You are on page 1of 20

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DALAM KALANGAN

MURID TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘DARAB


TULANG IKAN’

OLEH :

PARAMESWARY A/P PERUMAL


SK BALIK PULAU,
KAMPUNG PERMATANG TENGAH,
11000 BALIK PULAU, PENANG
EMAIL: pba3018@jpnpp.edu.my

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Darab

Tulang Ikan bagi meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam operasi darab.

Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan

Balik Pulau. Kesemua peserta kajian dipilih dalam kalangan yang sangat lemah. Data

kajian dikumpulkan melalui soal selidik, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Soal

selidik ini telah dilaksanakan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil

analisis menunjukkan peningkatan jumlah betul peserta kajian dalam ujian pasca.

Kajian ini ternyata menunjukkan bahawa kaedah Darab Tulang Ikan dapat

meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam operasi darab.

1.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Berdasarkan pemerhatian dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP) di Sekolah


Kebangsaan Balik Pulau, saya telah mendapati bahawa beberapa orang murid di Tahun 5
Intelek mengalami masalah dalam tajuk pendaraban. Saya mengesan kelemahan mereka
sejak bulan Januari. Pada permulaanya, saya tidak beberapa mengenal kecekapan murid di
kelas tersebut sebab tahun ini saya telah menerima beberapa murid baru yang saya tidak
pernah mengajar pada tahun lepas. Mengajar murid di Tahun 5 tersebut tidak memberikan
masalah kepada saya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kerana
kebanyakkan mereka telah memahami konsep asas Matematik seperti tambah, tolak, darab
dan bahagi. Namun demikian, kekangan lain pula yang terpaksa saya hadapi ialah seperti
sikap murid-murid yang malas belajar dan malas menyiapkan kerja rumah yang telah diberi.
Walaupun majoriti mereka dapat memahami apa yang diajarkan, masih terdapat segelintir di
antara mereka yang agak malas dan suka melengahkan kerja yang diberikan. Daripada itu,
saya dapat mengesan beberapa masalah yang mereka hadapi dalam Matematik. Antaranya
ialah tidak mengingat sifir semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban serta
membuat kesilapan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul. Selain itu,
murid tidak dapat mengatur dan menyusun hasil darab bagi nombor-nombor yang
didarabkan. Kaedah yang biasa digunakan oleh murid untuk mendarab adalah kaedah bentuk
lazim. Walaupun kaedah ini merupakan kaedah lama, murid-murid masih membuat
kesalahan semasa mendarab dengan dua digit dimana perlu membuat pengumpulan semula.
Jika darab dengan satu digit, pengumpulan semula sekali sahaja tetapi apabila darab dengan
dua digit atau lebih daripada dua digit,murid-murid perlu membuat pengumpulan semula
sebanyak dua kali atau lebih daripada dua kali. Jadi di sinilah ramai murid membuat
kesilapan. Latihan yang tidak mencukupi merupakan punca kepada masalah ini.
Sememangnya, murid Tahun 5 tidak begitu banyak masalah yang melibatkan operasi asas
Matematik, namun, mereka berhadapan dengan masalah yang lebih kompleks dan juga
masalah dengan sikap mereka sendiri yang malas untuk berusaha.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

