You are on page 1of 29

TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MEMFAKTORKAN


PERSAMAAN KUADRATIK DALAM TOPIK UNGKAPAN ALGEBRA
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “KAKI AYAM” KEPADA 25 ORANG
PELAJAR TINGKATAN
3 IBNU AMIR DI SM IMTIAZ BESUT TERENGGANU

Oleh :

Suhaila Binti Salleh


0139337204
sueila@yahoo.com

Sm Imtiaz Besut
D/A : Asrama Yayasan Terengganu Besut
22000 Jerteh, Terengganu

1
ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti bentuk kesilapan pelajar


dalam memfaktorkan persamaan kuadratik seterusnya memperkenalkan
kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Fokus kajian ini hanya
melibatkan pelajar tingkatan 3 Ibnu Amir yang mana skop kajian hanya
tertumpu kepada topik Ungkapan Algebra dalam subjek Matematik PMR.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, soal selidik,
temubual, pemerhatian serta ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan masalah
utama para pelajar ini ialah mereka tidak mahir dalam mencari faktor yang
betul bagi persamaan kuadratik tersebut. Untuk mengatasi masalah yang
dihadapi ini saya telah memperkenalkan kaedah “Kaki Ayam” dimana pelajar
dikehendaki menyenaraikan kesemua faktor iaitu hasil darab bagi terma
ketiga dalam persamaan kuadratik. Borang soal selidik mengenai pandangan
pelajar tentang Matematik dan kertas ujian pra berkaitan memfaktorkan
persamaan kuadratik ini telah digunakan untuk mengenal pasti kemahiran
pelajar sebelum menggunakan kaedah yang diperkenalkan. Untuk menjawab
soal selidik dan ujian ini, seramai 25 orang pelajar Tingkatan 3 Ibnu Amir yang
terlibat. Temubual secara tidak formal pula dijalankan ke atas 6 orang pelajar
kelas berkenaan yang dipilih secara rawak untuk mendapat maklumbalas
secara langsung berkaitan kefahaman dan kemahiran mereka mengenai
pemfaktoran persamaan kuadratik. Selepas memperkenalkan kaedah “Kaki
Ayam” ini, ujian pos pula telah dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedah
berkenaan. Hasil keputusan ujian pra mendapati bahawa terdapat
peningkatan sebanyak 13.48% bagi pelajar yang mendapat markah 100% di
dalam ujian pos berbanding ujian pra. Ini menunjukkan bahawa kaedah “Kaki
Ayam” ini sangat sesuai diaplikasikan oleh pelajar dalam memfaktorkan
persamaan kuadratik dalam topik ungkapan algebra.

2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Setiap kali saya menyemak latihan dan ujian yang telah dijalankan ke
atas pelajar, saya rasa agak terkilan kerana saya dapati walaupun mereka
telah berada di menengah atas, tahap kemahiran dalam memfaktorkan
persamaan kuadratik dalam kalangan pelajar ini agak lemah. Berdasarkan
ujian-ujian yang dilakukan secara lisan dan bertulis juga didapati bahawa
kebanyakan pelajar menunjukkan sikap kurang berminat pada soalan yang
melibatkan algebra dan bagi mereka kaedah silang serta jadual sepertimana
di dalam buku teks menyukarkan mereka untuk menguasai kemahiran
pemfaktoran.
Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh dan latihan
yang diberikan sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Rupanya
sangkaan tersebut kurang tepat apabila mendapati masih terdapat pelajar
yang belum dapat menguasainya. Ini terbukti dengan ujian TOV yang
telahpun berlalu pada akhir bulan Januari lalu. Bagi kebanyakan pelajar,
Matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan
mengelirukan (Noor Azlan, 2005).
Berdasarkan pengalaman saya mengajar Matematik sejak tahun 2001
lagi, saya dapati prestasi pelajar pada topik-topik tertentu agak lemah dan
antara topik yang menjadi masalah mereka ialah topik ungkapan algebra. Di
mana dalam topik berkenaan para pelajar perlu memfaktorkan persamaan
kuadratik. Mereka juga kerap cuai ketika mencari atau menyenaraikan faktor
yang sesuai mengikut kehendak soalan yang diberikan.
Memandangkan saya juga mengajar subjek Matematik bagi menengah
bawah, saya dapati bahawa masalah ini sebenarnya bermula dari
penguasaan asas pelajar berkenaan sejak dari mereka di tingkatan 3 lagi.
Semasa di tingkatan 3 para pelajar perlu mahir dalam memfaktorkan
persamaan kuadratik dalam topik Ungkapan Algebra. Sekiranya mereka tidak
mahir dalam kaedah berkenaan maka ianya akan menyebabkan para pelajar
bakal bermasalah untuk menguasai topik ‘ Quadratic Expressions and
Equations’ di tingkatan 4.
Daripada rekod keputusan ujian pengesanan TOV tingkatan 3 dan 4,
didapati bahawa tahap penguasaan pelajar untuk topik berkenaan masih lagi
ditahap sederhana. Semasa memeriksa kertas ujian pelajar, saya dapati

