You are on page 1of 7

MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS KELUK PERMINTAAN DENGAN MENGGUNAKAN MODUL PERINTIS Oleh : ASRUL FADHLI BIN YAILANI

@ JAILANI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP BELITONG JALAN ANGGERIK, FELDA ULU BELITONG, 86000 KLUANG, JOHOR

ABSTRAK Menguasai kemahiran melukis keluk merupakan elemen yang penting bukan sahaja akan digunakan semasa peperiksaan malah akan digunakan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di tingkatan 6 dan Institusi Pengajian Tinggi. Secara keseluruhannya topik permintaan dalam mata pelajaran Ekonomi Asas tingkatan 4 bukanlah satu topik yang amat sukar, namun ramai pelajar yang mengambil sikap sambil lewa dan kurang penumpuan kepada pelajaran. Modul Perintis ini dihasilkan bagi menarik minat pelajar dan membina kemahiran melukis keluk dengan teknik yang betul. Adalah amat rugi sekiranya pelajar tidak menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini. Ianya akan membantu untuk sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran ini. Analisis data menggambarkan bahawa penggunaan modul ini telah berjaya meningkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar sasaran. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kedudukan mata pelajaran Ekonomi Asas sebagai subjek elektif juga telah menyebabkan segolongan pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sambil lewa. Mereka seolah-olah tidak mempunyai kesediaan belajar, tiada tumpuan dan tiada respon. Semua sikap ini telah mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak aktif, lalu menyumbang kepada pencapaian 1

yang lemah dalam mata pelajaran ini. Menyedari tentang hakikat ini, saya telah membuat refleksi kendiri bagi mengubah tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran ini. Pencapaian keputusan mata pelajaran Ekonomi Asas pada peperiksaan akhir tahun 2010 adalah sebanyak 42.65%. Antara punca pelajar gagal di dalam mata pelajaran ini adalah kerana kurangnya kemahiran dan kefahaman di dalam melukis keluk dan menghuraikannya. Soalan yang berkaitan dengan keluk seringkali dikeluarkan di dalam peperiksaan iaitu di dalam kertas 2 mata pelajaran Ekonomi Asas. Sehubungan dengan itu, saya akan meningkatkan kemahiran pelajar dengan menggunakan modul Perintis agar pelajar mempunyai keyakinan untuk lulus dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi di dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Walaupun Ekonomi Asas merupakan subjek elektif, namun mata pelajaran ini dapat membantu gred pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Selain itu mata pelajaran ini juga akan digunakan secara berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dalam kajian tindakan ini, tajuk melukis keluk merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap pelajar yang akan digunakan untuk menjawab soalan 3757/2 (Ekonomi Asas). Pelajar tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan sekiranya tidak mempunyai kemahiran ini. Faktor ini merupakan salah satu punca pelajar sasaran gagal di dalam mata pelajaran ini. Pengkaji berazam untuk memperbaiki strategi pengajaran agar dapat mempertingkatkan prestasi pelajar.

3.0 3.1

OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam melukis keluk permintaan dan menerangkan ciri-cirinya dengan berkesan.

3.2

OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Pelajar dapat melukis keluk-keluk yang berkaitan untuk menjawab soalan kertas 3757/2. 3.2.2 Pelajar dapat membuat penerangan ke atas keluk yang dilukis.

4.0

KUMPULAN SASARAN Lapan pelajar dari kelas 5 Amal sesi 2011. Berdasarkan analisis item yang telah dibuat, pelajar ini adalah kumpulan yang mempunyai pencapaian yang rendah dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan keluk permintaan dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2010. Semua sasaran pelajar mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kurangnya minat untuk belajar.

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN MENENTUKAN FOKUS Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, saya telah memfokuskan kajian tindakan ini kepada perkara berikut : 5.1.1 Mengenalpasti kelemahan pelajar dalam topik ini. 5.1.2 Menentukan dijalankan. 5.1.3 Menambahkan minat pelajar dalam topik ini. Fokus ini disusun supaya pelajar dapat melukis keluk dengan betul dan dapat menerangkan ciri-cirinya dengan tepat. Dengan itu, pelajar dapat membina keyakinan yang tinggi untuk menjawab soalan ini. langkah-langkah serta aktiviti yang perlu

5.2

MEMBINA MODUL PERINTIS Modul Perintis ini dihasilkan menggunakan perisian powerpoint. Saya membina modul ini selama sebulan dengan memasukkan langkahlangkah yang mudah dan grafik yang menarik supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan yakin dan gembira. Modul ini hanya menekankan tentang langkah-langkah melukis keluk permintaan sahaja.