2.1 HURAIAN ISU KAJIAN

Pendidikan di Malaysian kini sedang berkembang dengan pesat. Dimana, kita dapat
melihat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri khususnya sering
melakukan anjakan dan perubahan dalam sistem pendidikan bagi meningkatkan lagi
mutu dan kualiti pendidikan negara. Sekaligus, ianya adalah berterasaskan
kecemerlangan anak didik iaitu murid-murid yang dibimbing oleh guru-guru di sekolah
seluruh Malaysia. Keberkesanan dan kualiti pendidikan di Malaysia akan dapat diukur
berdasarkan tahap pencapaian murid-murid dalam bidang akademik. Justeru, guru-
guru di sekolah adalah medium utama yang memainkan peranan dalam memastikan
murid-murid mampu memperoleh keputusan yang cemerlang sekaligus mencapai
matlamat yang disasarkan oleh KPM iaitu pendidikan negara Malaysia yang berkualiti
tinggi setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Kini murid-murid di sekolah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah. Bagi subjek Matematik, sukatan pelajaran KSSR menekankan murid untuk
menguasai kemahiran asas yang melibatkan operasi-operasi asas seperti
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Namun begitu, malangnya
ramai dalam kalangan murid-murid yang mengalami masalah dalam menguasai
kemahiran-kemahiran asas tersebut. Antara kelemahan dan masalah yang dihadapi
oleh kebiasaan murid adalah pendaraban yang melibatkan sifir dua digit. Walaupun
perkara ini kadangkala dianggap sebagai masalah yang tidak kritikal namun, jika
dibiarkan ianya akan menganggu murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang lain. Terutamanya kemahiran membahagi, apabila murid memandang
mendarab dengan nombor dua digit adalah sukar secara tidak langsung ianya boleh
mengakibatkan murid memandang pembahagian adalah lebih sukar dari mendarab
dan mereka tidak mampu menguasai kemahiran tersebut.

Rentetan daripada masalah ini, saya berpendapat bahawa masalah ini tidak
seharusnya dipandang remeh dan dibiarkan terus menjadi masalah berbangkit yang
tiada kesudahan. Bahkan, boleh menjejejaskan prestasi akademik murid. Justeru,
semua pihak yang terlibat khususnya guru perlu berusaha mencari jalan
penyelesaian bagi mengatasi masalah ini berlanjutan dan mampu menganggu sistem
pendidikan kita. Kita perlu berusaha mengkaji serta mencari kaedah dan teknik
penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Berdasarkan pengalaman mengajar yang
lepas,saya melihat kaedah pengiraan pendaraban bagi nombor sifir dua digit adalah
sukar. Ianya begitu mengelirukan murid terutamanya apabila untuk menyusun
nombor bagi hasil darab dua nombor. Murid kebiasaannya melakukan kesilapan
semasa menyusun nilai nombor bagi pendaraban dengan sifir kedua dan sering
terkeliru untuk meletakkan nombor yang nilainya lebih dari sepuluh. Justeru, pengkaji
telah mengenalpasti satu kaedah baharu iaitu kaedah darab palang dalam membantu
murid menguasai pendaraban bagi sifir dua nombor dengan lebih mudah, cepat dan
tepat sekaligus mampu menarik kembali minat murid terhadap Matematik dan
pendaraban.

Tujuan utama kajian ini telah dijalankan adalah untuk membantu murid
menguasai kemahiran operasi darab yang melibatkan nombor dua digit. Tercetusnya,
idea untuk menjalankan kajian menggunakan teknik “Darab Tulang Ikan” dalam
operasi darab ini adalah setelah dilihat terlalu ramai murid di sekolah yang
mengalami masalah untuk melakukan pendaraban bagi nombor yang mempunyai sifir
dua digit ini. Di mana, saya dapat melihat melalui buku latihan kepunyaan murid,
masing-masing melakukan kesilapan yang lebih kurang sama dalam melakukan
operasi pendaraban nombor sifir dua digit. Serta,saya dapat mengesan masalah ini
adalah menjadi masalah hampir keseluruhan kumpulan sasaran saya melalui ujian
diagnostik yang telah diberikan. Hal ini amat ketara kerana ada dalam kalangan
murid yang hanya menjawab satu soalan sahaja dengan betul. Berikutan masalah
yang dihadapi ini, ianya telah memberikan kesan terhadap murid terbabit apabila
mereka tidak dapat menyelesaikan masalah di aras yang lebih tinggi sekaligus telah
mengurangkan minat murid terhadap Matematik. Justeru itu, teknik “Darab Tulang
Ikan” ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu murid
menyelesaikan masalah pendaraban dua digit yang dihadapi mereka. Teknik ini juga
dirasakan sesuai untuk diajarkan kepada murid memandangkan cara
penyelesaiannya yang mudah untuk difahami dan diingati oleh murid-murid. Teknik
ini juga tidak memerlukan murid untuk mengingat banyak langkah serta mudah untuk
digunakan untuk murid sekalipun semasa ujian dan peperiksaan. Bahkan, teknik ini
juga dipercayai mampu menjimatkan lagi masa pengiraan sekaligus mambantu murid
mengira dan mendapatkan jawapan yang tepat.

