You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Komunikasi adalah aktiviti manusia yang paling dominan. kegiatan seharian manusia
dilakukan dengan komunikasi. Komunikasi merupakan salah satu proses manusia
menghantar dan menerima proses. Komunikasi boleh didefinisikan sebagai proses
menyampaikan maklumat, pendapat, dan perasaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau melalui perantaraan seperti radio,
telefon dan komputer. Hybels dan Weaver (1992) pula mentakrifkan komunikasi sebagai
proses perkongsian maklumat, pendapat dan perasaan dari individu kepada individu yang
lain. Abrams (1986) dipetik dalam Abdul Mua’ti (2001) mendefinisikan komunikasi sebagai
satu proses yang berterusan iaitu berlaku proses pemindahan maklumat dan maklum balas
daripada penutur kepada penerima. Secara keseluruhannya dapat kita lihat bahawa
komunikasi merupakan sebuah proses dalam memindahkan maklumat daripada seseorang
individu kepada individu yang lain sama ada secara langsung atau menggunakan medium
penyampaian yang lain. Menurut Mansur (1998) jenis komunikasi terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu komunikasi bertulis, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi
bertulis ialah proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat buah fikiran, idea,
pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung
dengan orang lain seperti rencana, laporan dan surat. Komunikasi lisan pula lebih kepada
penyampaian maklumat daripada individu kepada individu yang lain dengan menggunakan
bahasa seperti perbualan, ucapan, pembentangan dan mesyuarat manakala komunikasi
bukan lisan pula ialah bahasa tubuh yang ditunjukkan individu seperti ekspresi muka, postur
badan dan pergerakan.

2.0 CIRI CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN

Komunikasi berkesan amat penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan
kepada penerima atau pendengar dapat difahami dan ditafsir dengan baik.komunikasi yang
tidak berkesan akan membawa kepada salah faham dan ketidakjelasan kepada penyampai.
Perkara ini perlu dielakkan bagi memastikan perkara yang tak diingini seperti pergaduhan dan
perbalahan akan berlaku.

Antara ciri ciri komunikasi berkesan ialah kejelasan mesej yang ingin disampaikan. Setiap
mesej yang ingin disampaikan mestilah mempunyai tujuan dan tidak mengelirukan penerima
maklumat tersebut. Penggunaan kata mestilah tepat dan sesuai agar setiap butir kata yang
dilontarkan dapat difahami dan ditafsir dengan baik. Penyampai juga mestilah mendapatkan
perhatian daripada pendengar bagi membolehkannya mengolah maklumat yang diterima.
Oleh itu, bagi mendapatkan perhatian yang sewajarnya penyampai mestilah memberi mesej
yang jelas dan sesuai dengan keperluan.

Selain itu, ciri ciri komunikasi yang berkesan ialah sikap jujur dan ikhlas dalam diri
penyampai. Sikap jujur amatlah bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan boleh
dipercayai oleh pendengar. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, maklumat akan lebih sukar
diterima oleh pendengar. Hal ini kerana, kebanyakkan orang kurang percaya dengan mereka
yang kurang dalam dirinya akan sifat jujur. Oleh itu, sifat jujur amatlah penting dalam diri
seseorang bagi memudahkan proses komunikasi.

Seterusnya, ciri ciri komunikasi yang berkesan ialah penerima maklumat mendengar
dengan aktif. Pendengar yang baik mendengar apa yang disampaikan dan bukan apa yang
hendak didengar. Pendengar yang baik juga menyelami dan menghayati perasaan
penyampai serta tanggapan diri penyampai maklumat tersebut. Maklumat akan lebih mudah
disampaikan sekiranya pendengar tersebut mendengar dengan baik kerana penyampai akan
lebih selesa untuk memberi pandangan atau meluahkan perasaan.

