You are on page 1of 71

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan

generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru itu pelbagai

persediaan harus dibuat bagi menyediakan murid-murid yang mampu untuk menghadapi

pelbagai cabaran yang mendatang. Kemahiran dalam semua bidang merupakan

matlamat yang perlu dicapai oleh semua murid bagi memastikan mereka mampu

bersaing dalam lapangan kerjaya kelak. Salah satu bidang yang perlu dikuasai adalah

Matematik.

Menurut Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan Matematik boleh menjadi

prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi

maklumat. Dalam proses yang memakan masa enam tahun untuk pendidikan rendah,

murid dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran

kuantitatif mengikut langkah yang logik (Nik Azis, 1992). Keadaan ini memerlukan

murid memahami konsep asas Matematik seperti pendaraban di samping menghayatinya

dalam kehidupan seharian. Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh

murid pada peringkat sekolah rendah akan membantutkan penguasaan kemahiran-

kemahiran Matematik pada peringkat yang lebih tinggi.

1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Pinang (SKSP), saya telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar topik Nombor Bulat, Pecahan dan juga

Perpuluhan. Topik ini diberikan kepada saya berpandukan kepada Rancangan Tahunan

Matematik Tahun 4 yang telah disediakan oleh pihak sekolah mengikut minggu-minggu

persekolahan dalam tempoh setahun. Saya perlu mengikut Rancangan Tahunan ini bagi

memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) dapat dilaksanakan mengikut

jadual yang telah ditetapkan selaras dengan kehendak sekolah.

Kelas yang diberikan kepada saya adalah 4 Budi. 4 Budi merupakan kelas kedua

bagi Tahun 4 di sekolah ini. Dengan jumlah murid seramai 50 orang, ini merupakan

cabaran yang hebat buat saya kerana jumlah muridnya terlalu ramai untuk sebuah kelas.

Namun saya mengambil cabaran ini dari sudut positif untuk menimba seberapa banyak

pengalaman sebagai bekalan apabila bekerja kelak. Saya diberikan sebanyak 7 waktu

seminggu untuk mengajar Matematik. Pada hari pertama saya mengajar murid-murid

kelas ini, saya telah menguji sejauh mana murid-murid ini menghafal sifir

memandangkan topik bahagi yang bakal diajar memerlukan penguasaan penuh terhadap

fakta asas darab. Jika tidak, bagaimana murid tersebut hendak menyelesaikan masalah

yang melibatkan operasi bahagi ini. Hasil daripada ujian secara lisan yang telah

dilaksanakan, saya dapati murid-murid di dalam kelas ini lemah dalam mencongak sifir.

Terdapat segelintir murid yang perlu menggunakan jari untuk melakukan penambahan

berulang walaupun sifir mudah seperti sifir 3 dan 4. Terdapat beberapa orang murid

yang mengambil jalan mudah dengan mencuri-curi melihat belakang buku tulis yang

terdapatnya nota sifir. Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan mereka untuk

2
membuat sifir dalam bentuk petak 100 bagi memudahkan mereka mendapatkan jawapan

bagi sifir yang diperlukan. Hasilnya, murid-murid tersebut lebih mudah memberikan

jawapan dengan bantuan petak 100.

Saya juga telah mengulang sedikit berkenaan dengan pembelajaran terdahulu

mereka iaitu topik pendaraban dengan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan

tajuk tersebut terutama sekali pendaraban yang melibatkan ‘0’ kerana sepanjang

pengalaman mengajar saya di sekolah iaitu ketika Praktikum 1 dan 2, saya telah

menghadapi kesukaran ketika mengajar murid mendarab nombor yang mempunyai digit

‘0’ di belakangnya, atau dengan nama lain gandaan 10, 100 dan 1000. Meskipun

membuat kiraan dalam bentuk lazim, masih terdapat murid yang memberikan jawapan

yang salah. Contoh 1 menunjukkan murid A melakukan kesalahan dalam menyelesaikan

soalan pendaraban antara 4250 dengan 10. Contoh 2 pula menunjukkan bahawa murid

yang sama dapat menyelesaikan pendaraban antara nombor 3102 dan 22 dengan baik,

mengikut susunan bentuk lazim yang teratur sehingga mendapat jawapan yang betul

walhal kedua-dua soalan adalah pendaraban di antara nombor 4 digit dengan nombor 2

digit. Berdasarkan contoh, jelas menunjukkan bahawa murid ini tidak menghadapi

masalah dalam melakukan pendaraban, cuma apabila pendaraban tersebut melibatkan 0,

berlaku sedikit kekeliruan dan ianya harus segera diatasi bagi membantu mengukuhkan

konsep pemahaman murid.

Cth 2
Cth 1
Rajah 1. Algoritma yang dilakukan untuk menyelesaikan soalan pendaraban

3
Saya meneruskan agenda pengajaran saya dengan mengajar topik bahagi.

Melalui pengamatan saya, kebanyakan murid-murid telah dapat menguasai konsep

bahagi dan menyelesaikan soalan dengan menggunakan kaedah bentuk lazim (long

division). Mereka dapat melakukan pembahagian nombor bulat dengan nombor satu

digit dengan baik tetapi dengan bantuan sifir yang disenaraikan terlebih dahulu. Bagi

pembahagian yang melibatkan dua digit, saya menggunakan kaedah Split and Add

(SPAD) untuk membantu murid mendapatkan senarai sifir yang melibatkan nombor

yang besar. Bimbingan guru sentiasa diperlukan untuk membantu murid dalam

menyelesaikan masalah yang melibatkan pembahagian nombor bulat dengan dua digit.

Seterusnya, topik yang diajar adalah topik Pecahan. Sebelum memulakan proses

pengajaran dan pembelajaran, saya mengimbas kembali pengetahuan sedia ada murid

dengan bertanyakan beberapa soalan berkaitan pecahan yang berkait rapat dengan

kehidupan seharian mereka seperti kek atau pizza yang dipotong. Respon yang

ditunjukkan oleh murid sangat baik di mana mereka dapat mengingat kembali konsep

pecahan yang telah di ajarkan kepada mereka semasa mereka berada dalam Tahun 3.

Mereka dapat memahami apa yang diajar dengan baik kerana saya banyak melakukan

aktiviti secara praktikal untuk meningkatkan kefahaman mereka berkaitan dengan

pecahan. Contohnya, saya menjalankan aktiviti dengan menggunakan jalur kertas.

Murid-murid telah melipat kertas tersebut mengikut pecahan yang telah diberikan.

Melalui jalur kertas ini, murid-murid nampak dengan jelas pecahan yang diwakili oleh

1 1
setiap satu jalur kertas yang dilipat seperti satu seluruh (one whole), , dan
2 4

seterusnya. Melalui cara ini, murid-murid dapat memahami konsep pecahan secara jelas

di mana mereka meneroka sendiri proses untuk mendapatkan jawapan tersebut. Apabila
4
soalan bertulis diberikan, mereka kelihatan samar-samar untuk memahami soalan

tersebut, namun apabila soalan tersebut disediakan dengan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian seperti jalur kertas, mereka dapat membuat perkaitan dan menyelesaikan

masalah dengan mudah.

Rajah 2. Jalur kertas yang berwarna-warni

Berdasarkan masalah-masalah yang timbul sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam topik-topik yang telah diajarkan kepada mereka, pendekatan yang paling

efektif harus digunakan bagi membantu murid-murid tersebut memahami konsep yang

diajar. Pendekatan yang digunakan haruslah sistematik dan dapat membantu murid pada

tahap maksimum di mana pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian mereka dan bukan hanya untuk menjawab soalan peperiksaan semata-mata.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai fakta asas darab tidak harus

dipandang ringan oleh guru-guru yang mengajar kerana fakta asas darab ataupun sifir

merupakan asas bagi subjek Matematik. Jika asas yang dibina tidak kukuh, bagaimana

murid-murid dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan sifir?

5
Kemahiran menguasai dan mengingati fakta asas sifir merupakan satu kemahiran yang

sangat penting bagi murid-murid sekolah bagi mendukung dasar bahawa sekolah rendah

merupakan platform untuk menguasai asas pembelajaran. Melalui sistem pembelajaran

yang berorientasikan peperiksaan, murid-murid perlu berfikir dan mengingat kembali

dengan pantas fakta asas darab kerana murid-murid bukan hanya perlu berperang dengan

rakan-rakan sekelas, tetapi turut berperang dengan masa yang menjadi musuh utama.

Menurut Patterson (1999), “teaching does not occur until learning does” dan

Thomas Yeung Kim Wai dan Leung Hing Keung (2001) pernah menyatakan tentang

bagaimana kita sebagai pendidik hanya boleh menyatakan bahawa kita telah mengajar

murid fakta asas darab sebelum kita memastikan murid telah menguasai fakta asas darab

tersebut. Justeru, pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk membantu murid-murid

menguasai fakta asas darab seperti Petak 100, Kaedah MOKHDAR dan juga dengan

menggunakan jari.

Rajah 3. Kaedah jari dan petak 100 dalam mengingat sifir.

Bagi operasi pendaraban terutama sekali operasi mendarab nombor yang

mempunyai digit sifar (0) di belakangnya, atau dengan nama lain gandaan 10, 100 dan

6
1000, saya dapati murid-murid sering keliru dengan kedudukan kosong dalam penulisan

bentuk lazim lebih-lebih lagi apabila didarabkan dengan 1000. Memang mudah jika kita

hanya menekankan konsep menggerakkan titik perpuluhan seperti 3519 x 1000 iaitu

dengan hanya menambahkan tiga kosong di belakang nombor 9 dan hasilnya adalah

3519000. Namun apabila disuruh mencari jawapan dalam bentuk lazim, ianya

mendatangkan kesukaran kepada murid-murid kerana mereka sering keliru dalam

mendarabkan nombor yang terdahulu dan kecuaian dalam meletakkan jawapan di nilai

tempat yang tertentu. Selain itu, kebanyakan murid di dalam kelas ini juga memandang

ringan akan kerja rumah yang diberikan. Mereka memilih soalan yang mudah untuk

dijawab manakala soalan yang susah terutama sekali yang melibatkan pendaraban

dengan nombor 0, telah ditinggalkan begitu sahaja. Murid juga kelihatan kurang

berminat untuk menyelesaikan masalah pendaraban di antara nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000. Justeru, satu kaedah harus dilaksanakan bagi membantu

murid menyelesaikan masalah mendarab nombor gandaan 10, 100 dan 1000 agar selepas

ini, tidak lagi timbul persoalan mengapa murid tidak mampu menyelesaikan soalan

sedemikian.

