You are on page 1of 6

Latihan Teori Set 4

Bahagian A
1. a. Ekspresi atau ciptaan yang mempunyai nilai keindahan, ciri-ciri kreatif yang dihasilkan
pelukis atau pandai tukang. Karya yang dihasilkan berbentuk dua dimensi atau tiga yang
berfungsi atau mempunyai maksa dan nilai estetik.

b. i. pengkaryaan
sesuatu karya atau objek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreatiiti serta mengutamakan
makna dan nilai estetik. Contoh: Lukisan catan, arca dan cetakan.

ii. perekaan
Sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativviti serta mengutamakan
fungsi dan nilai estetik. Contoh: Komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk
persekitaran.
2.

Pengkaryaan aliran tradisi Pengkaryaan aliran moden


F1 kolektif F1 Identiti pelukis
H karya dahulu bukan milik individu tetapi H Hasil karya aliran moden lebih kepada
milik bersama masyarakat atau kelompok milik peribadi dan menunjukkan gaya
tertentu. pelukis.
F1 warisan dan pengekalan F2 berubah kepada idea baru
H karya masa dahulu tidak berubah dan H karya sekarang sentiasa berubah mengikut
kekal dari segi reka bentuk dan reka peredaran masa dan lebih abstrak.
coraknya.
F3 upacara ritual F3 komersial
H karya seni yang dicipta untuk kegunaan H karya pelukis boleh dihasilkan dengan
sendiri dan dalam upacara ritual. Contoh banyak dan boleh dicetak berulang-ulang kali
patung Best Sakat oleh Kaum Jahut untuk menjana pendapatan melalui jualan
digunakan untuk istiadat pemujaan. lukisan mereka.

3. F1 persekitaran
Peranan sosiologi yang terdapat dalam gambar adalah dari aspek persekitaran. Persekitaran
yang digambarkan ialah suasana sebuah kedai di kampong. Dikedai berkenaan terdapat
seorang wanita dan anaknya sedang memberli barang. Manakala pemilik kedai sedang
menimbang barang yang dibeli menggunakan alat timbangan lama.

F2 kebudayaan
Peranan sosiologi dari aspek kebudayaan pula ialah kebudayaan. Kebudayaan yang dapat
dilihat dalam karya ialah dari segi berpakaian. Memang sudah menjadi budaya pemilik kedai
runcit kebanyakkannya berbangsa Cina dan pakaiannya seluar pendek dan tidak berbaju. Di
sebelah belakang terdapat seorang Melayu bersongkok dan disebelah kanan gambar orang
India dengan pakaian tradisi.
F3 Kemasyarakatan
Peranan sosiologi seterusnya ialah kemasyarakatan. Kemasyarakatan yang dapat dilihat
melalui karya Sallehudin yangberjudul “Membeli-belah di kampong” ialah penduduk yang
tinggal di ampung berkenaan terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, Melaui dan India
yang hidup dalam keadaan aman.

4. i. Hal benda
Gambar menunjukkan seperti kebun kelapa. Terdapat dua orang pekerja sedang berusaha
memanjat pokok untuk memetic buah kelapa. Di dalam gambar bahagian hadapan kelihatan
beberapa ekor kambing dan di bahagian belakang terdapat beberapa rumah lama.

ii. Komposisi
Komposisi gambar ini kelihatan seimbang. Reka letak pokok seimbang di antara ruang kanan
dan sebelah kiri. Fokus karya ini lebih menunjukkan ruang hadapan dan ruang belakang.
Bahagian hadapan digambarkan dengan jelas tetapi semakin jauh ke belakang imejnya kian
pudar. Pengulangan pokok kelapa dan warna menimbulkan kesan harmoni dalam karya.

iii. kandungan
Kandungan adalah bermaksud makna yang ingin disampaikan oleh Abdullah Arif melalui
karyanya. Makna tersurat adalah gambaran tentang kebun kelapa, pekerja dan beberapa
ekor kambing ini bermaksud masyarakat pada masa itu adalah bekerja sebagai petani dan
menternak binatang.