3
masih terdapat pelajar yang tidak dapat melakukan pemfaktoran dengan betul
untuk soalan persamaan kuadratik.
Oleh itu, saya merasakan saya perlu lebih kreatif di dalam
membimbing dan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelajar-pelajar ini. Pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan pengalaman sebenar mereka perlu dibantu dengan
penggunaan kaedah yang lebih cepat dan menyeronokkan. Saya berharap
sekiranya kajian saya ini berjaya, saya dapat mengubah cara dan strategi
pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping
memberi keseronokan kepada pelajar –pelajar serta merealisasikan
‘Mathematics is fun and easy’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan masalah yang dihadapi ini melibatkan


pelajar tingkatan 3 dan 4, namun saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada
kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik bagi pelajar tingkatan 3
sahaja. Fokus kajian ini akan tertumpu kepada bagaimanakah cara untuk
menyelesaikan masalah kefahaman dan kemahiran pelajar saya yang gagal
memfaktorkan ungkapan dan persamaan kuadratik dengan betul. Saya
merasakan bahawa penekanan dalam menyelesaikan konsep ini adalah
penting kepada pelajar tingkatan 3 kerana sekiranya pelajar tidak dapat
menguasainya di tingkatan 3 lagi maka mereka akan bermasalah untuk
menguasai topik Quadratic Expressions and Equations’ di tingkatan 4.
Fokus kepada kajian saya ini ialah :

i. Pelajar dapat menguasai kemahiran pemfaktoran persamaan


kuadratik menggunakan kaedah “kaki ayam”
ii. Pelajar dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan
kuadratik dengan cepat dan betul

iii. Pelajar tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan


persamaan kuadratik

4
Rasional kepada batasan kajian ini kerana para pelajar saya kurang
yakin dan lambat dalam menguasai algebra dan sifir. Tahap keyakinan pelajar
untuk membuat pemfaktoran persamaan kuadratik adalah penting dalam
menarik minat mereka bagi menguasai bab ini dengan baik. Saya sedar jika
pelajar tidak berjaya menguasai topik ini mereka akan terus lemah dan
ketinggalan dalam mata pelajaran ini. Memahami bahawa setiap pelajar
inginkan kelainan dalam mentafsir Matematik dari sesuatu yang sukar, saya
perlu memikirkan kaedah yang cepat dan menyeronokkan. Hanya dengan ini
saya akan dapat membantu pelajar seronok tanpa tekanan mempelajari
subjek Matematik ini dan seterusnya menjadikan Matematik sebagai subjek
kegemaran mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat


dapat mencapai tahap yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan.
Penguasaan kemahiran pelajar dalam memfaktorkan persamaan kuadratik
dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat dengan Kaedah ‘Kaki Ayam’.
Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila menyelesaikan masalah
melibatkan topik ini.