Ciri ciri komunikasi berkesan yang lain ialah kesinambungan maklumat yang disampaikan.
Komunikasi merupakan sebuah proses yang berterusan. Pengulangan maklumat diperlukan
bagi menarik perhatian pendengar agar difahami dengan jelas. Kesinambungan maklumat
yang baik akan mengukuhkan fakta yang disampaikan. Susunan ayat merupakan aspek
terpenting dalam memastikan kesinambungan maklumat dapat diterima oleh pendengar.
3.0 LAPORAN PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG KORBU DAN GAYONG

Tarikh : 1-3 Februari 2019

Tempat : Gunung Korbu dan Gunung Gayong, Perak

Anjuran : Kelab Cloud Walker Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Laporan Oleh : Muhammad Luqman Hakim bin Suhaimi

Kelab Cloud Walker Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail telah
menganjurkan program berteraskan akiviti mendaki iaitu Ekspedisi Gunung Korbu dan
Gunung Gayong pada 1 hingga 3 Februari 2019 yang bertempat di Gunung Korbu dan
Gunung Gayong, Perak Darul Ridzuan. Ekspidisi ini disertai oleh sebanyak 24 orang ahli kelab
Cloud Walker dan dua orang pemandu pendakian.

Tambahan pula, objektif utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kerjasama
berpasukan dan interaksi menyeluruh antara ahli kelab Cloud Walker yang berbeza kursus
dan semester. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih mental ketahanan mental
dan fizikal bagi menempuhi segala cabaran kerjaya hidup kelak. Sebelum aktiviti ini
berlangsung, pelbagai persediaan diambil kira termasuk penyediaan latihan fizikal, peralatan
perkhemahan serta pengangkutan ke Gunung Korbu dan Gunung Gayong.

Sebelum bertolak ke Perak pada 31 Januari 2019, pengerusi kelab Cloud Walker
memberikan sedikit taklimat tentang gambaran perjalanan yang akan dilalui sepanjang 3 hari
berada di Gunung Korbu dan Gunung Gayong atau lebih dikenali sebagai Gunung Korga.
Selepas sesi taklimat tersebut selesai, kami bertolak ke Gunung Korga, Perak Darul Ridzuan.
Kami bermalam di Masjid An Nur, Batu 8 dan bersiap sedia bagi mendaki pada keesokan hari.

Cabaran bermula pada pagi 1 Februari 2019 bila mana pergerakan untuk mendaki bermula
untuk menuju ke Kem Kijang. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 8 jam namun
bergantung kepada kemampuan individu. Untuk tiba di Kem Kor, setiap peserta perlu melalui
satu perjalanan yang benar-benar memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Perjalanan
tersebut dihidangkan curam, denai, lopak, becak dan banyak lagi bentuk halangan semulajadi
tersedia menanti. Para peserta akan melalui Kem Pacat dan Kem Seroja sebelum tiba di Kem
Kijang dan bermalam di sana.
Setelah semalaman berehat untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan, pada pagi 2
Februari 2019 para peserta bersiap-siap untuk menyambung pendakian dan kumpulan
pertama memulakan perjalanan pada jam 5 pagi. Kali ini perjalanan yang akan ditempuh lebih
mencabar dari yang semalam kerana peserta akan melalui perjalanan menuju ke puncak
Gunung Korbu dan puncak Gunung Gayong. Para peserta dijangka akan makan tengahari di
Gunung Gayong . Sebelum tiba di Gunung Gayong, para peserta akan melalui satu kawasan
yang amat cantik pemandangannya iaitu Gunung Korbu dan mossy forest.

Pada jam 11 pagi, semua peserta tiba di Gunung Korbu dan berehat sebentar dan
mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar sebelum meneruskan perjalanan ke
Gunung Gayong yang dijangka mengambil masa selama 2 jam setengah. Setelah tiba di
puncak Gunung Gayong, peserta menikmati makan tengahari mereka sebelum mengambil
gambar di papan tanda Puncak Gunung Gayong. Tepat jam 2.30 petang semua peserta
bergerak kembali ke Kem Kijang dan bermalam sekali lagi di sana.