Hal ini akan merugikan murid-murid seandainya dibiarkan secara berterusan.


Oleh itu, dalam kajian tindakan yang dilaksanakan ini dilihat mampu membantu murid
mengatasi masalah pendaraban yang boleh menganggu pencapaian murid dalam
subjek Matematik khususnya. Disamping, kaedah darab palang mampu membantu
murid mengatasi masalah yang dihadapi ianya juga mampu menjadi faktor menarik
kembali minat murid terhadap Matematik terutamanya bagi murid yang amat lemah
dalam pengiraan Matematik secara kaedah tradisional.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif Am

Di akhir kajian ini, kaedah Darab Tulang Ikan dapat membantu murid-murid Tahun
Lima untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit dengan betul.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran
mendarab dalam kalangan murid dengan penggunaan kaedah Darab Tulang Ikan.
Berdasarkan tajuk kajian, antara objektif khusus kajian ini adalah untuk;

i. Lima orang murid dapat mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit
dengan betul
ii. Lima orang murid boleh menunjukkan keminatan mereka terhadap Matematik
terutamanya dalam operasi darab melibatkan nombor tiga digit dengan nombor
dua digit.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Dalam pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan, saya telah memutuskan untuk
memilih lima orang peserta kajian dari Tahun Lima. Tujuan saya telah memilih lima orang
murid ini adalah untuk memudahkan proses dan urusan kajian tindakan kerana kelas ini
merupakan kelas dibawah bimbingan saya. Murid-murid yang saya pilih mempunyai tahap
intelek dalam lingkungan sederhana dan lemah. Dengan ini, ianya mampu membantu saya
untuk mendapatkan keputusan yang nampak peningkatannya bagi kajian tindakan yang akan
saya laksanakan. Tahap pencapaian adalah dapat dilihat berdasarkan keputusan ujian yang
terbaru yang menunjukkan keputusan kesemua peserta kajian yang kurang
memberangsangkan.

Selain itu, saya telah memilih peserta kajian dari kelas tersebut memandangkan,
latihan-latihan yang dilakukan oleh murid-murid dalam buku latihan adalah menunjukkan
mereka amat lemah dalam pendaraban. Keputusan ujian akhir tahun juga menyokong lagi
kelemahan peserta kajian dalam operasi darab yang melibatkan nombor tiga digit dengan
dua digit. Berikut merupakan maklumat mengenai peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini
secara lebih terperinci.

4.1 BILANGAN PESERTA KAJIAN

Peserta kajian saya ialah murid Tahun Lima. Jumlah peserta kajian ialah lima orang yang

mana terdiri daripada lima orang bangsa Melayu. Saya telah mensasarkan kesemua lima

orang tersebut sebagai peserta kajian bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan.

4.2 JANTINA

Peserta kajian ini adalah terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan.

Rajah 1 : Jantina dan Bilangan Murid


4.3 NAMA KELAS/JAWATAN
Kelas yang telah dipilih sebagai kumpulan sasaran saya bagi kajian tindakan ini ialah

kelas Tahun Lima. Kelas ini terdiri daripada murid cemerlang, sederhana dan galus. Murid-

murid kelas ini juga sedang memegang jawatan seperti pengawas sekolah, pengawas

perpustakaan dan juga jawatan-jawatan kecil dalam kelas. Jadual berikut adalah jawatan-

jawatan yang dipegang oleh peserta kajian pengkaji.