Soalan dapat diselesaikan


menggunakan bentuk lazim
yang lengkap

Rajah 4. Algoritma yang dilakukan untuk menyelesaikan soalan pendaraban

Menurut Kamarudin Hussin (1986), alat bantu mengajar merupakan segala

kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan


7
pengajaran di dalam bilik darjah. Kenyataan ini turut disokong oleh Omardin (1999)

bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep

pengajaran dengan lebih jelas dan nyata. Bahan bantu mengajar yang digunakan seperti

jalur kertas dan circular cut out boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif

pembelajaran selain dapat membantu murid meningkatkan kefahaman mereka dalam

pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran dan

pembelajaran adalah lebih tinggi berbanding hanya dengan tertumpu kepada teks dan

bahan paparan saja. Penggunaan bahan maujud dapat memberikan pendedahan dan

gambaran sebenar berkaitan yang dipelajari oleh murid. Ciri-ciri penting yang terdapat

pada alat sebenar dalam pembelajaran adalah memudahkan kefahaman murid kerana

dapat melihat perkara sebenar yang telah dipelajari.

Rajah 5. Jalur kertas dan circular cut out

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

8
2.1 Isu/Masalah Kajian

Semasa mengajar topik Nombor Bulat dan Pecahan, terdapat banyak isu atau

masalah yang boleh dikaji oleh guru. Berpadanan dengan amalan yang harus diterapkan

oleh guru iaitu pembelajaran sepanjang hayat, guru haruslah dilengkapi dengan ilmu

pengetahuan yang dinamik. Guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui

pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepadamurid. Bagi setiap isu atau

masalah yang dihadapi oleh murid, guru perlu berusaha untuk membantu murid dalam

mengatasi masalah tersebut. Hal ini kerana setiap murid dikurniakan dengan sifat yang

berbeza-beza. Jadi, mereka turut mempunyai teknik memahami dan cara menyelesaikan

masalah yang berbeza.

2.1.1 Masalah Penguasaan Fakta Asas Darab

Masalah atau isu pertama yang boleh dikaji oleh saya sepanjang menjalankan

praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Seri Pinang ini ialah berkaitan dengan

masalah murid yang tidak menguasai fakta asas darab. Bagi sifir mudah seperti sifir dua

hingga lima, murid-murid dapat melafazkan sifir tersebut dengan mudah kerana jumlah

nombor tersebut tidak terlalu besar. Tetapi, apabila masuk kepada sifir 6 hingga 9,

keadaan menjadi sedikit sukar kerana nombor tersebut semakin besar. Oleh sebab

mereka tidak menghafal sifir tersebut, jadi mereka melakukan penambahan berulang

dengan menggunakan jari. Hal ini menjadikan sifir yang mereka hafal tersangkut-

sangkut dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan satu-satu sifir tersebut.

Namun demikian, apabila disuruh menulis fakta asas darab tersebut menggunakan petak

100, murid-murid dapat memenuhkan petak tersebut dalam tempoh kurang daripada 10

minit. Apabila ditanya mengapa tidak boleh congak sifir, murid-murid menjawab
9
dengan pelbagai alasan seperti ‘susahlah cikgu’, ‘cikgu.. kalau tulis saya boleh, kalau

congak saya lemahlah cikgu’ dan bermacam- macam lagi alasan diberikan. Sebagai

contoh, apabila soalan diberikan secara spontan diberikan seperti ‘7 x 8 = ___’ murid-

murid seperti hilang semangat untuk menjawab. Ada murid yang langsung tidak

berusaha untuk menjawab dan ada juga murid yang mencuba untuk menjawab tetapi

mereka akan meneka jawapan yang salah dahulu sebelum menemukan jawapan yang

betul.

2.1.2 Masalah Pendaraban Nombor Bulat dengan Gandaan 10, 100 dan 1000

Seterusnya, masalah atau isu lain yang boleh juga dikaji ialah berkaitan dengan

topik pendaraban. Murid-murid lemah dalam melakukan operasi darab terutama sekali

pendaraban yang melibatkan nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Jawapan

secara ringkas memang mudah untuk diperolehi, namun apabila soalan tersebut perlu

untuk ditunjukkan jalan kira bagi mendapatkan markah, ini telah menjadi masalah besar

buat murid tersebut kerana penguasaan yang lemah terhadap jalan kerja dalam bentuk

lazim. Kesedaran terhadap kepentingan bentuk lazim harus diambil kira kerana

pengiraan yang sistematik dapat menjurus kepada pemerolehan jawapan yang tepat.

Sebagai contoh, saya telah memberikan murid soalan mudah seperti 471 x 10 = _____

Murid A Murid B Murid C Murid D

10
Rajah 6. Algoritma yang dilakukan untuk menyelesaikan soalan pendaraban

Oleh kerana tersalah susun letak kedudukan nombor tersebut dalam bentuk lazim

seperti yang dilakukan oleh Murid 1 dan 2, maka jawapan yang diperoleh adalah salah.

Terdapat kesalahan lain juga yang ditunjukkan oleh murid-murid semasa melakukan

operasi ini di mana mereka tidak faham dan cuai dalam melakukan pendaraban nombor

bulat dengan 10 (471 x 10) seperti yang ditunjukkan oleh Murid 3 dan 4. Murid-murid

juga kelihatan kurang berminat dalam menyelesaikan masalah pendaraban di antara

nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Guru seharusnya menyedari tentang

jenis-jenis atau pola kesilapan yang sering dilakukan murid semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera.

2.1.3 Masalah dalam Memahami Konsep Pecahan

Bagi topik pecahan pula, isu atau masalah yang boleh diketengahkan ialah

tentang masalah murid untuk memahami konsep pecahan itu sendiri. Terdapat murid

3
yang tidak dapat menggambarkan gambarajah yang mewakili sesuatu pecahan seperti
5

daripada sebiji kek. Apabila menggunakan bahan bantu mengajar seperti potongan

kertas berbentuk bulat (cicular cut out), barulah mereka dapat menggambarkan jumlah

potongan kek yang mewakili pecahan tersebut. Selain itu, apabila masuk kepada

11
penambahan pecahan, terdapat segelintir murid yang telah menambah nombor tersebut

1 1 2
secara terus seperti + = . Mereka telah menambah secara terus membuatkan
4 4 8

jawapan yang diperoleh adalah salah. Penerangan yang jelas harus diberikan untuk

membantu murid menangani masalah ini. Bahan bantu mengajar seperti jalur kertas

digunakan dan diberikan kepada setiap murid supaya mereka dapat meneroka sendiri

konsep pecahan yang harus mereka tahu.

2.2 Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid yang tidak dapat menguasai kemahiran

mendarab melibatkan nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Berdasarkan

kepada analisis kerja rumah yang telah saya jalankan, kebanyakan murid tidak dapat

menjawab soalan pendaraban melibatkan gandaan 10, 100 dan 1000 sedangkan mereka

boleh menyelesaikan soalan pendaraban nombor bulat yang tidak melibatkan kewujudan

‘0’ tanpa sebarang masalah. Isu inilah yang ingin diketengahkan di mana punca kepada

permasalahan ini terjadi kerana murid-murid tidak nampak nilai yang dibawa oleh ‘0’

dan sering mengabaikan nilai tempat bagi ‘0’. Hasilnya, pendaraban nombor bulat

dengan 10, 100 dan 1000 telah menjurus kepada jawapan yang salah.

Hasil daripada pencarian maklumat di internet, pusat sumber dan pengalaman

saya sewaktu berada di sekolah dahulu, saya telah menemui satu kaedah yang

bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Kajian tersebut dinamakan kaedah Put the

Zero Aside ataupun dengan nama singkatannya PuZA. Kaedah PuZA ini adalah salah

12
satu cara yang digunakan oleh guru saya sewaktu sekolah rendah dahulu bagi membantu

murid-murid menangani masalah pendaraban. Alternatif yang digunakan sangat

membantu murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000 kerana menggunakan jalan kerja yang sistematik dan

terancang. Murid juga boleh mengelakkan kekeliruan terhadap kewujudan ‘0’ yang

selama ini menjadi igauan mimpi buruk kepada mereka. Dengan pengaplikasian kaedah

PuZA ini ke atas murid, diharapkan murid-murid dapat meminimumkan kesilapan yang

sering dilakukan untuk penyelesaian masalah.

2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah

Tinjauan awal telah saya jalankan untuk mengenal pasti apakah masalah sebenar

yang dihadapi oleh murid-murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan

nombor bulat dengan gandaan 10, 100, dan 1000. Dalam melaksanakan kajian ini, saya

telah melaksanakan tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah ini dengan

menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu menganalisis latihan dalam buku

tulis, pemerhatian dan juga melalui ujian diagnostik.

2.3.1 Pemerhatian

Saya telah menjalankan dua jenis pemerhatian ketika berada di dalam kelas iaitu

pemerhatian turut serta dan tidak turut serta. Bagi pemerhatian turut serta, saya telah

menggunakan senarai semak (rujuk Lampiran A ) sebagai penanda aras berkaitan

dengan apa yang perlu diperhatikan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan

murid-murid Tahun 4 Budi. Bagi pemerhatian tidak turut serta pula, sewaktu saya

13
mengajar di dalam kelas tersebut, saya telah meminta bantuan daripada pasangan

praktikum saya untuk mencatat nota lapangan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (p&p) berkaitan dengan topik pedaraban ini sedang berlangsung. Catatan

berikut adalah berkaitan dengan tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-

murid dan interaksi murid-murid di dalam kelas saya. Nota lapangan yang telah

dicatatkan adalah seperti di Lampiran B .