Bahagian B
5. Pendahuluan
Seni pop merupakan satu pergerakkan yang wujud di Britain dan Amerika Syarikat. Istilah
Pop membawa istilah budaya yang popular yang mempengaruhi kota raya New York dan
London. Merakamkan objek seharian sebagai idea utama, seperti objek-objek dan imej-imej
harian seperti tin sup, dan tin minuman. Di bidang media massa yang berkaitan dengan
iklan, komik dan kartun serta potret bintang filem turut digambarkan sebagai wira budaya.

F1 mengimbangi keindahan alam


Keberkesanan arca pop art berkenaan adalah sebagai daya tarikan di tempat tersebut. Selain
daripada itu arca pop art berkenaan berfungsi sebagai imbangan kepada persekitaran
tempat berkenaan kerana di tempat berkenaan adalah kawasan landsakp maka diimbangi
dengan objek buatan manusia. Ini menjadikan arca berkenaan lebih serasi dengan
persekitaran landskap berkenaan, Ini memenuhi konsep sebuah arca adalah berdasarkan
ruang, tempat dan masa.

F2 menyampaikan makna
Bidang pengkaryaan seperti catan, lukisan, arca dan cetakan mengutamakan makna dan nilai
estetik. Merujuk kepada arca yang terdapat dalam gambar ia mempunyai makna tertentu
selain daripada mempunyai nilai keindahan. Arca pop art yang menggunakan teks yang
popular dalam kehidupan manusia iaitu “LOVE” bermaksud kasih, sayangatau cinta. Makna
yang ingin disampaikan melalui arca berkenaan ialah sayangi keindahan kehidupan semula
jadi.

Rumusan
Kehidupan yang harmoni adalah kehidupan yang saling bergantung di antara satu sama lain,
saling menyayangi dan saling hormat menghormati. Arca pop art adalah arca yang
menterjemah imeh yang populr dalam kehidupan sehari-hari kita. Perkataan “LOVE”
memberi gambaran dan memberi makna yang mandalam. Merujuk kepada arca yang
terdapat dalam gambar iaitu perkataan “LOVE” maksud tersuratnya adalah sebagai hiasan di
taman berkenaan manakala maksud tersiratnya memberi peringatan atau pendidikan
mengenai nilai kasih sayang.

6. F1 Bahasa Seni Visual


Aspek formal dalam seni visual merupakan satu kaedah penyampaian yang khusus
menggunakan Bahasa seni atau istilah yang mesti digahami khususnya berkaitan dengan
unsur seni dan prinsip rekaan. Dalam unsur seni mesti memahami jenis dan sifat unsur seni
itu. Contoh garisan. Mesti mengetahui jenis-jenis garisan dan sifat fizikalnya. Manaka prinsip
rekaan mesti mengetahui dan memahami prinsip yang tujuh iaitu harmoni, kepelbagaian,
imbangan dan lain-lain lagi.

F2 Bahasa Kritikan
Aspek formal dalam kritikan pula mesti memahami bahasa kritikan. Dalam asas kritikan
istilah yang biasa digunakan seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Dalam strategi
kritikan istilah yang perlu kita fahami seperti deskripsi, analisis, interpretasi dan judgement.

F3 aliran dan gaya


Setiap karya seni terutama catan mesti ada aliran atau gaya yang telah menjadi identity
pelukis berkenaan. Kalau merujuk kepada sejarah seni terdapat banyak aliran seni seperti
realisme, impressionisme, surealisme, kubisme, ekspressionisme, dan lain-lain lagi.
Pernyataan pelukis biasanya ditampilkan atau diolah dengan cara-cara tertentu. Contoh 1,
merujuk kepada karya Chuah Thean Teng yang berjudul “Di tepi pantai” tahun 1958, gaya
dan teknik batik. Aspek formal karya sewajarnya berkaitan dengan lukisan batik dan ciri-
cirinya. Contoh 2, Syed Ahmad Jamal, karyanya yang berjudul “Umpan” tahun 1959, gaya
abstrak. Aspek formal catan abstrak juga berkaitan degan aliran abstrak dan ciri-cirinya.