Peserta kajian Jawatan

Peserta 1 Pengawas Pusat Sumber

Peserta 2 Pengawas Pusat Sumber

Peserta 3 Tiada Jawatan

Peserta 4 Tiada Jawatan

Peserta 5 Tiada Jawatan

Jadual 1 : Jawatan-Jawatan Yang Dipegang Oleh Peserta Kajian

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjaun Awal


Dalam melaksanakan kajian tindakan yang telah dirancang, terdapat beberapa
perancangan yang telah dirancang bagi menjayakan kajian ini. Berdasarkan perancangan
yang telah dibuat, kajian tindakan ini adalah berpandukan Model Kajian Tindakan oleh
Kemmis & Mc Taggart (1988). Dalam model tersebut, proses permulaan bagi kajian yang
hendak dijalankan adalah menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan
pembelajaran yang hendak ditangani. Setelah itu, guru perlu menyediakan satu rancangan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Berpandukan model ini, saya
telah menjalankan refleksi ke atas isu-isu dalam mata pelajaran Matematik khususnya darab.
Setelah saya dapat mengenal pasti isu yang akan dikaji, saya telah merangka pelan tindakan
untuk menangani masalah yang telah dikenalpasti tersebut. Setelah itu, pelaksanaan
terhadap pelan tersebut dijalankan dan pemerhatian dari semasa ke semasa sepanjang
kajian dijalankan dan dilakukan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988).

5.2 Merancang Intervensi


Pada minggu pertama kajian dijalankan, saya telah mengenalpasti masalah atau isu
yang dapat diperhatikan dengan jelas di sekolah saya dikaji. Justeru, hasil daripada
pemerhatian tersebut, saya telah mengenalpasti bahawa permasalahan ketara yang dapat
adalah dalam operasi pendaraban yang mana melibatkan nombor dua digit. Saya telah
mendapatkan maklumat berdasarkan keputusan ujian terkini murid-murid iaitu keputusan
akhir tahun dan juga berdasarkan latihan-latihan yang telah dibuat oleh murid dalam buku
latihan masing-masing. Berdasarkan keputusan ini, ianya membuktikan bahawa murid
memperoleh keputusan yang lemah dalam subjek Matematik. Rentetan daripada itu, bagi
mengukuhkan lagi pemerhatian saya analisis terhadap buku latihan murid-murid khususnya
bagi operasi darab dilakukan bagi membuktikan bahawa murid-murid sememangnya
mempunyai masalah operasi darab. Selepas saya menjalankan kesemua sesi diatas, saya
telah memilih peserta kajian dalam kalangan murid Tahun 5 yang bersesuaian dengan ciri
kajian yang dijalankan oleh saya.

5.3 Melaksana Intervensi

Perancangan tindakan ini disusuli dengan soal selidik ( Lampiran A )iaitu sebelum
Darab Tulang Ikan palang diperkenalkan. Soal selidik ini adalah untuk mengukur minat dalam
diri murid terhadap Matematik dan juga operasi darab sebelum kaedah baru diperkenalkan.
Keputusan soal selidik ini dicatat dan dibandingkan dengan keputusan soal selidik pasca iaitu
selepas kaedah Darab Tulang Ikan diperkenalkan. Perbandingan ini bertujuan untuk
mengukur tahap keminatan murid terhadap Matematik dan operasi darab setelah kaedah
Darab Tulang Ikan diperkenalkan.

Apabila selesai melaksanakan soal selidik pra terhadap peserta kajian, saya telah
meneruskan kajian ini dengan melaksanakan pula Ujian Pra (Lampiran). Ujian pra ini
dijalankan bagi membuktikan tahap pencapaian murid yang lemah dalam pendaraban
Matematik yang melibatkan tiga digit dengan dua digit sebelum mempelajari kaedah Darab
Tulang Ikan. keputusan daripada ujian pra ini dicatat sebagai salah satu cara pengumpulan
data.

Setelah saya melaksanakan ujian pra terhadap peserta kajian, saya telah
memperkenalkan kaedah Darab Tulang Ikan kepada mereka. Pelaksanaan kajian ini
dimulakan dan dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat. Kaedah Darab Tulang Ikan
telah mula diperkenalkan melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, akibat
kekangan masa dan memandangkan peserta kajian telah pun memasuki yang seterusnya,
maka saya terpaksa meneruskan penggunaan terhadap kaedah Darab Tulang Ikan semasa
memasuki kelas ganti setiap kali murid menjawab soalan, saya sentiasa melakukan
pemerhatian tentang cara murid menjawab soalan dan melihat sejauh mana murid
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari tentang kaedah Darab Tulang Ikan. Berikut adalah
langkah-langkah penggunaan kaedah Darab Tulang Ikan dalam mendarab tiga digit dengan
dua digit.