Jadual 1
Senarai semak pemerhatian berstruktur

Bil. Item-item pemerhatian Ada Tiada

1 Boleh menghafal sifir 1-9 dengan lancar 34/50 16/50

2 Boleh menulis ‘Multiplication table’ menggunakan petak


39/50 11/50
100 dengan pantas dan tepat

3 Boleh mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu


40/50 10/50
digit.

4 Boleh mendarab nombor tiga digit dengan nombor nombor


32/50 18/50
dua digit.

5 Boleh mendarab nombor empat digit dengan 10. 30/50 20/50

6 Boleh mendarab nombor tiga digit dengan 100. 25/50 25/50

7 Boleh mendarab nombor dua digit dengan 1000 23/50 27/50

14
NOTA LAPANGAN

 Keadaan / situasi : Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas


 Individu yang diperhatikan : Murid-murid 4 Budi
 Penglibatan pemerhati : Pasif
 Tarikh : 21 Mac 2012
 Masa : 11.10 a.m - 12.10 p.m
 Tempat : Kelas 4 Budi
 Tempoh pemerhatian : 1 jam (60 minit)

Jadual 2

Nota lapangan hasil pemerhatian di kelas 4 Budi


Masa Nota Deskriptif Nota reflektif

11:10 – 11:25 Guru tanya sifir kepada murid secara Rata-rata murid masih menggunakan jari
congak. Kemudian guru untuk mengira sifir secara congak.
mengarahkan murid menulis fakta Apabila murid-murid disuruh untuk
asas darab dengan menggunakan menyenaraikan sifir menggunakan petak
petak 100. 100, mereka dapat melengkapkan petak
tersebut kurang daripada 10 minit.

11:25 – 11:35 Guru tunjuk bagaimana Murid sudah menguasai kemahiran asas
menyelesaikan soalan pendaraban mendarab. Mereka dapat menyelesaikan
nombor bulat (3 digit) dengan soalan darab dengan baik menggunakan
nombor bulat (1 digit dan 2 digit) ‘standard written method’. Ada murid
menggunakan ‘standard written yang pantas dan ada juga murid yang
method’. Kemudian guru beri contoh lambat.
lain untuk murid selesaikan sendiri
secara individu.
11:35 – 11: 45 Guru beri soalan nombor bulat Sebelum menjawab, terdengar beberapa
dengan gandaan 10, 100 dan 1000. orang murid merungut, “Susahlah,
Semua murid mencuba secara cikgu”.. “Cikgu.. banyaknya kosong..
15
individu. Ada murid yang menjawab Saya kelirulah cikgu” dan seumpamanya.
sambil menggarukan kepala. Murid-murid kurang berminat untuk
menyelesaiakan soalan bentuk ini. Ada
yang menyelesaiakan operasi tersebut
seperti operasi tambah dan ada juga yang
meninggalkan terus soalan tersebut.
11:45 – 12:00 Guru mengedarkan lembaran kerja Semasa menjawab soalan yang diberikan,
yang mengandungi soalan ramai murid merungut bahawa soalan
pendaraban melibatkan nombor bulat tersebut susuah dan mengelirukan.
dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Mereka tidak berminat untuk menjawab
Muka murid tidak ceria semasa soalan seperti ini. Bagi pendaraban
menjawab soalan dan asyik merungut nombor bulat dengan 10, sebilangan
murid dapat menyelesaikan soalan
dengan baik. Tetapi apabila masuk
kepada soalan pendaraban nombor bulat
dengan 100 dan 1000, pergerakan murid
menjadi perlahan dan ada murid yang
meninggalkan langsung soalan tersebut.
12:00 – 12:10 Guru dan murid berbincang jawapan Hanya terdapat seorang murid yang
bagi soalan dalam lembaran kerja mendapat jawapan betul semua dan
tersebut. terdapat murid yang mendapat hanya 1
betul daripada 8 soalan yang diberikan.

Rumusan daripada pemerhatian yang telah saya lakukan pada kelas 4 Budi ini

adalah, bagi soalan pendaraban nombor bulat dengan dengan nombor 1 digit dan 2 digit,

kesemua murid dapat menyelesaikan soalan jenis ini dengan betul. Namun demikian,

bagi pendaraban nombor bulat dengan 10, 100, dan 1000, terdapat sebilangan besar

murid yang menghadapi masalah dalam menyelesaikannya. Ini adalah berikutan

kekeliruan yang berlaku lebih-lebih lagi apabila terdapatnya lebih daripada satu sifar

16
dalam nombor tersebut. Murid-murid kelihatan tidak berminat dan menjawab secara

sambil lewa dalam menyelesaikan soalan pendaraban di antara nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000. Selain itu, terdapat murid yang cuai semasa melakukan

algoritma pendaraban ini di mana mereka tersalah susun kedudukan dalam bentuk lazim.

2.3.2 Penelitian dokumen

Berdasarkan penelitian dokumen yang telah saya jalankan terhadap tugasan kerja

rumah yang diberikan sebelum ini, terdapat sebilangan besar murid tidak dapat

menyelesaikan soalan pendaraban yang melibatkan nombor bulat dengan gandaan 10,

100 dan 1000. Berikut merupakan contoh hasil daripada penelitian dokumen yang

dilakukan kepada murid Tahun 4 Budi.

Cth 1

Murid ini tidak tahu


menyelesaikan soalan
8004 x 0. Tetapi, dapat
menyelesaikan 8004 x 1
dengan betul, dan
kedudukan yang betul

Cth 2

Murid ini menganggap


bahawa 471 x 100 adalah
bersamaan dengan 471 x 1
dengan mengabaikan nilai
yang dibawa oleh 0

Rajah 7. Algoritma yang dilakukan untuk menyelesaikan soalan pendaraban

17
Kesimpulan yang dapat dibuat berpandukan penelitian dokumen ini adalah

murid Tahun 4 Budi menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi pendaraban

nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000. Melalui jalan kerja yang ditunjukkan,

berlakunya kesilapan dalam algoritma pendaraban. Mereka telah memberikan jawapan

yang salah kerana cuai dan ada juga yang mengabaikan kewujudan 0 pada nombor

tersebut. Hal ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk mengkaji permasalahan

berkaitan dengan tajuk ini kerana kebanyakan topik Matematik seperti Ukuran Panjang,

Jisim dan Isipadu banyak melibatkan pendaraban dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

2.3.3 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik seperti pada Lampiran C telah diberikan kepada murid-murid.

Sebanyak lapan soalan telah diberikan untuk dijawab dalam masa 50 minit. Keputusan

ujian diagnostik jelas menunjukkan bahawa operasi pendaraban nombor bulat dengan

10, 100 dan 1000 sukar dikuasai oleh murid-murid.

Daripada ujian diagnostik ini, saya telah menganalisis masalah sebenar yang

dihadapi oleh murid-murid kerana daripada 8 soalan yang diberikan, hanya satu soalan

sahaja yang berjaya dijawab dengan betul oleh semua murid iaitu soalan nombor 2. Bagi

soalan pendaraban nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000, iaitu soalan nombor 1, 4, 6

dan 8 murid-murid yang salah keempat-empat soalan tersebut adalah murid yang sama.

Ketika murid-murid menjawab soalan-soalan ini, kerap kali saya mendengar rungutan

murid “Susahlah cikgu” , dan ‘kelirulah cikgu, banyaknya 0’. Oleh yang demikian, saya

telah menganalisis dan meneliti kertas ujian diagnostik yang telah diberikan untuk

mengenal pasti punca sebenar murid-murid ini tidak dapat menyelesaikan soalan

pendaraban nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000.


18
Saya telah merumuskan keputusan ujian diagnostik yang dijalankan seperti

dalam jadual 1 di bawah. Hasil keputusan ujian menunjukkan bahawa murid boleh

melakukan operasi darab dengan baik, tetapi terdapat sedikit kelemahan apabila

melakukan pendaraban yang melibatkan gandaan 10, 100 dan 1000.

Jadual 3

Keputusan ujian diagnostik dalam bentuk peratusan.

Soalan Jumlah yang Peratus yang Jumlah yang Peratus yang


menjawab menjawab tidak tidak menjawab
dengan betul dengan betul menjawab dengan betul
(%) dengan betul (%)
1) 471 x 10 34 68 16 32

2) 841 x 5 50 100 0 0

3) 4226 x 8 42 84 8 16

4) 835 x 100 36 72 14 28

5) 945 x 27 39 78 11 22

6) 39 x 1000 28 56 22 44

7) 326 x 18 40 80 10 20

8) 899 x 100 32 64 18 36

Hasil daripada ujian diagnostik yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-

murid di dalam kelas tersebut cenderung dalam melakukan kesilapan minor yang boleh

di atasi. Berikut merupakan antara contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid:

19
1)Murid salah susun kedudukan nombor dalam algoritma pendaraban.

Contoh: 835 x 100 =

Murid tersalah letak susunan


hasil darab dan menjurus
kepada jawapan yang salah.

2)Murid mendarab nombor mengikut kedudukan rumah sama seperti menyelesaikan

operasi tambah dan tolak.

Contoh : 471 x 10 =

Murid membawa 4
turun ke bawah
kerana tiada apa-apa
nombor dibawahnya.

Murid mendarab 7 Murid mendarab 1


dengan 1 dan dengan 0 dan
hasilnya adalah 7 hasilnya adalah 0

3)Murid tidak menjawab soalan yang diberikan.

Contoh : 39 x 1000 =

6) 39 X 1000 =

20
Bentuk kesalahan tersebut adalah antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh

murid 4 Budi ketika menjawab soalan operasi darab nombor bulat dengan 10, 100 dan

1000. Kebanyakan kesalahan adalah disebabkan oleh kecuaian murid-murid, bukan

disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk mendarab atau pun tidak menghafal

sifir. Oleh yang demikian, saya telah memperkenalkan satu pendekatan baru yang lebih

mudah dan ringkas untuk murid menguasai kemahiran mendarab nombor bulat dengan

gandaan 10, 100, dan 1000.

