You are on page 1of 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh: 09.1.2023

Tajuk Jurnal : Tingkah laku bermasalah murid

1. Isu yang difokuskan

Saya dan rakan praktikum saya menjalankan pemerhatian proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid pada minggu pertama praktikum. Berdasarkan pemerhatian saya,
saya mendapati terdapat beberapa orang murid enggan mengikuti dan menyiapkan apa-apa
aktiviti yang dilakukan dan tidak mendengar arahan guru. Kanak-kanak tersebut juga sering
merajuk dan menangis hingga mengganggu murid lain. Menurut Mohd Nazar Mohammad
( 1990 ), tingkah laku bermasalah ialah tingkah laku yang menjejaskan proses kelicinan proses
PdP.

2. Analisis isu yang difokuskan

Jika masalah ini tidak diselesaikan maka murid ini dikhuatiri akan terus ketinggalan dalam
pelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Selain itu, masalah disiplin
patut diselesaikan lebih awal sebelum ia menjadi tabiat buruk kepada murid dan ia mungkin
terbawa-bawa sampai dewasa. Punca bagi masalah ini haruslah dikenal pasti bagi
memudahkan proses penyelesaian untuk mengelakkan PdP yang dijalankan tidak berkesan
dan gagal mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara punca yang menyebabkan masalah ini timbul adalah kerana masalah keluarga
terutamanya melibatkan proses didikan awal kanak-kanak semasa mereka berada di rumah.
Kasih sayang berlebihan, kurang perhatian ibu bapa dan suasana di rumah memberi sebab
kepada wujudnya masalah kanak-kanak yang bergantung berlebihan kepada ibu bapa ataupun
ahli keluarga mereka.
3. Kajian Lampau (Literature Review( Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Mohd Nazar Mohammad ( 1990 ), tingkah laku bermasalah ialah tingkahlaku yang
menjejaskan proses kelicinan proses PnP, khasnya di bilik darjah. Levin & Nolan ( 2004 ) pula
menambah bahawa perbuatan seperti berbual, membuat bising, menangis, berbaring atau
berlari di dalam kelas merupakan tingkah laku bermasalah di dalam kelas.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

a. Pujukan ke atas murid

b. Pelaksanaan Disiplin Asertif

c. Mempelbagaikan aktiviti untuk menarik minat kanak-kanak berkenaan

d. Berbincang dengan ibu bapa murid

5. Tempoh masa penyelesaian : 2 minggu

Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa 2 minggu. Minggu pertama saya akan
memfokuskan penyelesaian kepada kanak-kanak itu semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Semasa ini juga saya akan cuba mempelbagaikan aktiviti PdP agar ia mampu
menarik minat kanak-kanak.

6. Tindakan susulan:

Berdasarkan pengalaman menyelesaikan masalah murid ini, beberapa perkara yang menarik
telah saya temui. Antaranya, betapa pentingnya ibu bapa menyediakan suasana yang sesuai di
rumah ke arah membentuk sikap positif murid terhadap pendidikan. Ini bermaksud bahawa
setiap ibu bapa patut menyedari bahawa proses pendidikan adalah sebahagian daripada tugas
mereka dan bukan semata-mata terletak di bahu guru semata-mata. Untuk itu, saya bercadang
untuk meningkatkan kesedaran mereka melalui beberapa cara iaitu berbincang dan
memaklumkan hal ini kepada mereka melalui media sosial seperti Telegram dan Whatsapp.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan :

13.1.2023

8. Keberkesanan Langkah yang dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan
kanak-kanak yang melaksanakan aktiviti yang diberikan dan mengikuti sesi pdp.

9. Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, bolehkah saya rumuskan bahawa murid-murid
memerlukan sokongan dan perhatian daripada ibu bapa untuk meningkatkan lagi minat mereka
terhadap pendidikan. Guru dan ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan fizikal dan emosi
yang baik untuk menarik minat murid belajar. Jelaslah bahawa pendidikan awal di rumah amat
penting dalam mempengaruhi sikap murid terhadap pendidikan.

Rujukan

Maguire, L. K., Niens, U., MccCannc, M. & Connolly, P. (2016). Emotional development among
early schoolage children: Gender differences in the role of problem behaviours. Educational
psychology, 36(8),1408-1428.

You might also like