Langkah 1:

 Guru menunjukkan cara pengiraan menggunakan konsep “Atas” dan “Bawah”


membilang satu-satu, dua-dua dan seterusnya untuk membina sifir asas.

Contoh :

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

2 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27

Langkah 2 :

Dalam langkah 2, guru menunjukkan cara membina jadual sifir dan menyediakan jawapan.
Murid telah diberikan dahulu sebarang dua nombor dengan dua nombor untuk mencari hasil
darab. Murid-murid telah mencari jawapan dengan bantuan guru. Murid-murid yang masih
lemah dalam sifir, perlu membina sifir asas seperti yang terdapat dalam langkah 1. Berikut
adalah cara menggunakan kaedah “Darab Tulang Ikan” untuk mencari jawapan.
Langkah 2

Contoh

Tambahkan digit-digit yang ada dalam setiap


kotak tulang ikan dalam kotak yang
disediakan.

Langkah 3

( Mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit)

 Guru memberi tiga digit dengan dua digit untuk mencari hasil darab bagi kedua-dua

nombor tersebut.

 Guru menyoal murid nombor-nombor yang patut diletakkan pada palang-palang

5.4 Memerhati

Sepanjang pelaksanaan intervensi bagi kaedah Darab Tulang Ikan, saya juga telah
mengadakan pemerhatian melalui senarai semak pemerhatian terhadap peserta kajian.
Senarai semak pemerhatian adalah berdasarkan aspek minat. Dimana terdapat lapan item
yang diperhatikan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat berkaitan minat yang
ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang mereka mempelajari kaedah Darab Tulang Ikan.
Berikut adalah senarai semak pemerhatian yang telah digunakan dalam kajian ini.

Bil Soalan Jawapan


Ya Tidak

1 Murid mendengar dan mengikuti arahan guru

2 Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela (lelaki)

3 Murid bekerjasama dalam kumpulan

4 Murid memberi sumbangan idea

5 Murid menjawab soalan yang guru ajukan

6 Murid ada ajukan soalan kepada guru

7 Murid beri perhatian kepada guru

8 Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP

Jadual 2 : Senarai Semak Pemerhatian Penglibatan Murid Dalam Kelas

5.4.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian pra merupakan ujian yang diberikan sebelum sebarang intervensi dijalankan.
Manakala, ujian ujian pasca pula ujian yang telah diberikan kepada peserta kajian iaitu
selepas intervensi diperkenalkan. Terdapat lapan soalan ujian pra dan ujian pasca yang telah
diberikan kepada peserta kajian. Analisis ujian pra dan ujian pasca ini bertujuan untuk
mengkaji peningkatan markah peserta kajian sebelum dan selepas kaedah Darab Tulang
Ikan diperkenalkan. Bagi melihat perbezaan pencapaian dan markah yang telah diperoleh
peserta kajian, saya telah menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mengkaji data yang
telah diperoleh. Berikut adalah data Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Rajah 2 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 3 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Keputusan Ujian Keputusan Ujian Skor


Kajian Pra Pasca
Ali 2/8 7/8 87.5

Shakirah 2/8 6/8 75

Rokiah 3/8 7/8 87.5

Ammar 2/8 6/8 75

Saiful 1/8 5/8 62.5

Taburan skor bagi markah ujian pra yang diperoleh peserta kajian ditunjukkan seperti dalam
Jadual 2. Berdasarkan jadual di atas, skor maksimum yang diperoleh ialah 87.5% iaitu
peserta yang bernama Ali dan Rokiah. Dimana, peserta kajian telah berjaya menjawab tujuh
soalan daripada lapan soalan ujian pasca dengan betul. Manakala, skor minimum pula
adalah 62.5% iaitu peserta yang bernama Saiful hanya menjawab lima soalan daripada lapan
soalan dengan betul. Manakala peserta kajian Shakirah dan Ammar telah memperoleh 75%.
Mereka juga menjawab enam soalan daripada lapan soalan dengan betul.