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 3


Ibnu Amir Sekolah Menengah Imtiaz Besut Terengganu memfaktorkan
persamaan kuadratik yang bentuk amnya x2 + bx + c = 0

3.2 Objektif Khusus

i. Pelajar menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik


menggunakan kaedah ‘kaki ayam’

ii. Pelajar dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan


kuadaratik dengan cepat dan betul

5
iii. Pelajar tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan ungkapan
kuadratik

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan 25 orang pelajar Tingkatan 3 Ibnu Amir


yang terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan
yang kesemuanya adalah pelajar Melayu.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini


menggunakan teknik pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan pos, temubual
serta semakan buku nota dan latihan pelajar.

5.1 Pengumpulan Maklumat

Daripada keputusan-keputusan peperiksaan yang telah dijalankan


pada setiap tahun, kebanyakan pelajar mengalami masalah yang hampir
sama dalam menyelesaikan soalan Matematik, terutamanya yang melibatkan
topik algebra. Beberapa masalah pelajar dapat dikenal pasti dan berkait
dengan kajian yang dijalankan. Pengumpulan maklunmat kajian yang
dijalankan ini adalah bersifat tinjauan. Antara kaedah tinjauan yang dilakukan
ialah :

5.1.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Menyediakan satu set soalan ujian pra dan ujian pos kepada pelajar.
Ujian pra dijalankan untuk menguji kemahiran pelajar tentang konsep ini. Item
adalah daripada konsep asas pemfaktoran kepada kaedah ‘ Kaki Ayam’
dalam menyelesaikan persamaan kuadaratik dalam bentuk x2 + bx + c dan
sebaliknya. Majoriti pelajar tidak dapat memperolehi markah 100% kerana
mereka tidak dapat menjawab kesemua soalan dalam masa yang telah
ditetapkan. Selepas itu, saya memperkenalkan kaedah ‘Kaki Ayam’ untuk

6
pelajar menyelesaikan masalah ini. Konsep mudah ini kemudian saya
konkritkan lagi melalui aktiviti kumpulan dan ganjaran diberikan kepada
kumpulan yang mendapat markah tertinggi. Pelajar diuji lagi dengan ujian pos
dengan format soalan yang sama. Item dipilih daripada soalan tahun-tahun
lepas supaya lebih mencabar.

5.1.2 Pemerhatian

Saya melaksanakan tajuk kajian ini kerana saya dapati pelajar saya
menghadapi masalah menguasai konsep ini dan mengambil masa yang lama
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Pemerhatian terhadap tingkah
laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mendapati,
sebahagian pelajar kurang memberi tumpuan dan menunjukkan respon yang
kurang memberangsangkan sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian juga
tertumpu kepada kaedah guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan beberapa item. Selain itu, saya juga berbincang dengan guru-
guru dan mengenal pasti pandangan mereka terhadap sikap dan minat pelajar
dalam pelajaran. Kadang-kala pelajar menunjukkan sikap kurang yakin
apabila saya meminta mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan
latihan topikal dan ujian bulanan atau TOV juga kurang memberangsangkan.

5.1.3 Temubual

Temu bual ini dilakukan secara tidak formal. 6 orang pelajar dipilih
secara rawak daripada 25 orang pelajar Tingkatan 3 Ibnu Amir. Ianya
dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang kurang berminat dan rendah
markahnya semasa ujian TOV dalam matapelajaran Matematik.

5.1.4 Buku Latihan dan Nota

Buku latihan dan nota pelajar disemak untuk melihat kesungguhan


pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Di sini guru perlu memainkan
peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik dan memberi kesan positif
kepada pelajar.

7
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Dalam kajian ini, data-data yang diperolehi dikaji dan dianalisis.


Kefahaman dan kemahiran pelajar dalam menguasai pemfaktoran
persamaan kuadratik dalam topik ungkapan algebra adalah merujuk kepada
keputusan ujian pra dan pos. Soal selidik yang diperolehi daripada para
pelajar juga dianalisis secara kuantitatif serta kualitatif. Temuduga
berpandukan soalan terbuka telah diadakan kepada 6 orang pelajar yang
dipilih secara rawak. Penekanan diberikan kepada bagaimana pelajar tersebut
memahami setiap soalan ujian dan soal selidik yang diberikan sama ada dari
segi konsep atau penyelesaian masalah kuadratik.
Kajian yang dijalankan selama lebih kurang 2 bulan di SM Imtiaz Besut
Terengganu telah dianalisis dan diharap data yang diperolehi dapat
menyelesaikan masalah terhadap kajian yang dijalankan.

