You are on page 1of 11

DOKUMEN RASMI : DASAR KURIKULUM SEKOLAH

NAMA ORGANISASI :

SEKOLAH KEBANGSAAN NUNUK RAGANG

ALAMAT ORGANISASI :

JALAN RANAU SANDAKAN


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KARUNG BERKUNCI NO.8 89300 RANAU

PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

Penentuan dasar yang ditetapkan di dalam Dasar Kurikulum Sekolah Kebangsaan SK NUNUK RAGANG ini tidak
akan berubah melainkan sehingga berlaku perubahan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Perubahan-perubahan lain yang tidak melibatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan boleh dilakukan dari semasa
ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau serta matlamat, hala tuju dan piagam
pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan SK NUNUK RAGAG dalam
memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi
tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;

2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
2.4. Pendidikan Negeri sABAH dan Pejabat Pendidikan Daerah RANAU.

3.0 DASAR

3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar
Pendidikan kebangsaan.
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.
3.3. Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Luar Bandar segala ketetapan oleh
agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya pada sepanjang masa.
3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang
sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di
dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap
murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
3.5. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan
keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan
Daerah Ranau.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada
semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing
setelah disemak dan disahkan oleh guru besar.
4.4. Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak pematuhan
keputusan mesyuarat dan progres tindakan.
4.5. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat
dijalankan.
4.6. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan Kebenaran guru
besar sahaja.
4.7. Semua guru adalah tertakluk dan diarah untuk merujuk kepada tatacara pengurusan dan
pengendalian mesyuarat berkesan.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.0 SISTEM FAIL

5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.


5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail
hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail
hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran di mana-
mana lokasi yang sesuai untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan.
5.4. Semua Fail Panitia asal diletakkan di bilik Guru Besar, Ketua Panitia hanya menyimpan salinan
fail sebagai “desk copy”
5.5. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;

- Fail 1 – Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa,
takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling,
surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,instrumen pencerapan guru, instrumen
pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan
perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran.

- Fail 2 – Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Standard Kurikulum


(DSK) Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

6.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR 6.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR
1 Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu
2 Matematik 2 Matematik
3 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Inggeris
4 Pendidikan Islam 4 Pendidikan Islam
5 Pendidikan Moral 5 Pendidikan Moral
6 Pendidikan Seni Visual 6 Pendidikan Seni Visual
7 Pendidikan Kesihatan 7 Pendidikan Kesihatan
8 Pendidikan Jasmani 8 Pendidikan Jasmani
9 Dunia Muzik 9 Dunia Muzik
10 BKD K 10 BKD
11 Sains 11 Sains
12 Sejarah
13 Teknologi Maklumat & Komunikasi
14 Reka Bentuk Teknologi

7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

7.1. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Tetapi wajib ditulis di dalam Buku
Persediaan Mengajar. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi
Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”.
7.2. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga perhimpunan
selesai kecuali atas kebenaran guru besar.
7.3. Penampilan guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas
mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa
semasa. GuruLelaki digalakkan memakai “neck tie”.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8.0 DSKP, DSK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA
PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

8.1. Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran.
8.2. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap setiap guru perlu
membawa bersama DSKP dan DSK semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
8.3. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31
Januari pada tahun semasa.
8.4. DSKP dan DSK TIDAK boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. DSKP dan DSK
hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid
untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan.
8.5. Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
8.6. Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara berikut ;

i. Tajuk
ii. Tema
iii. Fokus Utama (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
iv. Fokus Sampingan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
v. Objektif @ Hasil Pembelajaran
vi. Pengisian Kurikulum
vii. Sistem Bahasa (Untuk matapelajaran Bahasa)
viii.EMK
ix. Aktiviti
x. Refleksi (diruangan impak dengan dakwat merah)

8.7. Buku Persediaan Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal.
8.8. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, DSKP dan DSK dan Modul
Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Offline setiap kali masuk ke dalam kelas untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
8.9. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus,
perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa
mata pelajaran tersebut.
8.11. Menghabiskan Sukatan ;
Sistem KSSR tidak menakankan kepada untuk menghabiskan sukatan tetapi adalah berfokuskan
untuk penguasaan kemahiran TETAPI atas rasional untuk menyediakan murid bagi menduduki
peperiksaan awam, topik atau unit sekurang-kurangnya hendaklah dihabiskan 3 minggu sebelum
peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa dan bagi Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi
tahun semasa.