5.4.2 Soal Selidik

Saya juga telah menjalankan soal selidik untuk mengukur respon peserta kajian tentang
penggunaan Kaedah Darab Tulang Ikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
sebelum dan selepas intervensi dalam tajuk pendaraban. Saya juga telah membuat catatan
soal selidik yang telah dijalankan. Soal selidik ini telah dijalankan berdasarkan enam soalan
yang umum dan diukur berdasarkan Skala Likert di Jadual 4 berikut. Data soal selidik ini juga
dianalisis dalam jadual berikut. Item bagi soal selidik ini disertakan dalam lampiran.

Jadual 4 : Perincian Skala Likert

SKALA LIKERT PERINCIAN

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak Setuju

3 Kurang setuju

4 Setuju

5 Sangat setuju

Rajah 3
: Skala Likert Yang Diperoleh Selepas Intervensi Dijalankan

Jadual 5 : Skala Likert Yang Diperoleh Mengikut Setiap Soalan


PESERTA KAJIAN/NOMBOR 1 2 3 4 5 6
SOALAN

ALI 4 4 4 5 4 5
SHAKIRAH 4 4 5 5 4 5
ROKIAH 3 4 4 3 4 4
AMMAR 4 4 4 4 4 4
SAIFUL 4 5 4 5 5 5

Taburan skala likert yang diperoleh mengikut setiap soalan ditunjukkan dalam jadual di atas.
Bagi soalan 1, empat orang murid telah memilih skala 4 dan seorang murid telah memilih
skala 3 dimana mereka tahu menggunakan kaedah” Darab Tulang Ikan”. Bagi soalan 2, 3
dan 5 pula, seramai empat orang murid telah memilih skala 4 dan seorang murid telah
memilih skala 5. Seterusnya, bagi soalan 4 pula, seramai 3 orang mendapat skala lima,
seorang mendapat skala 4mpat dan seorang lagi mendapat skala 3. Akhir sekali, bagi soalan
6, tiga orang mendapat skala 5 dan dua orang mendapat skala 4.
5.5 REFLEKSI
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri bertujuan
untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan pengkaji di samping meningkatkan
kefahaman tentang amalan tersebut serta situasi dimana amalan itu dilakukan. Sepanjang
menjalankan kajian ini, banyak pengalaman dan pengajaran saya telah dipelajari oleh saya.
Selepas melaksanakan kajian, saya mendapati terdapat perubahan dalam sikap saya dan
peserta kajian yang mengambil bahagian dalam kajian ini.

Dalam memilih peserta kajian ini, saya ingin memilih keseluruhan murid dalam tahun
lima untuk menjadi peserta kajian, tetapi setelah melaksanakan beberapa pengajaran dengan
menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berbeza, maka murid-murid di dalam kelas
tersebut telah memperbaiki kemahiran menggunakan kaedah Darab Tulang Ikan kecuali lima
orang peserta kajian yang menyertai kajian ini.Instrumen-instrumen kajian yang digunakan
dalam kajian ini, membantu saya dalam pengumpulan dan penganalisisan data. Namun
begitu, saya merasakan bahawa penggunaan soal selidik, sukar untuk mentafsirkannya dan
memerlukan masa untuk menganalisis mengikut skala likert. Begitu juga dengan soalan yang
dijana oleh saya. Soalan yang diberikan sememangnya mengikut soalan yang terdapat dalam
buku teks dan mengikut garis panduan sukatan pelajaran. Namun begitu, kaedah yang
digunakan dalam buku teks hanya dua kaedah sahaja iaitu kaedah lazim dan kaedah Lattice.
Akhirnya, peserta kajian bingung dan keliru cara manakah yang betul untuk soalan yang
diberikan.