5.2.1 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati :

i. Pelajar lebih memahami dan dapat menguasai konsep topik


kajian dengan lebih baik
ii. Pelajar lebih yakin untuk menjawab soalan di papan putih

iii. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih


memberangsangkan dan mendapat respon yang positif

iv. Pelajar dapat menjawab soalan topik kajian dengan lebih cepat
dan pantas

5.2.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Untuk ujian pra dan ujian pos,soalan ujian dibahagikan kepada 3


bahagian di mana bahagian pertama ialah untuk mencari faktor bagi

8
persamaan kuadratik, bahagian kedua ialah mencari nilai punca-punca bagi
persamaan kuadaratik dan bahagian ketiga ialah menyelesaikan persamaan
kuadratik. Dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Pelajar-pelajar ini telah dapat
menguasai konsep asas topik kajian tindakan ini dengan baik.

5.2.3 Temubual

Saya telah memilih secara rawak 6 orang pelajar daripada 25 orang


pelajar dalam kajian saya untuk mengetahui perasaan dan permasalahan
yang sering mereka lalui dalam mempelajari Matematik. Soalan-soalan yang
sama dikemukakan kepada setiap pelajar ini bagi melihat dari segi perspektif
dan pendapat masing-masing. Majoriti pelajar tersebut mempunyai tahap
kesedaran yang agak kurang untuk mempelajari Matematik.
Antara soalan tambahan yang ditanya semasa sesi temuduga
diadakan ialah: :

i. Adakah anda meminati mata pelajaran Matematik? Kenapa?


ii. Adakah anda selalu melakukan latihan yang diberikan oleh guru?

iii. Dalam tajuk persamaan kuadratik ini kaedah mana yang anda suka
dan kenapa?

iv. Adakah Matematik penting dalam kehidupan harian kita? Mengapa?

v. Pada pendapat anda, bagaimana ciri-ciri guru yang anda minati?

Semua pelajar yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka


meminati Matematik tetapi kadang-kadang terdapat topik-topik tertentu yang
menyebabkan mereka merasakan Matematik itu sukar untuk difahami.
Terdapat 2 daripada 6 orang pelajar dipilih tersebut menyatakan bahawa
kadang-kala mereka tidak melakukan latihan atau tugasan yang diberikan
oleh guru kerana alasanya ialah masa yang diberikan tidak mencukupi serta
program asrama yang banyak.
Walaubagaimanapun, semua pelajar yang ditemuduga menyatakan
bahawa mereka sangat menyukai dan menyatakan sangat mudah serta

9
menjimatkan masa dengan menggunakan kaedah ‘Kaki Ayam’ berbanding
kaedah Silang sepertimana dalam buku teks Matematik Tingkatan 3.
Kesimpulannya, semua pelajar berkenaan menyatakan Matematik sangat
penting dalam kehidupan harian terutama untuk urusan jual beli.

5.2.4 Soalan soal selidik

Bilangan pelajar yang menjawab dan memilih penilaian mengikut skala


adalah sepertimana berikut :
1. Sangat Tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju
5. Sangat Setuju

1 2 3 4 5
Bil Item

1 Saya meminati matapelajaran Matematik 1 7 17

Saya menyiapkan latihan Matematik yang


2 4 14 7
diberikan oleh guru

3 Saya mempunyai masalah keluarga 20 5

Ahli keluarga saya memberi sokongan untuk


4 4 21
saya belajar
Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran
5 5 12 7 1
Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru
6 mengajar 12 8 4 1