9.0 JADUAL WAKTU

9.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa
9.2. semasa.
Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
9.3. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan
dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK

10.1. Mana-mana guru yang mengambil CRK/ berkursus atau menghadiri tugas rasmi luar perlu merekod
dalam Buku Pergerakan Staff dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran
atau Pembantu Tadbir yang menguruskan E-Kehadiran Guru serta mencatat di dalam Buku
Kehadiran dan Buku Pergerakan Staf.
10.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu
kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran dan memaklumkan kepada Guru Penyelaras
Jadual Waktu.
10.3. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
10.4. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.5. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu dan slip akan
dikeluarkan.
10.6. Slip guru ganti hendaklah dilekatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar.
10.7. Guru yang darahkan untuk mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan berada di dalam
kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam slip.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN


Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut ;

Tahap 1:
Isnin & Selasa,Rabu : 07.30 pagi - 12.50 petang
Khamis : 07.30 pagi - 12.20 petang
Jumaat : 07.30 pagi – 11.20 pagi

Tahap 2:
Isnin & Selasa : 07.30 pagi - 01.20 petang
Rabu (pdp) : 07.30 pagi – 11.50
Rabu
(Kokurikulum) : 11.55 pagi - 1.20 petang
Khamis : 07.30 pagi - 12.50 petang
Jumaat : 07.30 pagi – 11.20 pagi

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

12.0.1. Tidak ada peperiksaan bagi Tahap 1 .PBD di laksanakan sepanjang masa.pelaporan adalh 2 kali setahun iaitu
Pelaporan Pertama Bulan April dan Pelaporan Ke 2 bulan September
12.0.2. Peperiksaan rasmi bagi Tahun 4,5 dan 6 adalah 2 kali setahun iaitu PPT (Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) dan dikendalikan secara pentaksiran sekolah.
12.0.3. Pentaksiran Sekolah terhadap perkembangan pembelajaran murid adalah bersifat holistik dan
berterusan dari Januari hingga November.
Rekod atau data perkembangan pembelajaran murid hendaklah direkod masuk ke dalam Modul
12.0.4. Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi semua mata pelajaran.
Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut syarat
kohort umur.
12.0.5. Peperiksaan adalah mengikut jadual dan format kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12.1 Format Peperiksaan

11.1.1. JSU disediakan untuk menentukan aras soalan.


11.1.2. Tempoh masa dan penetapan mata pelajaran adalah mengikut kertas dan jadual sebenar
Peperiksaan Awam.
11.1.3. Format adalah mengikut format soalan kertas peperiksaan awam yang berkuatkuasa semasa.
11.1.4. Semua pengendalian peperiksaan adalah mengikut SOP dan standard peperiksaan sebenar.

11.2 Dasar Penggunaan Kertas Untuk P& P Dan Peperiksaan

11.2.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century
11.2.2. Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5
dan top & bottom pada 0.5
11.2.3. Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan samaada ditanggung sendiri oleh guru berkenaan
atau sekolah .(Bergantung kepada kewangan sekolah)

11.3 Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman

11.3.1. Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.


11.3.2. UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 62% Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan 10%

11.4 Jadual Pengawasan

11.4.1. Disediakan oleh Setiausaha peperiksaan Dalaman Dan disahkan Oleh PGB.
11.4.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi guru bagi pada masa berkenaan
11.4.3. Masa adalah mengikut kebiasaan dan amalan peperiksaan awam sebenar.

11.5 Rekod Markah

11.5.1. Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar.


11.5.2. Markah peperiksaan diisi ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta Selatan.
11.5.3. Slip keputusan dari Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid, Cetakan keputusan
dari SAPS atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi
Peperiksaan Penggal 1 dan 2.
11.5.4. TOV dan headcount adalah wajib ke atas semua guru sebagai amalan profesionalisma keguruan.

11.6 Syarat Lulus

11.6.1. Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;

A: 85-100 (Cemerlang)
B: 70-86 (Kepujian)
C: 60-69 (Baik)
D: 50-59 (Memuaskan)
E: 40-49 (Mencapai Tahap Minimum)
F: 0-39 (Belum Mencapai Tahap Minimum)
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11.7 Jadual Spesifikasi Ujian

11.7.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang dan bersandarkan format soalan semasa oleh
LPM
11.7.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.7.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
11.7.4. Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan Penolong Kanan Pentadbiran serta disahkan
oleh Guru Besar sebelum dicetak.

11.8 Post Mortem Untuk Peperiksaan

11.8.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan
Penggal 1 dan 2 serta Percubaan UPSR. Pelaporan adalah menggunakan tapak slaid
pembentangan yang telah disediakan bagi tujuan pembentangan pelaporan dan kegunaan dialog
prestasi.
11.8.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.8.3. Setiap guru dimestikan menyimpan rekod murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil
tindakan sewajarnya.
11.8.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM, Guru Pemulihan dan
Guru Bimbingan & Kaunseling.

11.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

11.9.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang ditetapkan.
11.9.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBS dibawa bersama untuk
mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan.
11.9.3. Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh
dikemukankan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan, Pejabat
Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan
pemantauan tanpa gagal.
11.9.4. Isikandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru
melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah RANAU
serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah.
11.9.5. Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa dikemaskini.
11.9.6. Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu diisi di dalam Laman
Rasmi Sekolah bagi tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara
“One Stop Centre”

12.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN


12.1 Jawatankuasa Pemantauan

12.1.1. Guru Besar.


12.1.2. Penolong Kanan Pentadbiran.
12.1.3. Penolong Kanan HEM.
12.1.4. Penolong Kanan Kokurikulum
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12.2 Pengajaran dan Pembelajaran

12.2.1. Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun
secara rasmi.
12.2.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
12.2.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.2.4. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
12.2.5. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.
12.2.6. Semua Penolong Kanan akan Di cerap oleh Guru besar .