Saya berjaya melaksanakan kajian ini terhadap liam orang peserta kajian dimana
saya menggunakan kaedah Darab Tulang Ikan dalam melaksanakan kajian ini. Sepanjang
menjalankan kajian, terdapat perubahan sikap yang ditonjolkan oleh peserta kajian yang
mengambil bahagian dalam kajian ini. Dua orang murid daripada lima orang peserta kajian
tidak mempunyai minat dalam pembelajaran dan seringkali tidak menumpukan perhatian
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sepanjang menjalankan kajian ini,
didapati peserta kajian tersebut telah menunjukkan minat dalam pembelajaran dan aktif
bertanya soalan apabila tidak faham. Selain daripada itu, didapati juga peserta kajian
mengambil inisiatif sendiri untuk membuat latihan tambahan tanpa disuruh oleh saya sendiri.
Perubahan juga telah berlaku dalam diri saya dimana saya belajar untuk memahami
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dan belajar untuk bersabar dengan peserta kajian
memandangkan tiga orang peserta daripada lima orang peserta kajian adalah agak lemah
dalam topik pendaraban. Pada permulaanya, saya berasa kecewa dengan pencapaian murid
dalam topik pendaraban dan kelemahan mereka dalam sifir tetapi dengan menerima nasihat
daripada ketua panitia Matematik di sekolah saya, saya telah mencari inisiatif untuk
membantu peserta kajian tersebut dan mencari kaedah yang baru bagi membolehkan mereka
untuk belajar operasi pendaraban. Saya juga menekankan kepada peserta kajian sepaya
menghafal sifir.

Kajian ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada saya dalam pengajarannya,
bahkan juga memberikan kesedaran dan keinsafan kepada saya bahawa pentingnya
membina konsep Matematik kepada murid sekolah rendah. Saya mendapati bahawa jika
murid tidak mempunyai kefahaman dalam konsep Matematik, akan menjadi punca kesukaran
murid dalam mempelajari Matematik dan akhirnya menganggap Matematik adalah suatu
mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari. Isu ini ,memberikan keinsafan kepada saya untuk
memikirkan cara yang terbaik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya berpendapat bahawa kaedah Darab
Tulang Ikan ini perlu disebarkan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.Kaedah ini sangat sesuai digunakan sewaktu guru ingin memperkenalkan
operasi pendaraban. Kaedah ini sangat sesuai untuk murid kerana ia dapat melihat secara
jelas dan mudah untuk memahaminya.

Guru, sentiasa perlu memberi banyak latihan kepada murid supaya mendorong murid
untuk menjawab kepada soalan dengan menggunakan kaedah Darab Tulang Ikan ini.
Disamping itu, guru perlu memastikan supaya murid-murid mengafal sifir supaya mereka
tidak berasa sukar semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi pendaraban. Bagi
membantu murid, guru-guru boleh mengadakan program anak angkat supaya dapat
membimbing murid sewaktu rehat.Selain itu, kaedah ini juga sangat sesuai untuk murid
Tahun Lima dan Tahun Enam dimana melibatkan pendaraban empat digit dengan dua digit
dan yang seterusnya. Jadi kaedah ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk murid yang tahap
berbeza. Kajian ini juga membuktikan bahawa semakin banyak latihan yang diberikan,
semakin meningkat kefahaman murid terhadap topik yang diajar. Hal ini dibuktikan melalui
soalan latihan pengukuhan yang diberikan selepas selesai sahaja sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Rujukan

Esah Sulaiman. (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala


Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Kemmis, S., & Mc Taggart, R.(1988). The action research planner (3rd ed.),
Geelong,Australia: Deakin University Press.

Lampiran

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah dan
strategi. Kajang : Masa Enterprise
LAMPIRAN 1

Ujian Pra

Ujian Pasca
LAMPIRAN 2
Soal Selidik Tentang Penggunaan kaedah ‘Darab Tulang Ikan’ Terhadap Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Tajuk Pendaraban
Soalan
Skala Likert
1 2 3 4 5
1) Saya tahu menggunakan kaedah Darab
Tulang Ikan dalam operasi darab.

2) Penggunaan kaedah Darab Tulang Ikan


membantu saya meningkatkan kefahaman dalam
operasi darab.

3) Penggunaan kaedah Darab Tulang Ikan


menjadikan saya lebih berminat dalam sesi
pembelajaran.

4) Penggunaan kaedah Darab Tulang Ikan


membolehkan saya mengingat konsep operasi
darab.

5) Pemahaman dalam konsep darab ini akan


menjadikan saya lebih berkeyakinan diri dan
rajin.

6) Kaedah ini mampu melahirkan murid


yangkreatif dalam mencari ilmu.

You might also like