika perlu

IPAD PDSI V2015.2


Arahan: Pada setiap kenyataan sila isikan Skor dalam ruangan yang berkenaan dengan
merujuk kepada skala yang ditetapkan.
PENENTUAN SKOR
Skor
0
1
2

No.
Aspek

Deskripsi (Tahap Pelaksanaan)


Tiada
Sederhana
Cemerlang

Aspek

No.
Item

Skor Sekolah

Item

1.

Persatuan
Pendidikan
Islam

(a)

Persatuan Pendidikan Islam


i.
ii.
iii.

Fail Persatuan
Takwim Aktiviti Tahunan
Aktiviti :
1.....
2.....

iv.

Laporan
Jumlah Aspek 1

(a)
2.

Sambutan
Hari
Kebesaran
Islam

/8

Maal Hijrah / Maulidur Rasul


i.
ii.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti :
1.....
2.....

(b)

Israk Mikraj
i.
ii.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti :
1.....
2.....

(c)

Ihya Ramadhan
i.
ii.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti : Tazkirah Ramadan / penerbitan
: Iftar Jamaie
: Tadarus Al-Quran / khatam Al-Quran
Jumlah Aspek 2

/16

IPAD PDSI V2015.2

No.
Aspek

Aspek

No.
Item

Skor Sekolah

Item

3.

Majlis Tadarus
Al-Quran &
Nasyid

(a)

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) & Nasyid


i.
ii.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti : Tilawah
: Hafazan
: Syarahan / Cerita
: Nasyid
Jumlah Aspek 3

4.

Majlis Ihtifal
SekolahSekolah

(a)
i.
ii.

Khemah
Ibadah

(a)

Surau IMARAH

/14

Khemah Ibadah / Kem Motivasi Islam


i.

ii.

6.

/10

Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS)


(SMKA/SABK / KAA sahaja)
Kertas Kerja & Laporan
Aktiviti : Kalimatus Sobah
Hiwar
Kuiz Bahasa Arab
Kuiz Ilmu Wahyu
Qiraat Sabah
Hafazan
Jumlah Aspek 4

5.

(a)
i.
ii.
iii.
iv.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti :
1.....
2.....
Jumlah Aspek 4

/4

Jumlah Aspek 5

/8

Surau IMARAH
Pengurusan Pentadbiran
Pengurusan Aktiviti
Pengurusan Kelengkapan
Pengurusan Fizikal

IPAD PDSI V2015.2

No.
Aspek

Aspek

No.
Item

Skor Sekolah

Item

7.

Program
Bulan Dakwah

(a)

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Program Bulan Dakwah 2014 /2015


(minimum 4 aktiviti)
Kertas Kerja & Laporan
Kempen Menutup Aurat Dengan Sempurna
Kempen Smart Salam (Senyum Salam Sapa)
Kuliah 3 Minit
Radio Islami
Semarak Jawi
Street Dakwah
Pendakwah Cilik (SR sahaja)
Imam Remaja (SM sahaja)
Kempen Tak Nak Couple (SM sahaja)
Kaunter Faraid (SM sahaja)
Jumlah Aspek 6

8.

Sahsiah
Unggul Murid
(SUMUR)
(SMKA & SABK
sahaja)

(a)

Program
Pemantapan
Sahsiah (SM)

/10

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

i.
ii.
iii.
iv

Fail ( Bilangan 6)
Aktiviti
Usrah
Laporan
Jumlah Aspek 9

9.

(a)

/8

Program Pemantapan Sahsiah (SM)


i.

ii.

Kertas Kerja & Laporan


Aktiviti :
1.....
2.....
Jumlah Aspek 9

/4

IPAD PDSI V2015.2

RUMUSAN
No.
Aspek

Aspek

SK

Persatuan Pendidikan Islam

Sambutan Hari Kebesaran Islam

3
4
5

Majlis Tadarus Al-Quran & Nasyid


Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah
Khemah Ibadah

Surau IMARAH

Program Bulan Dakwah

8
9

Markah penuh
SMK
SMK
(KAA)

SMKA
/ SABK

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)


(SMKA & SABK sahaja)
Program Pemantapan Sahsiah
(SM sahaja)