Matematik adalah matapelajaran yang sukar


7 6 11 7 1
Guru Matematik tidak membantu saya untuk
8 memahami topik-topik yang diajar 19 6
Cara guru Matematik mangajar membosankan
9 dan tidak menarik 16 8 1
Saya suka guru mengajar menggunakan
10 Bahasa Inggeris 2 14 7 2
Saya tidak memahami apa yang disampaikan
11 oleh guru Matematik 9 13 3
Latihan yang diberikan oleh guru tidak
12 mencukupi 7 4 12 2

10
Saya akan belajar jika guru Matematik seorang
13 yang garang 12 6 6 1
Saya selalu mengantuk dalam kelas semasa
14 guru mengajar 8 10 8 2

Saya tidak suka topik yang berkaitan algebra


15 3 10 9 3

Soal selidik yang dijalankan ini penting untuk saya mengetahui tahap
kefahaman dan sikap pelajar saya serta dapat memastikan masalah-masalah
lain bukan faktor yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran Matematik terutama untuk topik ungkapan algebra ini.
Untuk soalan 1 didapati majoriti 17 orang (68%) menyatakan sangat
meminati mata pelajaran Matematik. 14 daripada 25 orang pelajar (56%) pula
bersetuju telah menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Kesemua pelajar
memilih tidak mempunyai masalah keluarga iaitu 80% menyatakan sangat
tidak setuju dan 20% tidak setuju. Semua pelajar juga memilih setuju dan
sangat setuju bahawa keluargamereka telah memberi sokongan untuk belajar.
Majoriti pelajar (68%) menyatakan tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran.
12 orang menyatakan sangat tidak setuju (48%) dan 8 orang tidak setuju
(32%) yang mereka tidak boleh memberi tumpuan semasa guru mengajar.
Hampir kesemua pelajar menyatakan Matematik adalah mata pelajaran yang
sukar. Seramai 76% pelajar menyatakan sangat tidak setuju dan 24% tidak
setuju dengan pernyataan yang guru Matematik tidak membantu pelajar
untuk memahami topik yang diajar. 16 daripada 25 orang pelajar sangat tidak
setuju (64%), 32 % tidak setuju dan terdapat seorang menyatakan tidak pasti
tentang pengajaran guru membosankan dan tidak menarik. Bagi soalan P & P
dalam Bahasa Inggeris, pelajar memberi pelbagai respon setuju dan tidak
setuju serta tidak pasti. Majoriti pelajar memahami apa yang diajar dan
menyatakan latihan yang diberikan oleh guru sudah mencukupi serta 72%
pelajar tidak suka kepada guru yang garang. Seramai 72% pelajar memilih
tidak mengantuk dalam kelas semasa P & P dijalankan dan 52% pelajar suka
kepada topik algebra.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

11
Beberapa tindakan dirasakan perlu dibuat bagi memfokuskan kepada
matlamat kajian ini. Di bawah menunjukkan model proses perancangan dan
perlaksanaan projek kajian tindakan ini.

1. Mengenalpasti
Masalah

7. Menilai Refleksi 2. Mengutip Data

Model Proses Kajian Tindakan

6. Melaksanakan 3. Menganalisis Data


Langkah Tindakan

5. Merancang 4. Menentukan
Langkah Tindakan Fokus Kajian

Berikut ialah antara aktiviti dan masa yang diperuntukkan oleh saya
untuk kajian ini :

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

Mengenalpasti masalah dan


1 Ujian TOV
mengumpul data awal

Membincang dan menganalisis


2 Januari 2013
masalah yang timbul dalam tindakan 1

3 Menulis proposal kajian Februari 2013

4 Pembentangan proposal kajian Februari 2013


Pelaksanaan kaedah ‘Kaki Ayam’Ujian
5 Pra Februari 2013

12
- Penerangan kaedah ‘Kaki
Ayam’
- Ujian post
Refleksi kajian
6 Mac 2013

7 Menulis laporan kajian Mac 2013

5.4 Cara Pelaksanaan

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang 2


bulan dan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Antara pelaksanaan
yang saya lakukan ialah :

1. Langkah pertama ialah memikirkan teknik berkesan untuk


menyampaikan teknik berkesan untuk menyampaikan konsep ini.
Pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala
2. Teknik latih tubi, untuk memantapkan penguasaan konsep ini

3. Cungkil pengetahuan sedia ada pelajar tentang menukarkan


persamaan kepada bentuk am

4. Penekanan kepada persamaan am kuadratik dalam bentuk x 2 + bx + c


= 0 bersama nota ringkas dimana b ialah hasiltambah dan c ialah
hasildarab

5. Pelajar menulis konsep ini sebelum memulakan setiap kali sesi aktiviti

6. Seterusnya, latihan dalam kumpulan untuk melatih kemahiran pelajar.


Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4
orang ahli.

