You are on page 1of 7

TAJUK

PENGUNAAN MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
PENGENALAN
NAMA JABATAN

: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ

ALAMAT JABATAN

: JALAN RAJA CHULAN, 45300 SABAK BERNAM


SELANGOR

PERKHIDMATAN UTAMA : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


GURU CEMERLANG
INOVASI
1.0 PENGENALAN
Saya merupakan salah seorang Jurulatih Utama Negeri Selangor bagi mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Sebagai seorang Jurulatih Utama saya
dikehendaki mengendalikan sesuatu kursus berkaitan kaedah pengajaran yang
berkesan untuk guru-guru Negeri Selangor. Oleh itu saya perlu mencipta
kaedah yang menarik serta mudah bagi pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ini. Selaras dengan perkembangan teknologi. penggunaan ICT amat
perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya ICT
membolehkan guru mencipta pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah tradisional yang digunakan sebelum ini, guru perlu melukis dengan
menggunakan pembaris, sesiku set dan sesiku T dengan menggunakan kapur
atau marker pen di papan putih. Cara ini memerlukan masa yang agak lama
kerana dalam proses pengajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan guru
perlu melukis

langkah demi langkah setiap pembinaan sesuatu rajah atau

objek. Sekiranya pelajar tidak faham, guru perlu melukis semula setiap langkah

tersebut.. Kaedah tradisional ini menyebabkan sukatan mata pelajaran sukar


dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Setiap tahun saya juga terlibat dengan kursus atau mesyuarat yang dianjurkan
oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran
Daerah yang memerlukan saya meninggalkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun pelajar diberi latihan semasa peninggalan saya tetapi
tanpa guru, sekiranya pelajar mempunyai masalah, mereka tiada tempat
rujukan untuk bertanya. Oleh itu saya perlu menyediakan satu bahan yang
boleh digunakan sebagai rujukan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah
tersebut.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran elektif dan


tidak ditawarkan kepada semua sekolah. Oleh kerana jumlah pelajar yang
mengambil mata pelajaran ini tidak ramai menyebabkan kurang minat pihak
penerbit buku untuk menerbitkan buku mata pelajaran ini. Lembaran Praktis ini
dapat mengatasi masalah kekurangan buku latihan dan rujukan di pasaran.
Sebelum adanya buku ini pelajar terpaksa melukis semula soalan daripada
buku teks dan kemudian barulah pelajar menjawab soalan tersebut. Dengan
adanya buku ini, pelajar tidak perlu melukis semula soalan. Oleh itu masa untuk
menjawab soalan dapat dijimatkan.

Modul dan courseware yang dibina ini adalah untuk membantu guru-guru
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Modul yang dibina adalah berdasarkan sukatan pelajaran. Modul Tingkatan 4
merangkumi tajuk Geometri, Unjuran Ortografik, Pandangan Bantuan, Lukisan

Isometri dan Lukisan Oblik manakala Modul Tingkatan 5 merangkumi tiga topik
iaitu Lukisan perspektif, Pengorakan dan Persilangan. Modul yang dibina
adalah dalam bentuk lembaran praktis di mana soalan yang digubal bermula
dari peringkat yang mudah kepada yang lebih sukar dan kemudian soalan yang
berbentuk seakan soalan SPM. Jawapan yang disediakan untuk lembaran
praktis adalah dalam dua bentuk iaitu dicetak di atas kertas tracing paper bagi
tujuan untuk penyemakan kerja pelajar oleh guru. Bentuk jawapan yang kedua
adalah dalam bentuk courseware yang dibina menggunakan perisian
Powerpoint. Jawapan yang dibina menggunakan perisian ini adalah dalam
bentuk

animasi

dengan

menunjukkan

langkah-langkah

setiap

kaedah

pembinaan bagi menyelesaikan soalan tersebut . Setiap kaedah pembinaan


boleh diulang tayang dan mengikut urutan yang betul. Oleh itu guru tidak perlu
melukis berulang kali di papan hitam sekiranya menggunakan kaedah
tradisonal. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga guru. Pelajar juga boleh
belajar secara kendiri dengan menggunakan courseware ini.