2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik berbeza dengan mata pelajaran

lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti

yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan

menyeluruh. (NCTM, 1989; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997).

Menurut Mohd Salleh, (1991), seperti dinyatakan dalam Azizi dan Elanggovan, 2010),

seseorang murid yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran Matematik

akan menghadapi masalah pemahaman dalam Matematik. Kefahaman konsep

merupakan perkara penting dalam pembelajaran Matematik. Murid yang tidak dapat

menguasai konsepnya menganggap mata pelajaran itu sukar. Justeru, kefahaman konsep

darab yang difokuskan dalam kajian ini penting kepada murid dalam menjawab soalan

pendaraban nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi

Bin Mat Jalil (2005) yang bertajuk Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan

Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan

21
Mersing Johor, pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas

Matematik. Kemahiran ini sekiranya tidak dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah

rendah akan membantutkan penguasaan kemahiran-kemahiran Matematik pada

peringkat yang lebih tinggi. Untuk penguasaan kemahiran mendarab, sifir yang perlu

diingat adalah sifir 1 hingga ke sifir 9. Bagi hasil darab untuk nombor yang lebih besar

kemahiran-kemahiran mendarab perlu dipertingkatkan dengan lebih baik.

Perlu diingat;

1 × 10 = 10

10 × 10 = 100

10 × 100 = 1000

100 × 100 = 10,000

1000 × 1000 = 1,000,000

Makanya,

3 × 10 = 30

43 × 100 = 4300

578 × 1,000 = 578000

Reys, et. al (2004), juga menyatakan bahawa murid-murid dari zaman prasekolah

perlu didedahkan dengan konsep sifir. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan kumpulan,

nombor dan operasi tambah serta sifir darab yang mudah supaya mereka bersedia

apabila memasuki alam persekolahan kelak. Pengarang juga menyatakan bahawa

terdapat beberapa strategi yang kanak-kanak gunakan apabila mempelajari asas operasi
22
darab dan bahagi. Antaranya ialah tukar tertib (commutative), pengiraan langkau (skip

counting), penambahan berulang (repeated addition), memecahkan produk kepada

bahagian tertentu (splitting the product into known parts) dan corak (pattern). Beliau

turut menyatakan bahawa terdapat pelbagai model yang sering digunakan dalam

mengajar operasi darab. Antaranya ialah suatu set objek, susun atur dan garis nombor.

Kanak-kanak dapat melakukan operasi darab dengan baik apabila mereka boleh

menggunakan pelbagai model bagi menunjukkan situasi darab dan boleh menerangkan

hubungan antara model tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh Tengku Halim Bin Tengku Ahmad yang bertajuk

Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Membina Sifir, Mendarab Sebarang Nombor

dengan Nombor Dua atau Tiga Digit Menggunakan Kaedah ”Palangku”: Suatu kajian di

Sekolah Kebangsaan Dungun, Terengganu adalah berfokus kepada teknik meletakkan

jawapan pada palang-palang yang disediakan dengan kemahiran sifir asas yang telah

dipelajari murid. Teknik yang telah diubahsuai daripada kemahiran sempoa ini dapat

membantu murid untuk menguasai pendaraban nombor bulat dengan nombor 2 atau 3

digit. Murid hanya perlu memahami setiap langkah meletakkan jawapan yang perlu pada

tempat yang sesuai pada palang. Kemudian dengan kemahiran menambah, murid dapat

menyiapkan jawapan dengan tepat dan cepat. Walaupun nampak mudah, namun kaedah

palangku ini dirasakan kurang sesuai untuk menyelesaikan soalan pendaraban nombor

bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Murid memerlukan suatu kaedah supaya

mereka dapat mengasingkan nombor sifar dengan nombor selain sifar sewaktu proses

pengiraan dilaksanakan.

23
Operasi pendaraban merupakan salah satu operasi yang penting dalam kurikulum

Matematik. Namun, ramai murid di Malaysia yang tidak faham konsep pendaraban dan

menghadapi pelbagai masalah dalam proses penyelesaian soalan pendaraban

terutamanya pendaraban multi-digit nombor dengan dua-digit nombor. Bhasah (2009)

menyatakan pendaraban Matematik dianggapkan sebagai satu topik sukar dan

mengelirukan bagi kebanyakan murid. Selain itu, dalam kajian Zainuddin dan Rashidi

(2007), didapati ramai murid tidak dapat menguasai operasi pendaraban dengan baik

melalui cara pengajaran tradisional, iaitu pendaraban dalam bentuk lazim. Fakta ini juga

disokong oleh dapatan Stacey dan Vincent (2004) yang telah menyatakan bahawa

kebanyakan murid sekolah rendah tidak memahami nilai tempat dalam pendaraban

kaedah lazim dan sukar dipelajari oleh murid.

Terdapat pelbagai kaedah yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah

pendaraban multi-digit nombor dengan nombor dua digit. Antaranya adalah dengan

menggunakan kaedah Lattice. Kaedah Lattice merupakan kaedah dalam operasi

pendaraban nombor-nombor besar yang menggunakan grid. Kaedah ini membahagikan

operasi pendaraban kepada beberapa bahagian. Ini dapat memudahkan murid melukis

jawapan dengan betul dan mengelakkan kecuaian dalam langkah yang panjang (Walbert,

2005). Selain itu, dalam kajian Abdul Jamil (1999) dan Abdul Rahim (2003) juga turut

mensyorkan penggunaan kaedah Lattice dalam operasi pendaraban untuk membantu

murid menguasai kemahiran pendaraban. Namun demikian, kaedah Lattice ini dirasakan

kurang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendaraban nombor bulat dengan 10, 100

dan 1000. Walaupun nampak mudah dengan hanya memasukkan nilai yang ingin

didarabkan ke dalam grid yang telah dilukis, ianya tetap menimbulkan kekeliruan kerana

24
murid-murid tetap perlu menyusun hasil pendaraban nombor bulat dengan 0 itu sendiri.

Hasilnya, murid-murid tetap menjurus kepada jawapan yang salah walaupun telah

menggunakan kaedah Lattice. Saya telah membandingkan kaedah PuZA dengan kaedah

“Lattice square” dalam jadual 4.

Jadual 4

Perbandingan kekuatan dan kelemahan kaedah Lattice Square dan kaedah PuZA
Kaedah Kekuatan Kelemahan

Kaedah 1.Murid memasukkan nombor ke 1.Terdapat murid yang


“Lattice Square” dalam grid yang dilukis, jadi boleh menambah pendaraban secara
mengelakkan kekeliruan. terus walhal penambahan harus
dibuat secara serong.
2.Nombor yang dimasukkan
terasing daripada nombor yang lain, 2.Mengambil masa yang lama
jadi murid fokus terhadap digit- kerana murid harus melukis
digit tertentu. grid terlebih dahulu sebelum
melakukan pendaraban.

3.Jika murid tersalah susun


nombor di dalam grid, menjurus
kepada jawapan yang salah.

Kaedah PuZA 1.Murid mengasingkan kedudukan 1.Khusus untuk pendaraban


0 dan melakukan pendaraban nombor bulat dengan 10, 100
seperti biasa. dan 1000.

2.Murid tidak perlu melakukan


algoritma yang panjang dan ianya
cukup ringkas.

3.Murid hanya perlu melukis satu


garis pemisah di antara nombor
selain kosong dan kosong.

25
Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan

kemahiran Matematik perlu dikenal pasti bidang kelemahan mereka seawal yang

mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program

pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap

Matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila

kelemahan-kelemahan asas dikenal pasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula

daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid

mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan

yang sewajarnya dari awal lagi, motivasi diri mereka akan meningkat dan menjadikan

Matematik sebagai salah satu subjek yang boleh dikuasai oleh mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tinjauan literatur ini adalah konsep

mendarab dan konsep sifir sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Menurut

Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari

pendaraban. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada satu kaedah bercorak iaitu kaedah

Put the Zero Aside (PuZA) dalam membantu murid untuk menyelesaikan operasi

pendaraban yang melibatkan nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

26
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah PuZA dalam menyelesaikan operasi

darab nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

 Mengkaji sama ada kaedah PuZA berjaya meningkatkan minat murid dalam

menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

4.0 SOALAN KAJIAN

 Adakah kaedah ‘PuZA’ berkesan dalam menyelesaikan operasi darab nombor

bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000 ?

 Adakah kaedah PuZA dapat membantu meningkatkan minat murid dalam

menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000?

27
5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya untuk menjalankan kajian tindakan ini adalah murid-

murid daripada Tahun 4 Budi. Kelas ini adalah kelas kedua daripada tiga kelas tahun 4

yang terdapat Sekolah Kebangsaan Seri Pinang (SKSP). Kelas ini terdiri daripada 50

orang murid. Sebelum memilih responden yang berkenaan, saya telah berbincang

terlebih dahulu dengan rakan praktikum, guru pembimbing serta guru kelas terbabit,

mengenai kriteria-kriteria pemilihan yang sesuai untuk dijadikan penanda aras dan garis

panduan dalam memilih responden yang berkenaan. Hasil daripada perbincangan

bersama, mereka berpendapat bahawa adalah lebih wajar untuk saya memilih murid

yang telah menguasai operasi darab nombor bulat dengan satu digit dan dua digit kerana

fokus kajian saya adalah untuk membantu memperbaiki kelemahan murid dalam

menyelesaikan soalan darab nombor bulat dengan nombor gandaan 10, 100, dan 1000.

