You are on page 1of 7

Konsep Hijrah

Dalam bahasa Arab bermakna berpindah. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud
perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan untuk memperkukuhkan
kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran agama dalam minda Nabi Muhammad.
Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan
meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam
pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini
mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah
dibawah:
Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.
Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan
penduduk Madinah.
http://belajarsejarah.blogspot.my/2009/04/konsep-hijrah.html
Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
Perjanjian Aqabah Pertama

Tahun Ke 11 Kerasulan

Aqabah merupakan sebuah lokasi ibadat haji (masyar al-Haram) di Mina,Bandar Makkah alMukarramah. Jaraknya kira-kira 10 kilometer daripada Masjid al-Haram, Makkah. Perjanjian
Aqabah pertama ini adalah hasil daripada pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib
(Madinah) di musim haji tahun ke-11 kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka yang
berada di Mina ketika itu sanggup dan bersedia menerima ajaran baru ketika itu dan berjanji
kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka telah pulang
daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin Makkah yang memandang
lekeh ajakan Nabi kepada agama Islam yang murni ini.

Tahun Ke 12 Kerasulan

Hasilnya, pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas
kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi, seramai 12 orang

lelaki termasuk 5 orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas telah tiba ke Makkah.
Tujuh orang yang baru ini termasuk:

i.

Muaz bin al-Harith Ibn Afa al-Najjari al-Khazraji

ii.

Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji

iii.

Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam al-Khazraji

iv.

Yazid bin Thalabah sekutu Bani Ghanam al-Khazraji

v.

al-Abbas bin Ubadah daripada Bani Salim al-Khazraji

vi.

Abu al-Haitham bin Bani Abd al-Tihan al-Asyhal al-Ausi

vii.

Uwaim bin Saidah Bani Amru bin Auf al-Ausi


Dua yang akhir adalah daripada kabilah al-Aus manakala yang lain sebelumnya daripada suku
al-Khazraj. Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Mina, terus berjanji dengan
Rasulullah s.a.w berdasarkan Baiah al-Nisa (Isi-isi Perjanjian Wanita), iaitu corak perjanjian
yang dimeteraikan dengan kaum wanita semasa pembukaan kota Makkah. Al-Imam alBukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata
kepada mereka: Ayuh mari berjanji denganku, untuk kamu:

i.

Tidak menyekutukan Allah dengan sebarang sesuatu

ii.

Tidak mencuri

iii.

Tidak berzina

iv.

Tidak membunuh anak-anak kamu

v.
Tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut di
jalan sebagai anak sendiri
vi.

Tidak mengengkari aku pada kebaikan sesiapa di antara kamu yang menunaikannya
maka balasannya adalah dari Allah s.w.t dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum
maka itu adalah kaffarah baginya di dunia. Tetapi, sekiranya Allah melindunginya, maka itu
terserah kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka itu adalah nasib
baiknya.
Sambung Ubbadah r.a Dengan itu aku pun berjanjilah dengannya. Dalam riwayat lain
menyebut: Maka kami pun berjanji dengannya di atas dasar itu.

Perjanjian Aqabah Kedua

Tahun Ke-13 Kerasulan

Pada musim haji, bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan pula, bersamaan Jun 622
Masihi, datang pula rombongan seramai 70 orang lebih kaum muslimin penduduk Yathrib,
bersama-sama kumpulan haji musyrikin bagi melaksanakan ibadat haji. Dalam perjalanan itu,
mereka memikirkan nasib Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sudah tidak aman lagi di
Makkah bahkan sentiasa menjadi buruan Kuffar Makkah dan diancam keselamatannya.
Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit
dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka
bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), di persimpangan
berhampiran Aqabah di mana upacara Jamrah atau ibadat melontar dilakukan di sana.
Pertemuanitu juga di dalam suasana rahsia di tengah malam gelap gelita. Di sini, salah
seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi
penuh berkat itu, yang telah mengubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara
Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari r.a telah menceritakan:

Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya kami telah pun membuat perjanjian dengan
Rasulullah untuk bertemu di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyriq. Pada malam yang
kami janjikan itu, Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan
orang yang kami muliakan, telah kami rencanakan satu perjumpaan yang sengaja kami
rahsiakan daripada kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turut bersama untuk
mengerjakan haji. Pada malam itu, kami telah berbincang dengan Abdullah bin Amru. Kata
kami; Wahai Abu Jabir! Tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami
muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai
bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam. Seterusnya kami
ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di Aqabah. Kata Kaab tanpa
berlengah: Abdullah bin Amru lantas mengucap dua kalimah syahada dan beliau turut
serta di pertemuan Aqabah, di mana beliau telah dilantik menjadi naqib dan ketua.

Sambung Kaab lagi: Di malam itu, kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping
peralatan perjalanan, sehingga apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari
perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah s.a.w dengan penuh berhati-hati bak burung
puyuh melalui denainya, hinggalah kami semuabertemu dan berkumpul di persimpangan
al-Aqabah. Kami yang berjumlah 73 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu; Nusaibah binti
Kaab yang dikenali sebagai Ummu Ammarah dari kabilah Bani Mazin bin Najar yang kedua
ialah Asma binti Amru dikenali sebagai Ummu Hani dari kabilah Bani Salamah. Akhirnya,
kami semua pun berkumpul di persimpangan yang dijanjikan,menunggu ketibaan Rasulullah.
Tepat pada masanya, Rasulullah pun datang, dengan diiringi al-Abbas bin Abd al-Muttalib,
yang masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong
urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu.