7. Pelajar membuat latihan untuk menguji kemahiran pelajar.


Perbincangan dalam kelas antara guru dan pelajar dijalankan.

13
8. Pelajar menjalani ujian post untuk menguji pemantapan kemahiran

9. Disusuli dengan perbincangan sebagai pengukuhan

Kaedah Darab Silang (sepertimana di dalam buku teks Matematik


Tingkatan 4)

x2 + 5 x - 6

x +6 6x

x -1 -x
________________________
x2 -6 5x

= (x + 6) (x – 1)
Kaedah ‘Kaki Ayam’

Bentuk Am : x2 + bx + c Nota : b ialah hasiltambah


C ialah hasildarab

b = +5 dan c = -6

x × x = x2
x2 + 5 x - 6

hasiltambah +6 -1 hasildarab
5x = 6x + (-x) 3 2 c = +6 x (-1)
= +5x = -6

= (x + 6) (x – 1)

Untuk melaksanakan kaedah di atas saya memperuntukkan 4 waktu


seminggu untuk membimbing pelajar memantapkan konsep kaedah ‘Kaki
Ayam’ ini. Pada permulaan pertemuan dengan pelajar, saya menerangkan

14
kaedah dan contoh kemudian disusuli dengan latihan pengukuhan.
Seterusnya adalah sesi aktiviti kumpulan untuk memantapkan kemahiran
bersama rakan-rakan sekelas. Antara aktivitinya ialah melibatkan :

i. penukarkan persamaan kuadratik kepada bentuk am,


ii. menentukan nilai b dan c,

iii. menentukan dan menyenaraikan faktor bagi c,

iv. mencari pasangan faktor yang sesuai yang boleh memenuhi juga
nilai hasiltambah bagi c

v. menyelesaikan jawapan kepada faktor

Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah memberangsangkan dari


segi markah berbanding dengan latihan sebelumnya. Minggu berikutnya
pelajar menduduki ujian pos. Para pelajar juga menyatakan kaedah ini lebih
senang dan menjimatkan masa serta mereka suka untuk menggunakan
kaedah ini. Mereka lebih memahami topik ini dan dengan kemahiran ini
mereka dapat menyelesaikan soalan persamaan kuadratik dengan cepat dan
mudah. Majoriti pelajar sudah tidak mahu penggunakan kaedah sedia ada
untuk menyelesaikan masalah persamaan kuadratik ini.

5.5 Refleksi

5.5.1 Penilaian pencapaian murid

Peningkatan prestasi pelajar yang sangat ketara dalam ujian pra dan
ujian pos menunjukkan keberkesanan aktiviti secara individu, berkumpulan
dan latihan yang diberikan kepada pelajar.
Berikut ialah keputusan bagi kedua-dua ujian adalah seperti berikut :
UJIAN
BIL NAMA UJIAN POS
PRA
1 Ahmad Ikrami Bin Dolah 70 95
2 Ahmad Naziih Bin Hj Abdullah 60 85
3 Amirul Harraz Bin Kamarudin 80 100
4 Azmani Bin Fauzi 95 100
5 Hilal Afnan Bin Jalaluddin 80 100