Saya juga perlu memilih murid-murid yang sudah mahir membina jadual sifir darab

mereka sendiri serta tahu menggunakan sifir darab yang mereka telah bina kerana fakta

asas darab merupakan asas dalam melakukan operasi darab

Murid-murid ini telah dianalisis berdasarkan kepada hasil pemerhatian,

penelitian dokumen, serta ujian diagnostik yang telah dijalankan. Selepas saringan

dilakukan, akhirnya hanya 8 orang murid sahaja yang terpilih iaitu mereka yang berjaya

menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul daripada semua 8 soalan Ujian

Diagnostik. Kesemua 8 orang murid yang terpilih berjaya menjawab 4 soalan

pendaraban nombor bulat dengan nombor satu dan dua digit dengan betul tetapi gagal

menjawab baki 4 lagi soalan yang melibatkan pendaraban nombor bulat dengan 10, 100

dan 1000 (Rujuk jadual 3). Tujuan saya menggunakan strategi ini adalah untuk
28
memastikan responden yang dipilih untuk kajian ini jelas hanya mempunyai masalah

untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban nombor bulat dengan 10, 100

dn 1000 sahaja. Daripada 8 orang murid yang terpilih ini, 4 daripadanya ialah murid

perempuan dan selebihnya ialah murid lelaki. Kelapan-lapan orang murid ini merupakan

murid yang sederhana di dalam kelas 4 Budi. Pencapaian mereka di dalam keputusan

ujian yang lepas menunjukkan bahawa 6 orang daripada mereka memperoleh keputusan

B dan selebihnya memperoleh keputusan C bagi subjek Matematik. Ini menunjukkan

murid-murid ini berpotensi besar untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada masa

akan datang jika dibantu pada bahagian yang mereka lemah seperti pendaraban nombor

bulat dengan 10, 100 dan 1000. Berikut merupakan responden yang telah dipilih.

29
Rajah 8. Kumpulan sasaran yang telah dipilih

Kedudukan responden di dalam bilik darjah pula adalah seperti yang ditunjukkan

dalam pelan bilik darjah 4 Budi.

Simbol Penerangan
PELAN BILIK DARJAH: 4 BUDI Kedudukan
responden di dalam
kelas

p
i
n
t
u

p
i
n
t 30
u
Papan hitam

Rajah 9. Kedudukan responden di dalam bilik darjah


Rumusan dan analisis berkaitan dengan kaedah yang telah digunakan untuk

menentukan kumpulan sasaran telah dijadualkan di dalam Jadual 5 dan Jadual 6.

Jadual 5

Kaedah Mengutip Data bagi Menentukan Kumpulan Sasaran

Langkah & Cara Kumpulan Tujuan


Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 50 orang Mengenal pasti kelemahan murid-
21 Mac 2012 turut serta murid 4B murid Tahun 4 Budi

Pemerhatian 50 orang Mencatat nota lapangan berkaitan


tidak turut murid 4B dengan tingkah laku, perbualan,
serta keadaan tempat, dan pergerakan
tubuh yang berlaku sewaktu P&P
berlangsung.
Langkah 2 Penelitian 50 orang Mengenal apakah masalah
25 Mac 2012 Dokumen murid 4B sebenarnya yang dihadapi oleh murid
ketika melakukan penyelesaian
algoritma.

Langkah 3 Ujian 50 orang Saya menjalankan ujian diagnostik


1 April 2012 Diagnostik murid 4B ke atas 50 orang murid 4 Budi.
Tujuannya adalah untuk mengenal
pasti murid yang bermasalah dalam
melakukan pendaraban nombor bulat

31
dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

Jadual 6:

Analisis Tinjauan Masalah bagi Menentukan Kumpulan Sasaran


Langkah & Cara Kumpulan Masalah yang telah dikenal pasti
tarikh penilaian sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 50 orang Ramai murid yang tidak dapat
21 Mac 2012 turut serta murid 4B menyelesaikan operasi pendaraban nombor
bulat dengan 10, 100 dan 1000. (Rujuk
jadual 1)
Pemerhatian 50 orang Rakan praktikum yang mencatatkan nota
tidak turut murid 4B lapangan ini menyatakan bahawa murid tidak
serta menunjukkan minat semasa menjawab
soalan pendaraban nombor bulat dengan
gandaan 10, 100 dan 1000. Masing-masing
mengeluh dan mengatakan mereka keliru
dengan kewujudan kosong yang bayak pada
soalan yang diberikan. (Rujuk Jadual 2, nota
lapangan)
Langkah 2 Penelitian 50 orang Banyak kesalahan dan kecuaian yang
25 Mac 2012 Dokumen murid 4B dilakukan oleh murid. Terdapat juga murid
yang tidak menyiapkan kerja rumah yang
melibatkan pendaraban nombor bulat dengan
10, 100 dan 1000.
Contoh kesalahan 1:

32
Murid ini tidak tahu menyelesaikan soalan 8004 x 0. Tetapi,
dapat menyelesaikan 8004 x 1 dengan betul

Contoh kesalahan 2:

Murid ini menganggap bahawa 471 x 100 adalah


bersamaan dengan 471 x 1 dengan mengabaikan nilai yang
dibawa oleh 0

Langkah 3 Ujian 50 orang Setelah menjalankan ujian diagnostik,


1 April 2012 Diagnostik murid 4B hampir kesemua murid dapat
menyelesaiakan pendaraban nombor bulat
dengan 1 digit dan 2 digit tetapi terdapat
sebilangan besar murid tidak menguasai
pendaraban nombor bulat dengan 10, 100
dan 1000. (Rujuk Jadual 3). Murid tersebut
telah melakukan kesalahan dengan corak
yang sama, mengabaikan kewujudan sifar
dan juga meninggalkan soalan tersebut.
Contoh kesalahan 1:

33
Murid ini telah
menyusun
kedudukan
hasil darab ini
dengan cara yang salah. Hasilnya, jawapan yang
diperolehi adalah salah.

Contoh kesalahan 2:

Murid ini menganggap nilai yang dibawakan oleh ‘10’


adalah sama dengan nilai ‘1’.

34
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan

Saya telah merancang reka bentuk kajian yang tertentu sebelum kajian ini

dijalankan. Reka bentuk kajian ini melibatkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan

pada sebelum, semasa, dan selepas pelaksanaan tindakan dijalankan. Berikut merupakan

tindakan yang telah dilaksanakan.

6.1.1 Aktiviti 1: Ujian Pra

Daripada 50 orang murid yang terdapat dalam kelas 4 Budi, 8 orang murid telah

dipilih berpandukan ujian diagnostik, penelitian dokumen dan pemerhatian yang

dijalankan. Murid telah diberikan masa menjawab soalan selama 50 minit dan mereka

diberikan peluang untuk menggunakan apa sahaja cara dan pengetahuan sedia ada

mereka untuk menjawab soalan tersebut.

6.1.2 Aktiviti 2: Pengenalan kepada teknik PuZA

Saya telah mengajar murid-murid menggunakan kaedah PuZA, dan kaedah ini

telah diajar kepada 8 responden yang telah saya pilih berpandukan ujian pra yang

35
diadakan. Kaedah ini telah diajar dengan teliti supaya sampel kajian dapat memahami

konsep dengan tepat.

PuZA Chart

Nombor selain sifar Sifar


Garis pemisah

Rajah 8. PuZA Chart

Cara-cara untuk menggunakan PuZA Chart.

Langkah 1: Penerangan secara Umum

36
Rajah 9: Murid diberi penerangan secara umum berkaitan dengan kaedah
PuZA

Murid diberi penerangan cara menggunakan PuZA Chart secara umum. Murid

melakukan pengiraan dalam bentuk lazim, dan menambah satu garis pemisah atau pagar

di bahagian kanan bentuk lazim tersebut. Murid perlu memindahkan angka sifar ke

bahagian kanan garisan (put the zero aside). Murid diingatkan bahawa mereka hanya

boleh memindahkan angka sifar yang berada di penghujung nombor sahaja. Setelah

memindahkan angka sifar tersebut, murid membuat pengiraan seperti biasa di bahagian

kiri garis pemisah itu. Setelah mendapat jawapan, angka sifar yang berada di bahagian

kanan pagar itu diletakkan semula bersama-sama jawapan yang telah diperoleh.

Hasilnya, jawapan yang tepat dengan langkah yang mudah.

Nombor selain Sifar Sifar

Garis pemisah

Langkah 2: Penerangan secara khusus.

Contoh soalan: 645 x 100 =

37
Masukkan soalan yang diberikan ke dalam PuZA Chart. Letakkan 645 dahulu di dalam

kotak yang bertulis nombor selain sifar ataupun nombor pertama soalan.

Nombor selain Sifar Sifar


645
X

Kemudian, letakkan nombor yang kedua dalam soalan iaitu 100 pada barisan kedua

PuZA Chart. Nombor 1 diletakkan pada nombor selain sifar, manakala nombor 00

diletakkan pada kotak yang bertulis sifar.

Nombor selain Sifar Sifar


645
X 1 00

Setelah memindahkan angka sifar tersebut, murid membuat pengiraan seperti biasa di

bahagian kiri garis pemisah itu.

Nombor selain Sifar Sifar


645
X 1 00

645

38
Selepas mendapat jawapan, angka sifar yang berada di bahagian kanan pagar itu

diletakkan semula bersama-sama jawapan yang telah diperoleh. Hasilnya, jawapan yang

tepat dengan langkah yang mudah.

Nombor selain Sifar Sifar


645
X 1 00

645 00

Begitu juga yang perlu dilakukan oleh murid apabila hendak mendarab nombor yang

mengandungi sifar di hujungnya dengan 100.

Contoh soalan: 910 x 100 =

Nombor selain Sifar Sifar


91 0 Kira bilangan 0 dan
letakkan bilangan 0
X 1 00 di ruangan jawapan.

91 000

Bagi aktiviti 2 ini, saya telah memperuntukkan masa lebih kurang 40 minit sehari untuk

mengajar cara yang betul menggunakan PuZA Chart. Saya telah menjalankan kelas ini

selama 4 hari. Pada hari pertama, saya memperkenalkan cara untuk menggunakan PuZA

Chart ini. Langkah asas ini penting untuk memastikan murid-murid menguasai

penggunaan PuZA Chart ini. Pada hari kedua, saya telah mengajar murid untuk

menyelesaikan pendaraban nombor empat digit dengan 10. Selepas habis sesi

pengajaran, saya telah memberikan latihan berkaitan dengan pendaraban nombor empat

digit dengan 10. Pada hari ketiga pula saya telah mengajar kaedah penyelesaian

39
pendaraban nombor tiga digit dengan 100 dan diikuti dengan latihan berkaitan dengan

tajuk. Pada hari keempat, saya telah mengajar berkaitan dengan pendaraban nombor dua

digit dengan 1000. Latihan berkaitan dengan pendaraban nombor dua digit dengan 1000

diberikan pada sesi akhir pengajaran.

