You are on page 1of 17

KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Kemahiran Menyelasaikan Masalah Pelarasan Penyata Kewangan Dalam Mata Pelajaran Prinsip
Perakaunan Dengan Menggunakan Kaedah Jadual APURPKK Berasaskan Teknik Mnemonik (ABLEH) dan kuiz
Maya

GURUMOORTHY A/L POOBALAN


Sekolah Menegah Kebangsaan Beluran
90107 Beluran, Sabah.
Meningkatkan Kemahiran Menyelasaikan Masalah Pelarasan Penyata Kewangan Dalam Mata Pelajaran Prinsip
Perakaunan Dengan Menggunakan Kaedah Jadual APURPKK Berasaskan Teknik Mnemonik (ABLEH) dan kuiz
Maya

GURUMOORTHY A/L POOBALAN


Sekolah Menegah Kebangsaan Beluran
90107 Beluran, Sabah

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM
dalam menjawab soalan penyata kewangan. Kajian ini dilaksanakan oleh 15
orang pelajar Tingkatan 5 daripada kelas 5 Dedikasi, SMK Beluran. Tinjauan
awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan
peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak
mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa
yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan banyak jawapan.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah
difahami serta diingati oleh pelajar selama 60 minit dan kajian ini dilaksanakan
selama 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati,
memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan penyata kewangan
dengan menggunakan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik
–ABLEH dan Kuiz maya.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam
menjawab soalan penyata kewangan. Pelajar mengambil masa yang sangat lama dalam
menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi
jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti
“cikgu, susah nak jawab soalan penyata kewangan”, “nampak macam senang tapi
kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu, macam mana nak buat penyata
kewangan”, “cikgu, saya tak faham penyata kewangan” dan lain-lain. Persoalan-
persoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan
anak murid saya menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan dalam masa
yang singkat.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan
mendapati bahawa item penyata kewangan merupakan satu item yang sentiasa keluar
bagi setiap tahun sama ada ianya dijadikan soalan wajib atau pun pilihan. Soalan ini
menyumbang antara 12 hingga 20 markah. Jadi sekiranya topik ini pelajar
menguasainya dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang
tinggi adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan penyata
kewangan adalah pelajar tidak mahir dalam pelarasan dan tidak mengingati format.

Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini
dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat
terhadap sesuatu subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar dalam


menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan menggunakan
kaedah faham dan ingat (FDI) melalui Jadual APURPKK berdasarkan teknik
mnemonik -ABLEH.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat penyata kewangan dengan baik.
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta
dalam masa 30 minit ke bawah.
3.2.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelarasan.
3.2.4 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan.
3.2.5 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan
menyeronokkan semasa pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 15 orang pelajar daripada 5 Dedikasi di SMK Beluran.

5.0 MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak.
Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan
yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

5.1 Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of
steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati
(observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang
melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.
Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

5.2 Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang
tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan
peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi
sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

5.3 Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian
yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan,
melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai
serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih
terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci.
namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap
langkah yang dinyatakan secara terperinci.
5.4 Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama
kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan
dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama
demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang
perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada
penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan
sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara
bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai
kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah
demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada
format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan,
maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan.

5.5 Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan,
di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau,
menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat
keputusan.
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai
kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran
penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat
menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta
membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak
menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt.
pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

5.6 Model Altrichter et.al (1993)

Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi
mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan
membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan
data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi
tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan
dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke
B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu
dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.

5.7 Model McBride & Schostak (1994)

McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan
mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis
tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan
bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang
dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini
ditunjukkan dalam Rajah 6.

5.8 Model Johnson (2002)

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian
tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan
berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv)
merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu
kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan
dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan.
Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan
dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai
langkah-langkah yang lebih berstruktur.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam Kajian ini, saya mengguna pakai model Model Kemmis & McTaggart (1988), Berdasarkan
model ini, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancangan
tindakan (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah
masih tidak dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah
itu selesai. Model ini membantu saya merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian
tindakan saya.
6.1 Tinjauan Masalah

6.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum
dan semasa menggunakan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik
mnemonik ABLEH diperkenalkan.

6.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik penyata kewangan milikan tunggal.
Item penyata kewangan yang diuji adalah soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2012.
Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar
dan saya membuat penerangan menggunakan kaedah Jadual APURPKK
berdasarkan teknik mnemonik ABLEH. Pada minggu keempat, saya membuat
ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Pada minggu kelima saya
juga membuat kuiz maya bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam
mengingati format dan menyelasaikan pelarasan penyata kewangan. Minggu
ketujuh selepas itu saya membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 3
SPM Kertas 2 tahun 2019.

6.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan penyata
kewangan sebelum dan selepas kaedah Jadual APURPKK berdasarkan
teknik mnemonik ABLEH diperkenalkan.

6.2 Analisa Tinjauan Masalah


6.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :
Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Bilangan Pelajar
20 – 23 0 0 1
16 – 19 1 2 7
12 – 15 2 4 5
08 –11 2 3 2
04 – 07 3 1 1
00 – 03 2 0 0

a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah
dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 45 minit.
b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang
dibuat.
c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan.