7. Pendahuluan
Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk kerana terdiri daripada pelbagai
bangsa dan fahaman agama yang berbeza. Walaupun agama rasmi Malaysia adalah agama
Islam namun semua bangsa diberikan kebebasan dalam memlih agama mereka. Pengenalan
atau identity masyarakat di Malaysia lebih mudah dikenali melalui adat resam seperti cara
makan, sambutan perataan, fizikalnya atau lebih mudah dikategorikan dari aspek
kepercayaan dan kebudayaan.
a. Kepercayaan
F1 Amalan ritual
Unsur spiritual dan ritual tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan masyarakat.
Masyarakat terdahulu yang mempunyai kepercayaan animism, perkara yang pelik dan
kuasa ghaib. Kepercayaan berubah setelah kedatangan agama Hindu, dan Islam. Mereka
telah mula meninggalkan fahaman lama dan menganut agama yang baru, Untuk
mengenali identiti masyarakt Malaysia melalui amalan mereka. Kalau yang pergi ke
masjid kebanyakkan bangsa Melayu, Tokong pula dikaitkan dengan bangsa Cina yang
beragama Buddha dan masyarakat Indida pergi ke kuil kerana mereka beragama Hindu.

b. Kebudayaan
F1 amalan seharian
Tamadun membawa maksud perubahan yang berlaku terhadap jasmani dan rohani. Ia
berkait rapat dengan kebudayaan atau maalan seharian mereka. Cara hidup sesuatu
bangsa adalah berbeza ini lebih mudah mengenali identiti mereka. Mengenali melalui
kebudayaan agak lebih mudah terutama dari cara mereka berpakaian. Kebanyakkan
yang memakai baju krung adalah bangsa melayu. Orang Cina pula dengan pakaian
Cheongsam. Manakala perempuan India memakai Sari.

Rumusan
Kesimpulan yang dapat dinyatakan disini, identiti masnyarakat Malaysia lebih mudah
untuk dikenali terutama sekali berkaitan dengan kepercayaan dan kebudayaan mereka.
Melalui kepercayaan agama Buddha yang diamalkan oleh kaum Cina, agama Islam
dianuti oleh bangsa Melayu dan agama Hindu merupakan kepercayaan kaum india.
Namun ada yang telah menukar agamanya. Selain daripada itu, dapat kita gambarkan
melalui aktiviti mereka seperti bahasa pertuturan, adat istiadat, cara berfikir, pergaulan,
sambutan perayaan dan cara bekerja.

8. F1 kelihatan statik
Batasan utama dalam penghasilan reka bentuk papan iklan konvensional adalah kerana ia
tidak menggunakan teknologi. Ia dihasilkan secara manual di atas papan. Visual dan teks
kelihatan statik. Tidak seperti papan peraga yang menggunakan teknologi komputer ia
kelihatan lebih hidup dan menarik.

F2 maklumatnya terhad dan tetap


Kelemahan papan peraga konvensional tidak dapat memaparkan maklumat yang banyak
kerana permukaannya terhad. Sekiranya hendak memaparkan meaklumat yang lain, pereka
perlu menukar atau membuat papan iklan yang baru. Inilah yang menjadi halangan utama
kepada papan iklan konvensional.

F3 Kos yang tinggi


Kelemahan papan iklan konvensional seterusnya memerlukan kos yang tinggi sekirannya
hendak memaparkan maklumat yang banyak atau hendak mengiklankan barangan lain.
Pereka terpaksa membuat papan iklan yang besar atau menukarnya kepada papan iklan
yang baru atau bilangan papan iklan perlu diperbanyakkan lagi utnuk menyalur semua
maklumat yang sering berubah. Sudah pasti untuk menyiapkan papan iklan yang banyak dan
baru memerlukan masa yang lama.