6.1.3 Aktiviti 3: Mengaplikasikan Kaedah PuZA dalam Meningkatkan

Kemahiran Menjawab Soalan Operasi Darab Nombor Bulat dengan Gandaan 10,

100 dan 1000.

Setelah responden benar-benar mahir menyelesaikan soalan yang melibatkan

pendaraban nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000 menggunakan kaedah

PuZA yang telah diajar, responden dikehendaki menyelesaikan soalan latihan yang

disediakan pada hari yang berlainan. Latihan aplikasi ini telah dijalankan dengan tujuan

untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan murid terhadap pendaraban nombor bulat

dengan 10, 100 dan 1000. Pada peringkat ini, murid telah mengaplikasikan sepenuhnya

Kaedah PuZA untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan operasi darab nombor

bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

5.1.4 Aktiviti 4: Ujian Pasca

Ujian Pasca dibina daripada 8 soalan subjektif pendaraban nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000. Murid-murid dibenarkan untuk menggunakan cara yang

dirasakan sesuai untuk menjawab soalan yang diberikan.

40
Jadual 7

Jadual Pelaksanaan Langkah-Langkah Tindakan


Langkah & Jangka Masa Peranan Guru Peranan Responden

Tarikh
Aktiviti 1 50 minit Pemerhati Menjawab soalan ujian pra.

18 Jun 2012
Aktiviti 2 120 minit Fasilitator Belajar menggunakan kaedah

Sesi 1: 19 Jun (40 minit x 3 PuZA dan menyelesaikan

Sesi 2: 20 Jun sesi) masalah pendaraban nombor

Sesi 3: 21 Jun bulat dengan 10, 100 dan

Sesi 4: 24 Jun 1000.

Aktiviti 3 50 minit Pemerhati Menjawab soalan latihan

25 Jun 2012 aplikasi dengan menggunakan

kaedah PuZA.

Aktiviti 4 50 minit Pemerhati Menjawab soalan ujian Pasca.

27 Jun 2012

41
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data amat penting dalam menjalankan penyelidikan tindakan. Data

akan dikumpul bagi memastikan bahawa objektif yang telah dirancang tercapai

mahupun tidak. Kaedah yang telah saya gunakan untuk mengumpul data adalah ujian

bertulis, pemerhatian dan temu bual.

7.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian pra dan Ujian Pasca telah dijalankan bagi mengetahui pencapaian

responden melalui perbandingan hasil kedua-dua ujian sebelum dan selepas mempelajari

kaedah PuZA. Ujian Pra dan ujian Pasca yang telah dijalankan boleh dilihat menerusi

lampiran D dan E masing-masing.

7.2 Borang soal selidik

Saya telah mengedarkan borang soal selidik yang telah disediakan kepada 8

orang responden daripada kelas 4 Budi yang telah saya pilih seperti dalam Lampiran F.

Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang keberkesanan

penggunaan kaedah PuZa dalam membantu murid menyelesaikan operasi darab nombor

bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Soal selidik ini juga dapat menunjukkan sama

ada responden minat atau tidak menggunakan kaedah yang telah diajar.

7.3 Temu bual

Maklumat juga akan dikumpul secara temu bual untuk mengutip data berkaitan

kajian tindakan ini. Temu bual akan dilakukan ke atas responden yang terlibat untuk
42
mendapatkan pandangan mereka mengenai kajian yang telah dijalankan. Temu bual

yang akan dibuat adalah berbentuk separa berstruktur (lampiran G), iaitu saya telah

menyediakan soalan, tetapi soalan susulan akan dibuat berdasarkan jawapan yang

diberikan oleh pihak yang ditemu bual.

Jadual 8

Cara Pengumpulan data

Langkah & Cara Kumpulan Tujuan


Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 1 Ujian Pra 8 orang murid Mengenal pasti tahap pencapaian dan
18 Jun 2012 4B prestasi responden sebelum
menggunakan kaedah PuZA.

Langkah 2 Ujian Pasca 8 orang murid Melihat sejauh mana keberkesanan


27 Jun 2012 4B penggunaan kaedah PuZA dalam
menyelesaikan soalan pendaraban
nombor bulat dengan gandaan 10,
100 dan 1000.
Langkah 3 Borang Soal 8 orang murid Mengumpul maklumat tentang
1 Julai 2012 Selidik 4B keberkesanan kaedah, dan minat
yang ditunjukkan oleh responden
semasa menggunakan kaedah PuZa.
Langkah 4 Temu Bual 8 orang murid Dijalankan secara separa berstruktur
2 Julai 2012 4B untuk mendapatkan pandangan
mereka mengenai kajian yang telah
dijalankan

43
8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

8.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam Ujian Pra, responden telah menggunakan kaedah yang telah mereka

pelajari sebelum ini iaitu kaedah algoritma pendaraban yang biasa. Berikut merupakan

contoh jalan kerja yang telah dilakukan oleh responden semasa menjalani ujian pra:

Jadual 9:

Contoh Jalan kerja responden ketika Ujian Pra

Responden Jalan Kerja yang dilakukan Penerangan


sewaktu menjawab ujian pra

Responden tersalah susun

A kedudukan hasil darab dan

menjurus kepada jawapan yang

salah.

B Responden melakukan

pendaraban ke bawah. (8x0=0),

(7x0=0), (4x1=4). Jadi

478x100=400

44
C Responden melakukan

pendaraban di antara 0 dan

nombor bulat dan mengabaikan

kewujudan (1x86).

Dalam Ujian Pasca, responden telah mengaplikasikan kaedah PuZA yang telah

diajar kepada mereka. Berikut merupakan contoh jalan kerja yang telah dilakukan oleh

responden semasa menjalani ujian pasca:

Jadual 8

Contoh Jalan kerja responden ketika Ujian Pasca

Responden Jalan Kerja yang dilakukan Penerangan


sewaktu menjawab ujian pasca

Responden mengaplikasikan

A kaedah PuZA dalam

menyelesaikan soalan

(3557x10).

B Responden mengaplikasikan

kaedah PuZA dalam

menyelesaikan soalan

(295x100).

45
C Responden mengaplikasikan

kaedah PuZA dalam

menyelesaikan soalan

(98x1000).

Bagi menganalisis ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan ke atas semua

responden, saya telah menterjemahkan data di dalam jadual yang disediakan seperti di

bawah.

Jadual 9
Hasil Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
❑ ❑
Responden Ujian Pra ( 8 ) Ujian Pasca (8)

A 4 8

B 0 8

C 3 8

D 1 8

E 0 8

F 4 8

G 2 8

H 3 8

46
Perbezaan markah di antara ujian pra dan ujian pasca turut dimuatkan di dalam ruangan

perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 11

Perbezaan Markah ujian Pra dan pasca


Perbezaan markah ujian
❑ ❑
Responden Ujian Pra ( 8 ) Ujian Pasca ( 8 ) pra dan ujian pasca

4
A 4 8
8
B 0 8
5
C 3 8
7
D 1 8
8
E 0 8
4
F 4 8
6
G 2 8
5
H 3 8

47
Bagi memudahkan penganalisisan data dibuat, saya telah menukarkan skor murid dalam

Jumlah skor murid


bentuk peratus berpandukan rumus ( X 100 ¿. Hasilnya adalah seperti
8

jadual di bawah.
Jadual 12

Perbezaan markah di antara ujian pra dan ujian pasca dalam bentuk peratusan

Perbezaan peratus
Responden Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) markah ujian pra dan
ujian pasca (%)
A 50 100 50

B 0 100 100

C 37.5 100 62.5

D 12.5 100 87.5

E 0 100 100

F 50 100 50

G 25 100 75

H 37.5 100 62.5

48
Kemudian, saya telah menterjemahkan data yang diperolehi dalam bentuk peratus ini ke

dalam bentuk carta bar supaya senang untuk dibuat perbandingan antara Ujian Pra dan

Ujian Pasca.

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA


100
90
80
70
60
MARKAH

50 Ujian Pra
40 Ujian Pos
30
20
10
0
A B C D E F G H
RESPONDEN

Rajah 10. Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca

Hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan,

peningkatan positif telah ditunjukkan oleh kelapan-lapan responden. Responden B dan E

yang pada mulanya mendapat skor 0 pada ujian pra telah menunjukkan prestasi yang

memberangsangkan pada ujian pasca dengan mendapat 100% betul. Mereka

menunjukkan peningkatan markah yang amat cemerlang iaitu sebanyak 100%. Bagi

yang lain pula, rata-rata responden menunjukkan antara 50% hingga 87.5% peningkatan.

Keputusan ujian pasca jelas menunjukkan kelapan-lapan responden telah berjaya

menjawab kesemua soalan dengan betul. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah PuZA

yang diperkenalkan ini telah dapat menambah baik kemahiran murid dalam melakukan

pengiraan operasi darab nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

49
8.2 Borang soal selidik

Jumlah Jumlah
responden responden
Bil. Soalan yang yang
menjawab menjawab
YA TIDAK

1 Saya meminati mata pelajaran Matematik. 8 0

Saya akan menyiapkan kerja rumah Matematik yang


2 8 0
diberikan oleh guru.
Matematik dalah matapelajaran yang mudah untuk
3 8 0
dipelajari.
4 Saya faham apa yang disampaikan oleh guru Matematik. 8 0
Saya suka dengan i topik pendaraban yang diajar oleh
5 8 0
guru.
6 Saya suka dengan kaedah PuZA 8 0

Kaedah PuZA banyak membantu saya menjawab soalan


7 8 0
pendaraban.