Jawab Kaab: Kami menegaskan kepada al-Abbas: Sekarang kami hendak dengar dari
Rasulullah, ayuh Rasulullah sebutkan apa sahaja kewajipan kami untuk dirinya (s.a.w) dan
untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah (s.a.w). Jawapan Kaab itu menggambarkan

keazaman yang memuncak, keyakinan, keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat
infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping
mereka sudah menyangka dan mengambil kira risiko yang bakal menimpa mereka kelak.
Akhirnya, Baginda Rasulullah s.a.w pun membentangkan isi-isi perjanjian dan dipersetujui
oleh pihak al-Ansar.

Isi-isi Perjanjian Aqabah Kedua

Imam Ahmad r.a telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa daku berkata; Wahai
Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berjanji dengan Tuan? Jawab Rasulullah, kamu
berjanji untuk:
i.

Mendengar dan mematuhi dalam keadaan sibuk mahupun lapang.

ii.

Berinfaq semasa susah dan senang.

iii.

Menyeru kepada maruf dan mencegah kemungkaran.

iv.

Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan ancaman orang.

v.
Menyokong aku setibanya aku di kalangan kamu nanti, mempertahankan aku seperti
mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan, adalah syurga Allah di
akhirat nanti.
Pengajaran Kisah

Mustafa al-Sibaie (2004) telah menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar daripada
perjanjian Aqabah ini. Antaranya adalah seperti berikut :
a) Penduduk Madinah bertemu Rasulullah dengan menunjukkan taat setia, semangat yang tinggi
dan pengorbanan yang jitu ke atas baginda untuk membela baginda daripada ancaman kaum
kafir Quraisy melalui perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. Ia berfungsi sebagai jaminan
dan pemangkin kelancaran dakwah Islam di zaman permulaannya.
b)

Kerahsiaan yang diamalkan oleh kaum muslimin dari Yathrib biarpun bersama rombongan
kaum Musyrikin dari tempat yang sama termasuk kerahsiaan perjanjian daripada dihidu
musuh Islam di Makkah adalah strategi dakwah yang efektif demi menjaga keselamatan diri
dan kemaslahatan dakwah Islam itu sendiri.

c) Perjanjian yang dilakukan menyebabkan bilangan dan kekuatan umat Islam bertambah.
Seterusnya dapat membantu Rasulullah dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam di
samping menjamin syiar Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
d)

Perpaduan dan persaudaraan kerana Allah s.w.t yang ditunjukkan dalam kisah perjanjian
Aqabah ini adalah teras kejayaan umat Islam dalam mengembangkan dakwah.

e) Melalui kerjasama bulat dan perjanjian sepakat, maka umat Islam Makkah (Muhajirin)
berjaya meraih jaminan politik dan kewangan yang kukuh serta paling kurang, sokongan
moral penduduk Madinah.
http://tujuhpen.blogspot.my/2015/05/perjanjian-aqabah-pertama-dan.html
KEPENTINGAN PERJANJIANAQABAH PERTAMA
1. Menyatukan suku Aus dan Khazraj.
2. Membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W
3. Amalan jahiliah seperti mencuri,meminum arak dan membunuh bayi
perempuan telah di tinggalkan oleh masyarakat arab jahiliah.
KEPENTINGAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA
1. Penyebaran agama ISLAM dalam kalangan suku Aus dan Khazraj.
2. Nabi Muhammad S.A.W dan orang ISLAM di MAKKAH telah berhijrah ke
Madinah dengan kebenaran suku Aus dan Khazraj.
3. Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya telah di beri tempat tinggal oleh
penduduk Madinah dan di janjikan keselamatan kepada baginda,orang ISLAM
dan mempertahankan ISLAM.
4.
http://hasim-ladybird.blogspot.my/2009/06/kepentingan-perjanjian-aqabah-pertama.html
Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian Aqabah Kedua

Semasa dakwah Islamiah disebar oleh Nabi Muhammad s.a.w. di kota Makkah
baginda dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah
yang terdiri daripada suku Khazraj
mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah
dan memeluk Islam
mereka juga menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain

pada musim haji berikutnya iaitu pada tahun 621M.


sekumpulan orang Arab madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj
telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi
pertemuan ini terjalinlah perjanjian
iaitu Perjanjian Aqabah Pertama

Perjanjian Aqabah Pertama

suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
suku Aus dan Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
suku Aus dan Khazraj tidak akan melakukan amalan jahiliah ( mencuri, minum arak,
membunuh bayi perempuan )

Batu yang terpahat Perjanjian Aqabah Pertama


Sumber: anakcikusin.fotopages.com

Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Mus'ab bin Umar ( pendakwah Islam ) untuk menyebar
Islam
pada 622M., perjanjian kedua ditandatangani antara suku Aus dan Khazraj
perjanjian tersebut dikenali Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian Aqabah Kedua

suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah
berhijrah ke Madinah

suku Aus dan Khazraj secara sukarela menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan
keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan
mempertahankan Islam

jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah menjadi
pendorong utama berlakunya penghijrah orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam Makkah merupakan faktor
penting kejayaan hijrah ke Madinah

Gambar ini menunjukkan Perjanjian Aqabah Kedua


Sumber: kerajaanislamdimadinah.blogspot.com
`

You might also like