JUMLAH SKOR KESELURUHAN

/74

/78

PENARAFAN (Pencapaian 60% ke bawah perlu tindakan pemantauan susulan)

PERATUS PENCAPAIAN

TARAF PENCAPAIAN

90% - 100%

CEMERLANG

76% - 89%

SANGAT BAIK

61% - 75%

BAIK

50%- 60%

SEDERHANA

49% ke bawah

LEMAH

PENCAPAIAN
(Tandakan )

IPAD PDSI V2015.2

ULASAN PEGAWAI PEMANTAU :


Arahan : Sila catatkan pada ruangan kosong di bawah
1. Perancangan program dakwah:

2. Pelaksanaan program dakwah secara berfokus:

3. Kekuatan aktiviti dakwah:

4. Kelemahan aktiviti dakwah:

5. Rumusan

. . .
Tandatangan
Tandatangan
Tandatangan
Ketua Pegawai Pemantau
Pegawai Pemantau
Pengetua / Guru Besar
& Cop
& Cop
& Cop

Lampiran
Surat Pekeliling yang berkaitan
1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9A/1976 :
PELAKSANAAN BIMBINGAN AGAMA BAGI MURID-MURID BERAGAMA ISLAM
2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 :
PENCERAMAH JEMPUTAN UNTUK MAJLIS DAN AKTIVITI AGAMA ISLAM DI
SEKOLAH
3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991 :
TATAKELAKUAN PELAJAR KETIKA DI MASJID
4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1977 :
KEMUDAHAN UNTUK MURID-MURID ISLAM SEKOLAH MENENGAH MENUNAIKAN
SEMBAHYANG JUMAAT
5. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1977 :
BACAAN DOA MENGIKUT AGAMA KRISTIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MISYEN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2543107
Kawat : PELAJARAN

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (60)
Tarikh

: 5 Februari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1991 :


Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid
Dukacita didapati akhir-akhir ini keadaan di mana sebilangan pelajar tidak dapat
menunjukkan adab serta tatatertib yang baik ketika berada di masjid untuk solah berjemaah,
jelasnya bagi fardhu Jumaat. Terdapat perlakuan di kalangan pelajar yang berbuat dan
bergurau sesama sendiri, serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para
jemaah lainnya.
2.
Perlakuan sedemikian boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai
terhadap disiplin pelajar, sekaligus menggugat kewibawaan sekolah yang akan dianggap
sebagai gagal memberikan pendidikan yang berkesan. Hal seumpama ini tidak seharusnya
dibiarkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat dengan perlakuan tersebut masih kecil.
3.
Sebagai langkah kawalan, sekolah-sekolah adalah dikehendaki mengambil tindakan
seperti berikut :
(a)

Sentiasa memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib ketika


berada di tempat-tempat khas, lebih-lebih lagi apabila berada di masjid, surau
atau madrasah, melalui perhimpunan mingguan, atau dilakukan oleh guru di
dalam kelas, di samping pengajaran mata pelajaran Agama Islam.

(b)

Guru-guru ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan pelajar di masjid di


mana lazimnya pelajar menyempurnakan fardhu Jumaat dan di masjid-masjid
di mana guru-guru menjadi kariahnya.

(c)

Bagi menentukan keberkesanan pengawasan, lebih sesuai jika pelajarpelajar dikelompokkan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang
Pengawas Sekolah. Pelajar-pelajar seharusnya berada di saf-saf yang
diperuntukkan kepada mereka.

(d)

Lain-lain tindakan yang dapat membantu mengawas perlakuan tidak


berdisiplin pelajar ketika di masjid.

4.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah
jagaan tuan. Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1.

Y.B. Dato Sri Anwar Ibrahim


Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan

7.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan

8.

Timbalan Ketua Setiausaha II

9.

Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900
Fax : 03-2543107
Kawat : PELAJARAN

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (53)
Tarikh

: 25 Januari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 :


Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan
Aktiviti Agama Islam Di Sekolah
Pengajaran Agama Islam bersifat formal di bilik darjah sewajarnya disokong dengan
strategi-strategi amali, latihan danpengayaan di luar bilik darjah untuk membantu pelajarpelajar yang beragama Islam mengukuhkan lagi pengetahuan serta penghayatan mereka
terhadap apa yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti Agama Islam yang dijalankan di sekolah,
seperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus
diadakan dan sememangnya digalakkan. Akan tetapi, dalam kaitan ini, penyampaian kuliah
atau ceramah agama yang lazimnya diadakan untuk majlis-majlis tersebut, difikirkan lebih
sesuai jika dilakukan oleh kalangan para guru sendiri.
2.
Bermula daripada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini, pihak pentadbir sekolah
hendaklah memberi keutamaan menjemput guru-guru Agama Islam yang sedang
berkhidmat di sekolah atau berada dalam perkhidmatan pendidikan untuk menyampaikan
kuliah atau ceramah di majlis-majlis sebagaimana dinyatakan di atas. Jemputan kepada
individu-individu bukan guru atau tokoh-tokoh perseorangan di luar daripada perkhidmatan
pendidikan hendaklah dielakkan.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri
tuan.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1.

Y.B. Dato Sri Anwar Ibrahim


Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan

7.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan

8.

Timbalan Ketua Setiausaha II

9.

Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
Tel: 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(14)


22 Jun 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/1998:


Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah
Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Pendidikan Islam antara lain memberikan
penekanan kepada aspek penghayatan dan amali. Sehubungan dengan itu, kewujudan
surau dan bilik sernbahyang menjadi penting dan perlu dalam usaha mengukuhkan
pengajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah. Narnun demikian, hasil kajian yang
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati masih banyak sekolah yang dibina
sebelum Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7)
yang belum mempunyai surau atau bilik sembahyang yang tetap dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan Pendidikan Islam selaras dengan kehendak kurikulum.
2.
Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan
kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah
masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturanperaturan yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling
lktisas ini dikeluarkan.
i.

DEFINISI
a. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilik
darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang
dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.
b. Bilik sembahyang bermaksud bilik yang dibina bersambung dengan bangunan
sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh
seluruh warga sekolah.

ii.

KEBENARAN UNTUK MEMBINA SURAU


a. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Bomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan.
b. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihak
sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

iii.

PEMBIAYAAN
a. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan hanya memberi peruntukan kewangan
bagi pembinaan bilik sembahyang sahaja. Bagi pembinaan surau, tiada
peruntukan diberikan. Permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi
pembinaan bilik sembahyang hendaklah dikernukakan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri kepada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan
Kementerian Pendidikan.
b. Sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang sendiri
boleh memohon bantuan daripada individu, orang rarnai, pihak swasta dan lainlain, selain daripada Kerajaan, melalui Persatuan lbu Bapa dan Guru.
c. Pungutan derma yang melibatkan pelajar hendaklah mematuhi peraturanperaturan yang sedia ada dan kandungan Surat Pekeliling lktisas Bil. 7/1983.

iv.

PROSEDUR PEMBINAAN
a. Dari segi tapak binaan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memastikan
bahawa pelaksanaan projek tidak akan mengganggu projek-projek
pembangunan yang akan datang di sekolah berkenaan.
b. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai bilik sembahyang bolehlah
membina bangunan tambahan bersambung dengan bangunan sekolah atau
mengubahsuai bilik darjah yang sedia ada.
c. Bilik sembahyang yang bersambung dengan bangunan sekolah hendaklah
mengambil kira arah qiblat jika boleh dan reka bentuknya sesuai sebagai bilik
sembahyang.
d. Sekolah-sekolah yang akan membina surau atau bilik sembahyang hendaklah
mengikut pelan, reka bentuk dan piawaian yang diluluskan oleh Jabatan Kerja
Raya dan Kementerian Pendidikan.
e. Bilik sembahyang seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam
brif projek bangunan sekolah adalah seperti berikut.
SEKOLAH MENENGAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 18 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
(ii) Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meter
lebar).
(iii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
SEKOLAH RENDAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
2

(ii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
f.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak sekolah bercadang untuk membina


atau mengubahsuai bilik sembahyang dengan keluasan yang berbeza daripada
yang ditetapkan di atas, kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

g. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpan
keperluan-keperluan surau.
h. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau bilik
tersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah
yang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan dan
penyelenggaraan.
i.

Pihak sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat yang


Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.

ditetapkan

oleh

3.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.

1.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak


Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3.

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8.

Ketua Nazir Sekolah

9.

Pegawai Perhubungan Awam

You might also like