Bahagian C
9. Pendahuluan
Reka bentuk pembungkusan adalah penting dalam bidang perniagan kerana reka bentuk
pembungkusan menyebabkan barangan akan mudah dikenali oleh kumpulan sasaran iaitu
pembeli. Melhat kepada gambar adalah sejenis produk minuman keluaran Syarikat Alicafe.
Fokus utama kita mengkaji fungsi dan konteks penghasilan pembungkusan berkenaan.

a. Fungsi
F1 Keselamatan barangan
Fungsi pembungkusan adalah untuk menjaga keselamatan barangan supaya tahan lama.
Merujuk kepada gambar, minuman diletak dalam tin manakala serbuk kopi dibungkus
dengan pembungkusan yang biasa untuk melindungi daripada rosak.

b. Konteks penghasilan
F1 sasaran pemasaran
Dari sudut penghasilan reka bentuk pembungkusan produk Alicafe memerlukan kos yang
tinggi. Tetapi kalau dalam kuantiti yang banyak kemungkinan kosnya akan menurun.
Reka bentuk pembungkusan seperti dalam gambar kelihatan mesra pengguna kerana
mudah dibawa kemana sahaja. Terutama reka bentuk minuman dalam tin yang
mempunyai ciri-ciri yang istimewa seperti tulisan, jenama, nama syarkat dan warna
mematuhi citarasa pengguna masa kini.

Rumusan
Kesimpulannya permasalahan reka bentuk pembungkusan dari aspek fungsi adalah dem
menjaga keselamatan barangan supaya tidak rosak dan tahan lama. Selain dari itu, mesti
mempunyai imej yang mudah dikenali. Manakala konteks penghasilan pula matlamat
syarikat adalah mencipta identiti jenama barangan tersebut supaya menjadi lebih
popular di kalangan penggemar kopi.

10. Pendahuluan
Lai Fong Moi merupakan seorang pelukis perempuan dan berbangsa Cina. Beliau dilahirkan
dalam tahun 1931 di Seremban dan meninggal dunia di Singapura dalam tahun 1995. Di
peringkat awal beliau mendapat pendidikan di Akademi Nanyang di Singapura dan kemudian
melanjutkan pelajaran di Paris. Karyanya di peringkat awal yang terkenal ialah “Pagi di
Kampung” di hasilkan dalam tahun 1959. Beliau pernah membuat pameran di Paris dan
Singapura.
a. Persekitaran
F1 Sawah padi
Merujuk kepada karya Lai Fong Moi yang berjudul “Menuai padi” persekitaran yang
digambarkan adalah sawah padi. Kelihatan sawah yang terbentang luas dan padi yang
sedang menguning, terdapat beberapa batang pokok kelapa, pokok pisang dan pondok.

b. Kebudayaan
F1 Bekerja sebagai pesawah
Kebudayaan adalah satu amalan cara hidup yang dilakukan secara berterusan. Merujuk
kepada kebudayaan yang terdapat dalam karya Lai Fong Moi adalah pekerjaan sebagai
pesawah atau petani. Oleh sebab itu tajuknya adalah menuai padi. Selain daripada itu
apa yang ingin disampaikan pelukis dalam karya ini amalan hidup cara bersama iaitu
semangat gotong-royong ketika menuai padi.

Rumusan
Kesimpulannya pelukis telah berjaya menyampaikan makna melalui unsur kebudayaan
dan persekitaran dalam karyanya. Unsur kebudayaan juga dapat menunjukkan budaya
dari segi cara berpakaian dan hubungan ahli dalam satu masyarakat. Dari segi
persekitaran pula pelukis berjaya menggambarkan pemandangan yang cantic iaitu
pemandangan sawah padi yang berwarna kekuningan sebagai tanda padi sudah masak.
Terdapat beberapa wanita yang berpakaian tradisi sebagai petani sedang menuai padi.

You might also like