You are on page 1of 3

PENULISAN REFLEKTIF

Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus
RBTS3052 Seni Dalam Pendidikan yang diberikan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Assri Bin Aziz atas
tunjuk ajar dan bimbingan beliau yang banyak membantu saya dalam proses menghasilkan
tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan,
Nurul Hashimah Binti Abu Hassan dan Nor Adila Natasha yang banyak membantu serta
berkongsi maklumat dalam tugasan ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi
penghargaan kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Tugasan kerja kursus RBTS3052 yang telah diarahkan untuk saya bersama rakan
kumpulan kupas dengan lebih lanjut ialah bagaimana untuk menghasilkan satu kit pembelajaran
(learning tool) yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan untuk pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di
sekolah rendah yang menyeronokkan dan bermakna dengan merujuk kepada satu tajuk dalam
DSKP Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah. Sebelum kit pembelajaran itu dihasilkan, saya
perlu mencari, membaca maklumat, membuat sedikit kajian serta menganalisis tajuk dalam
DSKP mana yang sesuai untuk diguna pakai dalam kit pembelajaran tersebut.

Setelah berhasil mengumpul sumber-sumber maklumat dan rujukan yang diperlukan


dalam tugasan projek, saya dan rakan kumpulan memilih DSKP Tahun 5 sebagai penanda aras
untuk menghasilkan kit pembelajaran ini. Seterusnya, kami membuat perbandingan tajuk yang
terdapat dalam DSKP tersebut, dan secara sebulat suara kami memilih elemen memasang
komponen kit kereta dan fungsi komponen kit kereta di bawah tajuk Reka Bentuk dan Teknologi.
Tugasan ini merupakan satu cabaran bagi saya kerana saya tidak mempunyai ilmu dalam
menghasilkan kit pembelajaran dan pengetahuan asas mengenai DSKP yang diaplikasi dalam
tugasan tersebut.

Selesai memilih tajuk dalam DSKP Tahun 5, saya dan rakan kumpulan merangka model
kit pembelajaran dengan menerapkan unsur-unsur seni antaranya unsur seni visual, unsur
pergerakan dan unsur muzik. Selepas berbincang, mengemukakan idea, bertukar pendapat dan
menambah baik perancangan yang telah diatur, kami bersetuju untuk menghasilkan kit seperti
yang terangkum dalam jadual dibawah.

Bil Unsur Seni Kaedah yang diaplikasi dalam model kit


Menyediakan gambar rajah dan nama kit komponen kereta bagi
setiap kumpulan. Gambar rajah akan disambung oleh pelajar dengan
menggunakan kaedah ‘dotted line’ serta dihias menggunakan kolaj,
1 Visual capan, lukisan, atau titisan bergantung kepada kreativiti pelajar.
Setelah selesai menghasilkan gambar rajah tersebut, pelajar perlu
menampal gambar rajah beserta nama komponen di atas model
kereta yang disediakan oleh guru dalam masa yang ditetapkan.
Muzik yang dihasilkan adalah dengan mengaplikasikan melodi dan
ritma lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’. Tajuk lagu yang digubah oleh
saya dan rakan kumpulan ialah ‘Apakah Fungsiku ?’ Improvisasi yang
2 Muzik digunakan semasa menyanyikan lagu tersebut ialah menggunakan
barangan terpakai, seperti botol air mineral dan pasir yang terdapat di
kawasan blok kediaman IPGKPT untuk membentuk alat muzik seperti
marakas.
Pergerakan yang dihasilkan adalah dengan mengikut arahan dalam
seni kata lirik dan muzik yang telah digubah. Semasa menyanyikan
lagu tersebut, sekiranya terdapat lirik yang menunjukkan sesuatu
3 Pergerakan
pergerakan, misalnya, ‘dan aku roda yang memudahkan pergerakan’,
justeru, pelajar haruslah berpusing setempat sebagai menandakan
bahawa mereka faham akan fungsi sesuatu komponen.

Sesudah merangka kaedah untuk menghasilkan kit model, saya dan rakan kumpulan
berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk bertanyakan, sama ada kaedah ini menepati
atau tidak dengan kehendak soalan dan adakah ia sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar.
Pensyarah pembimbing memberi respon yang positif dan menambah baik apa yang perlu ada
dalam menghasilkan model kit pembelajaran supaya hasil pembelajaran adalah sama dengan
apa yang dikehendaki dalam DSKP iaitu, pertama, murid dapat mengenal pasti komponen kereta
dengan betul dan yang kedua, murid dapat mengetahui dan memahami fungsi kit komponen
kereta.
Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan ada
masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan tugasan kerja
kursus saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah. Misalnya,
sepanjang proses penghasilan kit, berlaku perselisihan faham antara saya dan rakan kumpulan
dalam pembelian alatan dan bahan untuk kit model. Alhamdulillah, setelah perkara ini dibawa
berbincang secara profesional, masalah ini selesai dan saya boleh menarik nafas lega kerana
kami dapat berkerjasama kembali dalam menyiapkan kit model ini.

Tugasan akhir bagi kerja kursus Seni Dalam Pendidikan ini, saya dan rakan kumpulan
dikehendaki untuk menunjukkan cara mengaplikasikan kit pembelajaran yang telah dihasilkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk yang dipilih secara amali untuk murid sekolah
rendah. Persembahan tersebut dibenarkan dengan bantuan ‘power point’ dan berdurasi dalam
tempoh 20 hingga 30 minit sahaja. Sebelum mempersembahkan model kit tersebut, saya berasa
amat gugup kerana tidak sempat untuk membuat persiapan rapi dari segi mental, emosi dan
fizikal. Berdasarkan pemerhatian, saingan di antara kumpulan lain dilihat sengit kerana mutu
persembahan mereka amat mengagumkan. Alhamdulillah, giliran saya dan rakan kumpulan
untuk mempersembahkan model kit telah berakhir. Saya berpuas hati dengan persembahan
tersebut kerana berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan pada awalnya. Rakan kelas
turut memberikan kerjasama dalam menjayakan tugasan ini dan pensyarah penilai tidak banyak
memberikan komen sepanjang persembahan berlangsung. Perkembangan kognitif yang saya
perolehi sepanjang persembahan itu berlangsung ialah sebagai guru, kita dapat menvariasikan
model kit pembelajaran yang dapat membantu guru sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Psikomotor guru juga akan bertambah mantap dari semasa ke semasa
kerana ia telah dilatih secara tidak langsung dalam menghasilkan model kit pembelajaran.
Seterusnya, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara afektif kerana kit yang dihasilkan
memerlukan penglibatan daripada murid. Justeru, murid akan cepat belajar melalui kit yang
menarik perhatian mereka.

Konklusinya, berdasarkan tugasan projek yang telah dihasilkan, saya memperolehi


banyak nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Selain itu,
segala pengorbanan untuk menyiapkan tugasan ini dianggap berbaloi kerana datang daripada
usaha saya sendiri. Justeru itu, segala pengetahuan dan ilmu berkaitan Seni Dalam Pendidikan
akan saya praktikkan semasa mengajar di sekolah kerana ia amat penting dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran pada alaf ini.

You might also like