12.3 Pengurusan Panitia

12.3.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran
berkenaan.
12.3.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.3.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Guru
Besar.
12.3.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
12.3.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini
termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
12.3.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan setiap tahun.
12.3.7. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.4 Bilik-bilik Khas

12.4.1. Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggung jawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
12.4.2. Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan criteria seperti berikut ;

i. Kebersihan
ii. Keceriaan
iii. Keselesaan
iv. Keselamatan
v. Susun atur perabut
vi. Pengurusan inventori
vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah)
viii. Papan informasi

12.4.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
12.4.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi
setiap bilik khas.
12.4.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai
sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12.5 Penyeliaan Buku Latihan Murid

12.5.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif.
12.5.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran dan kelas
yang diajar untuk semakan jawatankuasa.
12.5.3. Tugasan penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga
dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia mata
pelajaran.
12.5.4. Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku Latihan / Hasil
Kerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid)
12.5.5. Pencerap hendaklah menilai ;
i- Bilangan latihan
ii- Kesesuaian latihan
iii- Ketelitian semakan
iv- Arahan pembetulan
v- Ulasan guru
vi- Kekemasan tulisan

12.6 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid

12.6.1. Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.
12.6.2. Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa.
12.6.3. Minima 20 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.
12.7.4. Minima 20 latihan berbentuk struktur melibatkan kajiselidik / inferens / rumusan serta
penekanan kepada KPS bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu.
12.6.5. Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk /
unit semasa yang sedang diajar dalam 1 penggal.
12.6.6. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.gtt
- ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah)
- adab dan akhlak islamiah
- jawi
12.6.11. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif/struktur dan 10 soalan pelbagai format bagi mata
pelajaran bukan teras dalam seminggu.
12.6.12. Minima 2 penghasilan folio bagi setahun untuk mata pelajaran sejarah dan pendidikan seni dan
12.6.13. minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen / bidang dalam Pendidikan Seni Visual
sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.
12.6.14. Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi
merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori dan minima 2 projek kumpulan
dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan dipamerkan.
12.6.15. Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam
seminggu.
12.6.16. Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja
melalui tatacara yang dibenarkan sebagai instrumen hendaklah disimpan secara sistematik
sebagai eviden bagi sesuatu pentaksiran bagi tujuan pementoran dan penjaminan kualiti PS.
12.6.17. Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku latihan murid bagi setiap mata pelajaran
dan setiap kelas pada setiap penggal.
12.6.18. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, dan Pengajaran Guru hendaklah difailkan
dengan kemas dan sistematik.
12.6.19. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru
Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
13.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan
mengisi Lampiran PK 14/1(Borang Anggaran Belanja Mengurus-ABM) bagi mengemukakan
cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran
seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa.
13.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan
Perbendaharaan (AP) yang sedang berkuat kuasa.
13.4. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk perbelanjaan awal tahun bagi
tahun berikutnya.
13.5. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan.

14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

14.1. Buku teks yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap guru.
14.2. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh Jawatankuasa SPBT.
14.3. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan BKD bagi Program NILAM.
14.4. Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran
berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik
PSS telah ditempah terlebih dahulu.
14.5. Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS
untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara
terancang dan terkawal.
14.6. Sewaktu mata pelajaranTASMIK, murid bukan Islam diwajibkan untuk masuk ke PSS dan
menjalani aktiviti NILAM dan di kawal selia oleh Guru Mediadan Guru yang di tugaskan
14.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa.
14.8. Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa.
14.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
14.10. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

15.1. Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat
berdasarkan keperluan panitia.
15.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke
arah kecemerlangan murid.
15.3. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang
dan melaksana program akademik.
15.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia
berkenaan.
15.5. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16.0 PERKEMBANGAN STAF
16.1 Kursus Dalaman

16.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
16.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru
Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan
guru lain.

16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi

16.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
16.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh semua panitia melalui permohonan kertas kerja serta mematuhi
SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa samada dalam aspek ikhtisas dan kewangan.

16.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus

16.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain.


16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia.
16.3.3. Direkod terimaan sebagai milik sekolah.

17.0 KAJIAN TINDAKAN

17.1. Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun sebagai
membudayakan profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
mengatasi masalah pembelajaran murid.
17.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah dan sebagai
inovasi guru dan direkodkan sebagai salah satu aktiviti PLC

20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

20.1. Peluang dan bakat murid untuk penyertaan dalam pertandingan berbentuk ko akademik di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan perlu diberi perhatian dan perancangan jangka
panjang dan juga sebagai KPI guru untuk bidang keberhasilan dan pada masa yang sama dapat
memangkin kualiti pencapaian murid di dalam kualiti akademik.
20.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan
oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. Fokus dan strategi seharusnya
diatur di dalam bidang yang kurang disertai oleh sekolah lain dan bidang yang kepakaran
dikuasai guru dan bakat ada pada murid.

SEKOLAH KEBANGSAAN NUNUK RAGANG-SENTIASA TERBAIK

JOHANA ESAN KONG


Guru Besar
SK Nunuk Ragang

You might also like