You are on page 1of 3

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA

Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian Aqabah Pertama Dan Kedua | Nabi Muhammad


S.A.W telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab
Madinah daripada suku kaum Khazraj ketika baginda
menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah.

Perjanjian Aqabah Pertama Dan Kedua

Mereka telah menemui baginda di Aqabah (sebuah


tempat yang terletak di antara Mina dan Makkah) dan
seterusnya memeluk agama Islam. Mereka juga telah
menyebarkan agama Islam setelah kembali ke Madinah.

Pada 261 M, iaitu pada musim haji yang berikutnya,


sekumpulan orang Arab Madinah yang terdiri daripada
kaum Aus dan Khazraj telah mengunjungi baginda sekali
lagi.
Melalui pertemuan ini perjanjian antara Nabi Muhammad
S.A.W dengan orang Madinah telah terjalin. Perjanjian ini
dikenali sebagai Perjanjian Aqabah Pertama.

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama :

Suku kaum Aus dan Khazraj perlu beriman kepada Allah


S.W.T dan Rasul.
Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad
S.A.W.
Tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri,
minum arak dan membunuh bayi perempuan.

Nabi Muhammad S.A.W telah menghantar Mus'ab bin


Umair seorang pendakwah Islam ke Madinah untuk
menyebarkan ajaran Islam selepas Perjanjian Aqabah
Pertama ini. Maka, sebelum kehadiran Nabi Muhammad
S.A.W dan orang Islam ke Madinah, agama Islam telah
tersebar di kota itu.
Perjanjian Aqabah Kedua telah ditandatangani pada 622
M antara Nabi Muhammad S.A.W dengan suku kaum Aus
dan Khazraj.

Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua :

Suku kaum Aus dan Khazraj memeluk agama Islam dan


mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
S.A.W.
Suku kaum Aus dan Khazraj menjemput baginda dan
orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
Suku kaum Aus dan Khazraj secara sukarela
menyediakan tempat tinggal serta menjamin
keselamatan Nabi Muhammad S.A.W dan menyatakan
kesediaan mereka mempertahankan Islam.

Penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah


didorong oleh kesanggupan mempertahankan Islam
serta jaminan keselamatan oleh orang Madinah.
Malahan, sokongan dan bantuan orang Arab Madinah
merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah.

You might also like