15
6 Mohamed Najmuddin Bin Mazlan 70 90
7 Muhammad Abdul Rahman Bin Ismail 80 100
8 Muhammad Abid Bin Mohd Ezani 70 97
9 Muhammad Khalish Danial Bin Afandi 85 100
10 Muhammad Najib Bin Ahmad Marzuki 75 90
11 Nik Ahmad Faris Bin Mohd Fauzi 90 100
12 Ahmad Syafiq Bin Alias 90 100
13 Ahmad Muaz Bin Mat Yusof 85 90
14 Ahmad Haris Naufal Bin Iskandar 100 100
15 Muhammad Ridzwan Bin Kamaruddin 85 95
16 Muhammad Uwais Aiman Bin Zan Nain 80 95
17 Fatin Amalina Binti Shukri 100 100
18 Noor Syakirah Binti Abdul Wahab 85 95
19 Siti Nur Ainina Binti Mohd Yusof 75 90
20 Nur Aliah Afifah Binti Mohd Zawawi 90 100
21 Nur Ilyani Binti Ahmad Shukry 90 100
22 Nur Izzah Syahira Binti Muhammad 80 95
23 Nurul Syafiqa Binti Abdullah 70 90
24 Siti Nur Ainina Binti Mohd Yusoff 100 100
25 Siti Rumizah Zakiah Binti Muhammad Ramli 80 95
PERATUS PURATA 82.6% 96.08%

Analisis data menunjukkan kefahaman dan kemahiran pelajar


memfaktorkan ungkapan dan persamaan kuadaratik adalah meningkat
dengan sangat baik dan memberangsangkan. Peningkatan sebanyak 13.48
% telah dicapai selepas kaedah ini dijalankan. Jika ditinjau dari setiap soalan
ujian yang diberikan pelajar dapat memfaktorkan persamaan kuadratik
dengan baik, tepat dan cepat semasa ujian pos diadakan. Kebanyakkan
pelajar yang masih tidak dapat betul kesemua soalan (100%) adalah kerana
kecuaian pelajar semasa membuat pengiraan terutama lemah dalam sifir.
Di mana purata markah bagi keseluruhan pelajar pada ujian pra ialah
sebanyak 82.6% manakala ujian pos ialah 96.08%. Ini menunjukkan
peningkatan purata markah ialah sebanyak 13.48%. Semasa ujian pra hanya
3 orang pelajar yang mendapat markah 100% namun selepas melaksanakan
kaedah ‘Kaki Ayam’, didapati bahawa seramai 12 orang pelajar berjaya
memperolehi markah 100%.

16
5.5.2 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara
Keseluruhan

Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui


terutama semasa P&P. Selepas kajian saya dapat melihat perubahan yang
besar pada anak-anak didik saya antaranya:

i. Perubahan sikap murid dan saya sendiri.

Saya dapat muhasabah diri dan lebih mengenali pelajar saya daripada
respon yang diperolehi terutama semasa sesi temuduga dan daripada borang
soal selidik. Saya sangat bersyukur kerana dengan ilmu pengetahuan yang
sedikit ini dalam kajian tindakan yang diperolehi dapat saya belajar tentang
permasalahan sebenar pelajar dan cara mengatasi masalah tersebut dengan
bijak dan kreatif. Saya juga dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran
kaedah ini sangat berkesan dan bermakna untuk memantapkan konsep
sehingga pelajar mahir dalam topik tersebut.
Dalam pada itu, pelajar juga digalakkan untuk membina sikap dan
personaliti yang positif terutama dalam aktiviti berkumpulan. Semasa aktiviti

17
berkumpulan juga pelajar dapat membina kemahiran bersosial dan
menggalakkan sikap berkerjasama dalam kalangan pelajar.
Kefahaman dan kemahiran pelajar dalam sesuatu topik Matematik
juga bergantung kepada pelbagai faktor. Melalui kajian ini, kefahaman dan
kemahiran pelajar bukan bergantung kepada pengajaran guru sahaja tetapi
juga dipengaruhi oleh sikap dan komitmen pelajar dalam mengulangkaji topik
tersebut. Maka sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada
sikap pelajar terhadap topik yang diajari. Guru juga memainkan peranan
dalam meningkatkan kemahiran pelajar melalui kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif dan efisien.

ii. Perubahan pada pembelajaran murid.