5.3

MENGUMPUL DATA AWAL Data awal telah dikumpulkan melalui Ujian Pra yang mana ujian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan pembinaan keluk dan huraiannya. Pelajar dikumpulkan di dalam satu bilik darjah dan ujian ringkas berkenaan dengan keluk permintaan akan diuji kepada pelajar secara individu. Kebanyakan pelajar masih ragu-ragu untuk menjawab soalan dan tidak menjawab dengan tepat.

5.4

MENGANALISIS UJIAN PRA Setelah menjalankan ujian pra, saya mendapati bahawa markah pelajar amat rendah dan mengecewakan. Ini adalah hasil daripada ujian pra yang dijalankan. PELAJAR Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Pelajar 5 Pelajar 6 Pelajar 7 Pelajar 8 MARKAH 4/10 3/10 5/10 2/10 3/10 4/10 5/10 1/10

Prestasi pelajar agak rendah dan saya berharap agar modul Perintis ini dapat membantu mempertingkatkan lagi keputusan ini. 5.5 PERLAKSANAAN MODUL PERINTIS Langkah 1 Sebelum melaksanakan modul Perintis, saya membuat penerangan tentang modul Perintis yang telah dihasilkan kepada 8 orang pelajar sasaran. Langkah 2 Langkah-langkah pembinaan keluk akan dipaparkan dan pelajar akan melukis dan menghuraikan keluk berdasarkan paparan powerpoint. Pelajar sasaran akan memerhatikan dahulu dan mendengar penerangan guru dengan teliti. Langkah 3 Kemudian, pelajar sasaran akan diberikan kertas graf dan mula melukis keluk berdasarkan modul Perintis. Langkah demi langkah perlu diikuti bagi mendapat hasil yang berkesan. Langkah 4 Guru membuat pemantauan dan memberi tunjuk ajar semasa pelajar melukis keluk.

5.6

MELAKSANAKAN UJIAN POST Selepas saya mengunakan modul Perintis dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya melaksanakan ujian post kepada pelajar sasaran untuk menilai keberkesanan modul ini. Pelajar kelihatannya dapat menjawab soalan dengan yakin. Tiada lagi ragu-ragu seperti dahulu.

5.7

MENGANALISIS UJIAN POST Setelah menjalankan ujian post, saya mendapati bahawa markah pelajar meningkat dan berpotensi untuk menjawab soalan bagi topik ini dengan yakin. Ini adalah hasil daripada ujian post yang dijalankan.

PELAJAR Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Pelajar 5 Pelajar 6 Pelajar 7 Pelajar 8

PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA 4/10 3/10 5/10 2/10 3/10 4/10 5/10 1/10 UJIAN POST 9/10 7/10 9/10 8/10 7/10 9/10 10/10 7/10

BEZA +50% +40% +40% +60% +40% +50% +50% +60%

Berdasarkan jadual perbandingan anatara ujian pra dan ujian post di atas, saya mendapati bahawa keputusan pelajar sasaran meningkat. Jika pelajar mengekalkan prestasi ini sehingga SPM, saya yakin bahawa pelajar dapat sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran ini. 5.8 REFLEKSI KAJIAN Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa semua pelajar sasaran dapat menjawab soalan keluk yang dikemukakan. Pelaksanaan aktiviti ini amat berkesan dan berjaya menarik minat pelajar untuk terus menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan keluk permintaan. Sikap kurang yakin terhadap soalan berbentuk seperti ini juga semakin berkurangan dan timbul minat untuk mencuba soalan seterusnya. 6

Namun, saya masih lagi belum berpuas hati dan tidak akan bergantung semata-mata ke atas pencapaian tersebut. Walau bagaimanapun untuk menjalankan aktiviti ini, mengambil masa yang panjang bagi memastikan setiap pelajar dapat menguasai setiap langkah yang diberikan. Latihan dan ujian masih lagi perlu dilakukan bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar dalam topik ini. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :a) Memurnikan lagi modul Perintis supaya menjadi lebih interaktif. b) Mengaplikasikan modul ini kepada topik-topik yang lain. c) Membaik pulih modul ini dengan menunjuk cara keluk penawaran. 7.0 PENUTUP Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar khasnya dan kepada guru amnya agar dapat menggunakan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga berharap agar guru-guru Ekonomi Asas tidak berputus asa untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan menjana daya kreativiti dan kesungguhan. BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. (Cetakan 1) Huraian Sukatan Pelajaran Ekonomi asas Tingkatan IV dan V, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Pembelajaran Aktif dalam Ekonomi Asas, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.

You might also like