Saya dapat menjawab soalan pendaraban nombor bulat


8 dengan gandaan 10, 100 dan 1000 dengan baik dengan 8 0
menggunakan kaedah PuZA

Saya yakin saya boleh mendapat keputusan yang lebih


9 baik pada masa akan datang dengan mengaplikasikan 8 0
kaedah PuZA yang telah diajar.
Bagi menganalisis keputusan soal selidik yang telah diedarkan kepada kelapan-

lapan responden selepas kaedah PuZA diajar, saya telah menggunakan jadual yang

memuatkan bilangan responden yang menjawab YA dan TIDAK. Berikut merupakan

jadual yang menunjukkan keputusan soal selidik dalam kalangan responden.

Jadual 13

Keputusan soal selidik dalam kalangan responden


Daripada hasil soal selidik yang telah dijalankan, kelapan-lapan orang responden

telah menunjukkan peningkatan keyakinan dan motivasi diri masing-masing berikutan


50
hasil jawapan yang telah diberikan. Mereka mula menunjukkan minat yang mendalam

terhadap Matematik dan menganggap Matematik adalah mata pelajaran yang mudah

untuk dipelajari walhal sebelum ini apabila ditanya sebelum memulakan pengajaran dan

pembelajaran, rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa Matematik adalah subjek

yang susah untuk dipelajari. Mereka juga semakin gemar dengan topik pendaraban yang

dulunya adalah subjek yang cuba mereka jauhi.

Kelapan-lapan responden sependapat bahawa kaedah PuZA yang diperkenalkan

dapat membantu mereka untuk menjawab soalan pendaraban nombor bulat dengan 10,

100 dan 1000. Mereka juga yakin bahawa mereka berpotensi untuk memperoleh

keputusan yang cemerlang dengan mengaplikasikan kaedah PuZA di dalam peperiksaan.

Secara keseluruhannya, kaedah PuZA dilihat telah membantu murid meningkatkan

keyakinan dan motivasi mereka dalam menyelesaikan operasi darab dalam Matematik.

Apabila ditukarkan dalam bentuk peratusan seperti jadual 13, 100% murid menyatakan

minat mereka dalam mata pelajaran Matematik dan suka akan topik pendaraban. Mereka

juga akan mengaplikasikan kaedah PuZA dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang

melibatkan pendaraban nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

Jadual 13

Keputusan soal selidik dalam kalangan responden


51
Bil Soalan Jawapan Murid Peratusan

1 Saya meminati mata pelajaran Matematik. YA 100


Saya akan menyiapkan kerja rumah Matematik 100
2 YA
yang diberikan oleh guru.
Matematik dalah matapelajaran yang mudah 100
3 YA
untuk dipelajari.
Saya faham apa yang disampaikan oleh guru 100
4 YA
Matematik.
Saya suka dengan topik pendaraban yang diajar 100
5 YA
oleh guru.
6 Saya suka dengan kaedah PuZA YA 100
Kaedah PuZA banyak membantu saya menjawab 100
7 YA
soalan pendaraban.
Saya dapat menjawab soalan pendaraban 100
8 nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000 YA
dengan baik dengan menggunakan kaedah PuZA
Saya yakin saya boleh mendapat keputusan yang 100
9 lebih baik pada masa akan datang dengan YA
mengaplikasikan kaedah PuZA yang telah diajar.

8.3 Temu bual

Temu bual telah digunakan untuk mendapatkan persepsi responden dengan

minat, perasaan dan tahap penguasaan responden setelah menggunakan kaedah PuZA

52
ini. Saya telah menjalankan temu bual terhadap kelapan-lapan responden yang telah saya

pilih. Dapatan daripada temubual ini dapat saya simpulkan bahawa murid telah

menyatakan perasaan suka ketika mempelajari subjek Matematik. Saya telah

bertanyakan kepada semua responden soalan temu bual separa berstruktur dan membuat

soalan susulan selepas itu bergantung kepada jawapan responden seperti dalam

Lampiran 4. Berikut merupakan transkrip temu bual saya bersama responden C yang

menyatakan pendapat yang sama dengan responden-responden yang lain bahawa mereka

suka akan subjek ini kerana ianya merupakan subjek yang mudah untuk dipelajari. Di

samping itu, motivasi dan keyakinan diri mereka juga semakin meningkat di mana

mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan perasaan suka mereka terhadap kaedah

yang telah dipelajari.

Selain daripada itu, responden turut memberikan maklum balas berkaitan dengan kaedah
Rajah
PuZA yang telah diajar ini. 11. Temumerupakan
Berikut bual bersama responden
contoh C temu bual bersama
transkrip

murid F yang menggambarkan perasaan mereka menggunakan kaedah PuZA ini dan

53
komen mereka sendiri terhadap prestasi sebelum dan selepas kaedah PuZA diajar kepada

mereka.

Cikgu : Kenapa kamu suka dengan kaedah PuZA ini?


Responden E : Saya suka sebab ia cepat untuk mengira.
Soalan susulan:-
Cikgu : Cepat untuk mengira?
Responden E : Cepat cikgu sebab saya tak payah guna bentuk lazim yang panjang-
panjang dah.
Cikgu : Ooo macam tu. Lagi, sebab apa kamu suka kaedah ni?
Responden E : mmm.. lagi.. haa cikgu. Dulu saya selalu keliru dengan darab kosong
sebab saya tak suka nampak kosong banyak-banyak. Saya selalu salah soalan macam ni.
Sekarang dah tak salah dah..
Cikgu :Bagaimana markah awak sebelum dan selepas guna kaedah ini?
Responden E : Waktu ujian pra dulu saya dapat 0 cikgu.. saya tak tau macamane nak
jawab. Tapi lepas cikgu ajar kaedah ni. Saya dapat jawab semua soalan. Saya betul
semua cikgu.
Cikgu : Adakah kamu akan aplikasikan penggunaan kaedah PuZA selepas ini?

Responden E : Mestilah cikgu. Saya mesti gunakan kaedah PuZA ni untuk darab dengan
10, 100 dan 1000

Rajah 12. Temu bual bersama responden E

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan terhadap Responden E, dapat

disimpulkan bahawa responden telah dapat menguasai pendaraban nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000 dengan baik setelah mempelajari kaedah PuZA. Ini telah

54
menjawab kedua-dua persoalan kajian di mana responden dapat meningkatkan

keyakinan serta motivasi mereka dalam menyelesaikan operasi darab dalam Matematik

dengan mengaplikasikan kaedah ‘PuZA’ dalam pengiraan. Di samping itu, responden

juga telah dapat menambahbaik kemahiran mereka dalam melakukan pengiraan operasi

darab nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000.

Saya telah merumuskan hasil analisis dan intepretasi dapatan kajian seperti di

dalam jadual di bawah.

Jadual 14

Analisis Data dan Intepretasi


Langkah & Cara Kumpulan Intepretasi Data
Tarikh Penilaian Sasaran
Langkah 1 Ujian Pra 8 orang murid Responden telah diberikan masa
18 Jun 2012 4B menjawab soalan selama 50 minit dan
mereka diberikan peluang untuk
menggunakan apa sahaja cara dan
pengetahuan sedia ada mereka untuk
menjawab soalan tersebut. Hasil
keputusan ujian Pra menunjukkan
bahawa responden berada pada tahap
lemah dalam menyelesaikan soalan
pendaraban nombor bulat dengan
gandaan 10, 100 dan 1000. (Rujuk
jadual 9)
Langkah 2 Ujian Pasca 8 orang murid Hasil keputusan ujian pasca
27 Jun 2012 4B menunjukkan peningkatan positif telah
ditunjukkan oleh kelapan-lapan
responden. Kelapan-lapan responden
telah berjaya menjawab kesemua soalan
dengan betul dengan mengaplikasikan
55
kaedah PuZA. Jelas menunjukkan
bahawa kaedah PuZA yang
diperkenalkan ini telah dapat menambah
baik kemahiran murid dalam melakukan
pengiraan operasi darab nombor bulat
dengan gandaan 10, 100 dan 1000.
(Rujuk jadual 10 dan jadual 11 )
Langkah 3 Borang Soal 8 orang murid Daripada hasil soal selidik yang telah
1 Julai 2012 Selidik 4B dijalankan, kelapan-lapan orang
responden telah menunjukkan
peningkatan keyakinan diri masing-
masing berikutan hasil jawapan yang
telah diberikan. Mereka mula
menunjukkan minat yang mendalam
terhadap Matematik dan menganggap
Matematik adalah mata pelajaran yang
mudah untuk dipelajari. Responden juga
semakin gemar dengan topik
pendaraban yang dulunya adalah subjek
yang cuba mereka jauhi. Mereka
sependapat bahawa kaedah PuZA yang
diperkenalkan dapat membantu mereka
untuk menjawab soalan pendaraban
nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000.
(Rujuk jadual 13)
Langkah 4 Temu Bual 8 rang murid Dapatan daripada temubual ini dapat
2 Julai 2012 4B saya simpulkan bahawa murid telah
menyatakan perasaan suka ketika
mempelajari subjek Matematik. Di
samping itu, kaedah PuZA ini juga
dapat meningkatkan minat mereka

56
dalam menyelesaikan soalan
pendaraban.

9.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperolehi adalah mengenai keberkesanan kaedah PuZA dalam

operasi pendaraban nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000 dan juga minat

murid. Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat melalui ketiga-tiga instrumen

pengumpulan data iaitu ujan pra dan ujian pasca, soal selidik dan temu bual.

Keberkesanan penggunaan kaedah PuZA ini jelas dilihat dari segi perubahan markah
57
dalam ujian pra dan ujan pasca. Kesemua responden telah menunjukkan peningkatan

yang sangat memberangsangkan dan ada juga responden yang turut mendapat 100%

peningkatan. Melalui instrumen temu bual dan soal selidik pula, sampel kajian

menunjukkan respon yang positif terhadap penggunaan kaedah PuZA dalam menangani

masalah pendaraban. Rumusan keputusan murid bagi instrumen pengumpulan data ini

adalah kaedah PuZA berkesan dalam membantu murid menyelesaikan pendaraban

nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000.