Pada keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap


kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap topik ungkapan dan persamaan
kuadaratik terutama pemfaktoran mempunyai hubungan kait juga dengan
sikap serta personaliti pelajar tersebut. Terdapat pelajar yang tidak dapat
menjawab atau memahami sesuatu topik itu kerana sikap sambil lewa dan
kurangnya latih tubi dalam kelangan pelajar itu sendiri. Pengajaran guru juga
dapat mempengaruhi pemahaman dan minat pelajar terhadap topik tersebut
terutama cara serta kaedah yang disampaikan oleh guru.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa
hadapan kerana ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk
mengajar kemahiran menulis. Pendedahan awal adalah perlu supaya mereka
tidak menghadapi masalah bila berada di tingkatan 4 nanti.
Beberapa cadangan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman
dan kemahiran pelajar memfaktorkan ungkapan dan persamaan kuadratik
bagi penyelidikan selanjutnya, iaitu :
1) Guru mestilah banyak memberi contoh dan pendedahan soalan-soalan
yang berkaitan serta dapat menghubung jalin dengan kehidupan
harian supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan
aplikasinya dalam kehidupan harian.

18
2) Memupuk minat belajar supaya dapat belajar Matematik dengan cara
simulasi. Ini kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap
dan persepsi pelajar terhadap sesuatu topik itu.
3) Boleh melibatkan lebih ramai sampel pelajar terutama pelajar yang
mempunyai tahap pencapaian yang berbeza (tinggi, sederhana dan
rendah)

BIBLIOGRAFI

1. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai


Johor :UTM.
2. Mok Soon Sang (1997). Pedagogi 2 – Pelaksanaan Pengajaran, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan
Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
4. Choy Sau Kam, Khaw Ah Hong, dan Lai Kim Leong Satu Kajian Kes
Tentang Jenis Dan Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Oleh Guru Pelatih Kdpm Semester Empat
(Ambilan Julai 1999), MPBL
5. Sin Chow Lai (2006) Pendekatan Koperatif Model STAD terhadap
pelajar Tingkatan 1 Dalam Topik Nombor Negatif, Fakulti Sains UM

19
6. http://www.myrummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Gu
ru_Matematik.html

LAMPIRAN
PRE-TEST

Chapter 6 : Algebraic Expressions III

Name :___________________________________ Class : 3 IA

1. Factorize each of the quadratic expressions given below.

a) m² + 3m – 10 b) x² – 8x + 15

c) x² - 3x - 28 d) p² – 2p – 8

20
2. Find the roots of each quadratic equation given below by using
factorization.
a) x² + 4x + 4 = 0 b) x² + x – 30 = 0

3. Solve the following quadratic equations.

a) (h – 4)² = 4 b) x + 5 =

c) x² =– 4(3 – 2x) d) a = a2 + 2
3

POST-TEST

Chapter 6 : Algebraic Expressions III

Name :_________________________________ Class : 3 IA

1. Factorize each of the quadratic expressions given below.

a) s² - 2s – 8 b) x² – 8x + 15

c) x² + 3x - 10 d) p² – 2p – 8

21
2. Find the roots of each quadratic equation given below by using
factorization.
a) x² = - 4x - 4 b) x² + x = 30

3. Solve the following quadratic equations.

a) (h – 4)(h – 4) = 4 b) x + 5 =

c) x² =– 4(3 – 2x) d) 3a = a2 + 2

LAMPIRAN

22
CHAPTER 6 : ALGEBRAIC EXPRESSIONS III

3 IA

23
CHAPTER 6 : ALGEBRAIC
CHAPTER EXPRESSIONS
6 : ALGEBRAIC III III
EXPRESSIONS
3 IA

24
CHAPTER 6 : ALGEBRAIC EXPRESSIONS III

3 IA

25
LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KAJIAN DIJALANKAN

SEMASA UJIAN PRA

26
SEMASA UJIAN POS

27
SESI PENERANGAN KAEDAH “KAKI AYAM”

28
SESI MENJAWAB SOAL SELIDIK & SESI TEMUBUAL

29

You might also like