You are on page 1of 3

BAB 1: PENGENALAN SENI VISUAL

A) PENGERTIAN SENI VISUAL


Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala . seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) seni ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine Art in Islamic Civilization (1981),pemikir islam iaitu imam AlGhazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penghasilannya melibatkan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang melibatkan hal benda, komposisi dan kandungan. Pernyataan diri (self-expression) bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL


SENI VISUAL

PENGKARYAAN

PEREKAAN

LUKISAN

KOMUNIKASI VISUAL

R.B TEKNOLOGI

REKA BENTUK PERSEKITARA LANDSKAP

CATAN

GRAFIK

R.B.INDUSTRI

CETAKAN

MULTIMEDIA

R.B. AUTOMOBIL R.B.SERAMIK

HIASAN DALAMAN

ARCA

R.B.FESYEN

R.B.TEKSTIL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.
1. PENGKARYAAN Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D, seperti lukisan, catan, arca dan cetakan menggunakan asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan). Bidang seni halus ini memberi penekanan kepada aspek estetika dan makna yang terkandung di dalamnya. Kebanyakannya dihasilkan dengan menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. 2. PEREKAAN Perekaan bermaksud mereka bentuk sesuatu sama ada dalam bentuk 2D dan 3D menggunakan asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan) yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Perekaan memberi penekanan kepada fungsi dan nilai estetik pada karya. Ia lebih banyak menggunakan teknik dan media baru yang melibatkan penggunaan teknologi.

C) KARYA SENI 2D DAN 3D


Karya seni 2D adalah karya yang boleh dilihat pada permukaan 180 darjah atau wujud pada permukaan yang rata. Hasil seni ini hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja kerana kita hanya dapat melihat visual yang dipaparkan. Contoh hasil seni 2D adalah catan, cetakan dan lukisan. Hasil seni 2D dapat menghasilkan imej 3D melalui imej ruang perspektif yang dibentuk melalui penciptaan kesan bentuk dan ruang melalui ton warna, garisan dan jalinan. Penonjolan imej dapat dihayati pada bentuk 3D tetapi ia hanya wujud dalam permukaan yang bersifat 2D. Karya seni 3D dapat dilihat pada ruang 360 darjah yang wujud pada ruang sebenar atau ruang nyata.Karya 3D berbentuk objek yang nyata, mempunyai jisim, ruang dan bentuk yang boleh dihayati melalui sentuhan dan penglihatan. Ia wujud dalam dunia realiti, dapat dihayati pada pelbagai sudut pandangan iaitu ruang dalaman, ruang luaran atau permukaannya. Contoh karya 3D adalah seperti arca, barangan industri, barangan kraf tembikar dan ukiran kayu.

D)APRESIASI KARYA
Apresiasi karya seni merujuk kepada menghayati karya seni yang dihasilkan oleh pengkarya. Penghayatan melibatkan fungsi atau tujuan karya itu dihasilkan. Tujuan karya seni halus dihasilkan adalah untuk dinikmati nilai keindahan dan maksud yang terkandung di dalamnya. Manakala penghasilan karya perekaan adalah untuk tujuan menikmati nilai keindahan dan fungsi karya tersebut. 1. KEINDAHAN DALAM SESEBUAH KARYA Nilai keindahan dalam sesebuah karya adalah aspek keindahan yang terdapat pada permukaan luaran sesuatu karya seperti keindahan reka corak, motif dan ragam hias. Nilai keindahan atau estetik juga mempunyai kaitan atau terikat dengan media dan teknik penghasilan sesuatu benda, contohnya ragam hias atau motif songket bersifat geometri kerana terikat dengan teknik penghasilannya. Secara keseluruhannya nilai keindahan karya terletak pada tiga aspek iaitu Hal benda, Komposisi dan Kandungan.
HAL BENDA -Sumber utama penghasilan karya idea dalam ASPEK KEINDAHAN DALAM KARYA KOMPOSISI SENI -Susunan / reka letak unsur seni dan prinsip rekaan -Penggunaan media -Teknik KANDUNGAN -Tema Subjek yang menjadi dasar kepada sesuatu hasil karya. -Makna Erti atau maksud karya -Fungsi Kegunaan atau tujuan karya

Keindahan dalam sesebuah karya seni terletak pada hal benda, komposisi dan kandungan. . Hal benda adalah objek, subjek atau imej yang menjadi idea utama dalam karya dalam memahami konteks aliran dan stail yang berbeza seperti figura manusia, alam semulajadi dan alam benda. Komposisi pula adalah susunan atau reka letak unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan karya serta penggunaan media dan teknik. Manakala kandungan pula adalah tema, makna dan fungsi karya. Tema adalah subjek yang menjadi dasar kepada sesuatu hasil karya, makna adalah erti atau maksud yang terkandung dalam karya dan fungsi adalah kegunaan atau tujuan karya seni dihasilkan. 2.NILAI PRAKTIKAL/ UTILITI Nilai praktikal atau utiliti adalah nilai kegunaan sesuatu karya secara benar bukan sekadar teori. Nilai praktikal merujuk kepada reka bentuk luaran sesuatu karya. Contohnya nilai praktikal bagi labu sayong adalah menyimpan air dan dan kereta sebagai kenderaan manusia. Nilai praktikal sesuatu hasil seni berbeza mengikut jenis bahan, teknik dan proses penghasilan. Perbezaan jenis bahan dapat dilihat contohnya pada besi yang hanya sesuai dijadikan senjata tajam untuk mempertahan diri, manakala benang pula hanya sesuai dijadikan kain untuk pakaian manusia. Begitu juga dari segi teknik penghasilan, contohnya tenunan menghasilkan motif berbentuk geometri kerana terikat dengan teknik penghasilannya, manakala ukiran pula mempunyai motif yang bersifat organik kerana pandai tukang yang menghasilkannya lebih bebas mengukir kayu mengikut citarasanya.

You might also like