2.0 TUJUAN PROJEK INOVASI


Projek inovasi ini adalah bertujuan
2.1 Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
menjadi lebih mudah dan cepat
2.2 Membantu guru untuk mengatasi pelajar yang mempunyai pencapaian
yang rendah
2.3 Membolehkan pelajar belajar secara kendiri melalui perisian yang dibina
2.4 Membolehkan

pelajar

menyemak

jawapan

menggunakan perisian yang telah dibina.

berulang

kali

dengan

Kumpulan sasaran untuk projek inovasi ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4


dan 5 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

3.0 PEREKACIPTA
MASTOR BIN SELAMAT
GURU CEMERLANG LUKISAN KEJURUTERAAN
SMK UNGKU AZIZ, JALAN RAJA CHULAN,
45200 SABAK BERNAM, SELANGOR
4.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Projek inovasi ini tidak memerlukan kos kewangan.
5.0 PROSES PELAKSANAAN
Modul Pengajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dimulakan pembinaan pada
Jun 2006 dan disiapkan pada Disember 2006. Pada Januari 2007 Modul
Pengajaran Tingkatan 4 dan 5 telah digunakan oleh pelajar-pelajar. Manakala
Perisian dibina pada tahun 2007 dan dilaksanakan pada tahun 2008. Modul
Pengajaran dan Perisian telah dipertingkatkan kualitinya pada tahun 2009 dan
2010.

inovasi yang dibina adalah dalam dua bentuk iaitu

Modul dalam bentuk buku lembaran praktis

CD-ROM Pengajaran dan pembelajaran

Buku lembaran praktis ini direka dengan pada awal setiap topik, soalan yang
dibina dengan konsep-konsep asas dan diikuti dengan tahap soalan yang lebih
sukar. Setiap penyelesaian soalan akan disediakan kaedah pembinaan

mengikut urutan pada CD-ROM. Sekiranya pelajar masih kurang faham kaedah
tersebut boleh diulang tayang.

6.0 IMPAK PROJEK INOVASI


(i)

Keputusan Peperiksaan SPM


Keputusan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
SMK Ungku Aziz pada tahun 2006 ialah 97.87% meningkat kapada
100% pada tahun 2007 dan 2008. Gred purata bagi mata pelajaran ini
pada tahun 2006 ialah 3.11 manakala pada tahun 2007 pula 2.19 dan
pada tahun 2008 ialah 3.00. Peratus pelajar yang mendapat cemerlang
(1A dan 2A) pada tahun 2006 ialah 48.93%, 69.45% pada tahun 2007
dan 44% pada tahun 2008. Pada tahun 2009 pula, peratus pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang ialah 39.47% manakala pada tahun
2010

keputusannya

meningkat

kepada

78.3%

keputusan

yang

cemerlang (A+, A, A-). Gred purata mata pelajaran pula meningkat


daripada 3.3 kepada 2.1.

(ii)

Penjimatan masa
Dengan menggunakan Buku Lembaran Praktis dan CD-ROM ini sukatan
mata pelajaran dapat dihabiskan dengan lebih cepat. Topik Tingkatan 5
dapat dihabiskan pada bulan Julai manakala Topik Tingkatan 4 boleh
dihabiskan pada bulan September.

Guru tidak perlu melukis berulang kali di papan hitam semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya perlu mengulang tayang
setiap kaedah pembinaan dengan menggunakan LCD.

Pelajar boleh menyemak jawapan dengan menggunakan komputer dan


mengulang tayang kaedah pembinaan, dengan ini pembinaan setiap
kaedah dapat diteruskan dan ini akan mengelakkan kaedah cuba jaya
yang boleh mengambil masa yang lama.

(iii)

Pelajar boleh belajar secara kendiri semasa ketiadaan guru. Pelajar


boleh melihat setiap pembinaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
berkaitan lukisan. Ini mengurangkan kebergantugan pelajar kepada
guru.

(iv)

Maklum balas daripada guru-guru yang menggunakan Buku Lembaran


Praktis dan perisian ini, guru-guru tersebut mengatakan bahawa proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi mudah serta meningkatkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM

(v)

Tahap kepuasan pelajar serta guru yang menggunakan Buku Lembaran


Praktis dan perisian ini adalah tinggi kerana sebelum ini bahan rujukan
atau buku latihan amat kurang dan hamper tiada di pasaran. Oleh
kerana buku ini disusun dari aras rendah ke aras sukar memboleh
pelajar memahami konsep asas dengan kuat sebelum mereka
menyelesaikan soalan yang lebih sukar.

7.0 PENGIKTIRAFAN
i.

Anugerah Guru Inovatif Kategori Sekolah Menengah Daerah Sabak


Bernam pada tahun 2009

PENUTUP
Inovasi yang telah dihasilkan ini dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini juga akan menarik minat
pelajar untuk lebih dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Inovasi ini juga
dapat menyelesaikan masalah guru-guru yang meninggalkan pelajar-pelajar untuk
menghadiri kursus, mesyuarat dan sebagainya. Dengan adanya inovasi-inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan guru yang kreatif
dan inovatif.

You might also like