You are on page 1of 3

Projek Komuniti

Objektif :

1) Menyediakan persekitaran yang ceria dan menarik di prasekolah berdasarkan Model


Froebel supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk meneroka persekitaran
mereka
2) Membantu kanak-kanak untuk mengembangkan daya fikir dan kreativiti mereka
tentang barang-barang terpakai
3) Membantu kanak-kanak untuk mengenali ciri-ciri pada ulat dan kereta dan suasana
di jalan raya dalam dunia sebenar
4) Memberikan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk menaiki kereta sendiri

Sasaran :

Kanak-kanak Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala
Lipis, Pahang.

Nama projek :

Taman Riang Ria Afzan

Aktiviti program :

1) Membina replika ulat


2) Membina replika kereta

Langkah Pelaksanaan :

1. Mengadakan mesyuarat sesama ahli kumpulan tentang replika yang ingin dibina
menggunakan tayar kereta terpakai.
2. Membuat kata putus untuk membina replika ulat dan replika kereta di sekitar
kawasan taman permainan prasekolah agar kanak-kanak dapat bermain replika
tersebut kelak.
3. Mula membeli barang-barang yang hendak digunakan untuk melaksanakan projek
seperti cat, papan, lidi, gabus dan sebagainya.
4. Mengumpulkan sembilan buah tayar untuk membuat replika kereta supaya kelihatan
seperti kereta sebenar.
5. Mengecat tujuh buah tayar kereta menggunakan cat merah sebagai latar belakang
pada replika kereta supaya kelihatan lebih menarik dan menyerlah.
6. Mengecat tayar kereta menggunakan cat hitam pula pada tujuh buah tayar yang
sama sebagai corak berbentuk bunga tayar pada replika kereta. Hal ini kerana ia
kelihatan lebih sesuai bagi kanak-kanak dan membantu mengasah daya kreativiti
mereka kerana mempunyai sedikit kelainan dari tayar kereta sebenar.
7. Mengecat tayar kereta menggunakan cat merah juga pada dua buah tayar sebagai
tempat duduk dalam kereta bagi kanak-kanak.
8. Mengorek lubang mengikut bentuk kereta sebanyak tujuh lubang iaitu dua lubang di
bahagian hadapan, dua lubang di sisi kanan, dua lubang di sisi kiri dan satu lubang
untuk bahagian belakang kereta.
9. Memuatkan tujuh buah tayar kereta yang telah dicat ke dalam setiap lubang yang
telah dikorek.
10. Mewarnakan dua buah papan kayu dengan warna biru sebagai tempat duduk
pemandu dan penumpang supaya kanak-kanak dapat bermain atau melakukan
simulasi sesama mereka .
11. Mencipta stereng kereta dari barang terpakai seperti lidi, tali, batang penyapu yang
sudah tidak digunakan dan sebagainya untuk dipasangkan pada kereta.
12. Membina papan doa naik kenderaan bagi membantu pembentukan kerohanian
kanak-kanak terutama apabila semua kanak-kanak di prasekolah tersebut adalah
beragama Islam. Maka, di samping bermain mereka juga akan mempelajari doa naik
kenderaan.
13. Membina lampu isyarat bagi membantu kanak-kanak mengenal dan mengetahui
fungsinya dengan lebih jelas serta membantu kanak-kanak meneroka dan merasai
keadaan sebenar di jalan raya.
14. Setelah menyiapkan replika kereta, kami mula membuat perancangan untuk
membina replika ulat pula berhampiran dengan pokok yang terdapat di bahagian
tengah taman permainan.
15. Kami memilih untuk mengecat tayar kereta menggunakan warna kuning dan emas
bagi replika ulat
16. Mengecat tujuh buah tayar kereta menggunakan cat kuning dan emas secara
berselang seli supaya replika ulat nampak lebih bervariasi serta ceria dan menarik
17. Mengorek tujuh buah lubang berbentuk badan ulat bagi memuatkan tayar kereta
yang telah dicat ke dalamnya.
18. Setelah selesai mengorek lubang, tayar yang telah dicat dimasukkan ke dalam
lubang dan dikambus.
19. Membuat hiasan ringkas pada badan ulat seperti bentuk ulat pada bahagian
belakang badan replika ulat supaya tidak terlalu serabut dan lebih kelihatan seperti
ulat sebenar
20. Memotong playwood mengikut bentuk kepala dan ekor ulat untuk dipasang pada
bahagian hadapan dan belakang replika ulat
21. Memasang engsel pada replika kepala dan ekor ulat supaya kanak-kanak dapat
membuka dan menutup replika ulat ketika bermain-main (merangkak) untuk masuk
dan keluar dari replika tersebut.
22. Memasang gabus sebagai langkah keselamatan pada skru yang digunakan untuk
memasang engsel supaya tidak membahayakan keselamatan kanak-kanak ketika
mereka bermain.
23. Meletakkan batu putih di sekeliling replika ulat sebagai hiasan tambahan. Kami
meletakkannya dengan tujuan untuk menggabungkan antara penggunaan bahan
terpakai dan bahan semula jadi alam sekitar dalam pembinaan replika ini.

Kesimpulan :

Natijahnya, kami sangat bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya menyiapkan projek
komuniti ini. Kami sangat berharap agar replika kereta dan ulat ini dapat memberi kesan
yang positif kepada kanak-kanak dalam meneroka dunia mereka. Kami juga berharap agar
projek ini dapat membantu mengembangkan daya, potensi dan kemahiran kanak-kanak
ketika bermain dengan replika-replika ini.

You might also like