Bagi melihat aspek minat murid pula, saya telah menggunakan dua instrumen

pengumpulan data iaitu temu bual dan soal selidik. Hasil keputusan dalam instrumen

soal selidik ini adalah penggunaan kaedah PuZA dapat meningkatan minat responden

terhadap pendaraban nombor bulat dengan gandaan 10, 100 dan 1000. Temu bual pula

menyokong keputusan daripada instrumen soal selidik yang turut menyatakan sebab

peningkatan minat mereka dalam pengajaran topik ini. Rumusan kedua-dua instrumen

ini adalah kesemua responden meminati penggunaan kaedah PuZA dalam

menyelesaikan masalah pendaraban. Secara keseluruhannya, kaedah PuZA berkesan

dalam membantu murid menyelesaikan soalan pendaraban nombor bulat dengan

gandaan 10, 100 dan 1000. Kaedah ini juga berjaya meningkatkan minat murid dalam

menyelesaikan soalan pendaraban.

58
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman dan ilmu baru

yang telah saya perolehi. Pertamanya, motivasi murid terhadap subjek Matematik boleh

dipupuk oleh guru itu sendiri melalui kaedah yang sesuai dengan tahap dan prestasi

murid. Memandangkan murid berada dalam kelas sederhana, jadi kaedah yang

digunakan iaitu kaedah PuZA adalah sangat bersesuaian kerana cara yang digunakan

adalah lebih ringkas dan mudah. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan minat

dan keyakinan diri murid tersebut dalam menyelesaikan soalan pendaraban.

Selain itu, kaedah pengajaran juga haruslah diperbaharui dari masa ke masa

untuk menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu. Saya telah

menyedIakan PuZA Chart sebagai bahan bantu mengajar untuk mengajar operasi

59
pendaraban nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000. Hasilnya, murid-murid sangat

bersemangat dan tertarik dengan kaedah yang saya perkenalkan kerana ianya lebih

mudah dan ringkas berbanding pengiraan yang menggunakan bentuk lazim yang

panjang.

Di samping itu, saya juga telah belajar cara untuk mengumpul dan menganalisis

data dengan betul. Setiap data yang dikumpul haruslah menggunakan instrumen yang

berkaitan untuk mendapatkan data yang tepat. Sebagai contoh, untuk menguji prestasi

responden sebelum dan selepas mempelajari kaedah PuZA, saya telah menggunakan

ujian pra dan ujian pasca. Hasil keputusan itu pula telah diterjemahkan dalam bentuk

jadual dan kemudiannya ditafsirkan dengan menggunakan carta bar.

Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat banyak

perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran saya dan amalan pembelajaran

murid . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P

lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Melalui kajian tindakan yang telah saya jalankan, terdapat beberapa cadangan

untuk kajian seterusnya sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Antara cadangannya

ialah kajian ini boleh dilanjutkan terhadap topik matematik lain yang melibatkan

pendaraban nombor bulat dengan 10, 100 dan 1000 seperti penukaran unit dalam topik

panjang dan jisim.

60
Selain itu, kajian ini boleh dilanjutkan terhadap murid kelas pemulihan. Ini

adalah berdasarkan keputusan kajian ini yang memberi kesan positif dan membantu

murid yang lemah dalam topik pendaraban.

Seterusnya, kajian ini boleh dilanjutkan terhadap pendaraban nombor bulat

dengan nombor yang mempunyai sifar di belakangnya seperti pendaraban nombor bulat

dengan 20, 30 dan seterusnya. Murid masih lagi mengasingkan kedudukan 0 dan

melakukan pendaraban pada masa yang sama.

SENARAIRUJUKAN

Abdul Jamil bin Othman . (1999). ‘Keberkesanan kaedah lattice untuk mencari hasil
darab dengan mengumpul semula dalam matematik tahun lima’. Tesis Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Malaysia.
Abdul Rahim, Khairil dan Mazlan. (2003). ‘Alternatif menyelesaikan operasi darab dua
digit dengan dua digit’ dalam Prosiding Seminar penyelidikan Kebangsaan
(2003). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Johor.

61
Azizi Hj. Yahaya, Elanggovan A/L Savarimuthu. (2010). Kepentingan kefahaman
konsep dalam Matematik. Diperoleh pada 20 Februari 2012
http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf
Bhasah Hj. Abu Bakar, Abu Bakar Nordin, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajudin.
(2009). Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik Peringkat SPM.
http:bhasabubakar.blogspot.com/. Diperoleh pada 7 Julai 2012

Cockroft, W.H. (1986). Mathematics counts. London: HMSO


Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide.
Dalam database ERIC Digital Dissertations. [Online]. Available:
Diperoleh pada 20 Februari 2012
http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.j
sp?
searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0=Alternati
ve+Math+Tehniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExt
Search_SearchType0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009
ece4&accno=ED376355&nfls=false.

Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Longman


Malaysia Sdn.Bhd.

NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics.


New York

Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Patterson, A. C. (1999). Grasping graphing Mathematics teacher, 92 (9), 578.
Reys, et. al (2004). Helping Children Learn Mathematics. (7th edition). USA:
John Wiley

Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik.
Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.

Stacey, P. K., and Vincent, D.J. (2004). Understanding Place Value: A case study of the
base ten Game. Diperoleh pada 7 Julai 2012
http://www.dest.gov.au/NR/rdonlyres/5D4B0095-AA36-4ED9BD50-
07A931B22C91/1645/understanding_place_value.pdf.

62
Tengku Halim Bin Tengku Ahmad yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Murid
dalam Membina Sifir, Mendarab Sebarang Nombor dengan Nombor Dua atau
Tiga Digit Menggunakan Kaedah ”Palangku”. Diperoleh pada 7 Julai 2012
http://tghalim98.blogspot.com/2011/03/meningkatkan-penguasaan-murid
dalam_10.html

Tengku Zawawi b. Tengku Zainal. (1997). Tahap Kefahaman Konsep Pecahan di


kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan)

Thomas Yeung Kim Wai & Leung Hing Keung. (2001). New ideas in teaching the
multiplication table in Primary Mathematics Education.
Diperoleh pada 22 Februari 2012 .
http:// math.unipa.it/~grim/AKeung&Leung.PDF
Walbert (2005). Lattice multiplication. Diperoleh pada 7 Julai 2012
http://www.learnnc.org/lp/pages/4458.

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2005),
Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab
Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.
Diperoleh pada 20 Februari 2012
http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam_Peng
uasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf

LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN BERSTRUKTUR.

Bil Item-item pemerhatian Ada Tiada

63
.

1 Boleh menghafal sifir 1-9 dengan lancar

Boleh menulis ‘Multiplication table’ menggunakan petak


2
100 dengan pantas dan tepat

Boleh mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu


3
digit.

Boleh mendarab nombor tiga digit dengan nombor nombor


4
dua digit.

5 Boleh mendarab nombor empat digit dengan 10.

6 Boleh mendarab nombor tiga digit dengan 100.

7 Boleh mendarab nombor dua digit dengan 1000

64
LAMPIRAN B

(NOTA LAPANGAN)

 Keadaan / situasi :
 Individu yang diperhatikan :
 Pemerhatian :
 Penglibatan pemerhati :
 Tarikh :
 Masa :
 Tempat :
 Tempoh pemerhatian :

Masa Nota deskriptif Nota reflektif

65
LAMPIRAN C

Ujian Diagnostik:

Nama :____________________________ Kelas:_________________________ Skor: ______

Selesaikan soalan di bawah dengan menggunakan bentuk lazim.

1) 471 X 10 = 2) 841 X 5 = 3) 4226 X 8 = 4) 835 X 100 =

5) 945 X 27 = 6) 39 X 1000 = 7) 326 X 18 = 8) 899 X 100 =

66
LAMPIRAN D

Ujian Pra

Nama: _________________________________________ Kelas : ___________________________ Skor : ______

Selesaikan soalan di bawah.

9) 3476 X 10 = 10) 7863 X 10 = 11) 478 X 100 12) 369 X 100


= =

13) 235 X 100 = 14) 47 X 1000 = 15) 86 X 1000 16) 15 X 1000


= =

67
LAMPIRAN E

Ujian Pasca

Nama: _______________________________________________ Kelas : ___________________________ Skor : _______

Selesaikan soalan di bawah.

1) 806 X 10 = 2) 4295 X 100 = 3) 8150 X 10 = 4) 69 X 1000 =

5) 920 X 100 = 6) 98 X 1000 = 7) 386 X 100 = 8) 3557 X 10 =

68
BIL. SOALAN YA TIDAK

1 Saya meminati mata pelajaran Matematik.

Saya akan menyiapkan kerja rumah Matematik yang diberikan


2
oleh guru.

3 Matematik dalah matapelajaran yang mudah untuk dipelajari.

4 Saya faham apa yang disampaikan oleh guru Matematik.

5 Saya memahami topik pendaraban yang diajar oleh guru.

6 Saya suka dengan kaedah PuZA

Kaedah PuZA banyak membantu saya menjawab soalan


7
pendaraban.

Saya dapat menjawab soalan pendaraban nombor bulat dengan


8 gandaan 10, 100 dan 1000 dengan baik dengan menggunakan
kaedah PuZA

Saya yakin saya boleh mendapat keputusan yang lebih baik


9 pada masa akan datang dengan mengaplikasikan kaedah PuZA
yang telah diajar.

LAMPIRAN F

BORANG SOAL SELIDIK

Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan.

69
LAMPIRAN G

Soalan Temu Bual Separa Berstruktur

Cikgu : Adakah kamu suka subjek Matematik?


Responden : ……………………………………………………
Cikgu : Adakah kamu suka kaedah PuZA yang telah cikgu ajar
pada kamu?
Responden : …………………………………………………….
Cikgu : Kenapa kamu suka/ tidak suka dengan kaedah PuZA ini?

Responden : ………………………………………………….....
Cikgu : Adakah kamu akan aplikasikan penggunaan kaedah PuZA

selepas ini?

Responden : ………………………………………………………

70
71

You might also like