Pada jam 10 pagi 3 Februari 2019, semua peserta bergerak meninggalkan Kem Kijang
untuk turun semula ke tapak permulaan. Perjalanan dijangka mengambil masa 6 jam namun
disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh salah seorang peserta, perjalanan
memakan masa 7 jam dan tiba di tapak permulaan pada pukul 5 petang. Setelah tiba di tapak
permulaan, peserta dibenarkan mandi sungai berdekatan sebelum bergerak pulang ke IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail.

Para peserta yang terdiri daripada ahli kelab Cloud Walker akhirnya tiba di IPG Kampus
Dato’ Razali Ismail, Terengganu pada jam 5 pagi bersama dengan pengalaman pahit dan
manis untuk dijadikan kenangan. Semua peserta memanjatkan rasa syukur kerana selamat
perjalanan pergi dan balik. Harapan saya agar dapat lebih banyak menyertai program seperti
ini pada masa akan datang.

Dilaporkan Oleh, 25 Februari 2019

_______________________

(MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN SUHAIMI)

Setiausaha, Kelab Cloud Walker

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu


4.0 Penutup

Kesimpulannya, komunikasi adalah penting dalam semua aspek. Komunikasi sebagai usaha
untuk berkongsi maklumat, idea dan sikap.Melalui komunikasi semua maklumat boleh
disampaikan dengan cepat dan tepat. Selain itu, melalui komunikasi juga maklumat juga boleh
dikongsi bersama-sama. Dengan demikian dapatlah difahami bahawa komunikasi tidak
sekadar media penyampaian pesan yang hanya menguntungkan salah satu pihak saja
melainkan lebih kepada jalinan antara personal antara pihak- pihak yang terlibat di dalamnya.
Oleh sebab itu, komunikasi akan berjalan dengan baik dan lancar serta memberi manfaat baik
bagi pihak penyampai mesej mahupun bagi pihak pendengar.
5.0 Rujukan

1) Buku

Sekamat, M. R. (2006). Perubahan dan Komunikasi. Subang Jaya: Selangor Darul Ehsan:
August Publishing Sdn. Bhd

Hassan, S. (2015). Bahasa Melayu Komunikasi Perundangan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Marzuki Ismail. (2007). Komunikasi Asas Untuk Pelajar. Shah Alam: Karisma
Publications.

Noriati A. Rashid, et. al. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ke-4.(2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2) Internet

Laras Bahasa. (n.d.).Diakses pada 26 Februari 2019 daripada


https://bahanpenulisancikgunua.blogspot.com/2010/06

Nurul Husna Rosidi (2017).Akhlak Remaja Melayu Semakin Meruncing.Utusan Online.


Diakses pada 27 Februari 2019 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-
remaja-melayu-semakin-meruncing-1.478633

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Diakses pada 27 Februari 2019
daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Penghargaan

Alhamdulillah hirabbil ‘alamin, saya merafakkan sepenuh rasa kesyukuran kehadrat ilahi
dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya.
Sepenuh penghargaan kepada IPG Kampus Dato Razali Ismail kerana telah banyak memberi
kemudahan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini antaranya perpustakaan yang
menjadi sumber rujukan saya juga kemudahan internet bagi memperolehi maklumat yang
berguna. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Encik Abd. Halim bin Ismail,
pensyarah kursus Bahasa Melayu Kontekstual GBM 1103 merangkap Pensyarah Jabatan
Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail atas kesudian beliau
memberikan tugasan ini kepada saya. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses
merealisasikan tugas ini berjalan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang banyak membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang
melaksanakan kerja kursus ini.

Pelbagai ilmu yang dapat saya pelajari sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Selaras
dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah kebiasaannya sebagai seorang
bakal pendidik untuk sentiasa mempelajari ilmu baharu bagi memastikan diri dilengkapi
dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mahasiswa tergolong dalam dalam orang yang
sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu mencabar. Akhir kata, saya berharap agar
segala tugasan yang diamanahkan kepada saya dapat memberi manfaat kepada saya dan
orang lain agar kita sama sama menjadi pendidik yang berkualiti demi masa depan generasi
muda kita.

You might also like