6.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Didapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian
seterusnya.

6.2.3 Analisa Soal Selidik


Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut
adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar.

Skala : 1. Sangat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat Setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1. Prinsip Perakaunan 0 0 5 5 5
adalah satu subjek
yang mudah
2. Kuiz maya membantu 0 0 1 5 9
memahami pelarasan
penyata kewangan
3. Teknik (APURPKK & 0 0 0 5 10
ABLEH) lebih
memudahkan saya
menjawab soalan
penyata kewangan
4. Saya lebih suka 7 6 1 1 0
dengan teknik sendiri

6.3 Tindakan yang dijalankan


1.Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan
penerangan tentang kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik
ABLEH kepada pelajar-pelajar
2.Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos
Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan
pengukuhan.
3. saya juga membuat kuiz maya bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam
mengingati format dan menyelasaikan pelarasan penyata kewangan.
4. Setiap kali latihan penyata kewangan, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan
kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik ABLEH
6.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa


melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata Kewangan
Milikan Tunggal. Sebelum menggunakan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan
teknik mnemonik ABLEH saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik
yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah
dilaksanakan pada minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan
berkaitan dengan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik
ABLEH pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami
dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada
minggu kelima.

Pada minggu kelima saya juga membuat kuiz maya bagi meningkatkan
pemahaman mereka dalam mengingati format dan menyelasaikan pelarasan
penyata kewangan. Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji pelajar
semula keberkesanan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik
ABLEH dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana
peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab
soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu kelapan saya telah membuat
tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam
mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan kaedah Jadual APURPKK
berdasarkan teknik mnemonik ABLEH.

Pelaksanaan kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik ABLEH


adalah seperti berikut :
1. Pelajar diberi soalan penyata kewangan dan sehelai kertas beruangan dan kosong.
2. Guru menerangkan teknik kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik
ABLEH kepada pelajar. (rujuk lampiran)

7.0 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan kuiz maya
dan teknik kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik ABLEH
kepada pelajar boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata kewangan
Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan kaedah
Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik ABLEH dapat mengurangkan
masa menjawab kepada 20 hingga 45 minit bagi soalan yang dikemukakan.

Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa
dengan saya dan memberitahu kaedah Jadual APURPKK berdasarkan teknik
mnemonik ABLEH amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui
kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan
teknik ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-


1. Menggunakan konsep ABLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip
Perakaunan.
2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan
tafsiran penyata kewangan.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar
dan guru.

RUJUKAN
Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22 November


2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Model Kajian Tindakan diambil dari http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html.

FORMAT PENYATA KEWANGAN

Nama Perniagaan
Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi Bagi Tahun Berakhir ………

RM RM
RM

Jualan XX
tolak Pulangan Jualan XX
Jualan Bersih XX

TOLAK KOS JUALAN


Stok Awal XX XX
Belian
tolak Pulangan Belian XX
XX
+Angkutan Masuk XX
+Duti Import XX
+Insurans Belian XX
+Upah atas Belian XX
+ Kos Belian XX
Kos Barang Untuk Dijual XX
tolak Stok Akhir XX
KOS JUALAN XXX
UNTUNG KASAR XXX
TAMBAH HASIL
Hutang Lapuk Terpulih XX
Untung atas Pelupusan Aset XX
Pengurangan Peruntukan XX
Hutang Ragu
Sewa Diterima XX
Komisen Diterima XX
Diskaun Diterima xx XXX

XXXX
TOLAK BELANJA
Diskaun Diberi XX
Komisen Diberi XX
Sewa Diberi XX
Angkutan Keluar XX
Hutang Lapuk XX
Rugi atas Pelupusan Aset XX
Belanja Susut Nilai Aset XX
Bukan Semasa
Pertambahan Peruntukan XX XXX
Hutang Ragu
UNTUNG BERSIH @ RUGI BERSIH XXX
Nama Perniagaan
Penyata Kedudukan Kewangan Bagi Tahun Berakhir………
RM RM RM RM RM
ASET BUKAN SEMASA XX
Perabot XX
Kenderaan XX XXX XX
tolak Susut Nilai
Terkumpul

ASET SEMASA
Stok Akhir XX
Stok Akhir Bekalan XX
Penghutang XX
tolak Peruntukan XX XX
Hutang Ragu
Bank XX
Tunai XX
Hasil Belum Terima XX
Belanja Prabayar XX
XX
TOLAK LIABILITI
SEMASA
Pemiutang XX
Overdraf Bank XX
Belanja Belum Bayar XX
Hasil Belum Terperoleh XX XX
(terdahulu)
MODAL KERJA XXX
XXX
EKUITI PEMILIK
Dibiayai oleh:-

Modal awal XX
tambah Modal XX
Tambahan
xxx
tambah Untung Bersih XX
@ tolak Rugi Bersih
XX
Tolak Ambilan XX
Modal akhir XXX
LIABILITI BUKAN
SEMASA
Pinjaman Bank XX
Pinjaman Bercagar XX
Gadai Janji/Pajak Gadai XX XXX
XXX

You might also like